Monday, February 21, 2011

zaman sekarang,senang dah nak popular tau...hehehe

Assalamualaikum & pagi ols.


Yaallah, hari ni happy sangat sebab class cancel. class yang membuatkan aku rasa tak ada di dunia + mamai + hilangkan mood aku walaupun berada di KL sekalipon, bila pikir je pasal kelas tu, tak da mood weh nak shoping kat KL nun. Powerkan class ni, bukan apa, sebab ada presentation modul a.k.a mcm micro teaching. hurm, micro ke macro ek? no matter! alih-alih class cancel! tu, dia! memang heaven rasa! yeeehaaa, tapi bukan untuk esok, esok tetap ada ye. takpe2..Oraite, apa menyimpang ni. Tajuk entry lain, tapi cite pasal kelas 2p yang buat mood syurga murga kat aku sekarang ni.

    hehe, actually, aku nak story atau review pasal orang-orang yang popular sekarang dengan diorang hanya menggunakan internet sahaja, contohnya, Youtube dan blog. Kalau facebook tu susah sikit, sebab penggunanya semuanya sama, mungkin sebab aturcara faebook tu sendiri. so , tang mana nak cari outstandingnye seseorang kat facebook tu, so tak boleh. Facebook tak boleh nampak. Tapi youtube + blog memang boleh membuatkan korang popular. Kan? cubalah tengok Cikgu Syida & Anwar HAdi. Ramai lagi, tapi tu yang aku suka. Buat pertama kali aku tengok video si Anwar Hadi tu (video Ewwwww), terus suka. Ada beberapa perkara yang aku suka tentang dia. Dia seorang yang talkative, fluent in English, fasih dalam Bahasa Melayu, ada idea, ada pemerhatian & ada package..ahaha. yang last tu tak boleh blah! 

    Tapi seriously, aku suka sangat kat video dia, terutamanya bila berbicarakan tentang manusia. Sebab aku paling suka bercakap atau menulis tentang manusia, tentang lumrah & fitrah manusia.



:: IniAnwarHadi


   Same jugak kesahnye ngan cikgu Syida, sekelip mata popular, tapi ada yang suka, ada yang tak suka. Aku pon tak tau nak fikir macam mana. Dia ni memang buat aku blur. Some people said that, cikgu syida ada aura, seorang guru yang kreatif. Tapi in same time ada yang bagi opinion bahawa, seorang guru tak patut buat mcm apa yang dia dok buat kat youtube. **'


::Cikgu syida yang nampak sempoi giler, mintak kelas batal mesti dy okei je..ahahahaha

So, apa yang aku tahu, sekarang ni banyak medium yang orang selalu guna dan popular. cuma kita kene cari x-factor yang kita ada untuk ditampilkan. akaz, dah macam Aidit Alfian plak. tak payah masuk AF mahupon mentor (dan lain-lain) untuk jadi popular. Kata orang (kata saya jugak), dengan menyampaikan ideologi sendiri, kita akan diberi perhatian. wink2~

notepad:  blogger pon boley popular mcm abg Ben & Kak Nur shafini (hakhakah)

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul



Assalamualaikum

ini adalah short entry, since sekarang dah pukul 4.28pagi. YaAllah, memanglah boleh tido lewat2 macam ni sebab esok cuti Maulidur Rasul. Oke, lets remind ourself to Rasulullah, harap2 Maulidur rAsul ni boleh ingatkan kita lebih mendalam pada Rasulullah, dengan cara mengamalkan sunnahnya dan berselawat ke atasnya. Semalam 14 Februari, mungkin semua tahu, semalam adalah Valentines Day. Alhamdulillah, banyak pulak kempen ala-ala "Say No To Valentines" sebabnya sebelum ni saya tak pnh nampak pon usaha2 macam ni, tak terkecuali jugak blogger2 kat Malaysia ni yang giat menulis entry persis kempen2 mcm tu, cuma saya je yang tak menyempat, nak kata  ikot rombongan peserta-peserta Pilih Kasih panjat Gunung Kinabalu, xpon!! Tapi tu tak bermakna saya tak menyokong ye!.. ngeh3..
Bagus2, jadi, hari Maulidur Rasul nilah yang perlu kita sambut dan hayati sebab ni Hari Kekasih Allah.

            So, nak buat conference boleh? saya sangat bersetuju dan suka kalau orang-orang Islam brainwashed dan buang istilah Valentines Day dalam mind & calender (bagi yang guna calender masihi). Kalau boleh, tak tahu apa-apa tentang 14 Februari tu. Tak payah la nak kata kunun-kununnye nak menunjukkan kasih sayang bukan pada kekasih je, tapi mak ayah/guru-guru/jiran-jiran. Tapi budak2 la ni, tahu apa? Persepsi mereka adalah terhadap cewek/cowok mereka sahaja. Pantang! Kalau nak menunjukkan kasih sayang pon, pasal apa mesti 14 Feb ? 

               Okeh, dah janji ni entry pendek sahaja dan saya jugak merasakan, tak guna kalau ingat Rasulullah, tapi tak kenal siapa tu Rasulullah, contohnya salasilah baginda. Jadi, last Word, mari kita menambah ilmu, tak kenal maka tak cinta. oke, nak tutup citer dah, hurm ....ada ape2 anaounce yang nak dianouncekan? xde? hurm, eloklah tu. (haha,,,)

Notepad: Penatlah aku godek2 Photoshop, tapi fail jugak nak guna. Aduih, mencabar ni....

Sunday, February 13, 2011

SEGMEN Senyum Tak Nampak Gigi

Assalamualaikum Olls

Hahha, lepas satu contest ke satu contest. Terlebeh rajin ni, bukan apa, hari Ahad memang free, so, sajalah nak berhobby sikit -masuk contest, tapi untuk suka-suka sahaja. Ye lah, nak share pic kat blog ni... Oke, untuk this Segmen, we call it Segmen Senyum Tak Nampak Gigi..ahaha..contest ni menarik ye sebabnye Tuan Contest ni agak pelik macam mana gaya senyum tak nampak gigi sebab bagi saya, senyum gaya ni adalah biasa, Saya tangkap gambar, memang senyum zik mulut rapat2. Memang jarang nak tunjukkan barisan gigi yang tersusun ni (macam kampung tersusun). tapi, selepas banyak album gambar diterbitkan, ternyatalah saya lebih sesuai senyum tanpa tunjukkan barisan gigi, orang kata, lebih ikhlas kalau sedekahkan senyuman dengan menunjukkan barisan gigi depan tu kan. Oke, sesiapa yang nak join jugak segmen anjuran CIk Muas ni, please CLICK HERE for futher information, take a look ok.


:: Tak banyak gambar saya yang senyum tunjuk gigi mcm ni, ahaha, Gambar yang senyum tak nampak gigi mcm kat bawah ni banyaklah!
\
/
\
/
\
/
\
/
\
/
\
::senyum tak nampak gigi 1


::senyum tak nampak gigi 2


::senyum tak nampak gigi 3


::senyum tak nampak gigi 4

Oraite then, saya nak tag mereka untuk join venture dengan saya:


Good Luck & have Fun

Saturday, February 12, 2011

Contest Senyum Paling Ceria!!!


Assalamualaikum & hallo2


ini adalah suatu contest menarik daripada Cik Namee Roslan untuk para blogger!
ahha, mai rapat2 tengok terma dan syarat yang Cik namee dah tetapkan ye. Senang je, pi kat link yang saya dah state kat atas ni. Make sure hampa semua letak pic yang ceria taw, jangan salah faham, eh salah tengok gambaq kat atas nun. So, untuk saya, saya telah memilih gambar di atas untuk masuk contest ni, Banyak dah saringan saya buat dalam kalangan pic2 saya yang beriban tu. Akhirnye, nilah yang terlayak.

/
\
/
\
/
\
/
\
/
\
/
\
/
\
Gambar ni menunjukkan reaksi saya yang cukup ceria pabila larut malam, 
agagaga, xlah, gambar ni ceria sempena masuk sem baru. Kemas2 barang & packing barang untuk mulakan hidup baru di sem baru di UPSI yang lama.

So, akhir kata, saya nak tag 3 orang manusia ini untuk turut serta dalam contest ni, mereka yang bertuah adalah:





Friday, February 11, 2011

hari-hari tensen kat kelas Enjin

Assalamualaikum


Hari ni sepatutnya off day, tapi tak jadi nak  sebab berlakunya 'kelambakkan' kerja di lab enjin. huhu,dah dua minggu cenggini.  Penat seyh, paling tak tahan tapak kaki dan tangan-tangan ni, alahai, lenguh2. So, jalan penyelesaiannya, nak ubah hari amali ni ke hari Rabu, So, boleh la gunakan sepenuhnya masa untuk setiap projek enjin nanti. Kalau setakat 3 jam (satu masa) memang tak boleh siap complete dengan report dan graf segala. Yaallah, semoga permudahkan segala urusan. So inilah projek minggu ni yang saya dah hantar dekat lect petang tadi. Rasa sangat bahagia bila dah hantar. Hantar saja! Markah malas nak fikir, sebab nak approve by lect pon payah lar. Kelas ni sangat penat dan mentensionkan sampai ada student yang pergi jumpa dekan mengadu! huh, hagak2 la. "kalo aku, tak gitu sekali kot.." simpan dalam hati suda. bende ni menyeronokkan sebenarnya.

PROJEK 1

:: minggu ni , projeknya buat Linkage Mechanism. Benda2 ni korang selalu jumpa kat simple2 machine. Kat atas pintu ada. had yang boleh gerak2 tu. yang ni jenis Closed Linkage. 


:: see, dia boleh gerak2 dengan satu structure ( link yang fixed). Modal dalam Rm2.50

* Pic courtecy of Atul, Yang closed Linkage ni dah hantar, tak sempat nak amik gambar hat saya punya, tapi projek kedua, gambar saya sendiri.




:: ha, mcm ni mechanism dia, Saya pnh tgk penyangkut baju yang ada sistem mcm ni, Penyangkut baju tu paling simple lar.
*pic courtesy of Google


PROJEK 2

::ha, yang ni projek kedua yang agak susah sebab ni kena amik reading untuk buat graph (T_T)
Finally, i did it! nampak ngan mata memang senang je beb. Ni adalah open linkage model.^^,
hehe, semua benda di atas ni ada function tersendiri untuk mengerakkan sesuatu. 
"Love it".ekekekke
*pic courtesy of Cik sam


Wednesday, February 9, 2011

God Hand Teru - Betapa Manusia hidup dalam Kenangan

Assalamualaikum & hai2 ols

cuba angkat tangan semua bape orang yang dah penah tgk cerita jepung, God Hand Teru?cet, ramai tu, cuba angkat tangan pulak sape yang dah siap buat kerja rumah.. Teeheee.. Tudia! ada 3 cebis orang ja yang dah siap! Begratlah demo ni... 

Rasa2 sengal tulang pelikat ni, belum hilang lagi akibat tido banyak. Sejuklah bilik ni, kalau tido tu memang betol2 membelailah! Confom ko takkan ada insomnia duduk sini. KHAR ja bha! oke, aku sajalah nak cerita pasal satu cerita ni , God Hand Teru, Movie Jepong yang berkisarkan tentang sesiapa yang berkerjaya Doktor. Tapi bukan tu je aku nak bagi taw. Aku nak cerita tentang sesuatu yang lebih abstrak. Mahighashi Teru ialah anak kepada seorang doktor pakar yang begitu terkenal pada suatu masa dahulu iaitu Mahighashi Kosuke. Bapak ada aura , tak semestinya anak pon ada aura. Tapi kenanganlah yang telah membuatkan Teru ni pon jadi doktor yang hebat oleh sebab bapak dia ni telah tinggalkan kesan tapak tangan kat dada si Teru ni kesan daripada excident fligh terhempas. Untuk selamatkan Teru , bapak dia pon bagi CPR kat Teru ni. Ha, tang tu kurang logik, siap ada kesan tapak tangan kat dada anak dia sampai anak dia besaq. So, anak dia dah besaq & jadi Doktor jugak.  Bila dalam keadaan cemas menyelamatkan pesakit2 , Teru mcm ada aura hasil daripada peninggalan ayah dia kat dada dia tu. Kadang-kadang dia selalu flashback excident tu. Hurm, itulah manusia. Memang tak lari dengan kenangan. Ada satu patient dia tu, ala hat yang pemain cricet tu. Hurm, mahu ibu jarinya sembuh sebab nak terus main cricet sebab kenangan masa kecil bersama-sama ayah dia. Malangnya, Ayah dia tinggalkan mak dan dia secara tiba-tiba dek kerana hutang-piutang. Dia sedih tapi keep main Criket kerana bila main criket buat dia teringatkan ayah dia. See, manusia mahukan sesuatu bukan kerana kekayaan atau sanjungan, tetapi kadang-kadang kerana kenangan yang menyedihkan. Samelah dengan Doktor perempuan yang jeles jugak dengan performance & achievements si Teru ni, Shinomiya Kozue. Oleh sebab Keluarganya semua latar belakang hebat dan semua adalah doktor. Satu ja yang buat dia sedih, bapa dia selalu marah-marah dia sebab tak percaya dengan diri dia sebagai seorang perempuan. Selalu kena marah atas sebab yang remeh temeh even sejak kecil lagi. Umur setahun jagung dah alami kecelaruan emosi. Bende tu dia paling ingat sampai dah besar dan benda nilah yang menjadi Catalyst atau pemangkin pada semangat dan objektif dia dalam kehidupan sekarang. Tapi, objektif dan tindakan dia ni kurang sesuai sebab selalu memusuhi si Teru. Hurm, tu la, cuba tengok pandangan bawah ni. 

Aku teringat kata-kata lecturer Pengurusan Pembelajaran aku yang kata, "perbuatan manusia tu menggambarkan kenangan hidup dia atau lebih tepat latar belakang keluarga dia. Kalau seseorang tu macam aggresif dan suka bermusuh, boleh diassumekan dia ni hidup dalam kenangan atau latar belakang keluarga yang sering kali berlaku pergaduhan" (^^,) Tapi tak sampai 100%. Betullah tu. Rasionalnya,  orang yang hidup dalam kehidupan mcm ni lebih sensitif dan emosi. Kenangan atau pengalaman boleh buat korang jahat atau baik.  Betul tak? komen anda?





Notepad: Terlampau banyak kenangan, aku teringat pernah terpukul seorang budak lelaki time sekolah rendah dulu. Banyak cikgu yang mengutuk, mujur ada cikgu Siti Rokiah yyang defend aku.
hukhuk, serves ur right la musuh aku tu...kahkah

Tuesday, February 8, 2011

aku semangat nak join contest "Aku, Dia dan Vintage"

Assalamualaikum ols & selamat pagi. morning2 yaw.

Alhamdulillah la, tadi aku bw, terjodohlah dengan satu contest ni. contest about photo edit..hahaha. kalau contest macaam ni siyesly aku sangat berminat. yelah! bila lagi nak showkan photo-photo aku yang banyak gile kat laptop ni. dekat 40 album dah kot. Nasib baikla laptop aku ni baik punye prosessor.  Bhahaha. korang kat luar tu kalau nak join, boleh la folo bro kamarukom & bace syarat2 dekat Contest Aku, Dia & vintage :) Cool beb.

Ok, untuk contest ni, aku nak pertaruhkan 5 gambar sebab aku taw bro Kamarukom ni akan amik 1 je...Bhahahaha



PERTAMA




Some friends are Forever :)
ni adalah jam aku & best friend aku tyme outing kat Times Square sem lepas :)



KEDUA





:: Ini masa aku melawat Rumah Panjangggggg kat Ulu Penyarai, Bintulu Sarawak. Dalam gambar ni ada aku & abg aku siap ngan tikar free lagi weh, handmade org rumah panjang ni. Pendalaman betul ni weh, ni pi sana kene naik bot beso, kecik. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan. Can`t forget this momment


KETIGA







KEEMPAT



Last, KELIMA




---------------



ok, nak tag mereka ni:

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


tara...yang ni hot story, segment baru oleh blogger hot kita, Ben Ashaari.
Gegar 1000 Blog!! Beliau akan gegaqkan 1000 blog dalam masa 3 hari ja. Tu dia, hebat tu..

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


aku intrapersonal, bukan interpersonal

assalamualaikum

korang tahu tak apa tu intrapersonal dan interpersonal? apa beza kedua-duanya? oke, secara ringkasnya intrapersonal tu mcm seseorang yang pandai bermonolog dan lebih memahami diri sendiri, then interpersonal tu pulak opposite of intrapersonal, macam tahu atau boleh faham kehendak atau hasrat orang lain. Kirenye ada six sense tentang orang lain. Macam ada 'kimia' dengan setiap orang. Bila difikir-fikirkan, kedua-dua aspek ni berkait sikit dengan psikologi. Korang dah lama hidup dalam jiwa dan raga korang, jadi, korang lebih tahu siapa korang, sama ada interpersonal atau intrapersonal. Bagi aku, aku lebih pada intrapersonal. cet,, okei apa intrapersonal, lebih memahami diri sendiri, buat apa kita nak faham diri orang lain? ada jugak, faham je aku pasal tabiat dan fe`el orang sekeliling aku neh!...tapi,  ade aku kesah? Kenapa aku cakap aku intrapersonal? sebab aku tak mau jadik ego atau hipokrit (ececey...) , cuba bayangkan, ada orang suke2 pegi tendang kau jatuh dalam lubang, lepas tu nak buat muka berseri-seri lagi ker? ye? alamak, sucinya hati, Alhamdulillah lah kalau nak buat mcm tu, tapi bagi aku, kene ada impact sikit. bengang kot, lepas tu bolehlah saling maaf-memaafi . mcm tu kot rasa-rasa aku.

Pasal assignment plak, aku lebih suka kalau buat assignment individu. tak perlu nak tanye pendapat orang lain atau tunggu action orang lain. Terlebih-terlain buat, kene rasa bersalah  pulak. Al-maklumlah, kita manusia kan berbeza-beza persepsi. Bukanlah nak anti kolaboratif, tapi aku tak gemor je. 

Aku paling ingat kalau orang kritik aku.Nampak je macam aku tak kesah, Time orang tengah dok kritik aku, aku tak bagi respon, tapi bende tu aku akan ingat sampai aku mati. ni adalah antara suara kritikan yang pernah aku terima:

- "ko tahu tak, ko ni bermasalah?"
-"sensitif sangat ko ni..."
-"weh, ko ni lahir bulan 4 kan, selalunya orang bulan 4 ni peramah, ceria, tapi ko ni pasif."

lepak, cheer, rileks la bhai... sejuk mata memandang je muka aku kasi diorang tgk. konon2 cool.
tapi itulah bende yang aku selalu ingat , untuk bekalan hari tua nanti jugak. betapa orang tak sukanya fe`el aku, tak, mungkin dorang pelik kenapa aku mcm tu. tak, mungkin aku perlu akui yang mereka ciptaan Allah yang maha sempurna. duhh!!!,,, korang tak salahlah, ni cuma refleksi sahaja. tu semua kenangan. Aku seronok, sebab semua tu buat aku lebih cool oleh sebab sifat aku yang lebih intrapersonal. Aku tak de masa nak berinterpersonal. Tapi sapa kate aku ni x interpersonal langsung? Howard Garner pon ade kata, setiap manusia ada kesemua bende ni (selain 7 lagi), cuma ada beberapa sahaja yang lebih banyak (major). Aku pon faham orang lain, mcm tu jugak diri korang semua. Kitakan manusia, manusia ada 9 kecerdasan. Kalau ada yang kurang sikit tu, ha, itulah kekurangan kita, dah nama pon kalau KURANG sikit.

Semua orang takut kalau nak pegi mana-mana walaupun nak keluar beli keropok Fika kat kedai depan tu. Mesti nak ajak someone tolong temankan. Tapi tak la aku bhai. aku lebih suka pergi mana-mana sorang diri.  Tak de lah aku benci plak kalau ader orang nak ikot, tapi kalau kene gi mana-mana aku boleh je lah pegi sorang2 no hal. Even, aku sangat teringin p kL sorang2. agak-agaknye kan, mesti bestkan, boleh menimba ilmu, kalau tak tahu jalan, tanya orang, look for the directory. Freedom beb. Takut atau tak tahu selamat ke tak? bace la doa, alhamdulillah, selama ni aku p mana-mana, aku rasa selamat ja.


Aku ader satu alasan kenapa aku takut dan tak banyak cakap dengan seseorang ni, (beliau dirahsiakan). Oleh sebab dia dah cubit2 adik aku, at the same time aku cube protect adik aku. Dari saat tu aku kurang selesa dengan dia. Jangan hidup dalam kenangan, tapi seriously, kenangan itulah yang menghalang aku.



:: xde motif


Notepad: manusia tak dilahirkan satu paten sahaja.
Bukan maksud aku patem buncit ngan tinggi cam galah .lol.

Saturday, February 5, 2011

entry wajib bila habis cuti

Assalamualaikum

hallo semua geng. Tahu dah, hari mesti datang jugak. tu sebab saya benci CUTI,
sebab bila CUTI, mesti 'HABIS CUTI' pon ade. wah, naik lemak lah kalau tak nak habis. 
APe point ko hidop? hehe, hari ni hari sabtu, tiket saya balik Tg Malim hari ni la, bukan macam kebiasaan , Hari Ahad. Ni semua gara-gara lambat ke Stesen KTMB, malas arg nak menapak kat stesen tu, next tyme nak buat cara SMS ja boleh tak? Call je ke? Neway, cuba baharui sistem anda (KTMB), kalau2 melalui miscol pon boleh tempah tiket. Kita miscol, KTMB call kita balik. 
Gud Idea. Pintar Cerdas. Ni barulah dikatakan menyenangkan rakyat. Generasi Hebat. Boleh saya usulkan pendapat ni tak kalau2 Dr. Zambri (MB PErak) datang ke UPSI lagi?
Boleh kot.
Saya kan anak jati PErak.
Pernah mengharumkan nama Perak.
Ni dikatakan pencetus revolusilah ni, Sejarah tamadun Negeri Perak.
Boleh Mencipta kemajuan.
&; in nutshell, sebab pemalas. Ish, tak baik lar cikgu.
Ok, Alhamdulillah, dah nak balik dah petang ni (5.19 petang jap lagi)----kan bagus buat statement macam ni.
 Patut bersyukur sebab dapat tiket & tak perlu susah2kan kedua ibu bapak hang nak p hantaq hang kat Tg. MAlim. Duit habis, tenaga habis. Psiko lagi!

hehe, hopefully, perjalanan pengajian saya lepas ni berjalan dengan lebih lancar. terus bersemangat Dan harap2 juga tak dapat suprise lagi macam last week. Dua projek enjin dalam masa kurang 24 jam yang had orang lain buat selama 1 minggu. Gila hebat saya ni. ada anugerah Pengetua nak buat. Ni la fast learner. Plus, harap2 persembahan modul gempaq dan tally ngn apa hajat yang ada kat hati ni. phewwww! berat ni. modul presenttion yang ala-ala micro teaching..Hurm, mcm tu lar. 

Oke, saya sememangnya seorang yang bersemangat, kalau assignment tu, suka sangat buat awal-awal (bukan last minute) & buat dengan jiwa.

Notepad: baik saya siap cepat2, nantikan ayahnda bising2... dah kul 4.30 petang ni. see u!

Friday, February 4, 2011

bufday aku dah tukar 4 Februari

Assalamualaikum

HAPPY BUFDAY FARAH ZAZREEN ZAINUDIN!!

hehe, amik masa kejap, bukak belog untuk post entry nih, lepas puas bergayut dengan Farah Zazreen Zainudin...ahahaha.. terkejut giler saya dapat call tadi, ada orang nyanyikan lagu "happy Bufday"
Siap ada nama aku lagi, ingatkan silap orang tadi... rupe2nye ada cobaan untuk memerli! hehe, tersipu-sipu weh kantoi..kahkah, tapi seriously, aku memang ingat dowh Bufday ko, cube fikiran aku melayang + bercekeramuk+fenink+blur+kecelaruan mental+Emo dek assignment yang menghentam-hentam. memang tak stabil dowh, tyme aku senang hati tadi (tyme makan) aku dah set dah dalam mind yang kul 12 ni wish ko.... (seyes cakap..hehe) semalam pon lagi dah set alarm kul 
11. 59 malam, 3 Februari 2011. Tapi tadi pagi aku dah ubah alarm tu..hahahaha... ngong gilex.
papehal, aku taw ko cool & chill. kan2..hehe...jangan marah2 weh sempena ulang tahun ko ni, Alhamdulillah, makin beso dah dak sorang ni. dah masak dah ni...muehehehe. Aku dengan besar hatinya, nak ucap selamat maju jaya, Semoga ko sehat selalu, jangan lupa aku sampai bile2, keep in touch fwens, moga ko sentiasa shuwiit..berjaya dan terjaya, semoga jadi anak dan hamba Allah yang taat..hingat tuh.