Wednesday, March 23, 2011


assalamualaikum pembuka bicara. apa khabar orang kampung?


fuh, gila rasa bebas bila tengok gambar diatas.
yesza, gambar ni begitu heaven bagi orang yang inginkan kebebasan. kebebasan daripada hidup norma. hati aku seperti tsunami yang melanda Jepun.
kebebasan daripada ujian? =] no solution. hidup memang penuh dengan dugaan. cop! why don`t you just forget something yang memberatkan lagi kepala hotak kau tu? takboleh? cop lagi! jom kita amalkan doa dalam menghadapi masalah/musibah:


"Tiada Tuhan melainkan (YaAllah) ! Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah
dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

jadi?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai 
kemenangan)." 

-Surah Al-Imran ayat 200 

&
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 

-Surah Al-Baqarah ayat 45


mungkin apa yang terjadi mudah untuk kita diamkan, tetapi mulai jadi tak menetu apabila terfikirkan tentang orang lain. YaAllah! persetankan apa yang orang lain nak cakap wey..


Monday, March 21, 2011

aku dapat merasakan hidup ini sangat sukar

assalamualaikum

hurm, selalu aku dengar mcm2 kata motivasi tentang kehidupan ni, malah aku pegang jugak untuk kuatkan semangat.

"dugaan yang Allah bagi untuk kita, setimpal dengan kita. Maknanya, Allah tahu kita ni kuat untuk terima dugaan daripada dia"

tapi betulkah kita kuat dengan dugaan yang diberi? atau terpaksa buat kuat? kalau mcm tu, boleh tak nak jadi orang yang lemah, senang, tak ada masalah. Yaallah, kenapa aku dilahirkan tabah? Astagfurullahalazim, adakah aku telah berputus asa. 


Sunday, March 20, 2011

"Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?"

Assalamualaikum


First of all, nak wish thanks but sorry to Fahmi-Segmen "Tanya Fahmi" sebab jemput saya untuk join segmen soal jawab tentang kecantikan. OMG, aku ni pakar kecantikan ke? Ratu Cantik? Pengasas Produk Kecantikan? haha, ok2, aku try gak join segmen ni untuk suka-suka dan berkongsi pendapat


okeh, ini aturcaranya ye:-


1)Buat entry dengan tajuk "Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?"

2)Link kan entry anda ke entry ini.

3)Jawab soalan ni..

- Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?

-Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?

-Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?

4)Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.

5)Tag dua orang sahabat blogger yang anda rasakan mereka cantik. Maklumkan kepada mereka yang mereka di tag supaya mereka t tahu mereka cantik.(sekali-sekala puji kawan apa salahnya)=)

6)tinggalkan link anda di ruang komen

....................................................................................................................................................................




1)Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu 
boleh dikatakan cantik?


Bagi aku, kecantikan itu adalah keindahan. something yang kita sendiri suka tengok + suka untuk memiliki. xada siapa yang tak nak cantik. betul tak? 
(Tetiba nak bukak google). 


2) Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?


sometimes penting , sometimes tak perlu pentingkan kecantikan itu. Kalau mcm aku sendiri, akan pilih barang-barang yang cantik, baju yang cantik dan unik, buat assignment cantik-cantik. tu semua untuk kepuasan diri. Bila kita puas hati, hari-hari kita pon akan ceria + bersemangat. Bersamamu! aha. but, kadang2 aku rasa tak perlulah cantik sangat. Contoh, aku pergi kelas memang selekeh giler. memang simple habis . memang plain semua. Memang pale muka. Sebabnya aku tak rasa selesa kalau nak melawa2 p kelas ni.huhu. malu lah orang usha2. (ni pendapat aku lar). n one more thing, bila kita lain sikit dress up pada suatu hari, mesti itu adalah sesuatu yang suprise bagi orang lain. seronokkan buat suprise.




3)Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?


Paling menipu kalau kate tak marah.haha, walaupun aku ni memang selekeh, sangat memperlekehkan kalao ade orang berani komen mcm tu.haha. apa yang aku boleh kata, dia tu memang buta seni. sebab, semua ciptaan Allah pasti ada cantiknya. 




4)Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh 
dipraktikkan bersama.


Alamak, tips ke, lain mcm je tuan punye segmen ni, nak korek rahsia la tu.hahaha. nope2. as i said early, aku ni pon bukan smart pon, selekeh je. tapi kalau nak cantik , (berbaloi-baloilah kalau RASA cantik sahaja) aku selalu amalkan satu tips ni. Apa tips tu? ha, banyakkan SENYUMAN." banyakkan gula dalam senyuman dan kurangkan gula dalam minuman". jadi, jom kita meriahkan dan ceriakan dunia dengan senyuman. nescaya anda akan rasa anda cantik. psikologi suda.


5)Tag dua orang sahabat blogger yang anda rasakan mereka cantik. Maklumkan kepada mereka yang mereka di tag supaya mereka t tahu mereka cantik.(sekali-sekala puji kawan apa 
salahnya)=)


Ok, kali ni aku nak kenakan orang2 yang aku rasa cantik+suwit + baik. Jom kita tengok apa pendapat mereka tentang kecantikan. sebab semua orang ada pendapat masing2 kan.





keadaan aku dalam bahaya

assalamualaikum

1 minggu yang lalu........

alhamdulillah, dapat jugak aku post entry dalam minggu-minggu yang membunuh ni. bukan sebab penyakit berjangkit atau cerita-cerita hantu berantai. Tapi disebabkan assignment-assingnment yang maha banyak. haha. it`s normal. Aku selalu rasa mual + pelik (mulalah nak cakap "huk aloh") kat kawan2 aku yang selalu mengadu kerja banyak kat facebook tu. Ok, "facebook dia, suka hati dialah!" Banyak mana sangat assignment ko? bilalah nak siap kalau asyik ngadu je, atau nak test luck tunggu lecturer komen dan cakap...

"yeke banyak assignment nak? oklah, saya cancellah empat assignment daripada saya, lepas tu awak belanja saya ek..."

Permulaan sejak dua minggu lalu menyebab keadaan aku dalam bahaya.  Bukanlah risau sangat bila diserang stress, tapi gila risau sebab takut aku tak mampu nak meratah setiap asignment yang diberi. Nak2 assignment kursus Enjin tuh-Proposal dan projek akhir. Apa aku nak merapu meraban? 

24 jam yang lalu...

nak tahu apa jalan penyelesaian yang aku ambik? Balik Taiping lar. dengan harapan dapat siapkan 3 projek (1 Proposal), tapi aku nak siapkan terus final projek tu. Malas dah nak menanggung rindu. Alangkah dengan senang hatinya aku balik Tg Malim nanti. wah, heaven rasa!

1/2 jam yang lalu...

nah! 90% siap dah final projek ko. sangat hebat sebab dah confident giler final projek boleh approve bila hantaq kat Encik Samad nanti. sebabnya, proposal pon tak hantaq. sorry, misscommunication  la.
kalo aku taw memang kene hantaq proposal je dulu, memang Kacang Bangla! aku bab mereka2, melukis2 ni memang tetiba rasa gifted je memanjang. celah gigi je.

 "mana taw kene hantaq proposal ja dulu, ingatkan projek terus...!!"

tapi rasanya Encik Samad ok kot kali ni, sebab dia kata tak payah buat mcm Reka Cipta plak. nah, ni idea aku untuk final projek, tak de orang nak tiru kan.cet!!!


tq pada yang memberi idea. credit to u
picture courtesy from google.



Monday, March 14, 2011

Jom Join Bloglist Tengku Ashran


assalamualaikum
wou! hensem sungguh jejaka dalam header kat atas ni. 
tapi tak brape sure sama ada dia ni betul tak -Tengku Ashran_
atoupon tidak.
tapi tu ta pentinglar.
yang penting, moh la kite same2 join bloglist si Tengku ni di [ jom join Bloglist Tengku Ashran ]
free saja, tak ada bayaran dikenaka.
jadi, apa tunggu lagi, kita bako je! kita bako!

Saturday, March 12, 2011

mungkin ini kem yang terakhir, tak mau dah....

assalamualaikum ols.


adakah semua blogger sihat di luar sana? ok, semoga anda sentiasa sihat + bahagia di samping orang yang tersayang. amin. seriously, terlalu and sangat banyak bende yang nak share di sini. terlalu banyak bende, tetapi tidak terlalu banyak masa yang ada untuk saya pen down kan di sini. minggu ni memang disaster. sangat sibuk. kalaulah saya ni dibekalkan dengan satu semangat sahaja, dah lama angkat white flag-serah diri. tapi, dengan kudrat, semangat, ketahanan psikologi, pelahan-lahan setelkan semua keje, tapi belum semua abis lagi. Assignment, projek sana sini, report. haish, tapi ok jugak, sebab semua presentation + micro teaching setel jugak bah.

  ok, saya baru balik dari kem JPA tahap 3 di Pulau Pangkor, ada best, ade tak best. tapi nak komen sikit, bahawasanya kem ni sangat tak rushing, dan yang paling penting tak payah aku nak jadik orang giler lagi mcm tyme kem JPA tahap 2 hari tu. sumpah batu aku bagi. mungkin sebab dah senior, ataupon sama resmi dengan orang yang dah veteren? no idea.* kem ni amik masa 3 hari 2 malam, as ussual. vanue kali ni yang agak luaq biasa bagi kami, membawa aku untuk membayangkan, "wah, best la kem kali ni. dah la xpenah p pangkoq. boleh cuti-cuti Malaysia skali.." niat tu tak berapa suci sangat. tapi, kita ni pun dah namanya manusia. imaginasi terlalu luas. infinity.

:: ni otw ke Kem Rimba. kata pakcik driver ni,(oleh sebab aku dah duduk depan sekali) Pulau Pangkor ni tak lah besaq mana, pi mai pi mai tang tu ja. tambah tolak, plus minus, 20++km sahaja. selalu depa mai wat marathon sini. tersedak jugak sebab jalan dia berbukit-bukit..ngeee

::yaAllah, buruk perangai sorang-sorang. baru sampai je dah terjun. hurm, nak buat cmno, dah Encik Shahrizal kata aktiviti B.E.B.A.S
ini adalah aksi mengejar sunset(penemuan baru)

::speechless


::subhanallah, santek sangat2


:;air di kem rimba ni sangat menwan, oleh sebab tu lah kawan saya seorang ni nampak teruja +-+
happy nye , YaAllah...ngeh3


::i love beach (saya paling kanan, hehe)

::photo thyme kita untuk event kali ini. JPA tahap 3 UPSI di Kem Rimba,Pulau Pangkor


:: saya yang sentiasa meng'oren'



::tapi tak kurangnya kesedihan di balik keghairahan berkemping. tu ujian daripada Allah. anda kenal gambar di atas? walaupun barang picisan , tapi bila dah terjadi, sangat memberi kesan. tacing2...
takpe, ujian Allah, orang kata ujian Allah tu tarbiah...yesza...

::berjemor


oh yea!!! ada berita paling bahagia nak bagitaw...




finnally, saya just nak cakap yang saya sangat gembira untuk contest aku, dia dan vintage. even top 100 sahaja, tapi ia sangat berbaloi2.. uwa, top 100 from 441 contestent tahu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! The biggest achievment for myself and my Cik Sam too. i love u cik sam!  jap2, walaupon hanya berjaya masuk top 100, itu dah cukup memberi sinar kebahagian kepada saya. sebelum saya tengok keputusan top 100 tu, saya sedang kesedihan + kebuntuan oleh sebab assigment dan tugasan yang membukit-bukit. sampai menitis2 ayaq mata, but bila nampak sahaja sehelai gambar saya di antara mereka-mereka yang berjaya menduduki Top-100, yaAllah, gembira tak terkata. and so, saya nak wih a million thanks to this picture:


::but this pic yang original lah, yang dah diedet vintage taruk tang mana tah..teeeheee..
thanks too untuk JPA, tak sia-sia ambo masuk JPA, kene beli boot, pegi sg Samak.
and so, saya berjaya jadi Top 100 dari 441 contestent untuk contest Aku, Dia dan Vintage (contest of Photo edit)

**i`m happy with Cik Sam. (flower..flower)





Friday, March 4, 2011

off to pulau pangkor for three days

assalamualakum


hari ni JPA  akan ke pulau pangkor untuk kem medan kedua. whu....
sangat best meningglakan bumi tg malim yang dipenuhi dengan assignment2 yang sungguh menggila! rasa indie gila bila dapat blah bercuti. bercuti ke? ok, kem n sampai Ahad (normal). harap2 ia menyeronokkan tetapi tak menyiksakan. tak mau dah aku jadik orang gila macam kem pertama hari tu. nonsense. buat malu + gementar jer seyh!

Thursday, March 3, 2011

nak cakap dah ada dua sticker dalam masa dua hari jah!haha

assalamualaikum

ikan kembong disambar gagak,
kalao ustazah Nor Bakyah berpantun aku pon boleh jugak

ngeh2, ok tak pantun kat atas ni?ni semua penangan rancangan Selazat Kurma yang baru je habis kat kolej bawah tadi. Pergh, program gempak, panel best macam ni baru la saya support. haha, kalo dah hebat, perlu ke sokongan aku? hakikatnya, perlu jugak untuk mengurangkan stok sticker yang JMK dok jeruk-jerukan tu, lebih baik bagi kat aku, mulia amalan tu. boleh tak cakap macam tu? Rasa lega gila bhai sebab dah berjaya collect 2 bijik sticker untuk penempatan kolej nanti, jadinya, taklah sebal sangat muka ni nak hantor borang permohonan kolej dengan lampiran buku aktivit yang kosong tanpa kehadiran apa-apa sijil. ha, sekarang dah ada dua sticker. bolehlah jadi bukti yang aku ni penduduk kolej yang Aktif dan sentiasa peka dengan aktiviti-aktivti kolej ni. walaupun sticker cuma bertaraf 1 bintang, oraite bro! dulu2 masa sem 1 & 2 bolehlah dapat sticker 2 bintang, pasaipa? pasai aku REXCO.ngeh2, bolehlah tunjuk2 skit kat si penerima sticker bertaraf cuma 1 bintang, tapi tidak lagi sekrang. sekarang ni makin malas nak joinkan diri , tapi not bad wehyz, aku hingatkan dah terkubur peluang untuk dapat sticker tengah2 bulan ni. tak payah la lepas ni dok risau tang mana nak cekau tin2, botol2, atau kotak2 air minuman untuk direcyclekan dan dapat ganjaran sticker untuk usaha tu. bagus2. tak, sebenarnya nak cakap yang kolej aku ni memang buat event yang best dan tak boring. ok la tu. boleh tarik minat aku, baguih dah la tu....hahahaha...

semalam dapat tengok Ustaz Zulkarnain , personaliti Astro Oasis live. jaranglah tengok dia kat tv, sebab aku jarang balik (ngeh3) tapi memang takbley sangkal, yang dia sangat best dan ada sense of humor. tak kering gusi aku duduk kat ceramah tu. kalau macam ni, kene slalu p majlis ilmu, majlis ilmu tak boring sebenarnya.

lawak palingg tak boley blah bila dia citer tentang, haramnya perempuan di 'dimakeup'kan oleh lelaki yang geliman, actually, oleh semua makhluk lelaki lah, tetapi lelaki yang 'jantan' memang tak akan buat job make up ni kan. haha.  bertambah tak boleh blah bila dia kata yang dia begitu trauma bila nak cakap 'kita berhenti seketika untuk rehat'-means commercial break dalam rancangan tv dia seperti Imam Muda dan Qalam Suci sebab bila break ja, akan ada lelaki2 geliman panggil dia dari belakang, "OStat!!!!ostat ni banyak peluhlah..." bhahahahah...mana datanglah lelaki geliman tu.??

dan malam tadi, Ustazah Nor Ba`yah Mahmod datang dengan sominya Ustazah Wan Akasyah. notbad, macam besalahkan. terhibur dan bermanfaat. yang tak tahannya, cepat plak kerusi full, but saya masih bertuah untuk dapat satu kerusi walaupun tak begitu ke hadapan. 

notepad: risau sangat2 kalau kerja enjin-gear ni spoil. yaAllah, permudahkan urusan aku supaya tak perlu ulang alik lab. ni je senjata aku. doa.