Friday, July 22, 2011

cuti semester untuk mama

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua


Alhamdulillah, nilah masa terbaik untuk aku berehat sebentar bersama blog, FMF aku. Kurang 2 bulan kot, cuti semester dah nak habis. Tak percaya. Dalam masa 2 bulan ni, aku tak rasa yang aku membuang masa walaupun aku tak buat part time macam aku rancang pada awal cuti. Hampir 1 tahun bulan aku duk pikir, jadi tak nak kerja ni, KFC, Tesco semua dah apply, KFC dah tolak, Tesco pun dah tolak pastu apply balik, tengok-tengok dia dah amik hati dengan aku langsung tak panggil-panggil dah. =,=

Sekarang aku dah tahu kenapa berat sangat kerja nak melekat plus mak aku pun macam nak taknak je jawab 'boleh' bila aku tanya

 aku: "ok tak kalau kita kerja mak  ..?'
Mama: "hurm..."

Awal bulan ni, mama masuk hospital. Diagnosis doktor terhadap mama adalah, unstable angnia dan CCF (congestive cardiac failure).Mama kata yang dia tak ada pun makan heavy selalu atau ambil makanan berminyak/berlemak selalu. Makanan dia sihat, tapi kita tahu banyak lagi penyumbang ke arah penyakit ni macam life style, tekanan dalam diri, lack of exercise dan macam-macam lagi.

Selama 4 hari aku berkampung di hospital dengan mama. Tidur di atas lantai hospital, kejap-kejap kena bangun sebab malu dekat misi yang asyik-asyik datang periksa tekanan darah. (dah kerja dia kan). Aku tengok makanan mama masa duduk kat sepital sihat je, moi, sup ayam, tom yam ayam. Semua jenis makanan berebus je. MAma cakap:


Mama: "nanti kamu kena masakkan macam ni je kat mama...yang rebus-rebus saja.."
Aku   : "baik mama, senang je.."
Mama: "Mama ni agaknya kurang exercisekan, jalan-jalan pun kurang, jadi jantung pun tak    
            kuat.."


..hurm...(aku menyesal sebab setiap hari, pagi-pagi buta mak ajak pergi jalan keliling rumah tapi aku akan cakap , "ala jalan apenya mak, tidur lagi sedap lah, mai la join...."
huhu

Sekarang dekat rumah bila mama dapat MC seminggu,

8-8.30 pagi

Aku dengan mama akan jalan-jalan keliling rumah, jumpe mak cik Mon, mak cik Ton, lepas tu balik, kadang-kadang jalan sampai kedai. tapi aku rasa rutin ni sangat berat sebab awal pagi dah kena keluar, memang bertentangan dengan life style aku sebelum ni yang mana waktu macam ni masih sedap mengesat air liur jatuh dari bibir. (ini memang blogger life style, semua blogger pon mengaku tidur lewat malam dan bangun lambat lepas subuh). But, untuk mama, aku sanggup korbankan life style tu. Terpaksalah aku masuk tidur awal sikit.

9-10.00 pagi

Pegang kuali, sudip dan segala peralatan serta pekakas kat dapur untuk sediakan menu sarapan. Aku berangan nak siapkan mama aku sarapan macam dekat hospital ward first class tu (cet..) Oh ye, hari ni menu sarapan: spagheti goreng (minyak dikurangkan). Sebelum ni roti bakar dan mushroom soup. Bukan tu sahaja, menu sarapan untuk abah dan adik pula sebab sarapan diorang berbeza.

11-01.00 T/hari

Kembali ke dapur, memegang kuali, rice cooker, sudip dan segala bahan-bahan dalam peti sejuk. Kembali untuk menu makan tengah hari. Dua menu berbeza untuk mama dan abah serta wani. Aku berangan jugak sediakan makanan untuk mama seperti di hospital ward first class hari tu, semua rebus, ikan tenggiri masak senggang, ikan tenggiri masak asam, tom yam ayam dan sup ayam untuk hari-hari yang berbeza. Abah dan adik pulak makanan macam biasa, yang boleh tumis.

* kadang-kadang aku rasa mama dah boring makan makanna yang berebus sampai ada sekali sekala dia curi-curi cubit ayam kicap goreng, "haipppp..!"

2-2.30 Petang

Waktu istirehat mama bersama urutan manja aku, wah. Masa ni mesti mama mintak urut kaki dia dan yang paling penting, sekarang ni akulah tok bomoh dia sebab aku selalu berlagak sendawa sambil urut, ala-ala angin meresap dalam badan bila mengurut orang yang berangin.Hebat tak hebatlah, berlakon je! he. Sambil urut, sambil jampi !  haha, jangan salah sangka, aku jampi jampa pun atas nasihat ustaz dari Daru'syifa yang kita orang pergi berubat hari tu, senang, jampi jampa aku baca selawat syifa , al-fatihah & ayatul kursi saja.

5.30-6.30 petang

Waktu bersiar-siar round 2. Tempat wajib yang akan kitaorang terjah ala-ala blogwalking versi alam nyata punya adalah di padang untuk bermain jongkang jongket atau english name, see-saw. Aku percaya alat ini boleh membantu mama aku untuk melicinkan pernafasannya sebanyak 36% melebihi kandungan  18% sarang burung dalam satu minuman ubat yang dia beli.lol


Sampai situ je rutin aku untuk mama, tapi doa aku sampai bila-bila. Harap, mama sihat seperti biasa. Bukan aku taknak buat kerja rumah, tapi kalau ye, lega sikit hati aku ni.    ._.

26 comments:

LY @ Liena Yusop said...

i like ur stmt "ini memang blogger life style, semua blogger pon mengaku tidur lewat malam dan bangun lambat lepas subuh"....setuju sgt2...since I start blogging which is a month a ago,time tido adalah after solat subuh :)

fiq. said...

LY: haha, yekan, tak salah dah tu,,,,haha

Khairil said...

itulah hikmahnya bila awak tak bekerja..kalau awak bekerja siapa yang nak take care mama awak masa dia di hospital tu....

Ain Atika Zailani said...

mak tak sehat tengok anak rajin macam tu sejuk hati dia.

Noor H said...

bagusnya dia..anak solehah..:)

cik tikah said...

smoga mama fiq cpt sembuh :)

fiq. said...

khairil: ye lah, hikmah tu kan..

Ain atika Zailani: Harap-harap gitulah kan!

Noor H: biase2 aje..

Cik Tiqah:harap-harap sangat!amin..

Ardini Humaira said...

semoga ur mom cepat sembuh tau, amin...

Santri T.P.I.N.I said...

salam kunjungan...semoga tabah dan semoga jadi anak yg solehah... amin.

fiq. said...

Ardini & Santri: thanks, tolong doakan

a n a s t a s y e a said...

Saya doakan semoga mama fig cepat sembuh.

www.anastasyea.com

fiq. said...

a n a s t a s y e a:
thanks awak.... =D

Atiqah Wadiah said...

smoga mak awk cpt sembuh

GaRy™ said...

gary follow cne... cuba tengok sini...

http://www.benashaari.com/2011/07/blog-pilihan_23.html

Pn. Sheila said...

hope mama awk cpt sembuh... insyaAllah...

Kalamhati said...

semoga dia dikurniakan kesihatan baik berpanjangan..
anak solehah ni..kagum la!..=)

Acik said...

anak mithali nih! alhamdulillah! jagalah mak dgn baik sementara kita masih diberi peluang ...
semoga cepat sembuh!

Chempaka Sari said...

Hai blog purple.... datang sini dari blog Ben ashaari...

Semoga kita menjadi blogger yang support antara satu sama lain. DAn bersungguh sungguh...

trauma ketika blogwalking

lia AKA milo said...

wah,baiknya..
semoga mak fiq cepat sembuh ya..

miss dynda said...

hye, singgah sini jp. smoga mama cpt sembuh ea.. tringat lak kt arwah mak dynda yg kerap msok wad dlu. bab berkampung kt hosp bberapa mlm tu, dynda tau perasaan fiq cmane sbb dynda penah rasa dlu. be strong 4 yr mum dear :')

Goblogz said...

semoga mama anda cepat sembuh dan berada di bawah lindungan Allah swt

maszull said...

slm...so sweet nyer...semoga mama fiq cpt sembuh yer...syurga dibawah telapak kaki ibu tau...:)

maszull said...

wina sori la link yang mama wat tadi telah diblok la tu sbb fiq x leh bukak...ramai x suka kot...

IEQAH said...

wah..anak yg baek..yey yeyy :)

deejay an said...

calon pilihan mak mertuanih.. ekeke..anyway 1sttimedrop here..salam kenal

slumberdek said...

follow u back fiq.....nice blog awak