Saturday, July 30, 2011

kata-kata yang best dari mulut cikgu, sampai nak melompat rasa!

Bismillahirahmanirrahim
Assalamuaalaikum.

Sapa kat sini masih berstatus pelajar? Tak kiralah dekat sekolah ke atau kat IPTA/S. Actuallykan,  kita sebagai murid sekolah ni lebih nampak inesen dan macam budak baru nak belajar serta kadang-kadang semua cikgu yang tolong buatkan, berbanding pelajar di IPTA/S. Dah nampak pun beza kat status tu, murid dan pelajar. Perbezaan di antara kematangan ni lah yang lebih menonjol tau,, selain daripada formaliti, sistem dan tahap pembelajaran.

Aku dah lama tinggalkan sekolah, tapi, nanti insyaAllah akan kembali ke sekolah balik ..(yeyeah!???) Korang skema tak kat sekolah dulu? tidak? ok, tapi sumpah, dalam hal ni, semua pelajar termasuklah yang skema ke, yang jenis hantu kacang (kacang hantu actually) akan bertempit keriangan dan rasa "dunia ni aku yang punya" bila::::


Cikgu masuk kelas (tak kiralah cikgu bilik derejeh atau cikgu mate pelajarang) dan cakap

a) "mintak maaf semua, cikgu ada hal sikit,cikgu mintak KAMU BUAT KERJA KAMU SENDIRI YE, KERJA MEMASING. oh ye, saya takmau kamu bising-bising sebab buat telur masing." (cikgu buat lawak hari isnin sebab nak amik hati murid-murid kot2 ada yang nak report cikgu malas ngajo)

b)" OK, exam dah habiskan, cikgu sebenarnya banyak gila paper yang belum mark,, haisshhh (mengeluh 3 ela), so, apa kata KALAU KAMU TOLONG CIKGU TANDA KERTAS, ALA OBJEKTIF JELAH YE, CIKGU AKAN BACAKAN JAWAPAN, MANA-MANA KAMU YANG TERTINGGAL BOLEH SURUH CIKGU ULANGKAN YE. bolehkan? Atau kamu semua nak sambung bab 3 biologi ?" ( KALAU KATA SAMBUNG TOPIK 4 BIOLOGI, MESTI NAK2! JE).....)

c) "oh ye, lepas ni SUBJEKTIF pulak ye, sikit je. sebab cikgu baru teringat yang cikgu dah prepare skeme jawapan soklan subjektif."

d) "okay, ujian dignosis (pulak, untuk pelajar PMR dan SPM selalunya), sebenarnya cikgu NAK BUAT ANALISA, JADI, CIKGU AKAN SEBUT NOMBOR SOALAN 1-40 (40 tu, YeahY!), MANA-MANA ANTARA KAMU YANG SALAH SILA angkat tangan ye. cikgu nak result analisa cepat ni, panitia nak sat sat ni jugak!!.................."

e) "Haish, inilah beratnya mengandungkan anak yang ke 4, hari ni rasa loya-loya pulak, semalam cirit birit. Hari ni cikgu amik MC jelah, tak sempat nak cari cikgu ganti hari ni, semua sila buat revision untuk PMR ye."

f) "Ok, memurid, oleh kerana MESYUARAT SEMPENA HARI SAINS DAN SEJARAH (wah, kombinasinya,....) CIKGU PUKUL 12.00 TENGAH HARI NI DAH ON BALIK, JADI CIKGU RASA CIKGU TAK MASUK KOT KELAS CIKGU DENGAN KAMU PUKUL 11.60. jANGAN BUAT BISING OK, monitor, tulis nama murid yang bising kat papan hitam, sapa bising kena sebat patplohpat kali! shhiiappp!"

g) "kamu kena siap sediakan khemah untuk kem petang ni, ok, jangan nakal murd-murid ku, selamat bercamping, jumpa petang ni untuk pertandingan memasak.." 

h) "Salam sejahtera semua, eh2, u ols ada dengar tak pengumuman? (oh tak?), ok, semalam cikgu pergi mesyuarat dengar katanya hari ni ADA LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN, siap dengan demo padam-padam api lagi, u should try tau, nanti kalau sekolah ni terbakar,,  siapa nak volunteer jadi bomba? hah! takkan nak tunggu supermak dan ayah kamu kottt"


Bila dah cikgu cakap macam ni, aku tak pernah dengar budak-budak mengeluarkan ayat-ayat sepeti, "oh tidak cikgu, saya rasa tak lengkap sehari tanpa ilmu!" atau " ha? oh no cikgu, no!" atau "alamak cikgu, tak best lah cikgu tak ada..." melainkan niat untuk jadi hipokrit dan membodek, haha, 

apa yang aku nampak dan dengar bila cikgu kata mcm kat atas tu, budak-budak akan kata, "yezzzzzzzz.." (walaupon pelan-pelan), haha, seriously lawak . Muka pulak tak boleh tahan senyum leret selain nak melindung dari dinampak oleh cikgu sebab nak jaga hati, hakikatnya nak cakap"yes!yes!yes!" je...(samalah macam aku weh)

notepad: adakah kita tidak mencintai ilmu dan tidak bersyukur? jeng, jeng, jeng..... 

21 comments:

Anonymous said...

hahaaaa.
btol2 zaman skola memg menyeronnkan
tp bukn zaman universiti kot..hahaa
sbb cam kene independence je.hahahhaa
kalo dlu cikgu2 bntu
pastu kels kdg2 xder..cikgu meeting la..kalo da msuk uni,cam sush je nak kelas tu xder.hahaaa..

Unknown said...

time sekolah boleh tahan mantap best kot..ayie sek.. and incya-Allah ayie bakal bergelar cikgu juga nty..hoho

nurshaf said...

farah hanim: kat sekolah boleh le bersikap mcm toddler

cucu umie:bersiap sedialah, jangan amik hati bila student kata "yessss! cikgu tak ada.."
nanti kita rasa mcm xdihrgai plk, hha

Lea Isnawi said...

rindu pulak zaman sekolah dulu...
zman sekolah skema je
zaman u, mula tunjuk taring...hihi

mr.D said...

hahaa..stuju ngan entri ni..rindunye zman skolah..

Jamnah H. said...

; Rindu zaman sekolah :")

Unknown said...

alamak!!! ni rindu zaman sekolah nih.. ehehehe..

❤ winter ツ said...

insyallah balik sekolah balik?
erk bakal cikgu ke ni *O* hohoho

nurshaf said...

all: rindu-rinduan plak,huhu

Kyu: hehe, insyaAllah,insyaAllah

Far8 budak baik said...

hahahahaha ade je org cakapp..
oh tidakkk..tapi muka hepi gile..
muka bahagia gile..
kantoi kat situ..
dalam hati yes yes yes!!
hahahahahaha..
aku tahu dah kau murid yg macam ner..
ekekeke..

nurshaf said...

haha,,, "oh tidak, tapi muka bercahaya"
hipokrit tuuu

aku baik doe

Nizam Ijam said...

aah..memang suka..nak2 kalau ade meeting..haha

nurshaf said...

nizam: meeting bior lelame sikit ye, haha

Fairuz Zainal said...

alaaa budak2 ape tahu. ekekee >.<

Ieqahgajah said...

ieqah sukaaaa..

eh tetibe miss my old school..tp bila terkenang yg tak best..cepat cepat lupa...

Solihin Zubir said...

haha.. kalau cikgu meeting yg plg syok skali.. skali dgn guru besar pun takdak.. mmg riuh satu bangunan tu..

Anonymous said...

saya rindu zaman sekolah.hahaha.betol lah,heaven giler kalo chegu xmasok kelas ^_^

Unknown said...

wuahahaha..betol2..smpai masuk u pon maseh mcm tuh :P

Unknown said...

nanti jgn jd cikgu yg garang tau.. :)

nurshaf said...

fairuz: bukan dak2 je,,, org tua (dak u) pon, hahahha..

Ieqah: ^^' p melawat sekolah .

SZ: JAngan Cikgu disiplin plak ade.

Cheqwa: Betul, heaven.haha

SM: kan, siap boleh p KL

HS: OK! haha

AdinLala said...

kadang kadang bebudak skolah nie sje jer buat lawak seram.. kononnya nak bodek ler tuu

CONTOH : cikgu nie cute lerr *padehall dah 50-an dah.. hihihi

Selamat Berpausa !

JOM JOIN segmen ! -->> Jom Join Segmen Puasa !
JOM terbang ke ENTRI TERBARU SAYE ! -->> Tinggi ke darjat kita?