Thursday, May 26, 2011

SEGMEN : Jom KITA serbu mereka !


Assalamualaikum, hari ni saya nak join segmen INI, so, sape2 yang join segmen ni dan dah terjah blog ni, tinggalkan komen untuk saya terjah balik,,auCAK! agagaga...

Wednesday, May 25, 2011

What makes it extraordinary

Salam + selamat pagi buta

aku memang la macam ni, kalau cuti duduk rumah boleh tak tidor 24jam, tapi kalau dekat hostel, jangan harap. Pukul 10 dah lalu nak tido (macam pengantin baru kan..) Okay, tadi ada round-round kat Fb member sambil tengok-tengok photo dia. YaAllah, banyak gile okay gambar-gamabar food yang dia masak, handmade belaka semua. Bila aku tengok-tengok kan, makanan yang dia masak, almost semua aku dah try dan boleh kata selalu masak (==') macam Masak kicap Berlada(jee....), ayam masak lemak cili api, Sayur Goreng, Kari Ayam (ada jugak aku masak), tapi yang naiknya mood dan buat aku starving serta menggila nak duduk kat dapur dan masak, adalah kerana appearance masakan dia tu. In other word, masakan dia disertakan dengan hiasan sekali.

Korang imaginekan, kalau kite setakat masak kat rumah dan kadang-kadang untuk kita sendiri makan, lalu ke nak curving-curving tomatoes tu jadi bersegi-segi macam ini T-T:



Ha ini pulak, rajin sangatlah kalau Epal pulak ditarah-tarah bertukar menjadi rama-rama (bertukar!!) ... Haha, mungkin nak letak hiasan pada segelas air epal untuk diminum bersama adik untuk makan tengah hari disamping nasi putih dan telur goreng kicap. Istimewa untuk raja betul.



Kemudiaanya,selera ke aku untuk susah payah susun peach kat jelly untuk dimakan sendiri di kala petang yang membosankan. Makan sekadar teringin dan kadang-kadang tak habis makan buang.


Plus, Kari ayam dan masak asam pedas pulak dengan hiasan daun-daun hijau, bunga kantan & daun pudina complete ade.Memang tak dapat disangkalkan, elemen-elemen ni boleh dapat tingkatkan mood dan perasaan terhadap makanan yang biasa-biasa tu. Bukan apa, makanan tu memang sedap, tapi dah terlalu biasa, itu sebab  aku agak kagum tengok makanan-makanan yang dia buat. Sebab tu kalau tengok gambar je, kau akan rasa kagum dan rasa dia memang manusia terhebat atau yakin yang empunya gambar masakan tu memang dilahirkan pandai memasak. 

Kalau kat rumah aku, hiasan memang serba sederhana/ paling ringkaslah, paling beso dah pon kalau kau aku/mak aku letak daun sup je... Wink2,,,,itu dikira macam usaha nak menunjukkan yang kau memang rajin nak menghias bagai. Sebabnya kalau masak pun dah kira baguih la nak isi perut.

*Pic courtesy of GOOGLE

Notepad: Kan best duduk sebelah supermarket Tesco ke, boleh hari-hari pergi situ untuk masak-masak. Nak buat pizza, muffin, cheese cake! Sebab tak pernah buat. T-T


Menjelang klimaks 'kenapa aku tak keja-keja part time lagi'

Leteh dah aih aku!

Dok godek-godek blog dan Cik Botet ni. Ini saja peneman aku sepanjang cuti musim panas ni. Muehehe...

Okay, tolonglah doakan aku supaya aku boleh mula bekerja untuk bulan depan (sebab nak earn money dan buy anything yang aku suka).  Actually, sebab aku tak keja-keja lagi adalah kerana nak setelkan dulu kenduri abang aku. InsyaAllah, awal bulan hadapan. Jadi, untuk menjadikan majlis ni lebih smooth, aku rasa aku perlu buat apa-apa yang patut, plus, yang kawennya adalah lelaki,ye, lelaki. Sebab? Sebab lelaki ni, kalau nak kawen, masih harapkan ibu mereka dan orang lain untuk setelkan urusan penting ni. Hantaran, kenduri, persiapan rumah, baju, etc semua depa tolak kat orang tua. Ok, naseb baiklah ibu dia tu adalah seorang wanita & beberapa pekerja tambahan yang terdiri daripada perempuan (iaitu adik & kakaknya) juga perlu libatkan diri. Oleh sebab itulah, aku rasa bulan ni belum sesuai untuk aku part-time, tapi insyaAllah bulan depan, doakan. Doakan juga kenduri ni selamat dan smooth. Amin.


Aku sebenarnya dah pernah apply kerja untuk KFC dan Tesco. Hampir pergi interview, tapi clash pula dengan kerja lapangan semasa cuti hari tu. Takpelahkan...Balik dari kerja lapangan tu pulak, aku terus call member aku yang dah kerja dulu masa apply sama-sama kerja tu dengan aku tempoh hari. Al-kisahnya, member aku telah memberitahu aku satu kisah yang menyebabkan aku tak maulah nak kerja dekat KFC tu. Pendek cerita, komunikasi antara kuli dengan manager tak berapa smooth. Aku pun rasa macam "huk aloh" & terus short list terus KFC. Jadi, takpelah, Tesco pulak ada call aku, tapi aku dengan tak semena-mena terus reject job tu oleh sebab rasa-rasanya ade job kat KFC tu. Konklusinya, aku rasa nak main tarik tali balik dengan Tesco, harap-harap lepas ni apply kerja kat Tesco, dia terima baliklah kot.... =='

Sunday, May 22, 2011

tahniah untuk aku .. wink2

Seriously, sangat rasa bersyukur sebab dapat score untuk sem ni walaupon target (4.0flat) ada tersasar sikit la, buat penat je kemain tampal notis-notis mengancam dekat meja studyku:

"Anda kena dapat 4.0flat kalau nak lama hidup" muehehehe
"4.0flat, for your sake.."
" grab 4.0flat for your family..." umpan...

Tapi 3.*5 (pngs) dan 3.*5 (pngk) adalah selayak untuk aku, dengan usaha aku. Biarlah aku je yang tahu mcm mana sengsara+penat+merana+deritanya sepanjang semester ke-4 ni, tapi sikit-sikit terubat juga dengan result ni. Alhamdulillah**rasa macam nak sujud syukur. 


Review untuk semester ini:

kalau tengok2 balik entry aku yang dah lepas, memang banyak sekali cerita pasal semester ni,


- terutamanya subjek enjin...
kalau aku kira-kira balik adalah sampai 8 projek+ 1 projek besau + 1 draf projek yang mebi kene reject. Minggu pertama dah rasa bebanan sebab buat dua projek dalam kurang 24jam. First time jugak aku berkampung kat lab enjin dari 8am-8.30pm. Sadiskan, saat tu bila aku balik kolej, kaki ni rasa macam lenguh gila, badan letih sangat-sangat dan perasaan macam cuti sebulan sebab rasa mcm dah lama tak balik ke rumah.saat tu jugak aku fikirkan, kalau tak tabah memang boleh putus asa-beb , baru week 1 kot... 


-Kemudiannya diteruskan dengan projek-projek mingguan yang lain macam cam, linkage, puller, gear, pneumatic system dan 1 projek draf yang mungkin kene reject dan 1 lagi projek sebenor-benornya. Klau ada projek yang tak boleh nak buat kat kolej (sebab ade adegan-adengan membako, aku kena balik rumah-taiping), tapi itulah yang membuatkan aku rasa lebih freedom dan tenang nak buat kerja...


-Satu je aku rasa macam puas hati sebab semua projek ini adalah individu, kalau grouping-sumpah aku lagi terseksa batin .


-Waktu tu semua orang sumpah-sumpah lecturer enjin aku tu, sebab tak puas hati dengan kerja-kerja yang dia bagi, kata mereka (kata aku jugak), kerja-kerja yang dia bagi semua outstanding dan tak sesuai dengan pelajar-pelajar U yang manja-manja ni. Tapi , ada dia kesah, biorlah dekan ke, NC ke yang sound, dia tetap on dengan assignment + projek yang menggila dan suddenly, ada satu minggu tu, dia gagahkan kitaorang untuk buat kuiz, hurm, nate apo nak jawab ni, nota pon tak sempat nak baca, tak sempat nak carik kat internet (sebab dia tak bagi!!) , aku pon ikot logik dan eksperimen aku & rasa suprise sikit lah sebab at last markah aku sama dengan orang yang duk meniru dengan orang yang refer to notes. Aku just refer to the eksperiment dan projek yang dia dok kerah tu, ok, kat situ aku sedar the power of project yang dia bagi. 


-soalan masa exam subjek ni pulak, dah macam tahap bebudak engineering dan satu je yang aku suke sebab exam dia banyak melukis, aku suka jawab soalan yang kene melukis. Cantik. he.banyak lagi perkara yang aku rasa macam sangat susah dan orang lain yang tak ambil KH sebabgai minor adalah orang-orang yang bertuah (tapi mesti korang pon ada cabaran jugak kan...)


-hari ni aku sedar jugak, semester yang telah mengorbankan banyak titik-titik peluh dan ayaq mata itu yang memberikan aku semangat dan kenangan (cewaah...) bahagia selepas berduka lara.Hehe, niat entry ni bukanlah sebab apa-apa ek, cuma nak lahirkan penghargaan kat diri aku sendiri , at least bila dah tua nanti aku boleh kenang-kenang balik apa yang dah jadik pada aku masa student life dulu. :) Tapi, untuk kawan-kawan aku yang lain tu (mereka tahu siapa mereka) jangan berputus asa, kaubolehbahkalaukau. hehe, wasalam.


Notepad:  INGAT....orang yang bersyukur akan gembira bila diberi kenikmatan dalam hidupnya kerana dia tahu Allah sayang  akannya DAN orang yang besyukur akan tetap gembira bila diberi dugaan kerana dia tahu Allah menguji kasihnya kepada Allah....Tahniah juga untuk semua yang telah berjaya dengan peperiksaan anda, chaiyok2 untuk peperiksaan JPJ plak, oke. .ekekeke

Friday, May 20, 2011

Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"


Assalamualaikum, pagi-pagi (tak pagi sangat la) bw2 sekejap dan ada terjumpa satu segmen yang menarik dekat salah seorang blogger. Segmen ini diberi nama Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda" oleh Chegu zubir. Segmen ini segmen akan berakhir 20/05/2011 jam 1159 malam. 


ORang-orang yang akan ditag adalah semua pembaca entry ini. wasalam.

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah to Blogger telurdibasuh.blogspot


Assalamualaikum 
Hari ini dapat tahu daripada FB abang Ben dan blog Aku seorang Bos tentang pemergian owner blog Telurdibasuh atau nama sebenarnya Abdul Hakim selepas dia terlantar selama beberapa hari di hospital/ICU. Oleh sebab asthma katanya. Mungkin dah tiba masa untuk pergi, jadi maut memang tak mengenali umur seseorang. Walau hanya mengenalinya dalam dunia blog, tapi tetap ada rasa sayu tu kan, bukan aku je yang rasa, malah semua blogger kat luar jugak kan. Jadi, entry ni adalah untuk memberitahu kepada yang belum tahu supaya kita dapat memberi sedekah Al-Fatihah kepada beliau. Al-fatihah. semoga arwah ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman, semoga segala doa diampuni dan semoga keluarganya sabar + tabah.

Notebook: Aku masih teringat tentang cerita di sebalik nama blog Abdul Hakim (telurdibasuh) ni (buat pertama kali aku pergi blog dia masa tu)

Tuesday, May 17, 2011

susahlah makan ketam pon tak boleh nak berbunyi

Assalamualaikum & Selamat pagi, yuhuuuu

Hari ni hari selasa yang berbahagia sebab cuti umum negara kan, tapi tak ada beza jugak pada aku sebab hari-hari pon aku cuti-cuti tak Malaysia...Tunggulah bulan depan baru aku keje part time sebab nak enjoy puas-puas dan setelkan kenduri kahwin kat rumah aku ni awal bulan depan (semoga semuanya selamat)... Jadi pagi-pagi lagi mak aku kejutkan aku untuk masak makanan tengah hari nanti. oke, kalau rajin memang aku okeh je, bersemangat . Menu hari ini ialah:

1) Daging Masak kicap
2) Ketam masak lemak cili api =P

pang pung pang pong pung

ha, siaplah walaupon rasenye entah ke mana, Menu pertama aku kasik 5 bintang, menu kedua aku kasik banyak-banyak bintang. muehehehe. tak perlu juri import. teeheee... Perut yang lapar plus nafsu makan yang membuak-buak mendorong aku untuk makan tengah hari awal dah jemput-jemput ayah aku makan sekali (tapi dia kata nanti dulu).. Dok makan-makan, geget-geget ketam tu tetibe ayah aku sound...

"Sapa yang makan dok berbunyi tu..???"
aku pon cakap arg "Ala, makan crab kot...." 
"ha, kalau macam tu tak payah nak makan...."

Ngeeeeee, geramnye aku weh, tak abeh2 orang tue ni la hai..... ayah aku ni memang tak boleh dengar orang makan berbunyik!! Kalau makan keropok pon tak boleh berbunyi "krup..krup..krup.." , jadi kene hisap lu kepok tu baru telan terus, tapi ni ketam kot..... takkan nak isap kot!!!! Aku pon tak nak lawan trus makan kat tempat lain jep.... geget puas2..........


Habaq mai kat cheq macam mana nak makan ketam tanpa bunyi....nak kena bland biaq sebati dulu ka lepas tu boleh sedut guna straw dulu ka? sabaq2...
**pic courtesy of Google

notepad: Kalau nak makan kepok tanpa bunyi logik lagi, tapi kalaulah aku ditakdirkan makan kayu nanti?? Nak kena tanpa bunyi jugak ka? hancoqq

Sunday, May 15, 2011

Pop-pop Boats

Assalamualaikum, ada sapa-sapa tahu tak pasal Pop-pop boats? Owh yeah, pembinaan pop-pop boats oleh seseorang menunjukkan dia adalah manusia yang creative dan genius dari segi engineering / engine sebab ada menggunakan beberapa konsep dalam mechanical atau sistem pembakaran dalam enjin. benda alah ni aku tahu dari lecturer enjin aku sem lepas. Sangat mudah nak buat dan dia cakap awak boleh buat boat ni dengan menggunakan basic item dan bahan-bahan yang sangat simpe iaitu boleh didapati di sekitar anda dalam masa 5 minit sahaja.hehehe. Nak buat bisnes pom boleh, jadi sape-sape yang ada peluang dan kehendak tu boleh tengok video ni untuk mengetahui cara-cara pembuatan dia. Menarik sangat:-


Terengganu

Assalamualaikum + Salam sejahtera

Tahniah pada diri sendiri sebab dah berjaya sampai ke Dungun (terutamanya) dalam mengenang cinta, ececey, dop argh, p sana pon ada keje, tak tahulah rasa menyesal ke atau rasa ok je sebab aku yang nak ngat pilih tempat tu... =p..Tapi ok je sebenarnya, tak rugi apa-apa dan tak untung apa-apa. Cumanya pergi sana nak setelkan segala assignment kan + isi masa untuk cuti 4 bulan. Ok, kat dungun a.k.a Kuala Abang tu, aku stay dekat Guest House Kuala Abang, kalau sapa2 nak contact boleh tanya ja sebab tak ada gambaq nak attach plus kat internet susah nak cari. Walaupon tempatnye cantik dan menawan tapi hati tetap tak berapa selera nak menikmati peluang yang ado... Maybe sebab yang kat rumah tu asyik bimbang2, aku pon tak tahu pasaipe. dah la kat chalet tak ada line Maxis. Ni nak cakap, kalau family aku risau, aku pon risau kenapalah diorang ni risau sangat.


okay, lokasi penempatan aku: GH Kuala abang yang dekat sangat dengan Rantau Abang, betul2 sebelah pantai dan sebelah lagi jalan nak p Kuala Terengganu, if dah tahu jalan mesti senang punyalah nak p sana lagi. best sebenarnya kat sana cumanya aku pergi sana bukan semata-mata nak bercuti & kalau dengan family lagi best kot o.o', jadi tak banyak tempat yang boleh terjah selain dua tiga tempat macam:

**ini pon pantai yang dekat dengan chalet tempat aku menginap, tempat yang cantik dan menyejukkan.

dan tak sah la kalau p Terengganu dan tak makan makanan-makanan seperti di bawah ni:-




1) Nasi Dagang-alhamdulillah, dapat jugak makan nasi ni kat sana walaupon sikit je, Kalo kat Tg malim pon aku still beli, tapi kat Dungun punya hari tu nasi dia ++lembut. Marvelous.  Kalau p tempat orang, kene lah rasa makanan yang fofuler kat tempat tu, barulah bermakna rasanya.hehehehehehehehe....


2) Satar-makanan yang tak perlu dikenalkan lagi, first time aku jumpa masa p Terengganu dulu untuk pertama kalinya, mula2 ayah aku ingat ni pulut panggang rupanya Satar. Kena makan panas-panas baru terangkat seyh...love.love.love
** Picture courtesy of Google

Saturday, May 14, 2011

Blogger Support Blogger. Wajib Support.


assalamualaikum
hari ni aku muncul selepas pulang dari percutian 'indah' di Terengganu =p dengan 1 entry untuk segmen anjuran Cik (An. Nabihah) BSB. Jadi kepada semua blogger, jom meriahkan segmen ini ye. chekidaout.

Tuesday, May 10, 2011

short update

mcm biasa, kalau kampus dok cuti, aku and classmate mesti ada je benda yang nak kene buat termasuklah cuti untuk 4 bulan ni.. Esok, insyaAllah kitaorang akan ke dungun dan yang lain tu ke destinasi-destinasi masing-masing untuk buat kerja lapangan. Harap sangat kerja-kerja ni semua dapat disetelkan dalam masa sekelip mata je, kuikui...Bukan apa, nak balik awai-awai weh, nak kerja plak, biaq masyuk sikit , seronok aku nak shuping2 gajet nanti.... 


Okay, tujuan entry ni adalah nak update apa yang aku buat untuk awal cuti 4 bulan ni and nak bagi taw sikit kepada yang berkenaan tu janganlah risau ngat kat cheq ni terutamanya family aku... Aku yang tabah dan berani ni pulak yang rasa macam cuak...cuak?? Terutamanya bila semalam (hari sebelum aku balik kampus) bila mak aku nak keluar bilik lepas tu dia tiba-tiba toleh kata:


"Kamu hati-hati, orang yang tak kenai tu, jangan ikot2 tahu?
"duit tu jaga2 jangan sampai hilang, barang-barang kamu...bla..bla..bla" (tersentak kerana tolehan itu)

Awatlah hampa risau ngat aih, aku nak p bercuti jap na, t bawak la kepok lekoq, satar aku makan kat sana awai-awai, hahahahahahahahahaha....So, my last word: Jangan risau ok setiap perbuatan yang dimulakan dengan bismillah dan doa pasti akan selamat ... InsyaAllah...hehehehe


Sunday, May 8, 2011

a man whose manner are good...

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak take time & write down something about our attitude, our behaviors. Bukan semua yang aku cakap ni betul (maybe...) dan kadang-kadang aku pon terlepas daripada melakukan kesilapan (dah menjadi fitrah). Benda yang paling senang sekali untuk kita detect seseorang tu ada sikap yang baik atau tidak adalah melalui percakapannya. Kerana mulut, badan binasa sebab Lidah itu tajam seperti pedang. Jadi:

" Bro, bila bercakap tu, jangan sampai buat orang sakit hati yer..."


- kalau orang ada buat salah kat awak, janganlah sampai nak maki-maki  macam tak nak kalah walaupon orang tu tak akan balas balik apa-apa yang awak cakap. Sebagai contoh, kita ke shoping complex untuk membeli belah, objektif: cari barang-barang yang tengah offer, fine. Jumpa Soflan yang herge RM6.99, cek2 kat kaunter dia trace, RM7.99. Sebabnya harga promosi yang dekat rak soflan tadi belum dicabut balik, sudah pasti awak akan cakap yang awak telah ditipu. "Wah, mana hak saya sebagai pengguna ni,," "pihak supermarket dah nipu saya ni, cuba nak mengaburi mata-mata kami sebagai pembeli".  


owkeh, fine, betol lah tu diorang yang salah, tahniah sebab berani mempertahankan hak anda sebagai pengguna, kesannya anda dapat harga seperti harga promosi, yeay, bravo2. kira bertuahlah kan? Padahal, memang kalau tak promosi pon nak kene beli jugak =p


Tapi bila dah dapat balik apa-apa yang kita nak tu, janganlah pulak p tambah api dalam hati beb dengan mengatakan .." teruklah supermarket ni, patotpon orang tak nak datang.." dengan slumbernya cakap mcm tu kat depan muka supervisor tu. Nada pulak dengan nada kencang dan sinis. Tahulah orang tu takkan balas, tapi dalam hati mesti cakap "teruknye orang melayu ni,haish..." agaknya orang yang kurang pendidikan ni, memang gitu, cakap ikot sedap hati je kan.


-di suatu kes yang lain time aku kat lab enjin untuk setellkan projek enjin, bersama-sama jugak dengan budak-budak robotik (yang pro, cet..). Kiteorang ada berborak-borak dengan diorang tentang macam-macam topik termasuk tentang budak 'kelainan upaya' mcm down syndrome, memang tak patut bila ada di antara budak-budak ni yang cakap " budak down sindrom ni, letak kat higway sorang-sorang, and so on,....bla2...", tak hengat apa lagi tapi apa yang pasti setiap kata-kata dia adalah kejam. Okay, bagi aku , rasa mcam nak smash balik, tapi biarkan aja (ada jugak balas)...


sampailah masa nak balik tu, tunggu bas dan aku balik dengan seorang kakak ni yang ada di tempat kejadian (kejadiaan di mana budak tu mengutuk mereka-mereka yang berkelainan upaya). Dia cakap "akak rasa sedih sangat bila dengan budak robotik tu cakap gitu, sebab akak ada adik down syndrome.. Akak tak boleh, akak sensitif sangat sebab akak sayang sangat kat adik akak yang tu...akak rasa sakit hati sangat, tadi akak sabar je, sebab tu akak keluar, turun, pergi surau..."


Huish, saya pon sama akak, mungkin dia tak pernah jumpa budak-budak macam tu kot. Pelik kan? Pelik kenapa lah dia kejam sangat sebab bercakap tak tengok kiri kanan.


Sekian entry marilah berbudi bahasa.





Friday, May 6, 2011

Broga Hills

Assalamualaikum dan selamat tengah pagi.

Sekarang ni tengah mood cuti panjang, 4 bulan tuh, cuti ini makin menjadi kosong bila tidak dimanfaatkan. memang aku spend sebulan ni untuk duduk goyang-goyang kaki je, sebab masih ade assignment yang belum complited dan ada agenda keluarga awal bulan depan. cuti-cuti panjang ni kan best kalau ade duit yang banyak, jadi cakap je nak p vacation kat mana. kalo mcm tu gayanya cuti=100% holiday.yuhuuu.... aku teringin sekali nak p suatu tempat ni, dalam malaysia je kot, kat Semenyeh tu hah, untungnye orang-orang Semenyeh yer. Pada mulanya aku tak tahu yang ada tempat secantik dan sedamai ni dekat malaysia selain Bukit Larut [nak jugek] , sampailah terjumpa gambar-gambar kawan aku yang sakan bergambor dekat BROGA HILLS:



**haish, sapalah yang tak jatuh cinta dengan suasana macam nikan, damai sangat2... rasa mcm heaven...subhanallah


**awesome rite? jatuh..jatuh..jatuh cinta

pic courtesy of google



Thursday, May 5, 2011

CONTEST GAMBOR PALING COOL



assalamualaikum, dengan masa yang terluang yang sangat banyak untuk kali ini, ate teman sangat berkobar-kobar untuk menyertai pertandingan photo keluaran Mrs Amad ini. hah! Mekeme-mekeme semue bolehlah menjenguk ke belog beliau atas LINK INI . JAdi ye, teman nak ceghitekanlah serba satu, eh serba sedikit tentang syarat-syarat dan terme-termenye :

Syarat-syaratnya cam bese lah..

1. Haruslah seorang follower saya ye.. [UDOH SELESEI]
2. Buat 1 entry yang tajuknya CONTEST GAMBOR PALING COOL n letakkan gambor/banner di atas kat entry korang. [UDOH SELESEI]
3. Link kan entry ni kat entry korang tu.[UDOH SELESEI]
4. Letakkan gambor yang korang rasa paling cool. Gambor sorang buleh, berdue buleh, beramai-ramai pun buleh..janji COOL..TAKYAH nyatakan sebab2..[UDOH SELESEI]
5. Gambor 1 je jgn banyak2..[TEMAN TAUU..]
6. Tag seramai mana kawan pun buleh..janji tag..[IYELE...]
7. Then tinggalkan link korang kat ruangan comment entry ni.[ZAZZ]

Tarikh tutup : Bila saya rasa saya nak tutup, saya [mRs AMAD] akan annouce


JAdik, gamo-gambo yang teman nak pertaruhkan adelah:
**klik untuk saksikan bukti bahawa pic ini memang cool






dan mekeme-mekeme ni adalah yang agak bertuah kerana menjadik mangsa ke'tag'kan teman...:


-Shahrul Izwan
-Cunndaa
-Ziela
-Atiqah


Wednesday, May 4, 2011

pintar cerdas tidak semestinya pada orang yang nampak mcm bijak

assalamualaikum.

setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing yang tersendiri. Sama ada secara maujud atau lebih abstrak.Which is, kalau orang-orang yang berkelainan upaya (OKU) tu tak totally  useless ataupon dalam bahasa yang lebih rude, bodoh. NO.No.No. Tapi sebenarnya mereka ini mempunyai certain masalah atau kekangan yang perlu diubah sebelum potential mereka dapat diserlahkan. Percaya atau tidak? Anda-anda semua pernah tak menonton cerita-cerita orang-orang berkelainan upaya. Kat bawah ni adalah beberapa cerita yang berkaitan, tapi semuanya cerita hindustani.


**cerita ini adalah tentang Ishaan yang dikatakan seorang pelajar yang bodoh oleh guru-gurunya oleh sebab mereka tak tahu apa masalah pelajar ini sebenarnya sampailah pelajar ini dijumpai oleh guru yang  yang suspect dia sebagai pelajar dyslexic. 

Guru Ishaan ni telah mendidik Ishaan dengan menggunakan beberapa teknik berdasarkan pendidikan ke atas seorang pelajar dysleksia dan Alhamdulillah dia telah berjaya. akhirnya, Ishaan menjadi seorang top student di sekolahnya. Plus, Ishaan ni pon ada talent dalam melukis dan lukisan dia bukan calang-calang lukisan. Ini bukan sekadar cerita hindustan, tapi cerita ini menunjukkan bahawa itulah fitrah OKU dan 'every child is special' ... Macam kita tahu jugak, Albert Einstein (saintis yang sapa tak tahu, aku tak taw la) dulu pon seorang disleksix yang tak taw membaca, menulis, bengap dan etc, tapi dia telah pon menemui someone yang dapat mengubati kekangan dalam diri dia. selepas tu, semua orang mula nampak aura dia. Hebatkan. Pelukis hebat Leonardo Da Vinci pon seorang disleksia jugak hampa taw.



**second movie adalah 'My Name Is Khan' yang jalan cerita dia samgat obsem. 
Khan adalah seorang Autism, lebih detailed lagi, dia adalah seseorang yang mempunyai Asperger's sindrome (autisme lar) . FYI, autisme ini terdapat dua iaitu Asperger's sindome dan classic Autisme.

 Which is orang yang mempunyai Asperger's sindrome ini rata-ratanya ada tahap IQ yang sangat tinggi aka bijak atau genius walaupon mereka mempunyai bacis characteristic seorang autisme seperti tidak suka pada perubahan, ada dalam dunia sendiri dan etc. Inilah yang dikatakan 'special' . Definitely, mereka nilah selalunya tergolong dalam individu-individu pintar cerdas. sebabnya golongan seperti ini ada penghayatan yang tinggi, tumpuan yang tajam dan sensitif. 


**physical appearance (muka inesen) yang selalu kita lihat pada individu autisme. Tapi kita selalu kata mereka seorang nerd.

Individu-individu autisme ini memang biasa kita tengok macam apa pon tak tau, nampak blur dan kadang-kadang macam bisu, sebab dia langsung tak bagi respon kalau kita berinteraksi dengan dia. sebenarnya mereka nilah selalunya yang tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang pintar cerdas, cuma sesiapa yang bertanggungjawab perlulah beri bimbingan emosi+mental dan etc kepada mereka untuk nampakkan aura mereka. Tak macam adik Adi Putra, bakat dia memang dah kita nampak dan hanya tinggal usaha-usaha untuk bagi dia jadi budak genius yang tahap tinggi gaban, tapi bagi kanak-kanak berkelainan upaya ni kita kenalah atasi kekangan yang ada pada mereka dahulu. Diibaratkan mcm main game pulak kan. 



**ini pulak '3 Idiots' , superpower kan, memang gifted and talented. 

sebenarnya antara kita semua ni, mesti ada masalah kelainan upaya, in another word, setiap pada kita ni mesti ada masalah dalam pembelajaran , mental atau kekurangan sekecil-kecil masalah adalah masalah disleksia. Kadang-kadang kita tersalah baca certain huruf atau ayat dalam text. so, jangan bongkak ye. Lastly, kindly visit our portal untuk children Gifted and Talented, UPSI CLICK SINI.



Monday, May 2, 2011

betul ke Osama bin Laden dah meninggal

assalamualaikum + salam sekahtera.


Betulke Osama bin Laden dah terbunuh ? saya harap bukan dia, tapi kalau tengok berita tu, mesti akan cakap " Osama Laden telah terbunuh..." siap dengan segala biodata dia lagi depa cakap , plus, president AS pon telah mengsahkan kematiannya. T.T




-mereka bergembira dengan berita ini. Tak kira hebat juga dengan ucapan pelbagai pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah atas kejayaan tentera Obama dalam melancarkan serangan sehingga membabitkan kematian Osama bin Laden.

notepad: tapi tak kurang jugak berita lawak bila sebuah stesen tv mebi fox TV kot yang buat berita ni, tapi tulis "Obama bin Laden "dead" ba*@&ng " kan...hurm.

Sunday, May 1, 2011

cheezy crazzy

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

oleh sebab hari ini adalah hari pertama cuti semester dan juga hri pertama berada di Tanah tumpah darahku-Taiping, aku nak bercerita tentang makanan-makanan kegemaran aku terutamanya yang berasaskan cheese atau keju. Omaigod, rasa macam syurga kalau dapat makan cheese hari-hari tau. Kalau boleh, semua masakan nak taruk cheese termasuklah nasi lemak sambal tumis CHEESE. sesuaikah? Kalau beli burger pon, frequency untuk membeli Burger Daging Cheese adalah lebih tinggi berbanding membeli Burger daging Spesial. Tak guna banyak cakap, jom cekidaout makanan yang kaya dengan cheese yang sangat marvelous  

Cheese-Baked Meatball

**YaAllah, rasa nak pengsan depan makanan ni. 

Marble cheese kek ** google

**next is: Macaroni cheese... terliuq abes ni.... slalu jugak buat tapi mungkin bukan grupe ni la..



**Double cheeseburger Mcd yang jadik kegilaan aku, tapi sekarang ni dah tak makan, tak tahu kenapa. Tapi sumpah boleh membawa korang ke langit ke 7 takkala burger ni masuk ke dalam mulut korang. Memang wallah lah! Semua makanan-makanan cheese kat atas ni aku suka time pertama kali rasa. In short, cheese memang selera aku.

notepad: Kan best kalau makanan-makanan semua ni tak menyumbang lemak yang melepu pada badan manusia ni.