Bismillahirahmanirrahim
Masa dulu, belum cuti semester lagi, aku ada masuk kelas bola baling dan lecturer untuk kelas tu adalah Encik Ahmadi Ahmad. Dia cikgu biasa ja tapi diimport (gituw) untuk jadi lecturer bagi Bola baling ni kat u aku. Nak puji sikit, dia sangat cool dan boleh jadi pelawak,hahaha.
Oleh sebab kami ni semua bakal guru, dia ade kongsikan satu tips untuk masa hadapan. Nak tahu apa? Tips ni sangat berguna terutamanya kepada cikgu-cikgu baru yang masuk sekolah buat pertama kalinya.
Ada beberapa golongan yang kita perlu berbuat baik dan menjaga hatinya. Amaran, ini bukan tips membodek, tapi ini tips budi pekerti. Bukan golongan ini sahaja yang perlu kita hormati, tapi aku bercakap dari konteks masyarat pendidik atau dalam institusi pendidikan (Sekolah).
Golongan yang paling pertama yang perlu kita hormat adalah:
a) Pak Guard/ Mak guard -Jangan buat kuang ajar dengan golongan ni, kelak korang tak boleh masuk/ keluar sekolah oleh sebab diorang dengan sengaja mengunci pintu untuk kau. Ha, siapa yang susah?
b) Tukang kebun - Yang ini sangat penting terutamanya bagi guru Pend.Jasmani atau nak buat sukan tahunan. Diorang nilah yang akan tolong korang bina gelanggang (contohnye:gelanggang bola baling kene buat sendiri ouh), tuang minyak hitam dan sebagainya. Kalau tidak, korang kene buat semuanya sendiri!
c) Cleaner/tukang sapu - yang ini sangat penting bagi korang cikgu-cikgu sekolah rendah, mana tidaknya, buat memurid kamu "tercherry berry" dalam seluar sampai melempah-lempah? Siapakah yang bakal menolong anda?
d) Murid-murid - Yang ini pon sangat penting, kita kena buat murid-murid macam kawan, banyak faedahnya. Selain daripada menjadi guru kesukaan mereka (kereta tidak dicalarkan), senanglah korang nak mintak tolong kat diorang. Terutama sekali bila ada program macam sukan, siapa yang nak tolong korang angkat kerusi?meja?pentas? Jangan bila panggil diorang nak mintak tolong,,Surrrrppp, semua cabut lari. Ha, koranglah yang akan angkat semua tu seorang diri.
Murid-murid akan rasa ringan tulang dan senang hati je nak tolong kalau korang kamching dengan diorang. Betul?
e) Kerani - yang ni paling-paling penting, haha. Kenapa? Sebab, keranilah yang akan key-in gaji korang tau. Jangan buat hal dengan diorang, nanti habis mengelatlah diorang nak setelkan urusan gaji untuk korang.
f) Guru-guru lain - Yang ni pon superduper penting, Kalau tidak, bersiap sedialah korang akan jadi kera sumbang dan paling penting, suasana kerja korang akan menjadi tidak seronok . BTW, bukan suruh join deme mengumpat ke kan. Just be kind dan tak menyombong.
g) Pengetua/guru kanan HEM, ko dan sebagainya -Yup, yang ni golongan atasan yang tidak sepatutnya kita duk bodek, duk buat baik tapi tak ikhlas dan 12 jam asyik mengepit je. Pendapat orang yang berfikiran tipikal, golongan ini mempunyai kuasa yang besoo dalam buat apa-apa keputusan, tapi itu salah lah!
Sebenarnya, yang mengangkat kita untuk jadi insan yang berguna dan berjaya adalah golongan yang berada di bawah sekali , bukan yang paling atas sekali. JAdi, fikir-fikirkan, selamat berpuasa.