Friday, July 8, 2011

dua kali dah masuk TV! aucheh

Bismillahirahmanirahim


Hari ni terasa amat frust sebab tak kesampaian nak join segmen Ben Ashari, segmen yang mana? Alahai, yang kritik-kritik tu, malas lah nak tulieh nama full segmen tu, sebab pastinya kat dashboard korang semua pon penuh dengan segala update blogger tentang segmen tu, gua sedihlah ni, sebab nak join segmen tu untuk tahu apa kelemahan blog gua ni. Ok, dah, stop, jangan meratapi pemergiannya nanti berdosa (subjektifnya.)

Maka, saya gantikan entry ini untuk update malam ni, korang semua pernah termasuk dalam tv tak? tak kesahlah sebagai pelakon ke, penyanyi ke, extra ke, pembaca berita ke, pengulas bola sepak ke, tetamu rancangan "Manisnya Kurma" ke? Ada? ok, tak bangga ponkan, dah biaselah tu kan! 

Aku pernah masuk tv dua kali! dan yang menariknya, dua-dua kali tu aku termasuk tv oleh sebab JPA (kokurikulum aku kat UPSI). Jadi, nak cakaplah, aku seronok sangat join JPA sebagai unit beruniform aku kat u sebab dah bagi peluang kat aku masuk tv. Sebagai tandanya, dekat header aku tu pon ada muka aku dengan berpakaian oren. HA, tu baju JPA lah tu! Siapa nak letak gambar kat header kalau pakai baju mcm tu? Aku je yang letak... kalau orang lain, celah lain (even kat footer) kat blog dia pon takkan letak sebab terlalu formality dan kenegaraan atau keheroan. JPA-Sukarelawan dan penyelamat. Tak pernah lagi aku tengok blogger selit gambar diorang pakai baju pengakap ke, tunas bakti ke (eh2, tunas Puteri daaaa....), kadet bomba ke kecuali web rasmi unit tu. hehe.

Kali pertama aku masuk tv masa Perhimpunan Sispa kat UiTM Shah Alam, oleh sebab team kitaorang (UPSI) dapat naib johan untuk salah satu pertandingan, makanya kami kena buat  demo masa majlis penutupan! haha, bestlah sebab dapat peluang kat tempat orang dan aku tak tahu yang demo tu masuk dalam berita, sampailah kawan aku telefon dan cakap dia nampak aku dalam berita. :Blushing: sebab puas.

:My first time


Second time, korang akan selalu tengok rancangan ni buat masa sekarang, sebab ini musim dia, Jaguh Kampung. (sekarang dah nak final kot). Ini adalah masa selepas kitaorang turun feri dari Pulau Pangkor lepas tamat kem semester 4. Venue pengembaraan JK ni adalah di Jeti Marina. Semua tak dirancang, kitaorang jadi penonton jemputan pon tanpa sebarang kontrak perjanjian. :P



: 2nd time kat Jeti Marina (main tibai je nama jeti) janji betoilah tu... k. Ogy siap menyanyi lagi. Sapa ntah yang tuju lagu ... ^-^'

Tapi itu semuanya kenangan, semester hadapan, tak ada dah unit uniform bagai. Maknanya, dah habislah kot peluang masuk tv ni.agaknyalah kot.

notepad: nak kongsi ja, tak ada niat lain. hehe

19 comments:

Shahrul Izwan said...

hahaha best kan dpt masuk tv!
saya pernah masuk gak! masa DiGiCelebriteen(2007) & Spell-It-Right(2008)!
Hahaha! rasa glamor la kejap! :P

fiq. said...

heh? real, wow, lagi canggeh, contestant ke?

ayanuts said...

waahhhhh yg palg best jaguh kg sbb dpt jmpa dgn kak ogy..he..he..

fiq. said...

hehe, yup, kejutan tu.

mynameismy said...

nape akk rase mcm pernah jumpa kamu ek?
kita pernah kenal kat mane2 kat mane2 tak sblm ni ek??
dr td dok pikir tapi xboleh nk refresh... tp nmpk familiar..-.-'

pCL [p@kcikLie] said...

rasa cm ada satu kepuasan bila kita masuk tv...yg baik2 bagus la... jgn masuk tv sbb lain2 ..cthnya jd gadis litar ke [cth je]..something bad looking.

fiq. said...

mynameisamy: ye ke akak? biasalah, muka sy ramai kembar, familiar, aduh, haha

fiq. said...

pCL: yep, barulah boleh jadi anak contoh, anak contoh..haha

daunhijau said...

haha.. seronok ye masuk tv.. :D

fiq. said...

daun: haha, biase2 je, cume ada lah sedikit kenangan...

Harafawza said...

ceh . masuk tv . jaguh kampung ? wergh .

Adam Idris said...

huiyooo masuk TV
heh heh

fiq. said...

HArafawza: yesza, JK tu................

fiq. said...

Adam Idris : :P

cik kacak said...

wahhh , seronok nye ;)

http://celotehsikacak.blogspot.com/2011/07/ni-ke-rasa-student-hadap-exam.html

shafmechy said...

x pernah lagi kot..tak sure la sbb klu masuk pun kita x tau selagi org x bgtau..pnah la dirakam time lawan sukma tahun 2008, tp xtau la masuk ke x TV...teringin nk tgk diri sendiri dlm TV..haha

ezzaty harith said...

fuyooo..pemes r die..hee :)

wan9 said...

uiyo tgkap gambar dengan artis laa... mesti best gila...

fiq. said...

Cik Kaca:: seronok , ade la sikit sebab experience...

shafmechy: kene cek kat utube tu, kot2 ade record, haha, juin sukma?wah, atlet?

Ezzaty: kite plak yg pemes! haha

Wan9: best, tak gila.h\ahahaha