Sunday, July 10, 2011

Cerita ku di Bulan Ramadhan ..


assalamualaikum dan alhamdulillah
sekarang dan bulan syaaban, lebih kurang 3 minggu je kita nak nyambut Ramadhan kan.oh ye, Nisfu Syaaban jangan dilupakan, itulah target aku cuti sem ni nak tunggu nisfu syaaban jugak! Ok, tuntunan segmen BA kali ni adalah untuk ceritakan pengalaman nakal kita masa bulan Ramadhan yang lepas. Orang kata, bulan ramadhan ni memang besar dugaannya, tapi, besar jugak ganjaran dia. Orang muslim kena sentiasa tabah dan sabar, sebab itu adalah kemenangan.

Aku ingat lagi, bila dah sampai half way bulan puasakan, family aku tanpa ayah aku akan balik kampung sebelah mak kat Muar, Johor. Transportation kitaorang masa tu adalah bas berganti-ganti (^^'). Serious sangat memenatkan (Taping-Muar) oleh sebab puase dan cuaca pun tak nak kalah panasnya, dahlah bawak adik sama. Adik tu dah konfem-konfemlah tak puase! Oleh sebab adik tak puasa, jadi bekalan untuk dia adalah gula-gula sugus (siapa tak tau?) . Bila dah tak tahan, tinggal nyawa-nyawa ikan, apalagi songlaplah sugus adik satu, dah kasi hidden sikit,, ngap!!!!  Binasanya sebab makan gula-gula sugus tu sebab manis, bila manis terasa nak minum air, tapi air tak de pulak! hadoi, apalah pandai sangat?? 

Bila dah half way sebelum nak raya dan balik kampung jugak, mak dan aku akan bersusah payah buat biskut raya. Biskut feveret, sudah tentu Sarang semut, mazola dan cornflakes!  bila dah tahan tengok biskut-biskut yang menjadi tu, apa lagi, ngap!!! jugak satu. Ahah, tapi, masalahnye bukan makan yang dah siap dibakar tu.. tapi ngapp! yang masih mentah tersusun dalam dulang tu, Sedap jugak. Tapi, mulalah dahaga ayaq! satu lagi langkah menipu kurang bijak. Bila fikir-fikir kan sekarang nikan, rasa macam mual makan telur mentah! haishhh

Bila pergi sembahyang tarawih dengan mak, lenguh gila sebab belasah sampai 20 rakaat! "Dalam hati kata, bilalah nak habis ni, nak berehat, rugi pulak datang,," Oleh sebab terlalu lenguh, bila dalam solat siap buat exercise tangan dalam telekung! haha, bukan orang nak nampak. budak-budak. haha. 

Notepad: itu saja cerita aku, anda? aku sedia mendengar cerita anda pula.



3 comments:

Cik Wani said...

hye,blogwlking here.

btw jom komen link kt entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Nadzirah K. said...

woot2..ske sangat dgn bskt cornflakes,kalau bg 1 balang pun boleh hbs..hehe

aimie amalina said...

exersice dlm telekong ye..aiyak..hahha..lawok2..=p

bru follow juge


http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/07/cerita-ku-di-bulan-ramadhan.html