Tuesday, November 30, 2010

canggeh la hampa

lol!
saya ni seorang pelajar2 pintar cerdas.

owh, missing.typing error here
pelajar kursus pintar cerdas..hikhik
jadi saya selalu la google gambar2 yang menarik.canggeh.dan tak mungkin akan dapat saya buat.
seronok tengok gambar2 mcm ni, org kate boleh tingkatkan harga sesebuah kehidupan..lol
merepek la u...
contohnye ni
note: pelukis hebat ni memang 5 bintang dari segi kecerdasan visual dan ruang!
kecerdasan dari matematik pon ade, bukan ape, mesti la nak melukis tu kene ade ukuran2, betul kan.


credit2


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Google hebat
This is awesome.
**awat la budak2 tu cool je tengok gempa bumi tuh
kalau saya melawat dekat situ, sumpah tak nak datang lagi.




Google Hebat
**cool!



Google Hebat

**Memang nampak real
aku rase semua orang kat situ pon tertipu
sebab tu la diorang semua jalan tepi2..lepas tu usha2, "ape pasal la orang kat tengah-tengah tu gedabak..."
kikihkih


Google lagi
**Gedabak!



**giler teruja! 
` 0 `
di jalan raya ada kolam pakej dengan penguin..penguin?
ape2 la.



haha..good job!
orang yang fikir up sikit
mesti ingat lori ni ade buat tangki ala2 aquarium.
hakikatnye, lukisan saje

-----------------------------------------------------------
yang ni kek pulak






**awesome kan

note pad:      nak buat kek biase pon, belum pernah,,,
kek lapis sarawak la dulu
thanks Goggle



Thursday, November 25, 2010

nak jugak!



:seriously, ini memang sangat spesel untuk mimi
T_T

pssssttt..
selamat hari lahir malyanah shamimi
semoga panjang umur+ murah rezeki +
dilindungi Allah selalu +berjaya dunia dan akhirat +
semoga happy selalu + buat yang terbaik untuk exam dan hidup 
-fwenship forever-

dari saya,
Fiq

---24 Nov 2010
T_T

saya rindukan 4 minggu yang lalu...

salam
minggu ini adalah minggu exam..
seronok kan..T-T
seronok, tetapi derita.
haha, apa la sangat exam ni, bukan study bagai nak gila pon. itu pon derita.
Buat masa ni, two paper done!
dunia aman seketika tanpa perlu memikirkan tentang subjek minor. -tamat-
lepas ni, kene full concentrate pulak kat paper major & paper subjek u.
insyaAllah boleh, berbekalkan masa-masa gap yang ada untuk dikerjakan..ekeke
orang2 kat luar sana, please doakan saya. Haish, penat jugak terutamanya sekarang ni, dah pukul 6 pagi tapi masih tak tido lagi. Nasib baik lah exam esok. Lepas ni bantai tido la, makin nipih la tilam 
hak milik KHAR ni, bukan apa ni usul saya suh beli tilam baru, tolong tingkatkan incinya sekali ye.
(kepala dah pusing2, ada bintang2 kat keliling kepala ... **pening** dok google2 pasal Teori Dabrowski pasal over-excitibility untuk exam major-->pintar cerdas) awat sikit sangat la infoo...aku nak tulis esei 44 muka surat nanti! demn2..hahaha

pape pun, rindu ngat nak balik umah saya, kenapalah?
sebab nak tido, walaupon kat khar ni boleh je nak tido dan saya memang tido banyak pon kat sini.
Tetapi dari segi psikologinya, rumah itu memang tempat rehat,
sebenarnye nak makan banyak2..kihkihkih...
ape2 pon, sekrang kalo pikirkan atau dok imagine 4 december 2010 , iaitu tarikh tamat exam pon memang USELESS a.k.a tak GHUNE sebab tak boleh balik jugak tyme tu....
ada pertandingan JPA, dan akan balik pada 16 DECEMBER 2010...
kata-kata akhir, saya memnag suke waktu2 cuti study week hari tu , iaitu 4 minggu yang lalu...hahah, solat subuh**

-
-
-
-





Thursday, November 18, 2010

yang mane satu senang?

saya terbaca satu status FB seorang lecturer saya yang berbunyi

"Punya duit susah, nggak punya duit lebih susah, 
manusia memang bisanya paling2 berkeluh kesah aja...."

xda jawapan,
tapi yang betul
orang yang berduit susah untuk menggunakan duit, dan orang yang tak berduit susah untuk mencarinya.


note: tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang berada di bawah.








MySpace

today


Hari ni raya korban.
saya terlah mngorbankan hari ini dengan tidak membaca buku.
hahah..songsang

Tuesday, November 16, 2010

yang ni penting...


Assalamualaikum ols
haha, hari ni dah hari raye aidil adha buat umat Islam kat Mekah sane
and 
esok hari raye aidil  adha untuk kite kat malaysia sini pulak.
so, saya nak ucapkan SElamat Hari Raya Aidil Adha
Marilah kita sama-sama berdoa supaya umat Islam dan kaum keluarga kita kat Mekah yang sedang menjalani ibadah haji tu selamat dan dapat menunaikan haji , insyaAllah, haji mabrur.
Teringinnye nak p sana. Bile agak2 nye dapat gi, hurm
kalo ikot plakn Tabung Haji 2026..

hehe, pepun, sudah siap ni juadah raye tok esok...
hebat2!



Sunday, November 14, 2010

on my way to final

assalamualaikum.
slamat pagi..
alhamdulillah, baru habis study subjek SHN dengan power point yang slidenye berjumlah 142 !
duh, lengoh badan sana sini.
lapar pulak..hahahahahahaha...
lepas ni mau sambung lagi selepas take a short break ni..
ni kire laporan la ni..duh.
apa2 pun, saya berharap sangat supaya sempat untuk habiskan study nih.
dan harap2 saya tak menyesal dan tak sabar2 pulak nak menjawab soklan kelak.



Selepas berusaha , kene lah berdoa pulak. Kemudian, cuba yang terbaik dan finally, bertawakal
Selalunye, sebelum saya nak menghadapi peperiksaan, perkaran yang akan saya buat ialah:

a) Senaraikan target, huhu, mcm listkan dalam mind pon tak pe, berapa A solid aku nak dapat.

b) Saya slalu kira2 kan peluang untuk dapat A dengan agak2 markah bakal final dengan carry mark yang dah dapat..hahaha...ni agak2 nak dapat bape untuk exam..tengok la, kadang2 tu terpaksa target sume soalan objektif tyme final kene dapat betoi, baru ley dapat A oleh sebab markah assignment yang sedikit kurenggg...agagaga

c) Saya pasti akan telifon mak ayah, pemly lah.... tyme tu la nak sebak..hukhuk..

d) Akan bace short note yang dah penat giler buat..

e) Kadang-kadang tulis balik note kat kertas kosong tanpa refer balik kat note asal.

f) Dulu tyme sekolah selalu buat kuiz ngan kawan2... Ada yang tukang soal, ada yang tukang jawab...hahaha..yang dapat jawab tu kira dah sedialah.

g) Awal pagi, mesti sarapan dulu...susah kang dalam dewan, nyanyi plak perut tuh..

h) Saya akan periksa dulu ape2 barang yang penting. Mcm biasa la, kang nyesal plak, pelupe la kate kan...

itu je yang slalu saya buat.

psss...tahu banyak U yang dah habis exam, tapi kami kene pulang ke kampus selepas 3 minggu lupa diri...


Saturday, November 13, 2010

25 randoms about me-credit to Shima Emma

 Assalamualaikum
sebab tag kite jugek a.k.a tak lupe kite..
hikhik...

tugasan atau agenda kali ini yer --> 25 perkara semua tentang SAYA...
.
.
.
.
.


1. Nama Penuh : Nur Shafikah Nordin

2. Memang asal Dari Taiping, Perak. Orang kate, Perak ini adalah Raintown atau Bandar Pencen.
Sangat aman dan damai di sini tahu...

3. Melihat dunia sahaja terus menangis, iaitu pada 12 April 1990 dalam pukul 1.50 petang gitu..
waktu2 Buletin Utama TV3 nak habis dah...

4. Pernah sekolah kat Sekolah Agama Assam Kumbang, Sekolah Kebangsaan Taiping, Sekolah Menengah Taman Tasik (atau orang kater, High School Taman Tasik), Kolej Matrikulasi Pahang atau orang kater 'Kolej Mencari Pasangan dan sekarang di Universiti Pendidikan Sultan Idris atau 
nama lainnya 'Universiti Pertemuan Suami Isteri' (UPSI)... sangatlah kreatif orang2 itu..

5. Anak ke-4 dari lima, dan dikatakan anak yang paling baik dan mendengar kata... fuhh...prestasi baik....

6. Mempunyai adik yang paling cute and spesel, Nur Syazwani Aqilah  Nordin

7. Mempunyai kakak yang boleh dijadikan pendengar yang baik, Nur Shafini Nordin

8. Pendek kata, ada famili yang baik.

9. Ada seorang sahabat yang paling baik, Farah Zazreen. Sudah kenal dengan dia sejak 2003.

10.  Zaman yang paling saya suka flashback kerana memori duka dan suka ialah zaman ketika berada di KMPh. Mungkin sebab masa kat sana sangat lah singkat.

11. Pernah buat sejarah kat SKT --> terpukul seorang budak lelaki nakal kat sekolah rendah...
dan sekarang tak de penyesalan, tetapi nak cakap PADAN MUKA kat hang! pasal hang, aku kena panggil ngan cekgu,.. Perggghhh..nasib bek parents hang pon kondem hang!kahkhak

12. Pernah menagis kat depan kelas semasa di KMPh, masa itu ialah kelas bersama Pn. Singe..dush3, xbaik tahu...tidaklah, MDm, Asiah.

13. Selalu menganggap saya ini ialah budak separuh pintar cerdas...hihi..sebab saya ni kreatif, agak pintar tau....huhu..sensitif dan susah nak dapat kawan...

14. Selalu tergigit jari..ha, kalau nak tahu,ini adalah sifat bebudak pintar cerdas tau...

15. Selalu jatuh sintan atau admired kat lelaki yang hebat2... Sudah dua ketua pengawas saya suke..hahaha... pendek kata, saya suka orang yang berkarisma.

16. Selalu sangat mimpi jadik orang invisible.Sumpah best masa mimpi2.. Bile situasi mimpi mcm kene kejar dengan penjahat, mind saya dah set untuk jadi invisible. Jadi penjahat tu tak dapat cari saya. Kan bagus kalaunye realiti.

17. My favourite Novel, Bagaikan Puteri, tulisan Ramlee Awang Murshid. Mengisahkan seorang perempuan yang mengalami keadaan koma. KEsannya, saya pernah kata, "teringin nak koma.." adush,,,pe la nak jadik ngn aku nih...masyaAllah..masa tu kecik2 lagi yer... huh..

18. Keegoaan itulah diri saya. Tak Suke mintak tolong kat orang lain. Bukan sombong, tapi taktahu lar, pernah sampai nangis2 senyap2 sebab mintak tolong orang pi kampus untuk isikan subjek untuk sem depan.., Tapi keaddaan saya memaksa untuk mintak tolong. Lastly, tak jadik mintak tolong,, Sebab dah siap! hakhakhak...

19. Banyak kali suda salah faham dengan kawan. 

20. Suka buat sesuatu yang kreatif contoh lukisan dan greeting kad.

21. Masih simpan segala surat2 dan kad-kad daripada kawan lama masa kat sekolah.

22. Saya suka buat nota ringkas masa ulang kaji. Lagi banyak kali tulis, lagi baguih...

23. Sekarang PNGS saya ialah 3.71..sikit jer lagi nak p pes class...doakan saya berjaya.

24. Saya merasakan hidup kat dunia ni sangat PENAT dan mencabar, tapi saya selalu pikirkan bahawa "sehebat-hebat mana rancangan kita, hebat lagi rancangan Allah.."

25. Suka hilangkan barang, contoh handphone, purse, kad matrik, buku library dan mcm2...sakit ka??

haha, saya sungguh bebesar hati untuk men'tag' mereka:





credit to Miss Yeyen


assalamualaikum + samat malam
hah! tarik nafas dulu dan hembus...
harap2 perasaan marah , begang, sedih dan rase nak memaki hamun pergi bersama angin malam.
pe taknye, betul2 MYSIS sudah melampau. dah 3 hari dok tunggu kot2 mysis ni boleh
baik2 sikit, kot2 senangla nak add subjek. fuh! haram, xdeknye.hahahaha
lupekan lah sekejap... nak jawab soklan dari cik yeyen ni...
dah lama dah soalan2 tergendala, saya tak jawab... 
.
.
.
.
.
.


Q: Is there a person who is on your mind right now:

no one 


Q: Do you want children : 

Ha, first soalan, sudah mencabar nampak...ni nak kene rujuk muka surat berapa, ensiklopedia ke? hahaha..actually, saya nak anak ramai-ramai... hahaha... kan bagus, boleh tambah umat Islam, & hopefully, umat Islam yang bergunalah... InsyaAllah.
lebih tepat lagi, 3<anak<6

Q: Do you smile often : 

haruslah...but ikot mood jugek


Q: Do you like your hand-writing? : 

my hand writing was just ordinary. Sometimes like and sumtimes dislike.
FYI, my hand writing alway changes according to my mood.

Q: Are your toenails painted:  
No! haha

Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: 



my sister


Q: What colour shirt are you wearing:

I`m in Purple t-shirt 

Q: What were you doing at 7:00pm yesterday: 

Mengadap MYSIS UPSI mengong, nak add subjek untuk sem depan...

Q: I can't wait till : 


the end of my third semester...


Q: When did you cry last:

just now...  MYSIS make me cry. 

Q: Are you a friendly person: 

YEsza. Tapi tak taw la apa org kate tentang saya.

Q: Do you have any pets? ; 

No. Never.

Q:Do you sleep with the TV on? : 

No. Saya tak boley tidur kalo ade bunyik bising sikit pon. Rase hidup ni sangat menyusahkan kalau kene bangun untuk tutup tv itu bile kite dah hampir-hampir nak tidoq.

Q:What are you doing right now? :

answering your question. 

Q:Have you ever crawled through a window? : 

Haha...For what?

Q:Can you handle the truth? : 

Boleh kalau ade hujah dan saksi..tapi malas la selagi masa tak memaksa.

Q:Do you still have pictures of you & your ex?:

No !  Never have.
Q: If you're having a bad day, who are you most likely to go to? : 

Everywhere, as long as it can change my view. Hah! maybe to the shop. Contohnye, saya duduk belajaq  kat Tg. Malim, kalo tengah marah2 saya akan ke kedai2 depan kampus untuk jalan-jalan atau beli sumthing atau makan aiskrim. Kalau nak p shoping complex ke, tang celah mana shoping complex kat TG. Malim? hehe

Q:What is your room like: 

Good!

Q:What's right beside you:

My pillow

Q:What is the last thing you ate: 

The Mee Hailam brought from Kedai Makan X.
Ayah saya kate sumpah tak sedap! haha

                                                          Q:Will u tag :  



Friday, November 12, 2010

alhamdulillah

assalamualaikum
selepas bersusah payah mengadap mysis selama beberapa purnama yang lalu,
finally,, ye, finally, dapat jugek saya meng 'add' kursus sem depan dengan jayanye dan rase bertuah sebab dapat selesaikan masalah ni dengan sendiri!
but , thanks gaks kepada kawan saya yang tolong saya bagi info2 keclearance line mysis..!
pang..pung..pang....(munge api sikit...) ...
Loo, dan 4 ke 3 entry saya ni berkisarkan MYSIS.
mysis memang hot stuft la kali ni, rate nye sangat tinggi!
haha, maknenye, bende ni la yang paling kuat buat saya tension..lol..

"betul ke kamu kate lepas siap settle mysis nak study?"
ni adalah soalan dari perut ke usus aku sendiri...
"ish, teringin sangat nak study, cume tak de mood je sebab mysis h**** j**** ni tak setel2.."
agaga..alih2, sampai laaaaaaaaa niii pon tak bukak buku balik, 
n dah ingat mcm dah merdeka...kihkih.bertuoh punyo budak....
oklah2, pasni nak sambung blajaq lagi sebab tak nak rase menyesal 2 atau 3 hari sebelum balik nanti..
memang kite tak boleh nak undurkan masa...



---sambil alih mata ke portal upsi --> myguru --> coursework --> carry mark....
T-T
wa, dah ade markah baru untuk subjek SHN dan KBC aku,,,,,
berbaloi ker?
alhamdulillah

Thursday, November 11, 2010

3hari, 2malam

rasenye dah 3hari 2 malam dah menunggu adik MYSIS muncul kat depan laptop saya ni.
Supaya dapat add subjek. Tapi dia tak jugak muncul2.. aduh...
aniaya betul la.



MYSIS adik kesayanganku...




TAraaa...hah,,ini lah adik kesayangan gue wat masa ni...
tapi sekarang ni dia amat main kasar!
nak bukak jenguk2 dia pon dah kene stay up bermalam2.

Saturday, November 6, 2010

the making of Fruit Tart

assalamualaikum & alopss all!
Hari ni saya teringin sangat nak masak Fruit Tart.
Dah lame dah nak buat sendiri selepas beberapa zaman hanya beli di sebuah kedai berkenaan di depan 
KHAR... in nutshell, senang+ ringkas +menyeronokkan+puas hati sebab jadik!
Saya telah mengupah mama saya untuk membantu saya dengan memberinya 
hasil buatan selepas tamat buat tart ini.. maknenye, dia akan dapat tart percume la..tak perlu beli..
hakhakhak..ingat senang.? 
korang ader?

::aha...ni tart buahan yang slalu aku beli kat kedai depan 'KHAR'
santek kan..berwarna warni dan yang penting shedap..
mcm ni punye tart la sy mau buat.



::tara, ni la hasilnye..memang nampak cm dull je, tapi sedap ow, dough yang kami buat memang sangat rapuh..lembut dan cukup rase... t nak cube wat lagi...

Friday, November 5, 2010

masak-masak

assalamualaikum + salam deepavali pada yang menyambut..
agaga
xde keje kan post entry tgh2 malam gini..
buku di depan mata belum cukup usik 5 minit...
sentuh seminit, singgah fb,,, sentuh seminit, singgah belog.,,
hahaha..mungkin study week belum sampai di penghujung..
sebab tu la tak insap2...
kecian diri ku ini.  boleh tak bagi alasan boring la belajaq ni?
ish3,, kurang sopan tuh alasan kamu....
tapi itu lah yang aku rase, bila bukak je buku..
so, ini lah keje aku, masak.masak..



::sonok beb..
esok ingat nak wat pai buahan plak...

Tuesday, November 2, 2010

memang ini soklan spot exam aku

KULTUR TISU

assalamualaikum + salam sejahtera
alhamdulillah, hari ni masih study tentang minor, KH tentang kaedah aseks.
salah satu kaedah aseks yang ada ialah kultur tisu. selain itu adalah cantuman, tut, keratan,
organ penyimpanan dan pembahagian rumpun. 
kalau uols nak tahu tentang kultur tisu ni, stay tune okay. Plus, saya nak patrikan pengetahuan ini
lebih2 lagi nak exam kan. Haruslah! agagaga....

ok. keadaan atau keperluan untuk jalankan kaedah kultur tisu ini adalah mesti dibiakan di dalam 
medium akar dan dalam keadaan steril--> iaitu keadaan yang bebas microorganisma. 
Sebab tu la kedah ini boleh hasilkan tumbuhan yang bebas penyakit dan hasilkan anak benih yang banyakkkkkk... Antara bahagian2 yang boleh digunakan dalam kaedah kultur tisu ini ialah

A) Debunganya
B) Embrio / Ovul
C) Protoplas
D) Tisu Meristem




:: aha, tang mane tisu meristem??


::aha, dapat kenal pasti kan yang mane tisu meristem..
Saya pon ade lukis gop kat short note saya.. yang ni versi google la! suke2!

----------------


Langkah-langkah kultur Tisu

1. Dapatkan sel eksplan dari mane2 bahagian pokok. Senang cakap dari sel-sel 
yang aktif seperti di sel meristem. Paham?




2. Rendamkan tise eksplan ke dalam natrium hipoklorit.
3. Next, cuci kan dengan air suling.
4. Letakkan tisu itu ke dalam bekas yang ada medium cecair steril. Medium ini memang mengandungi 
air, vitamin, mineral, gula dan auksin. :)

Auksin ini adalah bahan pengawal atur.

:: ini contoh auksin dari Google.

5. Next, pindahkan tisu tersebut dengan kotak beraliran laminar ke bilik yang bebas perosak dan penyakit.
6. Tisu itu digoncangkan selama beberapa hari. Jadi sel-sel kalus akan bercerai. Apa itu sel kalus?

::sel kalus

Kalus adalah sekumpulan sel amorphous  yang terbentuk dari sel-sel yang membelah terus menerus dalam tabung. Maknanya, dibentuk terus dari tisu-tisu eksplan.

7. Keluarkan kalu yang telah diceraikan dan susun plak ats medium pepejal steril. Haruslah ada cahaya jugek ye.

8.Tara..! Bila ada pucuk baru yang tumbuh, pindah ke mediun pepejal steril yang baru untuk
galakkan pertumbuhan akarnye.

9. Bila ada anak pokok pula, haruslah pindahkan ke pasu yang ada medium steril. And Watch out!

10. Bila da agak2 besau, boleh la alihkan ke kebun, atau ladang..

:: agaga, berbudi pada tanah , pasti bawa keuntungan!