Sunday, July 31, 2011

from pakguard to pengetua

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim


Masa dulu, belum cuti semester lagi, aku ada masuk kelas bola baling dan lecturer untuk kelas tu adalah Encik Ahmadi Ahmad. Dia cikgu biasa ja tapi diimport (gituw) untuk jadi lecturer bagi Bola baling ni kat u aku. Nak puji sikit, dia sangat cool dan boleh jadi pelawak,hahaha.

Oleh sebab kami ni semua bakal guru, dia ade kongsikan satu tips untuk masa hadapan. Nak tahu apa? Tips ni sangat berguna terutamanya kepada cikgu-cikgu baru yang masuk sekolah  buat pertama kalinya. 

Ada beberapa golongan yang kita perlu berbuat baik dan menjaga hatinya. Amaran, ini bukan tips membodek, tapi ini tips budi pekerti. Bukan golongan ini sahaja yang perlu kita hormati, tapi aku bercakap dari konteks masyarat pendidik atau dalam institusi pendidikan (Sekolah).

Golongan yang paling pertama yang perlu kita hormat adalah:

a) Pak Guard/ Mak guard -Jangan buat kuang ajar dengan golongan ni, kelak korang tak boleh masuk/ keluar sekolah oleh sebab diorang dengan sengaja mengunci pintu untuk kau. Ha, siapa yang susah?

b) Tukang kebun  - Yang ini sangat penting terutamanya bagi guru Pend.Jasmani atau nak buat sukan tahunan. Diorang nilah yang akan tolong korang bina gelanggang (contohnye:gelanggang bola baling kene buat sendiri ouh), tuang minyak hitam dan sebagainya. Kalau tidak, korang kene buat semuanya sendiri! 

c) Cleaner/tukang sapu  - yang ini sangat penting bagi korang cikgu-cikgu sekolah rendah, mana tidaknya, buat memurid kamu "tercherry berry" dalam seluar sampai melempah-lempah? Siapakah yang bakal menolong anda?

d) Murid-murid  - Yang ini pon sangat penting, kita kena buat murid-murid macam kawan, banyak faedahnya. Selain daripada menjadi guru kesukaan mereka (kereta tidak dicalarkan), senanglah korang nak mintak tolong kat diorang. Terutama sekali bila ada program macam sukan, siapa yang nak tolong korang angkat kerusi?meja?pentas? Jangan bila panggil diorang nak mintak tolong,,Surrrrppp, semua cabut lari. Ha, koranglah yang akan angkat semua tu seorang diri. 

Murid-murid akan rasa ringan tulang dan senang hati je nak tolong kalau korang kamching dengan diorang. Betul?

e) Kerani - yang ni paling-paling penting, haha. Kenapa? Sebab, keranilah yang akan key-in gaji korang tau. Jangan buat hal dengan diorang, nanti habis mengelatlah diorang nak setelkan urusan gaji untuk korang.

f) Guru-guru lain - Yang ni pon superduper penting, Kalau tidak, bersiap sedialah korang akan jadi kera sumbang dan paling penting, suasana kerja korang akan menjadi tidak seronok . BTW, bukan suruh join deme mengumpat ke kan. Just be kind dan tak menyombong.

g) Pengetua/guru kanan HEM, ko dan sebagainya -Yup, yang ni golongan atasan yang tidak sepatutnya kita duk bodek, duk buat baik tapi tak ikhlas dan 12 jam asyik mengepit je. Pendapat orang yang berfikiran tipikal, golongan ini mempunyai kuasa yang besoo dalam buat apa-apa keputusan, tapi itu salah lah!

Sebenarnya, yang mengangkat kita untuk jadi insan yang berguna dan berjaya adalah golongan yang berada di bawah sekali , bukan yang paling atas sekali. JAdi, fikir-fikirkan, selamat berpuasa.

Saturday, July 30, 2011

kata-kata yang best dari mulut cikgu, sampai nak melompat rasa!

Bismillahirahmanirrahim
Assalamuaalaikum.

Sapa kat sini masih berstatus pelajar? Tak kiralah dekat sekolah ke atau kat IPTA/S. Actuallykan,  kita sebagai murid sekolah ni lebih nampak inesen dan macam budak baru nak belajar serta kadang-kadang semua cikgu yang tolong buatkan, berbanding pelajar di IPTA/S. Dah nampak pun beza kat status tu, murid dan pelajar. Perbezaan di antara kematangan ni lah yang lebih menonjol tau,, selain daripada formaliti, sistem dan tahap pembelajaran.

Aku dah lama tinggalkan sekolah, tapi, nanti insyaAllah akan kembali ke sekolah balik ..(yeyeah!???) Korang skema tak kat sekolah dulu? tidak? ok, tapi sumpah, dalam hal ni, semua pelajar termasuklah yang skema ke, yang jenis hantu kacang (kacang hantu actually) akan bertempit keriangan dan rasa "dunia ni aku yang punya" bila::::


Cikgu masuk kelas (tak kiralah cikgu bilik derejeh atau cikgu mate pelajarang) dan cakap

a) "mintak maaf semua, cikgu ada hal sikit,cikgu mintak KAMU BUAT KERJA KAMU SENDIRI YE, KERJA MEMASING. oh ye, saya takmau kamu bising-bising sebab buat telur masing." (cikgu buat lawak hari isnin sebab nak amik hati murid-murid kot2 ada yang nak report cikgu malas ngajo)

b)" OK, exam dah habiskan, cikgu sebenarnya banyak gila paper yang belum mark,, haisshhh (mengeluh 3 ela), so, apa kata KALAU KAMU TOLONG CIKGU TANDA KERTAS, ALA OBJEKTIF JELAH YE, CIKGU AKAN BACAKAN JAWAPAN, MANA-MANA KAMU YANG TERTINGGAL BOLEH SURUH CIKGU ULANGKAN YE. bolehkan? Atau kamu semua nak sambung bab 3 biologi ?" ( KALAU KATA SAMBUNG TOPIK 4 BIOLOGI, MESTI NAK2! JE).....)

c) "oh ye, lepas ni SUBJEKTIF pulak ye, sikit je. sebab cikgu baru teringat yang cikgu dah prepare skeme jawapan soklan subjektif."

d) "okay, ujian dignosis (pulak, untuk pelajar PMR dan SPM selalunya), sebenarnya cikgu NAK BUAT ANALISA, JADI, CIKGU AKAN SEBUT NOMBOR SOALAN 1-40 (40 tu, YeahY!), MANA-MANA ANTARA KAMU YANG SALAH SILA angkat tangan ye. cikgu nak result analisa cepat ni, panitia nak sat sat ni jugak!!.................."

e) "Haish, inilah beratnya mengandungkan anak yang ke 4, hari ni rasa loya-loya pulak, semalam cirit birit. Hari ni cikgu amik MC jelah, tak sempat nak cari cikgu ganti hari ni, semua sila buat revision untuk PMR ye."

f) "Ok, memurid, oleh kerana MESYUARAT SEMPENA HARI SAINS DAN SEJARAH (wah, kombinasinya,....) CIKGU PUKUL 12.00 TENGAH HARI NI DAH ON BALIK, JADI CIKGU RASA CIKGU TAK MASUK KOT KELAS CIKGU DENGAN KAMU PUKUL 11.60. jANGAN BUAT BISING OK, monitor, tulis nama murid yang bising kat papan hitam, sapa bising kena sebat patplohpat kali! shhiiappp!"

g) "kamu kena siap sediakan khemah untuk kem petang ni, ok, jangan nakal murd-murid ku, selamat bercamping, jumpa petang ni untuk pertandingan memasak.." 

h) "Salam sejahtera semua, eh2, u ols ada dengar tak pengumuman? (oh tak?), ok, semalam cikgu pergi mesyuarat dengar katanya hari ni ADA LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN, siap dengan demo padam-padam api lagi, u should try tau, nanti kalau sekolah ni terbakar,,  siapa nak volunteer jadi bomba? hah! takkan nak tunggu supermak dan ayah kamu kottt"


Bila dah cikgu cakap macam ni, aku tak pernah dengar budak-budak mengeluarkan ayat-ayat sepeti, "oh tidak cikgu, saya rasa tak lengkap sehari tanpa ilmu!" atau " ha? oh no cikgu, no!" atau "alamak cikgu, tak best lah cikgu tak ada..." melainkan niat untuk jadi hipokrit dan membodek, haha, 

apa yang aku nampak dan dengar bila cikgu kata mcm kat atas tu, budak-budak akan kata, "yezzzzzzzz.." (walaupon pelan-pelan), haha, seriously lawak . Muka pulak tak boleh tahan senyum leret selain nak melindung dari dinampak oleh cikgu sebab nak jaga hati, hakikatnya nak cakap"yes!yes!yes!" je...(samalah macam aku weh)

notepad: adakah kita tidak mencintai ilmu dan tidak bersyukur? jeng, jeng, jeng..... 

SEGMEN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ADIN !


Assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim

Ok, segmen kembali, malam ni nak try Segmen best sempena bulan Ramadhan anjuran AdinLala (hehe, itu link supaya anda semua boleh klik untuk jumpa dengan dia secara face to face- no charge needed...).Senang banget segmen ni, tak perlu nak bayar wang penyertaan ke, nak kena berlari cari dan geledah blog orang lain ke atau tak payah kelam kabut sekodeng cheakpoint atau kumpul merit. Cuma jawab soalan senang-senang je! kalau tak percaya, jomlah!

Ni soalan dan jawapan:

a) Target puasa korang berapa hari?

target?hurm, kalau nak ikutkan, memang lah target penuh, 30 hari, tapi..tapi...tapi.....
Argh! nak penuh jugak!
wah, ni macam soalan-soalan untuk bebudak kecik ni, yang dah beso panjang tu sila jangan jawab macam budak-budak umur 1-6 tahun ok!


 b) Fevret makanan ketika berbuka.

Yang ni soalan paling bestlah! Selalu aku akan ke pasar ramadhan atau kedai-kedai tepi jalan untuk beli kuih (terutamannya). yang paling kerap beli adalah : kuih tepung pelita dan murtabak. Puasa tahun ni aku nak cari kuih tako plak. Tapi kuih-kuih jugak, lagi best kalau dapat makan bubur lambuk masjid, memang terbaik lah! Boleh aku tambah? Minuman feveret untuk berbuka: air tebu & air cincau.hehe 

c) Kata-kata semangat untuk Blogger yang berpuasa ( kalau korang nak letak )

Sambil-sambil puasa, boleh tambah amalan. Cari pahala banyak-banyak, cari malam lailatul qadar pendek kata, cari keberkatan Allah. Bak kata pepatah songsang, sambil tenggelam, minum air. 

thanks!

Friday, July 29, 2011

buat tutorial pon, kena jaga sikit batasan

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim


Cuba tengok di sekeliling kita sekarang , boleh dikatakan, setiap benda mengalami revolusikan, aik, tak paham revolusi? revolusi ni mcm ala-ala anjakan paradigmalah kan. Macam komputer, handphone, kereta even pasukan bola sepak Malaysia kita sekarang pun boleh dikatakan sedang mengalami revolusi sebab dah berani lawan pakai anak tempatan, tak macam dulu, pemain importttt jugek yang slalu score walaupun satu dua. Sekarang, anak tempatan tibai (3+1), ha 4 goal maa.... kalau singapura plak? Sape? hurm si Aleksandar Duric, Qiu Li, jia Yi Shi, adalah kot 1 anak tempatan dia yang goalkan, tapi takpelahkan, jangan gaduh-gaduh.

ha, Tak terkecuali dan  termasuklah tudung yang kita (orang pompuan) duk pakai. Ni seriously tentang tudung yang diperbuat daripada kain tu tau, bukan tudung botol, tudung termos atau tudung saji ke yang macam dalam entry lalu aku yang bertajuk Isu Pengharaman Pemakaian Tudung di IPTA/S.

Dulu masa kecik-kecik, tudung bawal saja yang kita kenal, p mengaji:
-buat bentuk 3 segi
-sauk atas pala
-simpul smpai bawah dagu.
-dah, blah p mengaji

tak ada pin bunga besaq kecik, tak ada inner,  tak ada pin comel-comel bentuk bunge atau rerama atas pala,tak ada hairband dan tak ada besi-besi kat ekor tudung 

sebab apa?

sebab tak ada tutorial kot masa tu..muehehhe.Jadi, itulah revolusi, sekarang, kat mana-mana majoriti muslimah mengenakan selendang, syiria dan +++. Aku yang tak berapa nak mengikuti sangat ni, rasa macam trend dan style tu berubah sangat cepat. Kalau peringkat mula-mula orang pakai selendang , satu lilit je,tapi bila dah lama-lama jadi melilit-lilit. Dari dua kerongsang, jadi tiga pat bijik kerongsang. Dari satu lapis je selendang, keluar pulak trend pakai selendang mcm kek lapis jenis Inner pakai 2 3 sekali gus.

Sebab apa?

Sebab dah ada macam-macam tutorial (escp kat online tutorial:website, youtube, belog). 

btw, aku tak kata semua ni salah, okay jeh ! Haha, chill, chill...aku hanya menceritakan fenomena sahaja. jangan amik hati.

Walaupun aku ni jenis pemalu jugak untuk mengikut perkembangan ini semua, tapi aku ada jugak ushar ushar atau menonton tutorial-tutorial kat blog dan youtube. Melambak-lambaklah , tapi paling aku suka tengok adalah tutorial daripada Hana Tajima.. 

Ada satu benda yang aku respect tentang dia, walaupun dia bukan Islam sejak lahir dah tu asal pun daripada keluarga berlatar belakangkan agama kristian, tapi pemahaman dia tentang Islam nampak lebih mendalam daripada orang Melayu kita yang sejak lahir dah Islam. 


sebab semua tutorial dia, tak mendedahkan aurat terutamanya di bahagian tengkuk tu oleh sebab pemakaian inner neck (eh, betul keh..)..Maksudnya, dia faham apa itu aurat, tak macam gadis-gadis melayu (segelintir) yang selamber badak post video kat fb dan youtube dari awal tutor, tengkuk tu tak cover langsung. gila Traffic hape (hehe). tak faham aku. Dah tu, buat 'tutorial nak tutup aurat' kate... nampak sangatlah berfesyen untuk kecantikan dan kemegahan saja. sori terkasar menegur.


notepad: remeh temeh ke masalah dan kebejatan ini?

Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday

Dajal kecil dah ada, tunggu dajal besar muncul lepas ni, petanda Hari Kiamat,
boleh tak kalau aku nak cakap alhamdulillah, sebab dunia dah nak berakhir?




mood: sedih

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA




assalamualaikum 
Bismillahirahmanirrahim


Alhamdulillah, maghrib-maghrib ni aku dapat tag dari Cik Iejjah untuk join SEGMEN INI. Terima kasih ye. okay, oleh sebab hari ini saya rasa sedih, jadi saya nak kongsikan beberapa hadis yang sesuai dengan pengajaran yang saya dapat hari ni, supaya dapat dijadikan ikhtibar kepada semua orang. Supaya juga, beri faedah kepada yang membaca, boleh juga sebarkan kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Duduk berseorangan lebih baik dari duduk bersama orang yang tidak baik, duduk bersama orang soleh lebih baik dari duduk berseorangan, berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik dari berkata-kata perkara yang tidak baik. (Riwayat Baihaki dari Abi Zar)


Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda,
“ Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia reda menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”



Hadis pertama di atas, menyarankan kita supaya kita membatasi percakapan kita. Bukankah berkata yang baik adalah lebih baik. Musuh tak dapat, dosa tak dapat, malah banyak benda yang kita boleh dapat. (sendiri fikir). Paling best, diam sahaja. Senang. 
Dan hadis kedua, tentang bencana yang Allah beri. Apa-apa pun yang paling penting, bak kata yong , rehda je, bila kita redha, insyaAllah, ada yang lebih baik nak Allah beri pada kita. Have fun.

Seterusnya, nak tag beberapa orang:

semua yang berminat

ISU PENGHARAMAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS

Baca dengan lafas Bismillahirahmanirahim


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang
segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


Assalamualaikum

Alhamdulillah, baru balik dari rumah urut (hehehe) teman mama akulah! bila balik terus on blog sekejap dan terus terpandang pada dashboard aku yang penuh orang buat entry join SEGMEN INI

Kalau yang lain nak kritik, sila lah join segmen ni, dah taklama tau, tutup 10malam ni jugak.
Okay, rasa-rasanya aku dah bersedia kot nak mendengar kritikan dari blogger yang menyertai segmen ni. Ingat, kritik tau, jangan pulak puji (aucheh) sebab aku tak ada modal nak bagi gula-gula batu hari ni ... =D

Terima Kasih semua. 

Kenape nak kecewa kerana cinta?

Assalamualaikum w.b.t

Pernah ke anda terfikir untuk jadi BODOH dek kerana CINTA anda yang bodoh?
hahahaha

Saya tak paham la bebudak sekarang!
selalu cakap
"saya kecewa kerana cinta...sobs.."lah
"dia 'membunuhku'..." pergghhhh....
"kumbang hanya seekoq...tiada yang lain..." hak aloh!
"aku mesti nak dengan dia!" (bangang)
"aku akan setia dengan dia sampai tue!" yo la.....
"You`re always in my heart,  & the best in my live!"...kahkahkah
dasar budak2 Hengusan!
Selalu jerp wuat statement kurang matang.

Korang ingat orang yang korunk maksud kan tu HERAN ke?
"ade aku kesah @ AAK?..?"
hehehe.....
Nonsense!

So, di sini, saya nak sarankan kepada rakan-rakan,
adik-adik maupun sesipe yang saya tak kenal....

supaya

"lebih taat + ingat pada mak & bapak & adik badik korunk..."
Ia lebih memberi kesan kalau korunk mengecewakan mereka.
Jangan kecewakan mereka kalau takut untuk dikecewakan.
Jadilah MAHAL  ($$$$$$$$infinity!) sikit ok!






Pengalaman di Sarawak

Assalamualaikum
saya nak share satu pengalaman, so, saya post entry ini.
Ape pengalamannya, seperti yang dah tertulis kat title atas.
terang2an saya ke Sarawak..
Pe tujuan gi sarawak ni?
saje2 nak usha2 n + pengalaman kat Sekolah kakakkuh yang jaoh berada di dalam Pendalaman.
Tak ingat dah bila tarikh nya,
kami pergi berempat, saya, kakak, mama n seorang abang.
tapi tyme tuh semester break, dalam bulan 5 kot...ow...yang cuti 3 bulan tuh.

Sangat effy :)
thankx to Kakakkuh, Nur Shafini Nordin
kerana menaja segala perbelanjaan termasuklah
beli flight (tiket dowh) kalo beli flight boleh la join venture ngan empunya MAS airlines and AirAsia gaks..
begitu jugak dgn belanja2 kat sane= makan+cenderahati+bot & pelbagai lagi.

Kami bertolak dari tpg ke Kuala Lumpur dengan naik bas!
hah.
nape naik bas, sebab nnti tak taw nak park kat mane bile sume dah g sarawak.




Perjalanan saya dan keluarga dari Taiping ke KL
esoknye kami baru bertolak dari KL ke Bintulu, Sarawak.


Tara,,,sampai sude kat Bintulu!
Wah, tempat baru....
MALAM PERTAMA (hehe) kami ke pasar malam berdekatan.
Apa yang dibeli ek?lupe...
nak carik nasi lemak sedap yang selalu kakak saya cakap dalam telefon, tapi kami tak de reseki malam tu...
nasi lemak sedap abis sudeh.
So, kami belilah bende alah lain memandangkan perut sudah berbunyi mintak di isi.

Ini pulak gambar sebelum naik van di Bandar Bintulu untuk ke Pekan Tatau.
Dari Bintulu mengambil masa hampir dua jam.
Sangat penat memandangkan cuaca Panas dan jalan ke Tatau sangatla teruk.
BerLObang2.
Haishhh...
Bandar Bintulu besar tapi pembangunan besa2 jerp.
Kami berkesempatan untuk tinjau2 ke Tamu Bintulu, Benteng, kedai cenderamata, Pub Kitai (hehehe...luar sajew!...) dan most important CIMB and MAYBANK.
huh!..Duit seperti AIR



sambil jalan sambil toleh.
Hak tempatan


hah! ade bran?
sebelum naik bot kecik ni.
kami perlu naik sebuah bot ekspres dari Pekan Tatau ke Kem Melanau.
Dari Kem Melanau, naik pulak bot kecik seperti dia atas.
Kenape?
sebab sungai ini hanya boleh masuk dengan hanya bot kecik.
Mungkin kurang kedalamannya.
tapi tetap luas aku rase.

nak taw ape rase ?
Sangat Best.Walaupun mama saya berasa Lenguh2 (sebab 2-3 jam kena bersila saja ) + berasa cuak sebab takut kalo ader ape2 yang timbul.
Paham2 je la sg sarawak.

Tapi saya?
sangat heppy
kalo xde sesi ni, memang xbest n menarik .5 bintang!
SYIIIIIIIIIIOOOOOOOOOO!

WIHUUUUUUUUUUUUUUU

Lalalalalaala......sapai juge...
xsangka selamat..hahahaha
Alhamdulillah...
sampai jugak kat sekolah kakak saya yang selama ni sy tgk dari dalam gambar je...

inilah dia SK Nanga Penyarai, Sg Kakus, Tatau, Bintulu, Sarawak.




Jiran sebelah umah yang ciut+miut
Pasang & Dara (joanna)


Jalan2 kat sekitar sekolah
100% kayu dan dibina sendiri oleh ibu bapa pelajar2 sekolah ini
pada suata masa dahulu.


Sesi membersihkan badan.
Kalo students memang gini, pakat terjun ramai2 dan hanya dipantau oleh PPM.
Kami pon mandi air sungai gak, tapi tak de la terjun sungai.
Mandi kat bilik air lagi.
Kat sekolah ni ada 2 sungai. Dan sungai yang diorang mandi ni, ada buaya, tapi buaya ni tak keluar.
Usha dari jauh je kot.
:P
Cuti yang bermakna!
pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Panjanggggggggggggggggggggggggggggggggggg.
Opsss! jangan silap. Ini bukan tuai rumah.
Dia adalah salah seorang penduduk rumah panjang ini dan juga guru di sekolah kakak saya! Dia juga telah menghadiahkan kami segulung tikar yang dia kata "Ini kalau kitak jual Rm1000 pon, tak untung"


Panjanggggggggggggggggggggg sgt!


Pegi public!
Line maxis xdek ek!
Diji Bersamamu pon Haram xde!




Kenangan! :)


Last!


Hopefully, percutian ini tambahkan pengetahuan+pengalaman pada saya. :)
BEST sgt yong!.

open house pada 7 Syawal.

Hari ini rumah saya ada open house.. tak besar..kecik2 jerp...
macam2 masak hari ni, sampai terpaksa postpone satu resepi sebab tak larat sangat.
Awal pagi tadi, pergi pasar untuk beli barang-barang basah.
Satu bende je saya carik, sangat suke, sangat enak..huhu..petai...
ape lesson balaja hari ni?
 Petai papan dan petai ape tah lagi satu namanya...hah!!!petai padu..
akhirnya kami memilih petai papan.
hah!kome sume makan ke petai?
sure kate idok, walaopon kome sebenarnye makan kan..he
pe salahnye makan petai,
lepas tu gosok la gigi, samak ke sugi ke.

Sunday, July 24, 2011

untuk lelaki, sila renungkan....

Assalamualaikum 
Bismillahirahmanirrahim


Lelaki, dalam perkahwinan mereka adalah ketua rumah yang wajib memimpin isteri dan anak-anaknya. Ini adalah tanggungjawab bukannya kerja sukarelawan atau bila dah sampai hobi je. Kalau buat, dapat pahala lagi. Tapi, kalau tak buat pulak, yah! dosa untuk kamu wahai lelaki.

Rata-rata lelaki sekarang nampaknya sengkek dari segi agamanya dan hartanya jugak, bukanlah nak tunjuk kita mata duitan tapi itu tanggungjawab diorangkan bila dah kahwin nak bagi nafkah. Jangan cakap bila dah kahwin, nak kahwin pun mintak duit pada bakal isteri untuk buat hantaran. Kalau tak ada duit sekali pun, usaha dan tak meminta-meminta pada isteri. Ukur baju di badan sendiri.

Aku cuma nak share satu statement dari hamba Allah ni:


"Tanggungjawab suami menanggung nafkah keluarga. Jika tanggungjawab ini dijalankan oleh isteri bermakna suami berhutang kepada isteri. Bayangkan jika isteri telah m'jalankan tanggungjawab ini selama 30 tahun? .....Banyak sungguh hutang suami kepada isteri....Tak terbayang akal bagaimana nak selesaikan hutang yang tertunggak... Semoga Allah dapat memberi petunjuk...."


Sudahlah  duit anak, duit minyak, duit baju, duit kereta, duit makan dan duit kopi mintak bini, ni, duit rokok pun mintak jugak! hurm, mana tak  jadi haram.

Kulitkalercoklat jadi blog pilihan 23 July dan follower 800

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim

Aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dah terpilih sebagai Blog Pilihan  Ben Ashaari untuk hari ini, 22 July 2011.Sebenarnya, aku baru balik dari Taman Tasik Taiping masa tu, mungkin sebab tak kesampaian nak naik swan boat, jadinya Allah kurniakan hadiah ni. Terima Kasih ye  sebab pandang blog aku sebagai blog pilihan.  Al-kisahnya:

-aku betul-betul blur bila bukak blog, 
-tetiba ramai gila bebas follower datang follow . 
-ushar shoutbox pulak, ramai yang duk cakap "datang dari blog Ben Ashaari, tahniah terpilih sebagai blog pilihan.." , haish, terkebil-kebil mata aku tak percaya sampailah aku tengok sendiri kat blog beliau.



header ni tak cun,apatah blognya,, tuan blogger plak? tak nak komen...muehehhe
tapi alhamdulillah, ada kenangan untuk aku


Terima kasih dan alhamdulillah jugak kepada follower aku yang dah cecah 800++, alamak, i gila takut kalau orang kata ni entry syok sendiri. Tapi taklah, cuma tak ada idea nak citer benda lain. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada follower saya yang pertama sampailah nombor sekrang ni. Follower aku bermula dari 1 jugak, bukan terus 800 ye dak, mcm soalan yang baru-baru ni aku tanya kat mama aku (soalan maja-manja) bila nampak seorang budak perempuan umur dalam 2 tahun,

Aku    : MAma, dulu kita kecik macam budak tu ke?
MAma : Eh, mestilah, bukan dari lahir terus besar macam sekarang...
Aku    : eh, yeke? kan best kalau lahir terus dah besar macam ni, tak payah pergi sekolah..
MAma : Baiklah kamu lepas lahir terus besar boleh kerja, lagi bagus..
Aku    : (ces mama ni...)

hehe, soalan tak logik, saja menghabis masa sambil tunggu nombor giliran nak bayaq bill...
so, itulah:

Terima Kasih daun Keladi, ada sapa-sapa nak follow dua kali?
=D =D =D


notepad: kesian kat bro ben, baru keluar entry orang tak puas hati dengan dia sebab selalu blog pilihan adalah perempuan..Ala, chill lah, korang pon tak kesah sangatlah kan ==' peace. gelabah dah ni.dah lah Malaysia kalah .... T.T



Friday, July 22, 2011

cuti semester untuk mama

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua


Alhamdulillah, nilah masa terbaik untuk aku berehat sebentar bersama blog, FMF aku. Kurang 2 bulan kot, cuti semester dah nak habis. Tak percaya. Dalam masa 2 bulan ni, aku tak rasa yang aku membuang masa walaupun aku tak buat part time macam aku rancang pada awal cuti. Hampir 1 tahun bulan aku duk pikir, jadi tak nak kerja ni, KFC, Tesco semua dah apply, KFC dah tolak, Tesco pun dah tolak pastu apply balik, tengok-tengok dia dah amik hati dengan aku langsung tak panggil-panggil dah. =,=

Sekarang aku dah tahu kenapa berat sangat kerja nak melekat plus mak aku pun macam nak taknak je jawab 'boleh' bila aku tanya

 aku: "ok tak kalau kita kerja mak  ..?'
Mama: "hurm..."

Awal bulan ni, mama masuk hospital. Diagnosis doktor terhadap mama adalah, unstable angnia dan CCF (congestive cardiac failure).Mama kata yang dia tak ada pun makan heavy selalu atau ambil makanan berminyak/berlemak selalu. Makanan dia sihat, tapi kita tahu banyak lagi penyumbang ke arah penyakit ni macam life style, tekanan dalam diri, lack of exercise dan macam-macam lagi.

Selama 4 hari aku berkampung di hospital dengan mama. Tidur di atas lantai hospital, kejap-kejap kena bangun sebab malu dekat misi yang asyik-asyik datang periksa tekanan darah. (dah kerja dia kan). Aku tengok makanan mama masa duduk kat sepital sihat je, moi, sup ayam, tom yam ayam. Semua jenis makanan berebus je. MAma cakap:


Mama: "nanti kamu kena masakkan macam ni je kat mama...yang rebus-rebus saja.."
Aku   : "baik mama, senang je.."
Mama: "Mama ni agaknya kurang exercisekan, jalan-jalan pun kurang, jadi jantung pun tak    
            kuat.."


..hurm...(aku menyesal sebab setiap hari, pagi-pagi buta mak ajak pergi jalan keliling rumah tapi aku akan cakap , "ala jalan apenya mak, tidur lagi sedap lah, mai la join...."
huhu

Sekarang dekat rumah bila mama dapat MC seminggu,

8-8.30 pagi

Aku dengan mama akan jalan-jalan keliling rumah, jumpe mak cik Mon, mak cik Ton, lepas tu balik, kadang-kadang jalan sampai kedai. tapi aku rasa rutin ni sangat berat sebab awal pagi dah kena keluar, memang bertentangan dengan life style aku sebelum ni yang mana waktu macam ni masih sedap mengesat air liur jatuh dari bibir. (ini memang blogger life style, semua blogger pon mengaku tidur lewat malam dan bangun lambat lepas subuh). But, untuk mama, aku sanggup korbankan life style tu. Terpaksalah aku masuk tidur awal sikit.

9-10.00 pagi

Pegang kuali, sudip dan segala peralatan serta pekakas kat dapur untuk sediakan menu sarapan. Aku berangan nak siapkan mama aku sarapan macam dekat hospital ward first class tu (cet..) Oh ye, hari ni menu sarapan: spagheti goreng (minyak dikurangkan). Sebelum ni roti bakar dan mushroom soup. Bukan tu sahaja, menu sarapan untuk abah dan adik pula sebab sarapan diorang berbeza.

11-01.00 T/hari

Kembali ke dapur, memegang kuali, rice cooker, sudip dan segala bahan-bahan dalam peti sejuk. Kembali untuk menu makan tengah hari. Dua menu berbeza untuk mama dan abah serta wani. Aku berangan jugak sediakan makanan untuk mama seperti di hospital ward first class hari tu, semua rebus, ikan tenggiri masak senggang, ikan tenggiri masak asam, tom yam ayam dan sup ayam untuk hari-hari yang berbeza. Abah dan adik pulak makanan macam biasa, yang boleh tumis.

* kadang-kadang aku rasa mama dah boring makan makanna yang berebus sampai ada sekali sekala dia curi-curi cubit ayam kicap goreng, "haipppp..!"

2-2.30 Petang

Waktu istirehat mama bersama urutan manja aku, wah. Masa ni mesti mama mintak urut kaki dia dan yang paling penting, sekarang ni akulah tok bomoh dia sebab aku selalu berlagak sendawa sambil urut, ala-ala angin meresap dalam badan bila mengurut orang yang berangin.Hebat tak hebatlah, berlakon je! he. Sambil urut, sambil jampi !  haha, jangan salah sangka, aku jampi jampa pun atas nasihat ustaz dari Daru'syifa yang kita orang pergi berubat hari tu, senang, jampi jampa aku baca selawat syifa , al-fatihah & ayatul kursi saja.

5.30-6.30 petang

Waktu bersiar-siar round 2. Tempat wajib yang akan kitaorang terjah ala-ala blogwalking versi alam nyata punya adalah di padang untuk bermain jongkang jongket atau english name, see-saw. Aku percaya alat ini boleh membantu mama aku untuk melicinkan pernafasannya sebanyak 36% melebihi kandungan  18% sarang burung dalam satu minuman ubat yang dia beli.lol


Sampai situ je rutin aku untuk mama, tapi doa aku sampai bila-bila. Harap, mama sihat seperti biasa. Bukan aku taknak buat kerja rumah, tapi kalau ye, lega sikit hati aku ni.    ._.