Wednesday, August 31, 2011

OMG! traffic blog turun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

pergh, dah raya kedua ni, camno raya? hot ? suam-suam kuku? sejuk mendung? mesti best an, sampai blogger.com ni aku rasa sunyi sepi je, kalau ade new post pon semua citer pasal raya! kat dashboard tu, boleh tengoklah, meriah ke tidak raya ni.huh, apa yang penting, ramai yang tak update sebab balik kampung mungkin. Aku pon malas nak jenguk blog dah, haha. Sejak semalam, traffic blog memang menurun arg, tengok-tengok aku sorang je yang melawat blog aku, haha.Sebab ape ek?

*google


sehari sebelum raya.


semua pakat balik raya, bukan highway je yang jam, jalan persekutuan, jalan luar bandar, jalan lama, jalan sungai, jalan udara. PLUS paling untuk atas traffic ni. =P
*google


Persiapan raya, beli santan pon kena Q. Penjual kelapa yang masyuk...
*gambar sendiri

hari pertama raya...

ramai berpusu-pusu ke open house sebab nak jumpa menteri & makan best-best.Yang penting , duit raya untuk budak-budak. =P
*google

hah! tengok wayang jugak! rasanya, tahun ni ada dua movie kot, hantu bonceng dengan karipap-karipap cinta. korang pergi tengok wayang x? aku tak..aku tgk kat utube je nanti, haha *google


notepad: tak kisahlah anda di mana-mana, jaga keselamatan dan SELAMAT HaRI RAYA AIDILFITRI! =]

Sunday, August 28, 2011

Kali kedua beraya dengan blog, Selamat menyambut hari kemenangan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


raya dah nak dekat?kenapa cepat sangat ?! sebabnya, semakin dekat nak raya, semakin cepat la kena balik uPSI nun, sambung study. Ouh, tak puas lagi la 4bulan..haha.. bagi petis nak pehe.


ok, nak balik kg jap, melawat pusara, mana tau ni post yg terakhir ke kan, jadi, ucapan aku untuk korang semua,






dan maafkan aku kalau ada terlanjur perkataan, ayat dan gambar dalam apa-apa entry atau komen untuk korang jugak ye. 
oklah, sebarang kad raya, duit raya, kuih raya, lemang, ketupat dan soto ayam, sila letak di shoutbox,nanti aku balik, aku nak melantak pueh-pueh...

wasalam

Saturday, August 27, 2011

Kempen : Jom Beri Duit Raya

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.


seronok nye jumpa dengan kempen ni,memang bernas gils lah kan. Aku sedor aku dah beso, dah out of list nak dapat duit raya, tapi aku tau budak-budak kecikk xkan dapat duit raya dari blog. So, ok lah ni kan,kirenye aku tak fight ngan budak-budak kecik. kempen ni senang saja, yang penting setiap daripada sesiapa yang join ni kene ikhlas dan jujur. 





Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO


"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA


Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih

Itu sahaja, mudah dan senang je kan?


Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh,


Aku nampak entri ni di blog Sergeant Keroro, aku copy dan backlink kepada Sergeant Keroro

Bila korang dah join kempen ini,  tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. #senyum


Selamat berkempen!

jadi, 
'aku nampak entri ni di blog Skytech Belog dan Soliciousnori, aku copy dan backlink kepada Skytech belog dan Soliciousnori.

jom exchange duit ghaye, sekian =]

Friday, August 26, 2011

Bro, macam mana nak jadik adik beradik dalam masa yang singkat?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum mekome-mekome semua..agaga


Nak ceghite sikit ni, memandangkan minggu depan je kan dah nak raya (sedih jap), mesti ramai yang dah bersiap sedia dengan tiket bas kan?kalau yang belum sampai kat kampung, hari-hari menatap tiket bas tu. Tunggu masa je nak serbu bas stesen. Samalah jugak dengan epot ke, train stesen ke atau apa-apa sahaja tranport yang kuase nak hantarkan korang balik kampung berghaye. Tahun ni aku tak merasalah semua tu sebab aku dah hampir 4 bulan stay kat rumah.hehe

Aku ada kenangan tau, dengan bas. haha. Masa tu nak p dungun, sebab ada kerja lapangan. Survive mencari bas. Mula-mula cari bas, jumpa, tapi at last, tak jadi, ada problem. Kemudian,  ambil keputusan naik bas ke kL dan kat KL baru cari bas ke Dungun.

Bila dah sampai kat Stesen bas Putra untuk cari bas terus ke Dungun. Semua kaunter aku & kawan-kawan tanya. Bas, ada memang ada, tapi agak lewat dalam pukul 6petang, lewat tu sampai nanti. Dah la kami tatau masa depan kat Dungun tu nanti,hahah..Lastly kami pergi 1 kaunter ni.Kaunter ape ntah SP Bumi kot.

Aku                      : Assalamualaikum, ada tiket ke Dungun tak?
Penunggu kaunter : Wasalam, ada2...
Aku                      : Pukul berape ?
Penunggu kaunter : pukul 5.30 petang ni.
Aku                      : Ha, alamak, awal sikit tak ada ke? pukul 2 ke?
Penunggu Kaunter : Tak ada, pukul 5.30 je.                                          Aku                      : Alamak, tak de ke?huhuhu  
Penunggu kaunter : Kalau adik beradik 4.30 petang?
Aku                      : hah? acamner tu?errr.....
Kawan aku            : ouh kat kaunter sana tu, aku macam ada nampak.

...jom2....

masa tu aku tertanya-tanya lagi, apakah maksud brade tadi? 

"kalau adik beradik, 4.30petang..."hah?

ouh, rupenye ade bas jenama Adik Beradik, aku ingatnya maksud brader tu, kalau baik macam adik beradik, kita bolehlah bertolak awal sikit..


hahahaha....naseb baik aku tak tanya .. "acamner nak jadi adik beradik tu , bro.."


sengalness



Kalau aku tak jejak kaki ke Pantai Timur dengan bas,mesti aku takkan pernah dengar pun nama bas ni.Bas ni best, laju tapi cekap. Cuma pakcik Driver agak garang.

steady aku!

Wednesday, August 24, 2011

Trilogi Cinta Epik

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


Aku percaya dalam kalangan kita ni memang ramai yang kaki novel, tak kisah lah kalau peratus yang minat novel atau tahap so-so je untuk membaca novel dalam kalangan lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan kaum perempuan. Aku tau, layan novel ni sinonim dengan hati yang lembut dan selalu berperasaan jiwang. haha. 5 minit baca pause tengok langit sambil tongkat dagu, lepas tu sambung, 5 minit kemudian pause lagik guling-guling atas katil,lepas tu sambung balik. Sampai lah lepas 5 hari baca baru sampai ending.

aku tak berapa suka sangat nak baca novel melainkan kalau aku dah terbaca memang aku tak kan lepaskan sampailah habis baca. Kalau nak suruh aku beli novel, memang aku tak beli lah,bayangkan sebuku RM29.90, baca sekali je.lepas tu?? Better pinjam je kut,,hukhuk. Tapi kalau genre dan jalan cerita dia memang best, apa salahnya beli.

paling aku minat, penulis thriller -Ramlee awang Murshid, cerita dia tak 100% lobeyouleobyou, in short, cerita yang dia karang memang thriller lah, susah aku nak ungkap.


Rajah di atas menunjukkan kulit hadapan novel Bagaikan Puteri hasil karya - penulis triller Ramlee Awang murshid

Bagaikan Puteri ni salah sebuah novel paling best pernah aku jumpa dan baca. Dah lama baca, tapi jalan cerita dia sangat makan dalam dan menarik. Walaupun setting ceritanya pada kurun ke-15,pulak tu mengisahkan seorang pahlawan bernama Laksamana Sunan, kerjanya pula adalah berkaitan dengan agama, melawan musuh agama. 

Senang cerita, novel ni, mengisahkan kehidupan di alam koma yang dialami oleh Haryani.  Roh dia terperangkap dalam kurun ke 15 dari kurun ke 21 dan berjumpa dengan Laksamana Sunan. Kiranya adalah cinta cintun, tapi lebih besar elemen agama kot dalam novel ni. sampaikan haryani pun tak nak balik ke kurun 21, dia nak stay dengan Laksamana Sunan, tapi, apakan daya, masa hampir jasad dia nak dikebumikan, dia tetiba sedar. Jadi, dia kembali hidup di kurun ke 21.

yang paling tak tahan, oleh sebab taksubnya aku kat novel ni,sampai senja pon aku pegang lagi buku ni  . paling dah kronik sangat , aku pernah cakap dengan kakak ...:



           aku     : yong..yong.Teringinlah nak koma.macam dalam novel 'Bagaikan puteri' 
           kakak : Pale hotak hang....   
           aku    : hukhuk, best la... 
           kakak : itu kalau koma , roh kiat terperangkap dalam alam yang menyeronokkan.                         
                    tpi kalau roh kita terperangkap dlm roh mcm cerita 'Kingdom Hospital'???? 
            aku    : erk,,'kingdom hospital'?? takutnya...tak boleh request ke? glupp...




lain daripada jalan cerita novel lain yang bercerita tentang kehidupan seorang lelaki hensem berlatarbelakangkan kehidupan metropolitan, nama pulak hensem kemain-Adam Haris, Faiz ziqri lah,,ewah..haha,,kerja plak? ouh, tak kerja, bukan apa, bakal mewarisi perniagaan mak bapak. (sejibik cam Samarinda tuh)

Tuesday, August 23, 2011

Segmen Kartun kegemaranku

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum kawang-kawang...




aku tak tahan dah,,tak tahan dah nak join segmen kanak-kanak ni, haha,, jelous lah semalam baca entry Iqa telluetubies pasal kartun peveret di kala kecil-kecil dulu. Ape ingat aku tak de kartun feveret ke? mustahillah kecik-kecik aku layan samarinda? huh? what samarinda? beso-beso ni pon aku tak ada nafsu layan samarinda.Drama melayu! bhahahaha.
ok, aku ternampak segmen ni kat blog Aimie Amalina-alah yg kerana Lily tu.. =] macam best je tengok dianye kartun kan! haha.ok2,,siapa-siapa nak join sila klik terus ke SINI !! bila habis baca entry ni.

ok, paling aku ingat kartun ni,memang feveret dan top 1 dalam kalangan adek beradik aku.





Ini dia - Scooby Doo
*cerita ni macam cerita seram dan kelakar. Scooby - doo dan kawan-kawan dia adalah  sebagai penyiasat hantu.

dalam kartun ni, ada 5 watak, Fred , Daphne, Velma Shaggy dan annjing diorang-- Scooby Doo.masa kecik dulu aku tak sure cerita ni tentang ape, expecilly bila diorang speaking, huh.
tapi aku layan je sebab jalan cerita dia nampak advanture . Aku ni suka advanture, kadang-kadang time aku tidur pon aku boleh mimpi aku jadi invisible bila kena kejar dengan penjenayah/penjahat.haha. 

In short, lastly aku tau yang kartun ini adalah filem misteri ala-ala supernatural. biaselah, dulu-dulu, mana nak paham..kah3...korang layan kartun ape?


steady aku!

Monday, August 22, 2011

Pernah buat IQ Test Officially?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua =]


Kamu semua pernah buat IQ Test tak? secara officially la? Bukan setakat buat dan jawab soalan Test Iq kat Google ni,Cet ..tu , kira result sendiri. Tak ada report card, Tak valid lah! haha

berlainan dengan aku (gegeh aih), aku pernah buat IQ Test ni sebab jadi Student kursus Pintar cerdas kat Upsi nun(minor ek). Jadi, berpeluanglah untuk buat IQ test kat MENSA Centre kat Shah Alam. Sehari je buat , sambil-sambil buat lawatan ni kan. 

100% soalan IQ Test itu kan dbina dalam skop MatehematicalLogical thinking. Termasuklah pattern, kalau budak-budak yang pandai mathematics (otak kiri) memang ada advantage sikit lah. 
Susah woo...1 soalan logical test ni boleh dikatan bersamaan dengan 10 soalan physics ,,heh, habaq mai. Rasa macam nak demam, pitam dan gastrik kalau buat soalan tu, nak-nak time tengah hari buto. mulo-mulo memang la senang,macam kat bawah ni:



lepas tu...:



hah,,,dah keluar macam-macam bentuk pelik dah,kadang-kadang mickey mouse, cipanzi (isu sensitif),nak jawab pon tatau macam mana, tak ada format tetap dan tak perlu ulangkaji. Korang akan faham mcm mana nak jawab dengan automatik dan sendirinya. Kadang-kadang memang tak confirm acane bentuk jawapannya,,ikot kreativiti dan logik saja. Tapi aku tetap confident menjawabnye sampai mintak kertas kosong nak buat draf ..hehehe


at last, result sampai umah..officially kan,nasib bek ayah aku tak cek sebab dia kata surat tu dalam BI,haha...result aku (teng te re......)






dalam 120 (eh, cukup-cukup 120) je kot...(hampa, kecewa gila aku tak dapat level genius acam ne Albert Einstein tuh! Aku ingat aku dah setaraf dia. Acu try tengok, setaraf tak?


aku ada muko gilo-gilo acam Alber Einstein x? skema je kan...ahaha


Walaupon mak aku kata, masa kecik-kecik, akulah yang paling cepat berjalan dan berlari (salah satu tanda genius) muahahah... Tapi, mungkin sebab dah banyak terpengaruh dengan anasir-anasir luar kot. Xpe! mungkin aku ada bakat dalam menyanyi! tak pon bersajak! tak pon melukis! tak pon,,hurm, 'memasak',,,ekekek..bukan bajet ek...aku memasak ok, not bad, kuih raye pon aku ada buat, buat kat kedai.(kedai aku lah!haha)

Sunday, August 21, 2011

bo layan segmen/GA/Contest

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


Lately, banyak gils nampak update kat dashboard tentang segmen, contest dan Giveaway. Terutamanya dekat nak raya ni  kan. Blogger nak bagi kad raya, duit raya,lemang, mercun,,semua lah nak bagi dekat blogger lain.Baiknye mereka,pemurah gils kan. Baguslah orang kata, bulan-bulan pose ni, banyakkan amal jariah dan sedekah. Daripada buat entry menguFuk, mengkasut (menghasut), mencacing dan mengketupat?

sampai aku tergila-gila nak join. Ada je segmen/contest/ga nak join. sebab?                 

-Mana tahu rezeki murah *rezeki anak tekak* ke.
-Lagi, sebabnye adalah nak bagi sokongan kat blogger tersebut. Mana tahu, boleh naikkan semangat diorang kan. Nanti boleh buat lagi dengan hadiah2 yang ++menarik
-Plus, tak sunyilah blogger.com ni, kadang-kadang nak buat entry berlabelkan santai kan.
-Saje suka-suka.
-Nak bergaul dengan komuniti, eratkan silaturrahim.-Untuk tahu beberapa hal tentang blog kita sendiri.Seperti kelajuan blog, kekurangan blog terutama, kalau join segmen macam, 'jom kritik blog gua'.
.

Jadi?adakah anda rasa aktiviti contest/Ga/segmen ini adalah suatu aktiviti yang sihat? Sebab ada blogger yang kata, orang yang buat segmen adalah orang yang gila traffic dan seperti meraih traffic dari blogger lain,.aku tau la puak-puak ni,*baru tahu*.

Ikut sukehatilah kalau rasa-rasa segmen/contest/Ga ni boleh efek identiti blogger ke, atau tak nak lari dari originality. Macam, 100% build from entry. apa korang rasa ye? Aku so-so je...(macam usama)


oh ye,


notepad: sedang berkira-kira nak buat blog khas untuk GA, contest dan pelbagai lagi, perluke atau mix up je dalam blog yang sama, barulah jadi label muhibah nanti.

entry pertama aku sebagai blogger,,kah..kah..kah

sila tengok entry pertama aku lebih kurang setahun lepas: masa tu nama blog aku : 



what are the such wonderful page?


wooaaa....so, ini tempat baru saya..?

knape macam sunyi?tapi macam best....tapi macam mengasyikkan...

yerp, ni lar blog saya....16 September 2010--) Hari pertama saya ber"blogging"...sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010 kali ini...

kenapa saya buat blog?hidup ini sangat comlicated, sehinggakan saya sangat "berat"...Saya ingin meluahkan apa-apa yang berlaku dalam hari2 saya...tapi di mana?Friendster? Facebook? Myspace?Haishhhh...boring...it`s so annoying...tak privacy.Rase macam tak bebas je..so, i need my own blog to express my feeling...kata seorang pelakon " Pelita Terang Tang..Tang.." yang saya tengok di Astro Ria (kalau tak salah) pagi tadi, "kebebasan adalah ekpresi diri"
                                                                                     - "nurshafikahnordin

komen aku:

-gila excited, sampai aku boleh taip 'sunyi giler blog' (memang la,, baru sign in, follower xde, 1st entry plak tu)

-baru aku tau tarikh sebenar aku blogging 16 September 2010.Wah! dah nak setahun jagung!

-patutlah, aku patriotik gila (sila tengok header) , sebab blog ni dibina sempena Hari Malaysia!.. kah2

-masa tu aku memang nak kebebasan dalam menulis diari /status,aku tau blog tak privasi, tapi maksud aku dalam entry pertama aku ni, aku nak privasi dari kawan-kawan, sebab aku tau, tak ramai kawan-kawan aku ada blog.


-font entry pon tak matang


-aku syak mase tu lepas raya, sebab aku baru lepas tengok cerita Pelita terang tang tang, harap-harap astro ulang tanayng citer ni untuk raya tahun ni, nostalgia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------



notepad: aku tergelak lah, inesen gila,nampak nye masa ni, memang betul-betul aku tak kenai lagi dunia blogger.even  10%, mcm sekarang ada la sikit ilmu tu..

Saturday, August 20, 2011

caution!


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum korang!!! =}

Betul ke? salah satu tanda malam Lailatur Qadr adalah malam yang sunyi sepi dan sejuk? yup! cuaca sekarang memang sejuk gegiler! masalahnye cuaca mcm ni start lately, masa awal ramadhan dulu idak pon, panas belaka, mcm tak duduk kat Taiping je.

Tapi sekarang, keadaan dan kembali, tiap-tiap petang dan malam, hujan turun sokmo! ha, yang ni barulah Truly Taiping! hekhek, harap-harapkan , kita dapat jumpa malam lailatul qadr ye! sebab? sebab kenapa?

* sebab, mungkin tahun ni je kita ada peluang untuk jumpa dengan malam ganjil ni! tahun depan, tak tau lagi... (tatau tatau---> gaya shuib sepah)
*sebabb,kalau jumpa memang bertuah! lebih bertuah kalau terpilih untuk menang kontest kereta Inspira, amalan 1 malam= amalan 1000 bulan . 1000 bulan sama dengan 83 tahun lebih.
*agak mustahil untuk kita terus hidup sampai ummur 83 tahun. Nak-nak selalu lalai dan dekat nak mati je baru taubat dan betul-betul beramal, like 2/3 tahun je untuk buat amalan.
* sebab, kalau dua kali jumpe malam lailatul qadr, dah dapat 83+83 = 166 tahun! o mak ai! kalau gabung umur dua manusia pon tak dapat lagi ni
*sebab..sebab...sebab dia best!

 antara amal ibadat yang terbaik adalah mengaji! jom kita mengaji same-same ngan usama dan yeh-yeh! dekat je dengan rumah tu... =']

Wahh header flash

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum! =]


ha,,baru balik terawih, harap-harap ada rezeki untuk contest ni ye, contest Header Flash woo!senang sahaja contest ni (maksud aku arahan dia, jawapan belum tentu, tapi subjektif ye) dan the only task yang harus disetelkan adalah:

saya suka blog sampan kertas dan tutorialmalaysia kerana:

kedua-dua blog ini banyak post entry tentang tutorial, iaitu entry yang bukan sahaja bermanfaat kepada newbie, tapi berguna pada orang-orang macam aku yang seraca istiqamahnye ingin memperbaiki appearance blog aku ni,sebab selera berubah-ubah beb. paling best sebab kat blog sampan kertas ada tutorial post flash! nampak ada gaya,,tapi xada software adobe flash tu,,xboleh download........

sesiapa nak join, follow blog Sampan Kertas & Tutorial Malaysia
wasalam

Tak ramai yang reti menegur


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum! selamat pagi bute!

well, aku tengah layan cerita kanak-kanak , Geng Mengaji ni, seriously kelakar siot. Berdekah-dekah aku gelak kat Usamah and Ustaz. kanak-kanak, inesen sungguh. Sambil-sambil ketawa tu kan, ada banyak pengajaran yang boleh dapat, expecially bila si Ariz (budak baru datang mengaji) . Ariz ni hampir give up nak belajar ngan ustaz yang kaki rotan ni dan perlu ambil keputusan, nak masuk geng krup...krap..krup...krap ke atau geng kambing. *geng kambing lagi baik.

usamah:ahli kumpulan kambing , belum masuk darjah 1
*muka usamah macam Radhi OAG , OMG!


usamah, acu try nasihatkan si Ariz ni, cara dia menasihati memang tak saling tumpah macam bebudak tadika.Siap dengan hadithnya. berhikmah sungguh. Tak ramai yang boleh memberi nasihat yang berhikmah macam ni, termasuklah kita yang dah besau panjang ni kan, lebih-lebih lagi lah kalau seorang blogger. Jangan kata nak menegur dengan berhikmah, mengata (bukan mengatal ek) terus. huh, aku ingat blogger ni IQ minda tinggi sebab banyak membaca, tapi tak semua. =]

Notepad: ''dengar kata ustaz suka makan danging mentah sate, tapi dia tak makan daging manusia..."

" 95-111 FOLLOWERS GIVEAWAY "

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum,

dengan ini saya ingin menyertai GA pertama Saudari Amirah (sapa-sapa nak join sila klik link).. Jom bagi sokongan kepada Amirah sebab ni GA pertama dia.ok! oh ye, antara syarat penyertaan GA ni: buat entry puasa dan raya.hurm, gapo nak crito eyh? terlalu luas skopnye itu. Tapi kan kalau cakap pasal puasa ni

hari ni dah masuk 20 Ramadhan! hah, zon ketiga dalam bulan ramadhan iaitu zon bebas dari api neraka. Plus, jangan lupa malam lailatul qadar adalah terjadi pada malam ganjil 10 ramadhan terakhir. so, tolonglah jangan bazirkan masa dengan buat benda yang tidak berfaedah. Kalau korang nak untung kan, ni lah masanya nak buat amalan ibarat lebih baik dari 1000 bulan.jimat masa, untung beb. Jangan ingat nak raya je.

ok, pasal raya pulak:

Raya orang di negara orang lain mcm kat Mesir/Arab tidak semeriah raya macam di negara kita. balik-balik sembahyang raya, tidur. Mcm kita, bulan puase yang banyak tidur..haish2...*n

korang sudi-sudikan join yer:

Friday, August 19, 2011

unfriends & unfollow

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Aku baru baca entry Bro Ben (BA) tadi tentang unfriend dalam dunia maya ni. Sebenarnya aku pon pernah ada sejarah dan pengalaman di mana aku sendiri pernah unfriend dengan beberapa orang malah pernah leave sesebuah group blogger kat fb ni. nak cakap konflik, tak sebesar mana pon. Tapi dah jadi macam besar sebab dibesar-besarkan oleh sesetengah orang.

aku tak nak melalut-lalutkan entry ni, tak pasal-pasal entry ni kang kena label entry mengumpat, habis la puasa korang (yang membaca) hari ni. Tapi, satu je pendapat aku, kenapa aku unfollow sesebuah komuniti tu sebab bila orang lain dan berprasangka buruk/ ada perspektif buruk pada kita, baik 'clean'kan diri, blah je. Nak-nak kalau orang kata kita ni 'gila traffic'. Tak pasal-pasal la nanti aku mintak tuju kasut nanti..sebaiknya, menegur lebih baik daripada mengata

notepad: biar jadi orang yang bersifat childish yang suka merajuk, tapi jangan jadi seseorang yang bersifat childish yang kaki report.

Thursday, August 18, 2011

" Jom Join Bloglist Birumuda91 dan Menangi Hadiah Misteri"

klik SINI untuk ke page penganjur.


jom kita sesama mengimarahkan segmen ini di samping menyokong para blogger =]

Bukan 1 tapi 6

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


situasi manusia akhir zaman:


manusia 1: "eh, malam ni jom merempit.."
manusia 2: "jom..."


manusia 3: "eh, lepas rempit jom p 'The Ice' (clubing).."
manusia 4: "jejom..."


manusia 5: "eh, nak balik ke? ala.kemon brother.jom lepak-lepak sampai lebam la..."
manusia 6: "hah, elok sangat tue jejoomm!!..."



manusia 7: "jangan lupa, malam ni dating eks.."
manusia 8: "eks? insyaAllah, jomjom..."



manusia 9  : "ahh, esok jom pekena vodka plak, boring la anggur.."
manusia 10: "eh, dah lama tak pekenakan,ha,jejoommm!"


manusia 11: "eh, esok tak puase tak pe kan?"
manusia 12: "ala, jom makan je la, hidup sekali je, rugi tak makan sampai lebam perut .."


***************************************************************************************************
So, siapa kata hidup sekali je? hakikatnya, "hidup ini bukan sekali" sebenarnya, tapi hidup ini ada 6 kali  iaitu bila kita...:


1. berkumpul  di depan Allah s.w.t
2. Di dalam rahim ibu
3. sebelum umur baligh dan Semasa umur baligh (dunia)
4. di dalam kubur
5. Di padang mahsyar
6. Syurga/Neraka


jadi, jangan ingat juga kita boleh mulakan kehidupan baru di alam berikutanya. like "kire
0-0 lah ek", Ini bukan hari raya puasa atau perlawanan bola sepak atau apa-apa game . Tapi kehidupan seterusnya pastinya akan bergantung kepada kehidupan hari ini. Kira macam ada follow up lah.
Jadi, selamat bermuhasabah atau rajin-rajinlah buat postmortem diri.,






"don`t say it, 'hidup hanya sekali'..."

*Credit to un`ga.

Ucapan Raya paling kreatif



Bismilahirahmanirrahim
Assalamualaikum


hari ni join segmen menarik ini, ni saja ucapan aidilfitri yang aku rasa aku boleh buat, but then aku sure korang boleh buat yang lebih baik okay. saja buat untuk suka-suka.

Wednesday, August 17, 2011

wordless Wednesday #6 : jaga-jaga tangan tu...






sikit benor, ayam pon tak terkejut, bunyi cam kentut je-my sepupu


*dalam gambar ni, bukan image saya ye =]

Tuesday, August 16, 2011

o mak ai...nak balas dendam hape

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

korang pernah ada peristiwa pahit tak dalam sejarah persekolahan dulu? terutama masa kanak-kanak dulu? Peristiwa yang kita rasa, mengubah sebahagian daripada hidup kita (tapi tak berapa nak kesan sangatlah), yang pasti peristiwa itu menyebabkan korang boleh kenal hati budi orang-orang di sekeliling korang sebenarnya. 

Ceritanya aku ni...:

Aku teringat masa aku dahjah 6 dulu, waktu kanak-kanak hingusan...Aku dah terpukul seorang budak lelaki ni dengan membaling sebiji botol ayaq (isipadu ayaq= kurang sikit jee daripada 500ml). 

Aku buat macam tu , oleh sebab ada tindakan dia yang aku tak berapa nak berkenan. Sebelum beberapa saat aku baling botol ayaq tu tepat kat muka dia, aku fikir satu , kalau aku tak baling ni, mesti nanti aku menyesal kan.

hasil (setelah berunding dengan kata-kata syaitan),
brupppp!!!! (aku baling...)

dan...

Aku rasa dunia berhenti sat selama 0.04 1/2 saat,aku tengok muka dia macam merah-merah sebam  tanda nak menangis..

whooaa...

memang tepat la weh, botol air tu tepat mendarat kat muka kurang hensem dia tu.

aku taktau ape perasaan aku lepas tu, puas hati ke....
tapi yang pasti lepas tu dia merajuk dan terus balik kelas dia...
(dalam hati, aku kata:ha,,,lega dia tak rembat aku balik)

*********************************************************************************************
Tapi tak sampai 5 minit pastu, dia datang kelas aku balik dengan matanya yang macam, (aku tak tau nama ape, tapi bengkak macam ni):



*Courtesy of google

Whoaaa, 
tak caya aku! dia nak pukul aku balik, tapi member-member lain duk back up aku, aku berlakon cool (sambil peluk tubuh), tapi dalam hati kata, "alamak, nyesalnye aku !..."

Lepas tu aku rasa macam school life mase tu memang tak best bila ada yang kutuk-kutuk aku termasuklah ustazah yang aku dok respek sebelum ni, tak pe, aku still respect dia. chill =] 

But, after 9 years macam tu, tertubuhnye group Sek rendah dalam FB, semua dok jejak kasih, dan paling aku takmau jumpe, dia le yang sekarang ni alamak, dah build body weh, nak balas dendam hape?  mcm ni:
*ha, cuak aku, dia bukan berlakon mcm brader dalam gambar ni ek, aku sesaje amik gambar ni biar tutup bulu dada sikit... (biar lah nampak fake sikit)
Courtesy of google

ha, cane , nanti ade re-union.sumpah aku tak nak p.kalau korang nak pergi ke?  
(bukan takot tau)