Monday, April 25, 2011

zaman terbaik bagi aku

assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua reader.

Ce senyum sikit, ce senyum. Muram beno tu.. Haha.. Waktu sekarang adalah 1.45 pagi. Rasa-rasanya ramai lagi yang masih stay up untuk macam-macam perkara. Study + Stado + ataupon bangun sekejap untuk ke toilet. ok2 sampah, nanti orang kata post entry sampah pulok. =p Sebenarnya topik yang aku nak ketengahkan pada tengah pagi ini adalah tentang zaman yang paling bermakna dalam kehidupan aku. Zaman yang sangat mencabar dan mengajar aku dalam banyak perkara. Zaman yang tak mungkin aku hadapi lagi. Zaman yang tak akan kembali lagi. Zaman yang tak akan aku lupa. Zaman aku di Kolej matrikulasi Pahang. Zaman itu adalah pada 2008-2009. Dah lama sebenarnya aku nak post tentang zaman ni, oleh sebab kerinduan dan banyak sangat pengalaman pada zaman ni. Niat untuk berkongsi adalah untuk jadikan kisah kenang-kenang sahaja. 

Aku mendaftar di KMPh dalam sekitar bulan 5 kot pada tahun 2008. Lepas SPM, target aku hanya untuk masuk ke matrix, tak ada sesiapa yang bagi tahu aku matrix itu adalah susah termasuklah kakak aku yang dah ada pengalaman. Sebaik sahaja cek keputusan kemasukan ke matrikulasi melalui  bahagian matrikulasi (online) , aku terus balik rumah (dari cc...cek kat cc je) dan bagi tahu abah. Abah tanya nak pegi tak? Tanpa fikir apa2, jawapan aku..."nak la..." tak pikir pon masa tu kat Pahang, bukan dekat. Abah ok je. Ada jugak orang kata, tak payah pegi la, pahang tu, jauh. Ah, takkan nak tolak, gilos apa... "Gambang? " "Kat mana tu?" Mama cakap plak, "kalau kamu tak pergilah matrix ni mama tahk tahu pon ade tempat nama Gambang". =] Perjalanan untuk ke Gambang pulak sangat jauh bhai. Lalu bukit bukau, Genting Highland, Genting Sempah, Jumpa jugak Felda Janda Baik. "Jauhnya....." Sedih plak time tu. Sian kat parents aku T.T nanti diorang nak balik dari Gambang-Taiping lagi aku risau.... Takpe.



**Pintu untuk aku datang dan pergi T.T

Untuk itu, aku telah pon menjadi Student PST KMPh 08-09. Keadaan makin menjadikan aku cuak bila dapat tahu yang aku adalah student jurusan Sains Fizikal. Masa tu aku fikir, apa lah nak jadik ngan aku. Adoi, I hate Fizik weh. hadap je. tak pe lagi. Semua okay, malah Di awal kemasukan aku, aku dah pon dapat geng. Meh nak habaq, geng aku adalah mereka-mereka yang sangat loaded+ cun+ orang bando + bergaya weh. Tapi diorang okay. Cuma bila dah tiba suatu masa di mana kami pon dah dapat kumpulan praktikum yang berbeza, aku rasa tak sedap hati dan keluar daripada group itu. Sebab dah tiba masanya untuk aku fokus. Aku tak boleh kalau lepak2 nak cakap/cerita pasal pakwe kau lah, balik rumah/kampung lah (ops bandar...mereka yang kata oleh kerana Gambang yang macam kampung bukan rumah  mereka) Aku pon blah, lebih baik aku bergerak sendiri daripada ada geng. tak boleh, nanti aku rasa macam tak sedap hati sebab buang masa.

Berakhirlah episod bersama geng, dan aku mula rapat dengan kawan-kawan yang sama kumpulan praktikum. Zu, Aishah dan lain-lain. Tapi yang dua ni lebih-lebih lagi rapatnye. Diorang ni jenis low-profile, so aku  tak rasa tak sedap hati lagi. Zaman matrikulasi adalah zaman di mana aku sendiri mengangumi diri aku. Oleh sebab sedar aku bukan seorang yang Gifted ( tak belajar tapi boleh score) , jadi aku menjadi seorang yang 

1) Sangat RAJIN

-Masa ni lah aku kenal short note yang sampai sekarang kat UPSI pon aku guna sebagai teknik menghadapi peperiksaan. Tapi kat sana, bukan bila exam je aku buat, tapi tiap kali masuk satu-satu bab tu. Kat matrix tak boleh nak tunggu time exam baru nak buat short note/menelaah. Sebabnya kat sana tiap-tiap hari ade tutorial, jadi if kau tak study/ulangkaji takkan boleh jawab tutorial/latihan. Takkan nak nganga dalam kelas. Kalau nasib malang, lecturer tanya, tak dapat jawab, malu, down dan lastly ko akan menjadi lagi bertambah malas.

-Roomate-roomate aku semua selalu tegur dan puji (cet) "rajin gila Ika study.." Aku akui (hik..hik...) Aku kena buat macam ni dan selalunya aku akan cakap " Saya kene buat macam ni, saya tak pandai...". 

-Percaya atau tidak, hari PERTAMA aku kat KMPh, malam tu aku dah p LIBRARY. Fuh, gilos. Malam tu aku dah p library, YaAllah, ramai jugak orang. Maybe awal sem kan, semua orang sibuk abdikan diri dengan library. Pada Hari pertama aku dah menyibukkan otak dengan topik-topik subjek kimia, Math tetapi bukan fizik. Number of mole, Compound, rate of reaction and lll (yes, malam pertama di KMPh dan berseorangan...) Oleh sebab aku tak tahu tang mana letaknya library, aku pon tanya pada orang-orang yang lalu lalang dekat blok. Matrix best bhai sebab satu kawasan , tak payah nak naik-naik bas plak.

2) sangat PENJIMAT

-Matrix adalah zaman pertama aku berdikari. Sebelum ni aku tak pernah masuk boarding school or what so ever. Sudah la pertama kali, jauh pulak tu. JAdi aku nak testing diri. Alang-alang duduk jauh, nak try diri ni jadi berdikari . Oleh sebab tu aku tak mintak satu sen pon dari parents aku. Plus, aku dapat allowance. not bad. Around RM 1200 untuk satu sem. Ok lah, lagi pon matrix ni bebas daripada penjaja/kedai luar sebab lokasinya di dalam hutan simpan =p.  

-Untuk berjimat cermat dengan allowance sebanyak itu, makanan aku tak mewah. Kadang kala, dalam seminggu aku tak makan nasi. Aku just beli roti garnier panjang dan beli kuah kari kat kafe. kalau nak sedap sikit, belilah kuah kari yang ada kentang..hehe..Kalau difikir-fikirkan sekarang tak lalu aku nak makan. Tapi untuk masa tu, ok je. =] Aku juga adalah pembeli setia nasi koboi kafe C2. Content menunya adalah nasi kosong, telur dadar dan sup kosong. HEHE. ce la try.

-Kalau makan nasik pon, aku akan beli nasi sekali untuk the whole day. Maknanya, satu polistrene penuh dengan nasi dan dimakan dua kali. It`s worth. Sangat jimat. Tapi,  Ada juga kawan baik aku yang tiru cara aku, but lastly dia cakap ''kita dah makan banyak, ini semua sebab awak yang ajar kita..." mana tidaknya, dia beli satu polistrene penuh dengan nasik untuk dimakan sekali sahaja. Kalau ada lebih pon dia tak forward kan untuk makan malam, maybe buang saja. adoilah, menuntut ilmu tak habis ko (jangan marah ye pada yang berkenaan, kenangan ni)...

-Untuk berjimat juga, aku hanya balik ke Taiping untuk dua kali. cuti akhir sem pada sem  1 dan 11. ye, dua kali untuk setahun. Tak mampu kot kalau nak balik kerap, Kuantan-Taiping, budget dalam RM90++ dan perjalanannya mengambil masa setengah hari. Kalau cuti 5 hari takkan nak balik. Tak berbaloi kot. Oleh sebab tu aku just balik 2 kali. Kalau raya pon balik Muar je. Bila dapat balik Taiping tu rasa macam banyak yang berubah. haha. Seronok tahu. Ketidakbiasaan aku balik ke Taiping menyebabkan bila nak bagi duit tiket rasa macam sayang. Ce bayangkan kat tangan ko ada RM90 nak serahkan kat orang lain untuk tempahan tiket, dalam hati kata " sayangnye, baik aku buat makan, tak nak balik kampung boleh tak?"

-Untuk beberapa kali cuti aku , aku tak balik. Aku hanya stay kat bilik B1-T1-06. Itulah bilik aku. Pernah je aku stay kat kolej sorang-sorang dan aku tahu satu blok tu ada aku aja. Sangat boring. Tak de orang lain, laptop mana ada time tu. If aku beruntung, bilik komputer kat bawah blok tu tak berkunci dan aku boleh la serve internet. Heaven giler kalau bilik tu tak berkunci. Zaman tu social networking yang orang dok gila-gila adalah Myspace, bukan Facebook. Besides, masa keseorangngan tu aku akan bersihkan bilik, baca segala buku-buku atau majalah aku/rumate-rumate aku punya. Sangat boring. Owh, aku teringat, oleh sebab terlalu boring, aku pernah ajak kawan aku (dah nak abis cuti dan kawan aku pon dah balik hostel) pergi outing Kuantan-KP untuk beli PUZZLE 1000 pieces. Haha, puas aku main puzzle yang gedabaq besaq tu. tapi at last, aku tak habiskan sepenuhnya sebab dah puas main dan cuti pon dah habis. Itulah aku bila duduk seorang diri kat hostel time orang lain balik bercuti .. =] sweet momment. Thanks jugak kat cafe yang baik hati bukak cafe diorang walaupon customer mereka adalah aku sahaja untuk masa tu. If tak, aku tak tahulah nak bedal apa.... teeheee...

-Tapi untuk semester kedua, aku dah tak berani untuk stay sorang-sorang kat bilik kalau semua orang balik cuti. Aku teringat kawan aku cakap.. " Semester ni teruk, ramai yang buat maksiat kat dalam toilet pon! Orang kata banyak hantu berkeliaran..." Ye, semester 2 makin teruk KMPH, tersebarnya gambar-gambar bogel budak-budak KMPH melalui SMS dan khabar-khabar angin tentang penangkapan basah / couple yang kantoi.  Ada jugak orang kata banyak kes bunuh diri  kerana tekanan jiwa.,haha..OMG.haha. oleh sebab tulah aku macam cuak je nak stay dalam bilik n blok yang kosong. Nasib baik ada kawan-kawan aku yang duduk kat blok C1 dan C2 yang tak balik kg sem 2 tu, then aku pon tumpang diorang. setel**

3. Berjuang mati-matian

-DI awal semester aku kat KMPh, memang aku tak ada semangat oleh sebab tahu yang aku kene belajar untuk jurusan Sains Fizikal. aku ada jugak buat surat untuk tukar jurusan, tunggu..tunggu  senarai nama pelajar yang berjaya dalam pertukaran jurusan, , but, tak ada pulak nama aku, Owh, baru aku teringat, ada nama aku, tapi masih dalam jurusan Sains Fizikal....... YaAllah, down gila masa tu dan aku berterusan risau. First day aku masuk kelas Fizik, belajar pasal pertukaran unit. Satu keping habuk aku tak dapat tangkap apa yang Mr Hazri cakap. Black out terus mind aku... Adussss............ Bahaya..bahaya..dan aku ke library. Hari bertukar hari, aku mula rasa Mr Hazri adalah lecture yang nak tolong aku. Dia pernah suruh aku dan dua orang lagi kawan aku datang ke bilik untuk bagi buku tutorial ... dan di situ juga dia bagi nasihat pada aku. 

-Okei, aku rasa aku patut mencuba . Dari hari ke hari, aku tengok Mr Hazri sangat bersemangat. Aku nampak semangat + ikhlasnya dia + dedikasinya. Even now, aku masih ingat trademark dia kalau nak jawab soalan fizik dalam tutorial, "Read, understand and picture the problem", budak 3F22a yang lain pon sumpah mesti ingat lagi.... maksudnya, bila dapat soalan, baca, faham dan lukis gambar rajah berdasarkan soalan itu. Biasa lah fizik ni memang kene melukis dan berimaginasi sikit. Daripada itu kita akan nampak situasi dan masalah soalan itu. Aku mula rajin study fizik dan selalu siapkan tutorial dia sebelum masuk kelas. If tak dapat buat, aku wajib pi Cubical (macam bilik guru) untuk jumpa lecturer fizik. Yang bestnya, lecturer Fizik semuanya sporting. Aku masih ingat lagi LEcturer Nik Najiah, Puan noraida Junoh (T.T)  setiap kali aku ke cubical, aku akan p tempat lecturer fizik je, kimia dan math jarang argh..haha.. best blajaq Fizik ni... T.T 

-Sampai lah tibanya Exam dan hari mengambil keputusan. Fizik lah yang tolong naikkan pointer aku. alhamdulillah, aku rasa pointer aku tu lebih daripada jangkaan aku, and tak mengecewakan aku. cuak gila, takot-takot keen tendang. **matilah aku**.... haha....Lastly,aku jatuh hati dengan Fizik, dan sampai sekarang aku sangat mengangumi Mr Hazri Ariffin, namanya aku bawak smpai ke interview untuk masuk UPSI oleh sebab sangat mengangumi dia dan dah jadi role model aku.  T.T sampai sekarang, bila aku ternampak buku Biologi yang tebal , setebal dua ruas fingertip aku, aku akan terfikir kejap.." Macam manalah nak hafal satu buku bio ni...nasib baik aku tak amik bio..."

4. semua ats bahu dan tapak kaki sendiri

-sampai sekarang macam tu. Aku jenis tak boleh ikot rentak orang. Pernah kelas aku nak buat jamuan akhir dekat Teluk Cempedak. Tidur siap kat sana. Aku tak nak pergi, ramai je yang marah aku oleh sebab tu. Pulak tu, rumate aku yang bukan budak praktikum aku pulak yang pergi..hahaha... Aku tak suka sebab jamuan yang diorang nak buat tu adalah pada tanggal 14 Februari, lokasinya adalah di tepi pantai siap dengan penginapan dalam satu rumah. Okei, aku tahu jugak yang dalam kelas aku tu ada beberapa pasangan .**okei, tutup mulut** Tak nak aku melibatkan diri baik aku just stay kat hostel dan study. Plus, UPS just around the corner at that time. Malas aku nak bersuka ria. aPa yang penting, yuran jamuan untuk setiap seorang lebih daripada RM70, pergh,aku makan pon tak cukup, nak balik Taiping pon tak dapat, lagi nak suka2 p TC tu ja? Sedangkan aku boleh pegi free kalau dengan family..hehe.. then, aku just leave it. Biar mereka dengan rancangan mereka. biar aku tak ada dalam gambar kenangan mereka. T.T

5. Low profile 

-aku sangat low profile. Pakaian harian aku ke kuliah, baju kurung bebas dari segala labuci dan manik-manik. pale je, tambah pulak dengan tudung hitam all the time. :) sebab tu aku tak ada secret admire :]  Plus, tudung tak da serempang-serempang, hanya lurus ke bawah. Tak banyak beza dengan zaman sekarang kat UPSI, sometimes je aku gayakan tudung tu skit. APa yang aku rasa terpenting adalah aku selesa + tak malu-malu. 


** oh yeay, zaman matrix, cermin mata adalah alat yang sangat ,membantu dalam kuliah. mungkin sebab  kemudahan dan prasarana dalam bilik kuliah yang tidak mesra pengguna. screen kabur dan jauh, jadi aku harus memakai spec.

Notepad: Itu sahaja kot, kalau nak ikot2 kan, banyak lagi cerita nak diceritakan, tapi kalau aku keep typing, boleh cramp keyboard laptop aku. haha. In short, zaman matrik adalah zaman yang sangat bermakna bagi aku, yang tak boleh dijual beli. Kat matrixlah aku mulakan hidup sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri. Aku redha dan bersyukur dengan apa-apa yang aku capai sekarang mungkin tak sehebat orang hebat, tapi pengalaman adalah paling penting. Aku bersyukur sebab aku rasa ada kenangan manis + pahit untuk zaman ni. One day, aku nak p Gambang lagi...Oh yeay, walaupon dah bertahun keluar KMPh, aku masih berhasrat nak naik basikal kat Gym KMPh tu dan round satu KMPh serta kat Laluan sihat. Masih tak tercapai =] In one word, aku nak bagi taw yang aku RINDU giler kat KMPh dan aku rasa tak percaya yang aku pernah hidup kat sana. walaupon pengalaman aku ni common bagi orang lain, tapi aku rasa aku tak. Ini sangat bermakna. Biar apa orang nak pikir.

Sedih...



sedih.....




sedih..........







Thursday, April 21, 2011

temuduga

assalamualaikum wbt & selamat pagi buta buat semua.


pagi-pagi subuh ni aku telah memecahkan tradisi mengupdate blog kerana itu adalah perkara yang weird pada aku bagi musim-musim exam ini. sebenarnye bukanlah kekangan masa sangat untuk beriadah sebentar  sambil-sambil mengupdate blog, cuma seperti  yang aku bagi tahu, itu bukanlah adat aku semasa musim-musim exam. Kalau musim durian mungkinlah rajin nak update sebab nak ceita pasal durian, tapi kita buat pertukaran waktulah sebab musim durian hari tu tak makan durian. ngeh... tajuk entry merujuk kepada interview. Sebelum exam start hari tu (Ahad, 17 April) yang lalu, aku telah menghadiri satu temuduga KPM di UPSI.  untuk mendapatkan biasiswa kpm. Jomlah pakat-pakat doakan aku supaya dimurahkan rezeki dapat scholarship ni. semoga korang-korang yang sudi doakan aku ni pon turut dimurahkan rezeki. Amin....


Sedar ataupun tidak,
Ada satu habit buruk bila nak sampai interview ni, macam exam.Memanglah nampak rajin kalau interview ni pon aku kene adekan homework dan sedikit assignment. bukan apa, nak elakkan rasa menyesal atau terkilan bila tak dapat nanti (katenye ler...). At least kalau tak dapat pon puas hatikan. Baca tu, baca ni, research sana, research sini, hafal tu hafal ni. Lastly, mind aku yang berkapasiti setinggi 80 gb ni dah tersimpan segala info menteri, anak menteri dan bakal menantu menteri. Tu baru menteri pelajaran je. Plus, canselor + naib canselor UPSI, termasuklahtimbalan naib canselor yang ada tiga orang tu, sejarah , visi + misi, isu-isu semasa dunia & pendidikan + Pendidikan khas + PPSMI, MBMMBI, RMK-10 dan macam-macam lagi.
 Alih-alih dua kali je boleh jawab. 

-Why do u need this scholarship ?(kbkK)
-how to be a good teacher ?(KBKK dan sedikit nilai-nilai moral)
-ICT dalam pendidikan ..pada pendapat anda? (KBKK dan ilmu spontan)

**see uselessnye kapasiti mind saya. Digunakan pada bende yang tak berfaedah, baik aku study exam tyme tu. 
**Actually, nate ni tak boleh nak bace dan study bila diperlukan, but, jadikan sebagai general knowledge. How to gain the knowledge? Dengan membaca newspaper in daily life dan surfing benda-benda yang berfaedah. Jadi benda-benda ni akan menjadi seperti lemak tepu dalam otak kita. Dengan cara ini, mind yang tak sampai 1 gb pon boleh tampung knowledge yang maha berat ni sebab dah terbiasa atau dah imune ...


buktinya, cuba soal balik tentang apa-apa yang lita bace time sebelum nak p interview tu. Confirm kerat jari tak ingat. Proven. Bace untuk interview dan ini sangat sinonim dengan 'study untuk exam'.. sape tah nama tiga orang timbalan naib canselor yang aku hafal tu. 


but it`s okay.. n 1 more thing aku nak share

dah jadi tabiat baru aku, bila aku kene presentation atau ade apa-apa temuduga, ada satu perkara yang aku tak lupa.


Iaitu,,







aku akan menggengam Klip kertas yang metal tu atau pon apa-apa yang sama jenis dengan dia mcm syiling ke. Idea ni aku dapat dari cerita Maid in Manhattan untuk menghilangkan rasa gemuruh, jadi dia dapat berucap dengan secool2nya depan orang ramai, walaupon ko sebagai president ke. Logiknya, bila kita genggam klip kertas atau benda-benda lain macam metal , tenaga gemuruh dalam diri kita akan ditransferkan ke dalam klip kertas tu. Teori pemindahan apa yang digunakan tak dapat dikenalpastikan lagi. Mungkin melalui pengaliran, perolakan atau radiasi... (masih tinggal tanda tanya..) Kaedah ni buat pertama kali aku buat utntuk satu presentation, dan ia sangat berjaya, tetapi sebenarnya, dah dua kali klip kertas ni gagal berfungsi, first masa presentation final projek enjin dan temuduga ni. Mungkin harapan yang tinggi atau keyakinan aku yang rendah, klip kertas tu tak berjaya menampung tenaga gemuruh aku. Wink3****
tapi aku masih percaya dengan teori tu.. Logik gak la kan bhai..



Sunday, April 10, 2011

10 day before my final

assalamualaikum & salam sejahtera.

Tak de rasional je kalau entry nama mcm dah nak exam tapi taip post mcm tak de keja kan. Jadi i just wanna to share same mood to semua student yang bakal menghadapi examination. Yes! Final exam.Bukan mcm zaman sekolah dulu ade trial kan. So, ini adalah satu-satunya exam kita dalam satu semester. JAdi pada: Nur Shafikah, selamat berstruggle untuk detik-detik terakhir. baca semua bah, hafal semua =p, renung semua note2 tu lama2, practice RPI and RPH tu, doa banyak-banyak, jangan tension-tension dan jangan lupa maafkan orang lain. 


Macam entry-entry sebelum ni, banyak aku mengomel tentang Semester ni, semester ni adalah semester yang paling mencabar. Subjek-subjek yang aku ambil sangat susah especially subjek enjin. If subjek ni boleh bagi aku A. YaAllah, ni la subjek pertama dalam hidup aku yang akan aku appreciate sepanjang umur hidup aku. Sebabnya dia sangat menguji mental, psikologi dan poket aku. Poket? yesza, sebab dah banyak budjet aku keluarkan untuk segala projek dalam subjek ini. Lecturer aku tu sangat tak heran tentang status ekonomi para student dia. Gosh, mesti dia kata, nak makan ada pulak duit.. semoga Allah permudahkan urusan aku.










Saturday, April 9, 2011

happy birthday yong !!



ha, perhatian, ini adalah entry setahun cuma sekali
Assalamualaikum + salam sejahtera.
mcm kenal ajak yang di atas nun, ya, itu
Nur Shafini Nordin a.k.a Yong a.k.a Un`ga a.k.a ngo`ngong 


sebabya yong akan menyambut ulangtahun kelahirannya esok --> 10 April 2011
happy sweet & sour 27 sis.


"A sister like you is a special gift from heaven..Happy Birthday dear sister


I would like to thank God for having you as my sweet sister...Happy Birthday sis for again! "



un`ga, wani pesan balik nanti jangan lupa ayam KFC yew! mama pulak pesan nanti balik boleh la try baju kenduri. In short, kami semua tak sabar bah mau tunggu kamu pulang.. haha


ok, stop, sempena Birthday yong esok, here, i just wanna say something that i`ve never say to you. :P

yong, jangan sedih-sedih bila kesedihan menerpa kamu, sebaliknya think positive and be cool.
selalu fikir aku ni kuat, sebab tu mcm2 masalah datang kat aku.
Jaga diri, jangan biarkan orang pijak kepala kita , tapi tak semestinya kita tak boleh berbuat baik dengan orang lain lagi kan.
saya doakan supaya yong murah rezeki, diberkati Allah selalu, diberi kesihatan yang baik, dilindungi oleh Allah selalu dan dikurniakan jodoh yang baik. Allah knows better than you.

and, my last word for you,

"Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya"


jangan lupa doakan semua orang.


Monday, April 4, 2011

assignment Group oh assignment group

assalamualaikum semua



Permulaan hari ini sangat baik. Aku berjaya menjelajah hampir suku Taman Nusa untuk mencari Kedai Print dan Photostat. Tak sangka tak sampai Secret Recepi, Pergh, kalo sampai tak ade cash plak. Sampailah ke tengah hari, ade orang 'cucuh api kat aku'. 

Dah tiba masanya aku nak bercakap pasal assignment group yang dah berjaya menyumbangkan hampir 89% daripada keseluruhan tahap stress aku selama semester 4 ni. daripada ayat ni korang boleh tahu yang assgnment atau tugasan yang lecture aku kasik tak de lah berat atau sangat impossible untuk aku buat. In Short, benda tu normal dan memang itu tugas student U. Tapi, abnormalnya, aku sangatlah down dan sedih dengan assignment yang kene buat dalam kumpulan. ini adalah malapetaka bagi orang yang 'sungguh suka' buat assignment, tapi ini juga adalah 'kelapangan' bagi orang yang selalu jadi 'sleeping member' dalam group assgnment. aku lebih suka assignment individu. Sendiri buat, sendiri puas hati. No Heart Feeling. Lain cerita kalau assignment kumpulan, bukanlah nak cakap ahli group tak buat keja langsung, tapi bila dah kena bercampur perangai ni, boleh bawak mati.



bila dah dapat assignment kumpulan ni, aku makin kenal perangai kawan-kawan. Kalau buat kerja last minute ni, dah memang fitrah kot bagi diorang. Tahu korang busy, tapi agak-agaklah. Boleh consider, tapi kalau perangai tak serious tu terlalu terang-terangan? Ce citer asal? Aku sangat2 sakit hati dengan golongan ni, dan inilah yang membuatkan aku betul2 marah sampai text msg yang agak kasar.


 1) Paling menyakitkan hati bila dia buat salah, orang lain pulak dipersalahkan.


- Oleh sebab kata-kata dia yang mcm aku yang tak buat kerja, aku terpaksa serang hendap balik. Dan sebenarnya, aku dah lama tak puas hati dengan si polan ni. Dan hari ni, yang terbuku dah diluahkan. Senang citer lah, aku gaduh ngan member aku dalam message. Dan bila teringat time tu, jangan haraplah aku nak tegur ko balik. Sebab ko tu terlalu annoying. ni ha, aku nak bagi muka manusia yang paling buruk kat ko.
2) Kata nak bagi esok, tapi tak bagi-bagi.

Apa perasaan korang kalau ada member korang janji kat korang tapi dia tak tunaikan. Chop! aku bagi contoh, something important yang dia pinjam , dan dia janji untuk bagi esok. Bila dah sampai esok, cakap lain pulak. The point is, benda tu buat korang tertunggu-tunggu, tapi at last, korang tak dapat jugak. Dia janji untuk pergi kelas sama-sama pukul 7.30 pagi. ok fine, aku tunggu. Tiba-tiba dia text tangguh g kul 8 pagi pulak. Ok, aku faham. Then dia text ko balik pukul 8 pagi dan cakap, "ko pergilah dulu, aku ada kerja tengah buat.." perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, tak terbakar ke hati, jantung, perut, usus, otak korang? Ni bukan setan lagi, ni memang dasar manusia yang mungkir janji. Kalao macam tu, baik pukul 7 lagi aku dah gerak pergi kelas dulu. Oraite then, kot2 dia nak mintak maaf, tapi TAK!!! Malah aku kene balik!!! Yaallah! Manusia apa kau ciptakan ni? malas cakap lah, barang aku ade ko kate nak bagi esok, tapi sampai sekarang ko tak bagi-bagi. Bukan nak mengunkit, tapi buruknye perangai kau.

3) orang suruh dia p kelas, tapi dia suruh orang lain plak p kelas.

Tak relevan btol orang mcm ni. Ko ingat ni keje shift ke nak passing2. In the end, aku jugak yang susah sebab kerja BERKUMPULAN. this is sick. okay, aku ada 3 orang kawan yang sama kursus minor, memang liat p kelas mcm ada anak suami kat kolej tu. Pergh, sorak dalam almari ke? atau ade poket doraemon? Ok, fine. hal masing-masing. Dia pi kelas tengah hari dan petang yang memang wajib p, (ok, maybe dia mood ada sikit baik) tapi seorang lagi tak datang langsung (teruk memang teruk) . bila sampai kelas malam, aku text kata, dua orang lagi member tak dapat datang sebab ada kena p buat kerja lapangan kat satu pulau ni, dia plak text kata, aku tak pergi, aku rasa tak sehat, suruh lah seorang lagi tu pergi, dia tak pergi pon kelas tengah hari dan petang tadi. SEE! ni lah aku cakap mcm gi kerja shift. Bukan ke ko memang kene p kelas?? pergh, nak kena pujuk-pujuk bagai, bila dia setuju nak pi, aku plak kene puji-piji dia sebab sudi pergi kelas. Astagfurullahalazim, teruknya manusia.  T.T apalah reason aku kena bekerjasama dengan mereka ni?

In  that momment, i have reason to kill you.
sabo aje lah



Tujuan aku bukan nak memburuk-burukkan orang, tapi sekadar nak lepaskan geram dan share perangai manusia. Perempuan pon teruk bhai, aku rase mcm nak hempuk-hempuk. mungkin ini yang membuatkan aku rasa stress dan aku rasa semester ni adalah yang terberat bagi aku. Kadang-kala aku sangat rasa teringin dan terbayang-bayang untuk ada kawan-kawan yang agak rajin sama minor dengan aku. at least ada peneman untuk aku stay sampai ke malam untuk siapkan projek enjin atau sebagai penguat semangat untuk aku terus tengok muka Encik Samad yang sangat memenatkan tu. Tapi , it`s okay, memandangkan aku tak ada semua tu, aku tetap buat sendiri. Stay kat lab yang maha jauh tu sampai malam ketika itu hanya ada lecture dan budak-budak robotik je. Aku ada 3 orang kawan yang sama minor. Nama je ade 4 orang. Tapi selalu aku akan g kelas sorang je. Untuk minor memang aku gerak sorang je. Nak harapkan yang lagi 3 tu, down n drop la aku. T.T Nak kan kerjasama, memang penat. Apa lagi, diri sendiri tolong diri sendiri.  3 unsur pendidikan sosial adalah individu, persekitaran dan tingkahlaku. Semua itu adalah benda yang mempengaruhi diri kita. Tapi, pengaruh individu dan tingkahlaku yang menghalang aku daripada anasir negatif persekitaran. Sekian

Notepad : Di suatu sudut apabila sedang menunggu rakan yang tak muncul-muncul, aku terserempak dengan seorang rakan yang lain. Dia bertanyakan tentang hal aku, dan aku hanya dapat mengeluarkan dua ayat sebelum aku bercakap pada dia tentang keadaan diri aku. Dia menawarkan diri untuk berborak dengan aku, aku tersedu dan menangis. Kata dia, aku dah banyak tahan geram, sebab tu aku menangis.





Saturday, April 2, 2011

April


Assalamualaikum + Salam Sejahtera untuk semua

Agak lama sebenarnya aku tak buang masa kat blog ni. Nak tulis artikel tak ada, nak tulis diari hari tak boleh, nak lepas geram tak sempat. Actually mcm2 dah jadi sepanjang tempoh aku bawak diri ni. Wey, derita Semester 4 belum berakhir rupanya...Boleh dikatakan, sekrang ni aku dah tingga 1 bar je battery. Charger pulak tak ada. Tak sabarnye nak balik cuti!!!!! Tapi sebelum tu aku nak ke Dungun, nak tengok ada apa kat situ. Masa semakin lama, makin cepat terasa. Sekarang dah pun April rupanya. Dalam banyak-banyak bulan, bulan yang paling aku suka adalah bulan April. Bukan sebab aku sendiri lahir bulan april, tapi aku kagum dengan orang-orang yang lahir pada bulan ni. Ada karakter yang unik ..haha.. berselindung tu... YOu`re lying...




korang boleh tengok ciri-ciri orang yang lahir bulan 4 kat atas ni. Aku tiru dan tampal dari Facebook. Thanks u Facebook. Apa pun aku nak cakap yang aku sangat tertarik bila ciri-ciri ni memuji orang-orang yang lahir bulan 4. Malah, aku sangat setuju jugak berdasarkan survey yang aku buat. adalah guna beberapa questionare dan teknik pemerhatian. dan melalui naluri aku sendiri, benda-benda ni adalah 98% betul T.T..hehe, i can`t swallow my saliva normally.