Friday, December 30, 2011

saya nak DEKAN lagi sem ni!


Dah habis buat SHORT NOTES untuk satu subjek sem ni. Paper 3 hb 12 ni. Boleh la nak pasang angan-angan dapat 4.0. Bila lagi? Harap-harap aku sabar untuk menatap notes dan buku-buku rujukan. Supaya ilmu yang aku baca ni, boleh ingat terus. (kene bukak kolam ternak ikan ni), baru la ada impak lepas amik paper ternakan ni. haha

Please doakan aku 4.0 flat friends.

Thursday, December 29, 2011

The Forever Song

Salam blogger.

Masa kita kecil dahulu, tak ada benda yang berat-berat perlu difikirkan seperti mana orang dewasa. Kalau nak diikutkan, apa sangat perbezaan kehidupan kita masa kecil dengan masa sekarang (remaja). Cuma, kita sendiri yang rajin tambah masalah untuk difikirkan. Lebih baik fikirkan kebesaran Allah daripada memikirkan masalah yang remeh temeh atau tidak berfaedah.

Once upon a time, Hidup happy go lucky. Bila pergi ke sekolah, tak perlu kot nak ingat homework, exam, assessment atau formula yang aneh-aneh. Contoh macam aku, bila pergi sekolah, benda yang paling aku ingat dan ambil berat adalah lirik lagu kanak-kanak yang cikgu muzik aku ajar. Anak itik tok wi, ais kacang, Kereta merah , etc.

Aku selalu praktikkan kat rumah, kadang-kadang siap dengan instrumen muzik lagi..Pergh,, (rekoder je pun).. haha.. Tak logik la kalau main guitar kan.

Kalau nak ikutkan, memang tak ada orang lain yang nak dengar kecuali diri aku sendiri dan semestinya, abah. Ayah aku antara yang paling kerap dengar nyayian aku. Paling best bila menyanyi atas motor otw jemput mama dari tempat kerja. 
Kadang-kadang tak dengar pun suara kanak-kanak aku tu, sebab suara angin lebih kuat nak tunjuk lagak . (Personafikasi). And the feveret song yang selalu aku nyanyikan atas motor ialah lagu Anak Itik Tokwi. Walaupun tak berapa nak ingat lirik, tapi aku tetap gagah mereka-reka lirik, biar orang ingat kita tak lupa. So, jenuh la aku dok pi mai , pi mai tang tu jugak...



Anak itik Tok wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa tokwi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok wi? Ubat sengal tulang

Lagu ni duk ada 9-10 rangkap kot, tapi masa tu aku ingat hat tu ja (1 rangkap)
puaslah duk repeat lagu 1rangkap tu untuk habis sharp kat 5 kilometer jemput mak aku balik kerja. haha, pueh hati.



apa yang aku rasa waktu itu adalah kegembiraan, tetapi apa yang aku rasakan sekarang apabila memikirkan waktu itu adalah kesedihan.
notepad: Aku hampir lupa font dan saiz yang selalu aku guna untuk menaip entry. Ini semua kes dah terlampau lama tak update blog. Nahas. Kalau benda ni berturutan, kemungkinan besar aku lupa macam mana nak login blogger.com. haha

Thursday, October 27, 2011

awat tak p merket (market)

Salam & selamat petang




Kalau p kat KFC/McDonal ka, jarang-jarang tenguk orang yang berumur lelaki atau wanita. Mungkin ada, yang tukang makan dan tukang bayar, majoriti anak muda, belasan tahun / sebaya dengan kita. Kalau ada yang macam pakcik (macam cerita kat bawah ni) memang salute habis, sebab berani buat hal kat KFC. haha, kasi cashier TERBAKO! 
---------------




Cerita orang utaqa V(^^,)V

KISAH PAK CIK DI KFC

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?
...
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

karya asal dari pautan org :





*aku share je, sebab TERBAIK kan! haha, aku baca sambil ketawa. Dah lama tak merasa nikmat ketawa

Tuesday, October 25, 2011

mana tahu, esok..

Astagfirullahhalazim.... bila kita telah melakukan dosa-dosa seperti di bawah pada masa yang lepas, ucap astagfirullahalazim, mohon maaf pada Allah oleh sebab perbuatan kita kerana jahil dahulu.

Sunday, October 16, 2011

3 words describe me

Assalamualaikum & ohayou! selamat kembali berblogging.

uish, lama gila kan aku tak berada di tempat pertama kat bloglist korang. Rasa macam 21 tahun yang lepas je taip last entry. Rasa bersalah pulak kat blog FMF ni, sorry. Almaklumlah, bukan 'rajen study' je, tapi sekarang dah penuh dengan komitmen sebagai ibu kucing. Hari sabtu dan ahad pun kene berkomitmen jenguk anak-anak kucing. Kenapa aku jadi ibu kucing? Jawapannya, tuntutan kursus penternakan minor Kemahiran Hidup aku. Lembu tak da, UPSI tak de duit banyak nak bagi sorang 1 lembu untuk dibela. Sekian.

Hait~ Dozo.Aku nak share puzzle ni. Cuba cari 3 words dari puzzle ini. 3 saat dari sekarang! Teetttt...dah habis masa. Perkataan yang anda-anda dapat dari puzzle ini boleh dikatakan menggambarkan diri korang. 

Aku dapat 3 words ni, 
1. Broken
2. funny
3. Fat

* yang paling spoil adalah yang last tu, tapi bila difikir-fikir kan, memang pon aku fat. Kenapa aku tak rasa yang broken tu paling spoil? Sebab memang aku broken. Keadaan di sekeliling aku pun broken. No wonder

* funny? agaklah. Aku tak de la serious sangat tertama dengan orang yang dah aku rapat. Kalau bab belajar, memang aku serious, tak bercakap. plus, bila aku mengalami flow. Tau dak flow tu ape kejadahnya? Flow tu macam tengah kusyuk. Macam LK, memang concentrate 100%, tapi kalau luar dari belajar aku memang tak serious and agak funny. Kalau korang tak setuju, maknanya aku tak suka berlawak dengan korang.

in nutshell, bila difikir-fikirkan puzzle dan 3 words tu memang suit dengan aku. Aku pelik, macam mana dia (puzzle) boleh tau. HEHEHHE.


ce share 3 words korang pulak. setuju atau tidak?

Friday, September 30, 2011

kecewa atau mengecewakan? Pilih la


*amaran, tak ada kene mengena dengan cinta antara pasangan kekasih ( nak lalu mak!) huhu


saya terjumpa baik-baik kata di sini. Sesuai sangat dengan apa yang sedang dihadapi. thanks Allah


Bersyukurlah pd org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bersyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bersyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bersyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,

Bsyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri, 
Bsyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2, 
Bsyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai, 
Bsyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti ♥

BERSYUKURLAH DGN APA YG ADA ;D



Bila kita mengecewakan orang lain, jangan lupa pulak, Allah tu ada, DIA pulak yang akan kecewakan kita suatu masa nanti. Sebab itu lah, bila aku terfikir, aku tak pernah buat salah dengan seseorang, tetapi kenapa dia yang buat masalah? Kalau kita yang buat masalah, mesti orang lain yang akan jadi baik dan sentiasa bagi perhatian kat kita... sebagai contoh anak dan parents, kalau kita anak yang jahat, sudah pasti parent dia seorang yang baik da begitu juga sebaliknya.

tapi ,salah tu, yang penting, bukan kita yang kecewakan orang. Ya,sebab hidup bukan sekali.
hurm, alhamdulillah. Harap-harap aku tak buat dosa dengan ibu bapa aku.



Tuesday, September 27, 2011

Nak mintak idea..please!

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum..


adus...adus..migrain kalau mcm ni. Dapat assignment mcm bebudak multimedia dan sains Komputer. Assignment apa? tahulah assignment untuk kursus Pintar cerdas, tapi gifted nau assignment dia. 

assignment yang aku dapat: kene bina modul macam dalam cd rom yang ada dalam buku teks time sekolah dulu. Kalau nak contoh: tgk video kat atas tu, aku cari contoh ni kat youtube, tak tahu mcm mana nak terangkan. Persoalannya, apakah perisian yang diperlukan untuk membina modul seperti di atas? Ada sesiapa yang beridea? Yang pandai dan pintar dalam bidang-bidang ni. aku cabar kau.Aku cabar kau!,,hahaha,,,tolong bantu saya ye =] =]


benda ni memang menarik dan cambest, tapi aku tak de idea nak guna software ape..

Friday, September 23, 2011

shizuka`ne

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum

Jumaat. Walaupun Jumaat, hari ni rasa tetap pack. ye, Walaupun Jumaat. Dengan kelas Nihongo, meeting Hari Pendaftaraan PJJ UPSI, jamuan kursus dan esoknya, Hari Pendaftaraan PJJ sebenar. Lepas tu..lepas tu...ops!. OK , kita berhenti kat tentatif tu, takut nanti jadi entry sampah plakk! haha

hari ni ada first kelas untuk Nihongo (Japannese Communication 1) baru satu beb! Untuk permulaan ni, ternyata, Sangat menyeronokkan dan enjoy plus-plus! Banyak gile vocab baru yang aku belajar. Sangat asing. 


Bahasa Jepun sangat mementingkan martabat. Aku ada terfikir, mesti bahasa Jepun ni langsung tak tercemar dan ter'rojak' macam bahasa melayu kita ni. 


Oh ye, satu lagi info aku dapat, kalau kita p negara Jepun dan terkenal dengan orang sana, kita mesti kena panggil nama keluarganya dulu sebelum benar-benar rapat dengan orang tersebut. Contoh, kalau nama dia Yamada Shiho. Kena panggil Yamada Sang, jangan panggil Shiho sang kalau tak rapat dan tak dapat permission dari dia. Sebab bagi mereka, nama keluarga adalah sangat penting dan bermakna dulu.


Nihongo Sensei aku kata, bila usia dah meningkat ni, maknanya bukan lagi akacang (baby), otak kita akan bergaduh bila kita belajar bahasa baru. Jadi, jangan block otak tu, tapi cuba related kan bahasa baru dengan bahasa yang lama. Contohnya:


Sumi Masen dalam bahasa Jepun yang bermaksud: mintak maaf/excuses
     -Just ingat Sumi (jelly tu) + masin! hahahah

Wa kari Masen dalam bahasa Jepun yang bermaksud : Saya tidak faham.
     -Just ingat kari aku masin! hahaha


*mungkin banyak lagi perkataan yang bunyi dekat sama (lain maksud) dengan Merego (BM), tapi aku tak belajar lagi. 

*masuk kelas tadi, benda yang dah buat ialah Jikoshoukai (perkenalkan diri). Senang jugak, cuma pertama kali tu macam tertwist plak lidah ni. Lidah makan sambal tumis kan!

Hajimmemashite!
Watashi wa Nuru Shafikah desu...
Watashi wa Peraku No Taiping kara kimashita...
Doo zo yoroshiku onegaishimasu...

*yang last tu punya lah panjang, tapi bila lama2 asyik sebut, boleh je ingat. biasalah, psikologi.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #8 [makan-makan]

Esok tak puase sehari, sebab mud beraya kat kampus.
Ape ni? ape ni? =P

*hak Google

Tuesday, September 20, 2011

Arghh! Sedu masa tengah Puasa

Bismilahirohmanirohim
Assalamualaikum!




Alhamdulillah , hari ni dah puase untuk hari ke-4 (hampir 4). hehe, korang-korang semua mesti dah habis puase 6 kan? kalau dah, bagusnya! alhamdulillah!... 

Hari ni rase sebal je, sahur tidak.Mana tidaknya, bangun pul kul 6.15 pagi kot! kalau semalam sempat le sahur roti+sambal bilis+fresh orange+ air masak. 

Tapi hari ni , kosong. Sampai aku tersedu-sedu tadi. Baru je! Pergh, rasa macam menyusahkan je bila dah sedu ni! Dah la nak p kelas dah,kalau aku nganga mulut masa nak sedu tu, mau senyap satu kelas. haha. Kalau sedu time tak puasa, senang je, minum air suam kan! Tapi kalau dah berpuasa?

So, aku ada search kat tenet - "cara hilangkan sedu bila berpuasa" dan aku jumpa PETUA NI. Memang terbaik! walaupun org kata, idea tak masuk akal, tapi inilah yang menyebabkan sedu aku hilang. caranya?

amik secebis kertas (beso ibu jari), basahkan sikit dengan air dan tepek kat dahi. Sebelum tepek terus kat dahi tu. Baca surah al-fatihah dan selawat 3 kali! insyaAllah, jadi! Macam aku sekarang! dah lega. Dalam masa 5-10 minit lepas korang tepek tu, insyaAllah, hilang sedu.

*credit2.

Tak tahulah apa rasionalnya, tapi mungkin ada kaitan dengan carbon dioxide dan diafragma.

Oraite then,Selamat mencuba ye!

Monday, September 19, 2011

1 Malaysia

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.















* amik kat FB (kah3)

Sunday, September 18, 2011

I`m Just Curious

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum kepada semua! & Selamat- selamat!

hurm, entry hari ahad ni, santai sahaja, tak perlu berfikir banyak-banyak. Make sure bace entry  aku ni jangan sampai kerut-kerut dahi tu, simpan ruang dan peluang stress untuk esok, hari Isnin, hari baru ok!


I`m just curiouslah kan,Orang Kelantan memang baik, peramah, manis, cun, hensem dan lain-lain lagi. Cara percakapan diorang tu lembut gemalai. Contoh terdekat: Mek Kelate yang pelakon tu. O mak Aih! Lembut okay, sumpah laki dia tak cari yang lain. 

But, i`m just Curiouslah kan (again!) :
ayah aku selalu cakap,  orang Kelantan ni baik, memang baik bila berkawan dengan kita. Tapi, kalau tiba-tiba dia jumpa dengan orang yang 1 negeri / kampung dengan dia, dia boleh tinggalkan kita mcm tu je walaupon tempoh masa dia kenal dengan kita lebih lama berbanding dengan org kampung dia tu.



Jadi, benarkah wahai orang kelantan/blogger Kelantan?
hehe, jangan marah, cuma nak tanya pendapat. Tak de nak kondem sape2, serious.
chills.wasallam

Saturday, September 17, 2011

Master Chef Bujang

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan selamat malam bloggers!


sudahkan anda makan? buntu tak tau nak makan apa? Pening memikirkan harga makanan dan minuman naik mendadak di samping cukai yang dikenakan? Yang baru dapat duit ptptn tu, tahulah, makan beso, confirm sekarang lepak chill lex je kat Pizza Hut kan! ha! tau da, tau da...nak pesan meetball baked muleh x? lapar doe...

haha Sebenarnya, dah makan, beli nasi tomato (kot) kat pasar sabtu Tg.Malim. Tapi, perut ni rasa macam bertambah lapar bila tak pekena masakan sendiri. (euww..euww, ayat feeling2 macam mak mentua yang cakap camtu kat aku)..

Blurrppp..alhamdulillah! ha! itu lah hasil bila tadi aku berhempas pulas masak untuk diri sendiri. Hurm, petang tadi dah makan, la ni pon baru je habis makan 2nd time. menu? secret menu..lalalalal..

Tak de nak secret sangat dah, makanan pun setakat yang ada je. Bahan-bahan pun, apa yang ada je.  Nak tau tak aku selalu masak ape kat asrama ni? Lol, menu bujang je. ni ha! 

1. Bihun Goreng Singapore. 
Modus Operandi dia mudah je....
cuma perlu bihung, bawang putih, carrot, sayur hijau, lada hitam & daging kisar/sosej! -SHIAPP!



Ni bihun singapore yang digoreng oleh Akak Senah Vogue, bekas jiran aku.Bihun Goreng Master Chef sila tunggu episod MC yang berkenaan (tu pon kalau ada dia masak)Bihun Goreng Singapore yang aku masak, dah selamat dalam perut

*tambahan, bihun singapore ni kalau makan dengan sambal cili burung kicap!!! perghhh! Nescaya, berpeluh-peluh korang makan! hahahah. Itulah secreto de amornye


* taruk kicap sikit! mak ayah mertua lalu lalang kat depan mata pon sure boleh tak perasan!



2. Spagheti Tomato 
Modus Operandi dia pon agak mudah! 
Hanya memerlukan spagheti atau macaroni, bawang putih, bawang merah, sos tomato Kimball atau lain-lain, sosej/daging kisar & garam sahaja.


Ini pula , Spaghetti Tomato yang dimasak oleh Master Chef ( sebab ada hiasan)
Spaghetti Uncle John pulak boleh tengok kat sebelah gerai Roti John, juga kepunyaan beliau.
Dan spaghetti aku,,,,, tak sempat tangkap gambar, dah kene sedut!Keh3...

see, simple kan? aku tak suke masakan Master Chef, sebab diorang masak ciput je!haha

Kadang-kadang masak kat kolej ni boleh  mengurangkan stress, ye lah! Senang hati je sebab tak payah nak fikir duit belanja kene keluar bila order makanan kat kedai. Alah, bape sangat lah bajet makanan basah ni. Kalau bihun dan spaghetti tu, boleh makan 5 kali 1 paket. heh! save tu, sebab tu tak stress.

Thanks tu mama aku yang bekalkan periuk nasi ajaib! Apa yang aku masak, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan! kehkeh3...

notepad: nak cakap seimbang tu, korang sendiri boleh nilaikan. Aku yang duduk serama (asrama actually) ni pon boleh taruk menu sihat dalam makanan harian. ekeke. buktinya, ade carrot dan...dan..ha, cili burung!

wasallam!!

Friday, September 16, 2011

Baby dah besar SETAHUN..Alhamdulillah

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum & selamat petang !

Fuh! hahahah... sipi-sipi aku terlepas pandang yang hari ni genap umur blog aku setahun jagung! yehaaa! tu pun aku sedar dalam pukul 5.15 petang sat tadi ! Grrr..naseb baik aku tak terlepas langsung! Kalau tgk Entry pertama aku sebagai blogger, memang aku ada ceritakan yang aku buat blog pada 16 September sempena Sambutan Hari malaysia! yes! hari ni lah! 


ha! abang pon terkejut gak? -kalah editor tau. 

So, sekarang dah 2011, baby From My fingertip (sebenarnya) dah pun setahun! jangan ingat aku mcm remaja-remaja lain yang buat benda tak senonoh masa hari Malaysia! No..No..No..No...

Memang tak dinafikan, sangat banyak kenangan manis bila jadi blogger. Paling best bila kita rasa macam ada dunia lain selain daripada dunia yang- bangun pagi, pergi kuliah, balik kuliah, pergi diskusi, tambah lagi dengan assgnment dan projek segala pulak. 
Bila tension, kat blog ni la aku buat entry, mesti ada rakan blogger (korang yang sedang membaca) yang buat aku tersenyum.hurmm =]

 Thanks kawang-kawang!
(siap dapat ramai kawang-kawang baru lagi!) 

FMF ni blog kecik je. Serious penulisan aku kadang-kadang santai je bermakna, tak ada fakta atau nota-nota penting pun yang bermanfaat untuk exam korang. Semua propa je. (kalau sapa-sapa nak komen ttg blog aku ni, di alu-alukan)

Next, antara kenangan lain, bila FMF ni direview oleh Ben Ashaari sebagai blog pilihan konon..haha dan Wuming dalam entry beliau INI. Lagilah bertambah syiok. Tu yang buat bertambah mood nak berblogging. Ha! GA pon dah pernah menang even saguhati pun..haha, sedikit sebanyak bolehlah menafikan ura-ura yaang aku ni tak bertuah. (ura-ura tu aku sendiri yang buat)..hehe

Untuk korang semua, jangan sering serik ek datang blog aku dan baca entry walaupun lagi 10 tahun yang akan datang.muehehe.

naseb baik ada tukang catat >.<'

Thursday, September 15, 2011

video favorite adik gua, comel doe!


bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum

semalam baca entry Chegu Zubir tentang fakta youtube, tak sangka salah satu video feveret adik gua: wokni bucuk (video Charlie Bit my finger) jadi salah satu video howt yang selalu visitor pergi, lebih kurang 212 million views. Mestilah adik aku salah seorang yang menyumbang angka tu, hurm, hampir 356 views kot, sebab tetiap hari dia bukak. Kadang-kadang dia sempat jugak berlakon sambil tengok video tu. Dia jadi Charlie, aku jadi abangnya. (apa ntah nama abang dia, lupe!)

Video Charlie bit my finger

sampaikan, kalau nak kejutkan dia bangun sekolah, aku kena on laptop dan bukak video ni. Bila nak dekat habis video ni, confirm dia akan tersenyum and ready nak bagun tidur! cis!

Aku tak bertuah pun tak apa

Bismillahirahmanirrohim
Assalamualaikum

Menyingkap pengalaman sebelum raya hari tu, aku berbaris di ATM Maybank, dah dua kali berbaris kat mesin deposit. Mula-mula salah info, terpaksa tinggalkan atm tanpa berbuat apa-apa dan kemudiaanya berbaris semula. Kali kedua berbaris, ada seseorang di hadapan aku. Seorang pakcik, usia dalam lingkungan 50-an. Dia macam nak bercakap ( berborak) dengan aku, tapi aku buat bodoh je. Dalam 10 minit (biaselah, berbaris panjang, nak raya) , dia bukak mulut nak mula berborak dengan aku, dia cakap:


pakcik  : hurm, pakcik ni nak bayarkan duit pendahuluan untuk kereta anak pakcik. 
Aku      : oh, yeke...
pakcik  : ha`ah, belikan anak pakcik kereta. anak belajar kat UITM
Aku      : ha, mesti uitm Shah Alam ni....
pakcik  : eh, tak la, uitm Sri Iskandar ni.
Aku      : oh yeke,.
pakcik  : ha`ah, dia kata dia dah duduk rumah sewa kan, kadang-kadang bas terlepas. hurm
              ni, senang lah dah ada kereta.


...sampai situ je kita orang bersembang, sebab turn pakcik tu untuk buat cash deposit dah sampai.

Dalam hati aku , " bertuahnya anak dia, dan baiknya ayah dia.." ish2, agak-agaknya, apa ujian untuk dia? 

Dan, aku selalu je dengar budak-budak baru umur 15 , 17, 18 tahun, belum habis sekolah, dah mak ayah sponsor kereta (bukan calang-calang) pulak tu. Tapi, aku sikit pun tak rasa bersalah/nak menyalahkan parents aku sebab aku tak ada semua tu. Tak ada rasa malang, tak ada rasa terkilan. Malah, aku rasa macam, " ceh, ape barang ada harta , 'mak bapak' punya kan? Tak cool, tak hebatlah kan. Hakikatnyalah! 

Aku tak kesah aku tak bertuah! Betul-betul aku tak kesah, aku kesiankan diorang.


Aku dapatkan nombor 1 atau cemerlang masa sekolah adalah untuk mereka.  
Aku selalu nak dapatkan markah tertinggi yang classmate aku tak dapat buat, untuk buat-buat seronok bila tunjukkan parents nanti. 


Punyalah study rajin2 tyme matrik, hari pertama dah pergi library, sebab bila dapat result UPS1 nanti seronok, bagi tau parents, dapat pointer 3 and above dan tak kena kick out dari matrik, hehe.

Then, tiap-tiap sem kat u, dapatkan Dekan, supaya bagi parents lega hati, keluar u senang dapat kerja dan 


pergi interview untuk dapatkan biasiswa, supaya tak payah susahkan diorang. Walaupun diorang tak payah nak kirim duit sebelum ni, at least diorang tak payah tanggung perasaan risau and was-was, kalau-kalau aku ni menipu kata ada duit, tapi sebenarnya tak ada.


Tapi, apa yang aku nak , parents aku baik dan beriman, untuk kehidupan mereka jugak. Supaya Allah berikan mereka hidayah dan kekalkan hidayah itu.


:lagu dah lama, tapi yang ni paling match ngan tema entry

notepad: dah dua hari, mimpi buruk

Tuesday, September 13, 2011

Jodoh aku dah tiba?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Best siot tidur kat kolej, dah lama tak merasa weh, haha. Plus, tidur dengan comforter plak tu, makin enak, lunak , lenalah tidur aku. Tapi heranlah, mimpi aku tak seenak tu pulak. tapi alhamdulillahlah, semalam rumate aku tidur rumah kawan, kalau tak, mungkin dia berpeluang untuk mendengar aku meracau rucau sume.

Mimpi apa?

mimpi paling seram!

mimpi kena patuk ULAR

apa dalam fikiran korang?

Semalam sebelum tidur dah baca doa tidur, ambil air wuduk, siap ketuk2 bantal, "kejutkan aku pukul 6 pagi ye bantal.." heheheh

Orang kata, kalau mimpi kena patuk ular ni, maknanya ada orang nak masuk meminang. Dah tu, kalau aku kena patuk ular dua kali dalam mimpi tu? Aku kawen dua ke??

apa kata korang betul ke ini salah satu maksud mimpi atau syirik?
tapi aku tak yakin langsung ada org nak masuk meminang aku, cuma aku tak sangkalah mimpi yang betul-betul aku tak nak sebab seram dengan ular, dah muncul dalam tidur aku.
Nama je ahli JPA,haha.

Sunday, September 11, 2011

Isnin ni, pertama kali jadi budak sem 5

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

yeay! ini adalah entry wajib sebab nak tunjuk keghairahan cuti habis , yes3! *hurmmm*, alhamdulillah, dah nak naik sem 5. Teringat dulu-dulu, ada ..

stardard 5

lepas tu, tingkatan 5

sekarang semester 5 ....

hehe, tapi kehidupan sekarang ni lebih panjang kut, sebab ada sampai semester 8! Dulu tak ada tahun 8 atau tingkatan 8 kan. Ok2,dah2,haha, kepada sesiapa juga yang se'geng' dengan aku yang nak masuk semester baru, diucapkan semoga korang berjaya menempuh apa jugak masalah atau cabaran yang terpaksa kita lalui. 

Aku ingat satu je, sesetengah assignment tu, memang susah, tapi, ia akan selesai jugak bila dah nak sampai final tu , tak kiralah apa cara korang sekalipun... Kalau malas gila nak setelkan assignment tu, tunggulah lecturer panggil masuk bilik atau kawan group piat-piat telingge tu, maka, itulah pemangkin atau catalyst kepada penyelesaian assignment korang. =]
Selain tuu... jangan harap magik la, kalau ade magik pon, magik dari diri sendiri juga. Kene prihatin. Kadang-kadang aku rasa apa yang aku belajar kat u ni tak sesusah mana kalau nak dibandingkan masa kat sekolah dan matrik dulu, tapi cabaran untuk menyetelkan assignment tu! fuh, kene bersabar jugak...semangat dan nyawa kene lebih daripada 1. Kalau tidak, innalillah. Lastly, jangan sesekali susahkan member group korang dengan perangai malas korang ok. (anti sangat aku!)

sekian, gud luck 20x! 

Thursday, September 8, 2011

penyuluh pada kegelapan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


sebenarnya jalan cerita:

Dalam kehidupan ni, aku rasa akulah orang yang paling banyak ditimpa kegagalan dan musibah. Kenapalah hidup ni susah sangat, kalau tengah cuti-cuti sem ni pun,aku masih tak terlepas daripada berfikiran macam tu. Expecially semua tu berpunca dari sikap careless aku, dari dulu lagi, asyik-asyik hilang kad matrix, hilang duit, hilangkan buku library yang harganya RM180++, hilangkan mp3, hilangkan hanset, hilangkan purse. 

buat pertama kali bila kita menghadapi masalah tu, pasti ada rungutan.iya, mengambil masa jugak walaupun 5 minit. Cuba bagi tahu aku, manusia mana yang terus redha dan tersenyum bila terima musibah tu. Kalau ada, hebat sungguh ! Subhanallah.



T.T
Antara zaman kegelapan aku adalah ketika aku form 4 , final year. Ketika mana aku dapat tahu yang aku dapat number last dalam kelas. mungkin 25 sumething kot, yang penting nombor terakhir dan selepas tu tiada lagi nombor. Siap kene tendang kelas bila naik form 5. Dah la next year, form 5 SPM! Down gila. Apa yang aku tahu, aku tak kalah , masa tu aku dilanda kemelut.* bukan alasan, tapi betul-betul.  menangis-menangis je kerja aku masa tu. Tapi nak tahu tak, aku menangis kat library, Alhamdulillah, mungkin kat situ ada hidayah, atleast aku boleh nampak buku kan. Cuba bayangkan kalau aku menangis kat tandas?  

Hidayah itu menunjukkan yang aku kekeringan motivasi, jadi,aku pinjam buku yang bertajuk " Dare to Fail" . Biarlah abang librarian tu tahu apa yang dah jadi dengan aku sebab dia kata 

" hai dek, ni mesti baru fail exam ni kan2...hehe"  siap gelak jahat, tunggu kau kalau aku jumpe ko sekarang!huhu



masa aku sakit ni pun*alah, demam je pon.buku yang aku rasa paling best dan berhikmah adalah:

in short, kalau ada apa-apa masalah, memang aku akan baca buku sebagai penambah motivasi, bila difikir-fikirkan, kalau ada masalahlah baru nak rajin sikit kan. Astagfirullahhalazim....



Tapi, alhamdulillah, masa tu, aku dapat fikir yang Allah itu kadang kala tidak memberi apa yang kita mahukan, tapi DIA beri apa yang kita perlukan, sebab kita tak boleh tengok masa depan. Mungkin kalau aku terus dengan orang-orang yang pandai tu, hidup aku lebih teruk sekarang. la haula wala quata illa billah. =]

spontaneous Thursday : yaAllah

Lusa dah nak balik kampus, tapi demamlah pulak.
Tambah-tambah lagi, kad pelajar aku yang kene telan kat atm Bank Islam belum dapat dipulangkan lagi. Officer kata, "kalau esok tak de jugak dik... adik, buat je lain". 


Pakcik, pakcik. Pakcik kan keje bank, bak mai sini RM100, saya boleh buat lain kad matrik tu. grrrrrrrrr

Tolonglah doakan aku , ye kawan-kawan

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday #7:kad raya tunggal lagi tahun ni


notepad; thanks to Nur Aishah Ahmad sebab jadi pengirim kad raya yang setia setiap tahun. Dah set nak bagi kad raya kau kau dari tahun lepas, tapi lupa la,aduii...kad ni baru dapat lepas aku balik dari muo..thanks! thanks! =] =]

Wednesday, August 31, 2011

OMG! traffic blog turun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

pergh, dah raya kedua ni, camno raya? hot ? suam-suam kuku? sejuk mendung? mesti best an, sampai blogger.com ni aku rasa sunyi sepi je, kalau ade new post pon semua citer pasal raya! kat dashboard tu, boleh tengoklah, meriah ke tidak raya ni.huh, apa yang penting, ramai yang tak update sebab balik kampung mungkin. Aku pon malas nak jenguk blog dah, haha. Sejak semalam, traffic blog memang menurun arg, tengok-tengok aku sorang je yang melawat blog aku, haha.Sebab ape ek?

*google


sehari sebelum raya.


semua pakat balik raya, bukan highway je yang jam, jalan persekutuan, jalan luar bandar, jalan lama, jalan sungai, jalan udara. PLUS paling untuk atas traffic ni. =P
*google


Persiapan raya, beli santan pon kena Q. Penjual kelapa yang masyuk...
*gambar sendiri

hari pertama raya...

ramai berpusu-pusu ke open house sebab nak jumpa menteri & makan best-best.Yang penting , duit raya untuk budak-budak. =P
*google

hah! tengok wayang jugak! rasanya, tahun ni ada dua movie kot, hantu bonceng dengan karipap-karipap cinta. korang pergi tengok wayang x? aku tak..aku tgk kat utube je nanti, haha *google


notepad: tak kisahlah anda di mana-mana, jaga keselamatan dan SELAMAT HaRI RAYA AIDILFITRI! =]