Monday, January 31, 2011

teringin nak jalan2, lari2, guling2 atas air

assalamualaikum

petang ni adalah petang yang stress walaupun dah balik kg.
bukan ke sepatutnya happy dan rasa indie bila balik n semakain menjauhkan diri dengan kampus?
huhu, sepatutnye begitulah, tapi masalahnya bende yang kat kampus tu saya bawak balik!!!
Assignment la, apa lagi. stress gile nak carik pasal IQ test ni expecially pasal kecerdasan logikal ni, adalah sikit dapat, tapi the correct answer tak dapat. redha.
hurm, bila dah sampai rumah ni, tabiat buruk dah start dah. apa dya?
tabiat tak mandi 3 hari, hurm next, tidur ikot sesuka hati, makan pon ikot sesuka hati & online 25 hour! kalau kat kolej, YaAllah, saya nilah yang paling busy rase! kalah NC.
hehe, bila dah stress ni, mulalah jadi imaginative terlampau. teringin nak jejak air, kalo tak pob, dapat lari-lari atas air. mcm ni:
\
/
\
/
\
/
\
/

ahaha, peace weyzzz rase!!
bila lar taman tasik nak buat gitu.
tapi kalau ade piranha, tak mahu saya pegi jejak2, tak pasal2.

notepad: hari tu mcm ade dengar pasal ni kat berita tv, kat mana tah. KL?
hurm, doakan segala assignment saya siap dengan berjaya


Saturday, January 29, 2011

kompang pang pung pang

assalamualaikum
nilah aktiviti pagi tadi, pegi kenduri then mainkan kompang.
best.best makan!
aha... sedap ek nasik minyak tadi, saya akan pastikan balik nanti dapat makan makanan yang teringin sekarang ni.ye ye, sambal ikan bilis petai. yaAllah!
^^,




notepad: tangan yang main kompang, tapi kaki lagi rase perit, sebab rasa lagi penderitaan hari jumaat dan khamis lalu. (cerita di entry bawah)
Esok nak balik da, doakan saya sampai dengan selamat, rindu wokni. =]



suffering for two days

assalamualaikum

Alhamdulillah, sekarang dah hari sabtu, dah mula cuti. cuti ni mulai menjadik perkara yang dinanti-nantikan since hari khamis dan hari jumaat yang lepas tu memang disaster bagi saya. hahaha. Hari khamis & jumaat memang kucar kacir argg, the whole days tak balik rumah, biler balik KHAR je rasa mcm dah lama tak jejak kaki kat khar & rase mcm  seminggu tido kat Kampus n Taman Bernam nun.
Saya kene siapkan dua projek untuk kursus Enjin, DUA projek, nampak cam bodo-bodo je, tapi cukup untuk memberi tekanan pada jiwa & raga. Adoiyai,hari khamis tu pulak memang jadual pack. 

Dari pagi ke tengah hari, dari tengah hari ke petang, dari petang ke senja, dari senja ke malam, dari malam ke larut malam. 

pandai sgt p susun jadual mcm tu, tapi bile fikir2, oraite jugak, sebab bak kata seorang professor emeritus , alang2 suffer, bia suffer terus beb, ... maknenye, alang dah suffer setengah hari, baik suffer sepenuh hari, pas tu off day! weee..... tapi , saya dah buat eksperiment hasil daripada keterpaksaan, bhwa suffer itu memang boleh menyebabkan kematian. ^^'
Plus, dah tention2 duduk kat lab/bengkel enjin kat Tmn Bernam tuh, (4-7petang,naseb baik lab ader air-cond), kami terpaksa leave untuk ke kampus , kelas memasak. malangnya, boleh pulak tertinggal barang2 kat lab tu, penting kot, runtuh pngk sem ni kalau hilang bende2 tu! ok, amik teksi dan patah balik ke Tmn Bernam. Amik barang2 tu, p kelas memasak. Check2!!!! camera saya HILANg. Cik Sam sudah ghaib! Ya Allah, dah la penat giler, cam plak hilang, cube bayangkan, psiko giler, tapi saya tetap cool, boleh gelak2 n enjoy lagi memandangkan malam tu masak chicken chop kan !!!! kene arg ader feel, rugi tak enjoy, Alhamdulillah, cik sam dapat saya jumpa balik. maybe jodoh kami panjang lagi. thanks Allah!


ni lar dua projek atau model cam . (sebot btol2). ni lar yang aku cakap cam bodo-bodo, tapi dua hari aku buat.siap ngn report & graph bagai. 
hurm, yang bunga2 tu baju kurung aku, pegi lab pakai baju kurung ^^' COOL
Memang buruk dari segi pandangan mata kasar, tapi in real life, cam ni adalah salah satu element atau sistem yang ada dalam semua machine yang digunakan untuk pindahkan pergerakan. ada dua jenis cam. yang kanan tu cam jenis translating motion dan kiri itu cam jenis rotating motion. korang boley cek kat semua machine mcm jam, camera.
d

nasib la lab enji ni ade air-cond bagai, kalo idok?? camno nak nak stay satu hari suntuk. kalo hari jumaat tu, sya datang dari pukul 8 pagi sampai 8 malam.  yang kat atas ni namanya kak bella. dia jmk uklk n senior taw, n saya baru kenal dengan dia dalam kesibukan hari itu


korang boleh adapt bende ni untuk buat gift atau small machine mcm toys...haish, tak tahu mcm mane nak tunjukkan toys tu. simple sahaja as long kalau korang ader bahan2 semua ni. 

jumpa lagi

Sunday, January 23, 2011

sape gile novel Malaysia, silalah klik sini.

assalamualaikum
&
Selamat pagi olzzzz.... dah cukup tido ker?
rase2 ada plan tak nak pergi Shah Alam?
ha, kalau ada, bagus sebagus bagusnye la tu, bolehlah kirenye kalau korang semua ke:

KARNIVAL KARANGKRAF, yang bertempat di KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam pada 28 - 30 Januari 2011, di antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang! 

KENAPA??? untuk :

Dapatkan novel-novel saya secara diskaun di sana. Sambil membeli, sambil beramal. Dan kawan-kawan, anda juga boleh bertemu dengan novelis kesayangan kawan-kawan seperti Dr. HM Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid, Meen Zulaikha, Norzailina Nordin, Aisya Sofea, Iris Ixora dan ramai lagi.

Fuhh!!!! Bestkan kalau dapat jumpe mereka, terutama sekali Penulis novel Thriller No 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid
Gua memang admire gile dengan dia!!

Yang paling best, diskaun 30% - 50% menanti kawan-kawan di sana. Apa lagi? JOM SERBU!!!

Ha, kalau nak tahu kenapa karnival ini diadakan
adalah kerana
 Penderitaan  Mohd. Shah

dan  Mohd. Hairuman 


uish, ni saya pon ade baca berita kat KOSMO! hari tu.
serious, kesian giler! Hope, mereka ni tak putus semangat, tak give up dan tak fikir hidup ni dah tamat.

saya telah mendapat message daripada kak Elee Mardiana iaitu salah seorang daripada penulis yang terlibat dengan karnival ni. Katanya, seluruh royaltinya daripada 4 buah novel akan didermakan kepada Mohd. Shah dan Mohd. Hairuman.







Royalti itu akan terus diserahkan kepada kedua-dua mereka ini oleh penerbitnya, Karangkraf.

so, apa lagi, jom kite membaca & beramal beb!



Friday, January 21, 2011

bisnes 4 future

assalamualaikum n samat pagi 

Moshi2! hehe, semalam baru saja habiskan tonton satu cerita jepung ni - Mei chan,
sangat best n sekejap je cerita ni- 10 episode. not bad. sebab cerita dia santai2 saje.
yang penting, Rihijo - Sama sangat hensem..aku jatoh cinta dgn matanya..ahahahaha..
first tyme ni jatoh cinta ngan pelakon korea/jepung. sebab sebelm ni tgk semuanya jambu2.
tak maen owh nak admire2 neh. tak hebat. Plus, cerita ni sgt gentleman.
Credit to housemate / classmate saya Ina sebab menyumbangkan cerita ni untuk ditonton.
Suka gila kat nama pompuan ni, shinonome Mei (cemtu kot ejaan dia..) Tak sure. Tapi comei ngat, teringat kat wani yang ada mcm2 nama n bunyi dekat nak sama (ye ker?) seperti "cak unai`", Oni, Wokni, Macarowni Aqilah... :P 


Shinonome Mei n Rihijo - Sama

Actually apa kaitan tu semua ngan tajuk entry.. Xde Chemistry langsung..wakakakaka..
Saya terpikir seronoknye bila dah habis belajar nanti, tak sabar nak buat bisness sendiri..
ni berangan2 je kot. Teringin sgt nak bukak kedai runcit.. jual2. tapi paling best kalao kedai runcit saya tu maju n ramai org datang, tak nak jadik kuli , hire pekerja banyak. tapi imposible untuk starter. Keje ko nak sonang je bhai.... eh ! suke hati lar bhai..
hehe.... bukan lar kedai runcit sgt.... bisnes idaman saya ialah 

1) Studio Lukisan, ala mcm A.E.I.O.U Studio.... 





A.e.i.o.u Ni studio yang hasilkan wrapping paper n mcm2 lagi benda yang kreatif...
saya suka benda2 yang kreatif dan colourful. Boley dikatakan, semua wrapping paper yang ada , mesti datangnya dari studio ni.Cool beb design dia, versatile!

2) Kedai Pengantin..a.k.a Weading Planner 



ni bukan kedai jual pengantin oke..hahaha..Sejak balik rumah hari tue, mama sebuk buat persiapan
kenduri Yoeb Parit Bunto bulan 6 nanti... termasuklar buat bunga telur...hehehehe... best syiok.
bende tu dah la senang, best pulak sebab dia sabgat berkaitan dengan keindahan dan kekreteppan.. Tapi bab lain mcm baju pengantin, pelamin,  tue tak tahu lagi..jap2 , nak pikir checklist:
^
^
^
^
^
a)kalo buat pelamin- basic kerja kayu subjek KH aku dah amik- kene ade skill & idea jerk.

b)Mekap pulak_ ha, yang ni xde idea, diri sendiri pon tak pernah mekap. So, kene hire Mak Handam

c) Makanan & Caterring - Yang ni pon boley la , tapi kene asah kebolehan lagi since sem ni amik kursus Pengurusan makanan untuk  subjekn KH... Kalo boley nak buat perubahan sikit, ada makanan barat, Makanan Cina dan makanan India. 1 Malaysia, PEace.

d) Kompang- Part ni pon musetahak jugak yang tuan rumah dok carik untuk memeriahkan lagi kenduri diorang. ni tak de hal since aku pon dok join kumpulan kompang kat kolej sekarang ni. ha, sabtu minggu depan ada function lagi mak ni. Gempak tak? tapi still tak boley jalan kalo sorang2. Kene ade grup. takpe, kite hire grup Belia Benci Dadah atau pemuda2 UMNO, PAS pon oraite...Ha, Pemuda DAP pon nak? boley2.

e) Baju Pengantin - Ha, yang ni agak2 mama boley tolong, since dalam almari/ grobok kat rumah tu ada lagi baju2 pengantin dia, baju tunang lar, baju nikah lar, baju kenduri malam ketiga lar.. 
(Padahal nikah gantung) :P Hehe, part ni kalau aku nak tolong, boley tapi after sem 6 kot lepas amik kursus Jahitan untuk Subjek KH. (doakan aku pandai jahit lepas tue, harap2 sangat nih for my future bisness sake!!!)

f) hantaran: ni pon ley kountim, lagi senang sebab dah berpengalaman buat hantaran dulu. benda ni senang sgt, yang penting idea, ketelitian dan kekemasan n most importang (terengganu plak), hati mesti kene tenang dan enjoy (enyoyhhh!!!)




hehehe, dah fikir ke ? ada yang nak join venture>??





Thursday, January 20, 2011

hanya entry sampah

assalamualaikum w.b.t
sehat semua?
hehe, sekarang ni cuti kan, tapi sekejap jea, cuti Thaipussam jea...
dapat lar sehari cuti, tapinye esok memang tak de kuliah, ko-k pon tak de.. tambah tolak, 
takkan tolaknye kalao aku, ada arggg dalam 4 hari cuti . Happy tak? mounye tak happy.
eh, ni per cer ni? tak mam lagi? tak ade idea nak makan apa. makcik lauk kat bawah tu pon tak bukak.
nak beli ayam kukus pon mahal sgt, naik tahun baru jea rm3.50 seketul. adoi... ptptn tak naik la pulak. teraniaye grase aku! takpe, naseb bek la ayam ko! taknak beli!tak nak beli! boikot!
kan best kalau rajen nak trun mam kueh tiaw kung fu!
sebenarnya, rasa tak sabar sgt nak balik taiping, nak try resepi kueh tiaw kung fu idaman.
whoaaa, tak tahu la kenapa giler sgt kat kueh tiaw kung fu sejak hari2 ni.
nanti kite tunjukkan ye kueh tiaw kung fu bile kita wat ti.
jgn terkezut..

notepad: sedap taw kueh tiaw kung fu, kat TG Malim ni yang paling sedap kat Fajar menghala Taman Bernam tue. perggghhhhhh!

Tuesday, January 18, 2011

JPA sana sini

Assalamualaikum ..

ha, nak mai cita pasal JPA lagi, ni bukan pasai Biasiswa JPA ka yang kata Jabatan Pengajian Awam atau Jabatan perubatan awam ke, jabatan perhubungan awam ke, (memang xde kan), 
tapi citer pasal Jabatan Pertahanan Awam, kokurikulum saya... kali ni join lagi , tapi meeting je kot, tu bukan agenda sebenar. Tapi yang sebenarnya adalah elaun, makan free dan jalan2 je (sokmo niat tak betol kan..)   ... meeting ni dekat je kot dengan UPSI, kurang sejam boley sampai jea, tapi tak. Ni ha, nak p sampai sana, penat la keluh kesah,
bising2, tensen2 taot lambat smpai. mula2 memang nyesal lar p join, tapi lama2 ok jea ar...biase2 je.., Venue kali ni adalah di Felda Trolak Selatan, perjumpaan anggota dengan pengarah. kali ni bukan bebudak UPSI saja, tapi kami yang join venture ngan budak2 pelatih JPA... asal usulnye tidak la saya tahu... dan yang paling penting, destinasi selepasnya ke Sungai Klah, bukanlah Hotspring, sungei je. Al-makumlahlah, tinjauan kami ni pon tak lari mcm jalan2 dstinasi bajet... aslkan tak payah bawak kuar duit, situ la kami pergi. Mungkin kalau tak ke sungai ni, tak dapatlah menziarahi perkampungan orang asli di situ..
eyh, apa merepek la, ni nak share pic je, pasal JPA ni saya tak de idea lah nak cakap apa.
chow~


3 sem diselubungi uniform (xbrape uniform...)JPA


(Boring giler, cube imagine, ngan budak2 lelaki blakang aku memekak, gedik )


meeting habis, straight to sungai Klah





Saya tak mandi, anti virus kecing tikus..ahahah (juz kidding)



(satu jam lebih....)

Notepad: jalan2 hari ahad, tukar agenda tido dan rasa nyesal jugak tak bawak baju spare, kalo tidak boley terjun tak ingat dunia cam dak2 uitm camping kat sini ritu..

Wednesday, January 12, 2011

happy bufday abah! :P


12/1/2011- hari ni hari jadik abah, abah dilahirkan pada tahun 1957...
hehe, sama besar dah dengan kemerdekaan negara kita neh.. ececey, abah anak merdeka..
hahahaha, tapi slalu kutuk k*******...
pape pun, saya doakan abah murah rezeki, panjang umur dengan keberkatan,
sentiasa di bawah keredaan Allah dan lll... hehe
asal org sent msg, xreply2? terharu ek?alalalallala... :P nakal2

ingat masa dulu2, saya ngan abg (men) pernah belikan hadiah sebuah kotak muzik (ni hadiah yang slalu orang kasik tyme bufday orang masa zaman tu), baik punye balut (rasenye wrapping paper warne biru), kotak muzik tu beli kat kedai cenderahati deret ngn kedai Aulong (sekarang dah tak ada).... bawak balik umah, mama pulak nampak!
Mama, kate tu MERCUN...hahaha..mungkin masa tu bulan puasa ke? raya ker? Bulan 1? huhu...
xingat dah, then bagi kat abah, abah suka. (tak sangka plak dia suka, ingat nak buat muka mcm tak de perasaan)........sempat jugak snap 1  gambar abah tengah bukak pembalut hadiah tu...(wink2**)..
tapi bufday saya, tak pernah abah wish... maybe dia doa je kot .hehe. tak niat nak buat citer sedih...
hehe, kan best kalau abah ada facebook atau belog...facebook yang ada pon sekarang ni tergendala...kalo dy aktif, mesti hari2 on9..wah, generasi lama yang hebat....macam mama saya...


abah sebenarnya sangat baik, tapi cuma kadang2 garang..huhu, dulu masa kecik2 


a) abah  Selalu bawak p Taman Tasik Tyme kecik2 dahulu. taman tasik atau lake garden.. masa kecik tak reti nak pronouce Lake Garden, orang pulak cakap laju2, lambat pick up, so tercakap la "ula mengadin", taman tasik a.k.a Lake garden, so sweet....kalo p taman tasik, suka p kat area yang ada dua gelongsor giant tuh....hehe..ala, kat tengah2 alam tu..atau pun yang kat sebelah simpang msuk sekolah tmn tsik tu.... :P...seronok woo jalan2...




b) saya tak pernah kene pukul kecuali sekali...kene pukul pun sebab mandi maghrib2, pastu lama2....ganggu aktiviti orang lain....pang!!! aku di hangerkan...


c) slalu p amik mama balik dari keje dengan abah, duduk kat raga depan..sambil nyanyi lagu "anak itik to` wi" wuwuwuwuw, mcm2 lagu kot, tapi lagu tu yang paling ingat lepas belajar kelas muzik ...sentimental tol...layan lagu sambil muka kene tampar ngan angin malam.... best syiok karaokeh...


d) Dalu tyme kecik2, tido ngan abah, ada wani gak... bila nak tido je, abah mesti picit2 n goncang2 kepala..nak bagi tido.... huhuhu


e) Sebelum tido abah pesan kalo nak terbuang air besa pagi2, kejutkan dia, (penakut kot dulu2)..hehe, adalah penah kejutkan abah tyme nak melabur..pagi2...


f) dulu p sekolah abah hantarkan, turun dari van je terus abah panggil, p kat tingkap driver. abah kata, "ada duit tak?" , malu2 nak kata ada singgit... pada hal, nak lebih....huhu..."ada, shinggit.." hehe


g) Bila zaman persekolahan, waktu amik kad laporan, abahlah yang selalu g sekolah, sebab ada masa free. Cemerlang, lulus & gagalnya anak dia ni  penah cikgu cakap depan muka dy. Tapi abah tak pernah marah beb.... psiko gilek.... sedih takde org nak marah gua...pesanan, pesanan & pesanan.


h) Tapi result form 4 , akhir tahun tak sanggup nak bawak balik umah, tu lah zaman kegelapan. Ni semua pasal tekanan kawan2 yang bajet pintar, nak stay lam kelas first, tapi meniru. ganggu konsentrasi... sebab itulah, sampai sekarang saya memang kurang pada kawan. kawan bagi trouble. tyme exam, tak boley konsentrate kat paper, tapi konsentrate kat mereka yang ligat passing2 kertas ..meniru! tak boley terima, lastly, kene kick-out dari Farabi. gelap, tapi bercahaya balik. nak buat mcm mana, memang jenis tak boley tgk orang buat benda yang tak adil camtu..masyaAllah..huhu....!@@#$^^&*^& betul...teraniaya2... mama penah cakap " kamu janganlah kesah apa kawan kamu nak buat, jawab exam sudah!" huh, dapat ranking last kot. Tapi yang pasti, saya tak buat exam tu dengan hati. T_T sorry mama.


i) Waktu amik result ape2 public exam ke, on the way balik umah mesti singgah kedai Aulong , 
beli saguhati mcm lolipop ke...huhu..kecik je hadiah gua, tapi happy.      :)




j) Bila dah besar, dah pandai nak melawan, tunjuk belang, agak tak puas hati sikit, lawan cakap..huhuhu.. dah pandai espresi ketidakpuashati tu...


k)banyak lagi, tak terkata..hehe






notepad:1. semua manusia melakukan kesilapan, marilah saling memaafkan.
 2.Hari terbuka Kolej saya (KHAR) setart minggu ni , hari hkamis. ada 4 hari. Macam2 program ada, harap2 dapat join Qiyammulai, Hari jumaat kul 4.30 pagi.hehe..teringinnya.... best kot bagun pagi2...tenangkan fikiran. 

Tuesday, January 11, 2011

Taiping dah ada Down Town

....tapi saya tak taw sekarang masih ada ke tidak.
ahahaha...oke2..sory,
assalamualaikum....sory lar terlalu excited ngn DownTown.Ah!
Giant lagi Excited! hehe... ni lar, Down Town kat Taiping, 
business hour sampai ke pukul 3 pagi ala2 kat KL tu, tapi ni
version Taiping, Bandar Warisan punyer. test market kot.
alahai, anak dara mcm saya ni takkan nak mintak izin kat ayah kate nak kuar p Down Town kot?
sumpah, tok ley!...tapi alhamdulillah lah, berkesempatan jugak turun p Down Town ..kebetulan.
ngan the whole pamily. tak ada banyak sgt barang, tapi oke lar.


:: ini argg, org kate shout box dalam kehidupan realitinyer



::sikat je pon






::huhu, dah dapat Rayban... nyaris2 nak online shoping je...
make sure jgn patah lagi..mahal tuu... :P




::kul 3 pagi ada kat luar lagi, generasi hebat








notepad:aku suka tang nama dy je. Down Town,,hehe


Monday, January 10, 2011

first week of 2011

assalamualaikum

so, how`s your 2011?
minggu ni minggu pertama kan?
semua dah pulang hostel kan?
dengan azam baru kan?
mcm mane AJL semalam?
MU vs Arsenal semalam?
boley nak tanya?
so, saya tak ke mana-mana semalam, terperap je dalam bilik hostel ni..ehehe..
mane taknye, sayang bilik. tahu sape menang AJL pon dari housemate. 
Sekadar tau je la, yang Ana Raffali jore tahun ini punye AJL
dan tahu jugak la berapa ramai yang kecewa kerana kalahnye FAizal Tahir.
Bagi saya, oke je. MEmangkan selalu AJL buat keputusan yang tak diduga.
Mcm AJL tahun bila tah (tyme tu still ade kat MAtrix) , MUH jadik jore lagu.
Rumate saya punye tak boley accept yang MUH boley jore dengan pendapat dia bahawa Band Indie 
tak boley menang. Boley plak macam tu ek? bes tu, bakpe deme masuk kan?
ok, semuanya rezeki. Mungkin tu cara untuk meningkatkan populariti dan penerimaan orang lain terhadap kemunculan baru mereka tu. T_T.. pape pun, tak nak amik taw.tak nak amik taw..
TAK MINAT TEMAN.




owh, baru terpikir, first week baru je lepas, so skarang bukanlah first week kan.
tapi, first week mcm2 dah jadik. :P
HAri Khamis adalah hari yang paling pack, dan paling pack dalam sejarah pendidikan saya..
dari pagi ke t/hari,
dari t/hari ke petang,pastu bawak ke senja, lastly, sampai lah malam.
but, alhamdulillah, Jumaat memang free. no class, no tention.
haish, kekonon tention sgt, itu je pon keje. aha.ngade2.
walaupun sekarang dah 2011, tapi ada satu bende yang selalu saya fikir.
macam mane nak hilangkan rasa menyampah kat seseorang. ??
Since, sedarlah , aku pon bukan lah baik pon, maybe kengkadang annoying gilek an.
tapi siyes ar, nak tengok muka orang b`kenaan  pon tak boleh, macam suami benci tengok bini (vise versa) bila orang dah bomoh2kan. ahakz..sape pulakkan nak bomohkan saya dalam hal nih.
ni soal hati (ceh..) , dan secara tak sengaja, azam baru pon muncul supaya terus buat DERKK jer.
sorry to say beb, papepun aku taw aku tak salah ape2, tapi malas nak layan kerenah keadaan. sudah2 la, penat layan kerenah kehidupan dan birokrasi masyarakat.
emo.emo.emo.emo
lame2 boley pikir jadi anome beb! ko taw anome pe kan. ..?
xada apa2 unsur pentingkan diri , lebih2 lagi unsur2 kapitalisme, sebab ko memang tak menguntungkan.
ha..nah!









hehehehehehe,,,
sory la, salah satu sifat saya adalah ego.
sifat ego yang ada dalam diri ni menag tebal gilek, so saya akan buat bodo je ngan 
sape yang saya mahu..heheheh..
eh2, peace oke. Life must go on.


notepad: Oke, stop! xnak emo lebih2 sebab nanti rambut gugur lagi laju dan selera makan bertambah2, dah la buntu mcm mane nak download photoshop. anyone cn help me? ta kesah la cs2 ke, cs3 ke, cs5 ke. 

Sunday, January 2, 2011

homesick

pic from FARS NEWS AGENCY

memang mcm ni kalau first day kat tempat baru.
H.o.m.e.s.i.c.k
rindu org kat rumah, tapi bila dah ada kat rumah... hurm...
rasa nak balik UPSI balik... cam no?

Saturday, January 1, 2011

Magika

Assalamualaikum

::pic courtecy of Google

Mcm gambar kat atas ni, ni la dia Banner Magika The Movie.

Boley agak kan, mesti saya baru tengok cerita ni.
so, kesannya, sangat berkesan! ahaha, sungguh admire kat cerita ni
kerana mcm2 features. dy punyya appearance, kualiti gambar. cerita ni ala-ala fantasi.
sungguh terasa. Plus, there are many suwitt song dalam cerita ini. Lagu2 buatan KRU sungguh
sayup, sedap, enak dan membuai. Jadi , saya telah mendownloadkan lagu2nya dalam youtube, banyak pulop tu..best rrr... 5 bintanggoes to you, Edry Abdul Halim

yes!yes! jadik untuk kali ke - 3

assalamualaikum

ahahaha, gilek r, sekarang dah pukul 4.30 pagi!
masih belum tido. hari ni hari last sebelum balik KHAR esok.
maknanya, cuti sem 3 dah habis.kuang3... ni ha, dah habis dah
berkampung kat dapur untuk siapkan Tart Buahan, my everlasting febret tart..wihuuuu..
nampak je mcm gembira, tapi tahuka derita di sebalik kegembiraan..?
kalau nak tahu, ni kali ke 3 saya buat tart nih..
kali pertama, dengan mak... tapi mak pon tak tahu resipi ni, saya jadi leader. 
Kali ke dua, buat dengan kakak, tapi saya jugak leader, kakak buat acuan kulit tart. thank u!.
kali ke tiga, (tadi), sorang2 buat T-T. ahaha, saya leader, saya kuli.
saya boss, saya pekerja. Saya ketua Chef, saya anak buah. 
akibatnya, BINASA. ahahaha.


pssssstttt........ DUA kali SALAH RESIPI/ADUNAN untuk kastard!!!!
ahahahaha... tak taw la banyak jumlah kerugian...nasib tesco dekat,
so, mama, kalau nak buat kek, sila top up tepung2 anda yer., p la tesco dulu ke
atau pon kedai Apek kesukaan mak kat Aulong tuh... :']

Tu la, semua kesan daripada tak mau salin resipe yang betul2 boleh dipercayai.
lepas ni, xmau sudah, insaf.... kene ada resipi yang betul2 boleh diikuti.
=_=


tapi, alhamdulillah. ada hikmah!
dalam banyak2 kali saya buat tart buahan..
ini lah yang paling sodap!
sobabnya aih,,,


KAstart nyer!!!
see, Allah nak uji kita sama ada sabar atau tidak, kalau sabar, nescaya Allah akan
berikan yang lebih baik untuk kita. 
Kastart malam ni lebih smooth dan tidak menggerutu sepeti biasa.
so, dy mcm suwiitt je bila letak atas kulit tart yang dah dibakar tu kan.
haha, - nice too see, easy to hold-

so, ini lah final recipe untuk TART BUAHAN

next tme, if saya tingin nak buat lagi, perlu lah refer pada resipe yang satu ni. sayang dy!!

notepad: Kastard ada lebih la, xtahu nak buat apa since kulit tart dah habis... harap2 mama tak marah bila dy bangun tido nanti...



::handmade Fruit Tart

untuk kulit tart

Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.

Inti kastard

Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
8 sudu besar gula (saya letak 6 sudu)
2 cawan (500ml) susu segar (takde susu segar, guna susu pekat tp setengah tin jer)
2 biji telur
2 sudu besar mentega