Saturday, March 9, 2013

Sahabat


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih. ituLah gunanya Sahabat Untuk Selamanya.

*Kopi dan pasta