Showing posts with label to life. Show all posts
Showing posts with label to life. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Mengubah yang tidak releven.

Assalamualaikum &
Selamat pagi rakan-rakan

Yes ! cuti datang lagi. Walaupun tak selama 6 bulan yang lepas, tapi bolehlah daripada tak ada. Boleh la update blog dengan kekerapan 3.34 kali seminggu. haha. Roh blogging dalam diri aku ni dah tak bermaya, sakit tua agaknya, macam dah nak 'pergi' meninggalkan dunia ni. Tetapi itu bukanlah bermakna aku akan -close- blog ni, cuma akan update kalau ada berita yang menarik atau benda yang ingin disharekan. Tak adalah macam dulu, kalau tak ada idea pun, dok paksa-paksa otak sughuh update gop. 


ok-ok dah. aku belum nak pergi lagi, kut. friends! lepas habis exam ni, pekata kita buat checklist sikit nah. tak sesusah, setough mana pun, just nak asking, masa kita kecil dulu-dulu, pernah tak kita buat perkara-perkara pelik macam ni:

a) buka kipas meja, renjis-renjis air kat kipas yang sedang berputar tu, dengan harapan renjisan air tu akan kembali kepada kita dan kita akan berasa sejuk.nyaman.
b) Naik kereta, sambil tengok bulan dan bintang ikut kita. Masa tu rasa kagum gile sebab mesti fikir, bulan dan bintang tu ikut kita sorang je, dan tak ikut kawan-kawan kita yang lain.
c) Lukis matahari di penjuru kertas lukisan dan mesti di tengah-tengah antara dua bukit.
d) Permandangan yang wajib dilukis kalau tak ada idea lain ialah permandangan bukit bukau bersama matahari, pokok bunga, kereta dan rumah kecik. comel....
e) tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok lampu peti ais tu padam.

pernah? eh2, kita sama! haha (gimme5)

Mengubah yang tidak releven

Bila dah umur 22 tahun ni, tak semua benda yang kita buat berbeza dengan umur 5/6 tahun. kau nak bukti? jap! ok, Terutama benda yang remeh temah atau benda yang kita rasa tak penting atau takperlu fikirkan apa yang lebih baik atau lebih patut kita buat. Apatah lagi, nak memikirkan perbuatan itu di samping mengenalpasti kesilapan atau penambahbaikkan. 

Benda yang remeh temeh ni lah, kalau diubah, mesti kita ada sifat lebih berhati-hati dan teliti. believe me. (tak payah nak nilai-nilai murni sangat la, contoh dua ja)

Contoh dan boktinya, tidak syak lagi apabila baru-baru ni aku pergi kursus under KPM, pada slot terakhir kursus tu (slot motivasi), motivator KPM tu suh kitaorang lukiskan satu permandangan yang menarik dan mesti ada rumah. It`s so easy, yeah,benda tu jelapun kita lukis dan mungkin first and last drawing yang pernah kita produce dulu kan sebab tak kreative nak lukis angkasawan ke uncle kene sawan ke. Then, aku pun duk melukis sambil teringat kenangan lama. nak lukis juga sejibik macam dolu-dolukan. konon-kononnya unique la tu, ye. actually lukisan kanak-kanak memang unique tetapi.... tak unik dah bila dah tua bangka pun duk melukis 'salah' lagi. Bukan melukis dengan tak cantik itu 'salah', tapi konsep dan psikologinya yang salah serta songsang atau tidak mengikut syarat dan terma umur kita . cewah-cewah. ini ulasan sendiri ya. 

bagaimana ia 'salah'?

ok, cuba imagine, lukisan kanak-kanak seperti di bawah ini dilukis oleh saya (yang sudah berumur 21 tahun). Apakah kesalahannya?

contoh gambar kanak-kanak (rumah xde tingkat2 punya)

kesalahannya ialah,tingkap dilukis lebih tinggi daripada pintu.

tak logik , betul tak logik, kalau difikirkan semula. tyme kanak-kanak dulu boleh la lukis cenggini. Imaginasi mengatasi logikal. ye la, teori tak de, praktikal xde.
Tapi bila dah dewasa ni, kena la realiti sikit. nama pun dah tua bangka, tapi tak logik.
& aku setuju, takkan lah bende ni akan berlaku:

Ibu     :   Mamat, tolong ibu amikkan tangga kat luar nun, ibu nak tutup tingkap ni, nak maghrib dah.

Mamat : Baiklah ibu!
       
kahkahkah. kalau dalam realitinya betul-betul ade contraktor yang buat rumah macam tu, memang fail le. Boleh kira jual rumah tu dengan harga 99% off.ok, now, kita dah sedar kesilapan kita. Macam aku ketika slot tu, dah la lukisan aku tu dijadikan contoh pada umum, memang la menunjuk sangat lukisan yang fail tu. aku fikir dah habis kreatif dah. tapi, ok, aku dapat pengajaran. kenapa aku tak baiki kesilapan aku yang 7-10 tahun yang lepas? sampai terbawa-bawa sampai sekarang. ok, sekarang aku layak tak jadi engineer selain cikgu? kahkahkah. belum cukup belajar LK lagi la weh.!

In short, bila dah besar ni, jangan duk main lukis, duk buat ja macam kita selalu duk buat masa kecik-kecik dulu. Kene disertakan dengan akal yang matang. hehe



oh ye, boleh dikatakan majoriti di antara kita ni yang memang pernah buat semua perkara kat atas  time kecil. Banyak lagi kot. 

Tapi aku pelik, apsal perlakuan dan perangai kanak-kanak sama (macam pengalaman kita ni). kita dulu, semua main tora, tak ada yang main tenis ke. Kita dulu semua baca majalah anamusliha and majalah sains (yang beli , percuma Appeton tu), xada yang suka baca ReadersDigest ke, Mangga ke, media ke. In other hand, kanak-kanak mempunyai trend yang sehati, sejiwa, sejantung dan separu-paru . satu badan kira constant. 

Tapi, kenapa perangai dan perlakuan kita bila menjelang remaja pulak, lain-lain? Masing-masing ada cara yang tersendiri, ikut haluan masing-masing. Ada yang memilih jalan yang betul, dan ada juga yang tersasar jauh meninggalkan matlamat hidup. ringkas dan padat, aku rasa remaja berbeza kerana akal yang dah mula 'menunjukkan peranan', but perasaan dan  kata hatilah yang akan menentukan semuanya.

wasalam!

Thursday, December 29, 2011

The Forever Song

Salam blogger.

Masa kita kecil dahulu, tak ada benda yang berat-berat perlu difikirkan seperti mana orang dewasa. Kalau nak diikutkan, apa sangat perbezaan kehidupan kita masa kecil dengan masa sekarang (remaja). Cuma, kita sendiri yang rajin tambah masalah untuk difikirkan. Lebih baik fikirkan kebesaran Allah daripada memikirkan masalah yang remeh temeh atau tidak berfaedah.

Once upon a time, Hidup happy go lucky. Bila pergi ke sekolah, tak perlu kot nak ingat homework, exam, assessment atau formula yang aneh-aneh. Contoh macam aku, bila pergi sekolah, benda yang paling aku ingat dan ambil berat adalah lirik lagu kanak-kanak yang cikgu muzik aku ajar. Anak itik tok wi, ais kacang, Kereta merah , etc.

Aku selalu praktikkan kat rumah, kadang-kadang siap dengan instrumen muzik lagi..Pergh,, (rekoder je pun).. haha.. Tak logik la kalau main guitar kan.

Kalau nak ikutkan, memang tak ada orang lain yang nak dengar kecuali diri aku sendiri dan semestinya, abah. Ayah aku antara yang paling kerap dengar nyayian aku. Paling best bila menyanyi atas motor otw jemput mama dari tempat kerja. 
Kadang-kadang tak dengar pun suara kanak-kanak aku tu, sebab suara angin lebih kuat nak tunjuk lagak . (Personafikasi). And the feveret song yang selalu aku nyanyikan atas motor ialah lagu Anak Itik Tokwi. Walaupun tak berapa nak ingat lirik, tapi aku tetap gagah mereka-reka lirik, biar orang ingat kita tak lupa. So, jenuh la aku dok pi mai , pi mai tang tu jugak...



Anak itik Tok wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa tokwi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok wi? Ubat sengal tulang

Lagu ni duk ada 9-10 rangkap kot, tapi masa tu aku ingat hat tu ja (1 rangkap)
puaslah duk repeat lagu 1rangkap tu untuk habis sharp kat 5 kilometer jemput mak aku balik kerja. haha, pueh hati.



apa yang aku rasa waktu itu adalah kegembiraan, tetapi apa yang aku rasakan sekarang apabila memikirkan waktu itu adalah kesedihan.
notepad: Aku hampir lupa font dan saiz yang selalu aku guna untuk menaip entry. Ini semua kes dah terlampau lama tak update blog. Nahas. Kalau benda ni berturutan, kemungkinan besar aku lupa macam mana nak login blogger.com. haha

Tuesday, October 25, 2011

mana tahu, esok..

Astagfirullahhalazim.... bila kita telah melakukan dosa-dosa seperti di bawah pada masa yang lepas, ucap astagfirullahalazim, mohon maaf pada Allah oleh sebab perbuatan kita kerana jahil dahulu.

Friday, September 30, 2011

kecewa atau mengecewakan? Pilih la


*amaran, tak ada kene mengena dengan cinta antara pasangan kekasih ( nak lalu mak!) huhu


saya terjumpa baik-baik kata di sini. Sesuai sangat dengan apa yang sedang dihadapi. thanks Allah


Bersyukurlah pd org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bersyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bersyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bersyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,

Bsyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri, 
Bsyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2, 
Bsyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai, 
Bsyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti ♥

BERSYUKURLAH DGN APA YG ADA ;D



Bila kita mengecewakan orang lain, jangan lupa pulak, Allah tu ada, DIA pulak yang akan kecewakan kita suatu masa nanti. Sebab itu lah, bila aku terfikir, aku tak pernah buat salah dengan seseorang, tetapi kenapa dia yang buat masalah? Kalau kita yang buat masalah, mesti orang lain yang akan jadi baik dan sentiasa bagi perhatian kat kita... sebagai contoh anak dan parents, kalau kita anak yang jahat, sudah pasti parent dia seorang yang baik da begitu juga sebaliknya.

tapi ,salah tu, yang penting, bukan kita yang kecewakan orang. Ya,sebab hidup bukan sekali.
hurm, alhamdulillah. Harap-harap aku tak buat dosa dengan ibu bapa aku.



Friday, September 23, 2011

shizuka`ne

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum

Jumaat. Walaupun Jumaat, hari ni rasa tetap pack. ye, Walaupun Jumaat. Dengan kelas Nihongo, meeting Hari Pendaftaraan PJJ UPSI, jamuan kursus dan esoknya, Hari Pendaftaraan PJJ sebenar. Lepas tu..lepas tu...ops!. OK , kita berhenti kat tentatif tu, takut nanti jadi entry sampah plakk! haha

hari ni ada first kelas untuk Nihongo (Japannese Communication 1) baru satu beb! Untuk permulaan ni, ternyata, Sangat menyeronokkan dan enjoy plus-plus! Banyak gile vocab baru yang aku belajar. Sangat asing. 


Bahasa Jepun sangat mementingkan martabat. Aku ada terfikir, mesti bahasa Jepun ni langsung tak tercemar dan ter'rojak' macam bahasa melayu kita ni. 


Oh ye, satu lagi info aku dapat, kalau kita p negara Jepun dan terkenal dengan orang sana, kita mesti kena panggil nama keluarganya dulu sebelum benar-benar rapat dengan orang tersebut. Contoh, kalau nama dia Yamada Shiho. Kena panggil Yamada Sang, jangan panggil Shiho sang kalau tak rapat dan tak dapat permission dari dia. Sebab bagi mereka, nama keluarga adalah sangat penting dan bermakna dulu.


Nihongo Sensei aku kata, bila usia dah meningkat ni, maknanya bukan lagi akacang (baby), otak kita akan bergaduh bila kita belajar bahasa baru. Jadi, jangan block otak tu, tapi cuba related kan bahasa baru dengan bahasa yang lama. Contohnya:


Sumi Masen dalam bahasa Jepun yang bermaksud: mintak maaf/excuses
     -Just ingat Sumi (jelly tu) + masin! hahahah

Wa kari Masen dalam bahasa Jepun yang bermaksud : Saya tidak faham.
     -Just ingat kari aku masin! hahaha


*mungkin banyak lagi perkataan yang bunyi dekat sama (lain maksud) dengan Merego (BM), tapi aku tak belajar lagi. 

*masuk kelas tadi, benda yang dah buat ialah Jikoshoukai (perkenalkan diri). Senang jugak, cuma pertama kali tu macam tertwist plak lidah ni. Lidah makan sambal tumis kan!

Hajimmemashite!
Watashi wa Nuru Shafikah desu...
Watashi wa Peraku No Taiping kara kimashita...
Doo zo yoroshiku onegaishimasu...

*yang last tu punya lah panjang, tapi bila lama2 asyik sebut, boleh je ingat. biasalah, psikologi.

Tuesday, September 20, 2011

Arghh! Sedu masa tengah Puasa

Bismilahirohmanirohim
Assalamualaikum!




Alhamdulillah , hari ni dah puase untuk hari ke-4 (hampir 4). hehe, korang-korang semua mesti dah habis puase 6 kan? kalau dah, bagusnya! alhamdulillah!... 

Hari ni rase sebal je, sahur tidak.Mana tidaknya, bangun pul kul 6.15 pagi kot! kalau semalam sempat le sahur roti+sambal bilis+fresh orange+ air masak. 

Tapi hari ni , kosong. Sampai aku tersedu-sedu tadi. Baru je! Pergh, rasa macam menyusahkan je bila dah sedu ni! Dah la nak p kelas dah,kalau aku nganga mulut masa nak sedu tu, mau senyap satu kelas. haha. Kalau sedu time tak puasa, senang je, minum air suam kan! Tapi kalau dah berpuasa?

So, aku ada search kat tenet - "cara hilangkan sedu bila berpuasa" dan aku jumpa PETUA NI. Memang terbaik! walaupun org kata, idea tak masuk akal, tapi inilah yang menyebabkan sedu aku hilang. caranya?

amik secebis kertas (beso ibu jari), basahkan sikit dengan air dan tepek kat dahi. Sebelum tepek terus kat dahi tu. Baca surah al-fatihah dan selawat 3 kali! insyaAllah, jadi! Macam aku sekarang! dah lega. Dalam masa 5-10 minit lepas korang tepek tu, insyaAllah, hilang sedu.

*credit2.

Tak tahulah apa rasionalnya, tapi mungkin ada kaitan dengan carbon dioxide dan diafragma.

Oraite then,Selamat mencuba ye!

Saturday, September 17, 2011

Master Chef Bujang

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan selamat malam bloggers!


sudahkan anda makan? buntu tak tau nak makan apa? Pening memikirkan harga makanan dan minuman naik mendadak di samping cukai yang dikenakan? Yang baru dapat duit ptptn tu, tahulah, makan beso, confirm sekarang lepak chill lex je kat Pizza Hut kan! ha! tau da, tau da...nak pesan meetball baked muleh x? lapar doe...

haha Sebenarnya, dah makan, beli nasi tomato (kot) kat pasar sabtu Tg.Malim. Tapi, perut ni rasa macam bertambah lapar bila tak pekena masakan sendiri. (euww..euww, ayat feeling2 macam mak mentua yang cakap camtu kat aku)..

Blurrppp..alhamdulillah! ha! itu lah hasil bila tadi aku berhempas pulas masak untuk diri sendiri. Hurm, petang tadi dah makan, la ni pon baru je habis makan 2nd time. menu? secret menu..lalalalal..

Tak de nak secret sangat dah, makanan pun setakat yang ada je. Bahan-bahan pun, apa yang ada je.  Nak tau tak aku selalu masak ape kat asrama ni? Lol, menu bujang je. ni ha! 

1. Bihun Goreng Singapore. 
Modus Operandi dia mudah je....
cuma perlu bihung, bawang putih, carrot, sayur hijau, lada hitam & daging kisar/sosej! -SHIAPP!



Ni bihun singapore yang digoreng oleh Akak Senah Vogue, bekas jiran aku.Bihun Goreng Master Chef sila tunggu episod MC yang berkenaan (tu pon kalau ada dia masak)Bihun Goreng Singapore yang aku masak, dah selamat dalam perut

*tambahan, bihun singapore ni kalau makan dengan sambal cili burung kicap!!! perghhh! Nescaya, berpeluh-peluh korang makan! hahahah. Itulah secreto de amornye


* taruk kicap sikit! mak ayah mertua lalu lalang kat depan mata pon sure boleh tak perasan!



2. Spagheti Tomato 
Modus Operandi dia pon agak mudah! 
Hanya memerlukan spagheti atau macaroni, bawang putih, bawang merah, sos tomato Kimball atau lain-lain, sosej/daging kisar & garam sahaja.


Ini pula , Spaghetti Tomato yang dimasak oleh Master Chef ( sebab ada hiasan)
Spaghetti Uncle John pulak boleh tengok kat sebelah gerai Roti John, juga kepunyaan beliau.
Dan spaghetti aku,,,,, tak sempat tangkap gambar, dah kene sedut!Keh3...

see, simple kan? aku tak suke masakan Master Chef, sebab diorang masak ciput je!haha

Kadang-kadang masak kat kolej ni boleh  mengurangkan stress, ye lah! Senang hati je sebab tak payah nak fikir duit belanja kene keluar bila order makanan kat kedai. Alah, bape sangat lah bajet makanan basah ni. Kalau bihun dan spaghetti tu, boleh makan 5 kali 1 paket. heh! save tu, sebab tu tak stress.

Thanks tu mama aku yang bekalkan periuk nasi ajaib! Apa yang aku masak, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan! kehkeh3...

notepad: nak cakap seimbang tu, korang sendiri boleh nilaikan. Aku yang duduk serama (asrama actually) ni pon boleh taruk menu sihat dalam makanan harian. ekeke. buktinya, ade carrot dan...dan..ha, cili burung!

wasallam!!

Thursday, September 15, 2011

Aku tak bertuah pun tak apa

Bismillahirahmanirrohim
Assalamualaikum

Menyingkap pengalaman sebelum raya hari tu, aku berbaris di ATM Maybank, dah dua kali berbaris kat mesin deposit. Mula-mula salah info, terpaksa tinggalkan atm tanpa berbuat apa-apa dan kemudiaanya berbaris semula. Kali kedua berbaris, ada seseorang di hadapan aku. Seorang pakcik, usia dalam lingkungan 50-an. Dia macam nak bercakap ( berborak) dengan aku, tapi aku buat bodoh je. Dalam 10 minit (biaselah, berbaris panjang, nak raya) , dia bukak mulut nak mula berborak dengan aku, dia cakap:


pakcik  : hurm, pakcik ni nak bayarkan duit pendahuluan untuk kereta anak pakcik. 
Aku      : oh, yeke...
pakcik  : ha`ah, belikan anak pakcik kereta. anak belajar kat UITM
Aku      : ha, mesti uitm Shah Alam ni....
pakcik  : eh, tak la, uitm Sri Iskandar ni.
Aku      : oh yeke,.
pakcik  : ha`ah, dia kata dia dah duduk rumah sewa kan, kadang-kadang bas terlepas. hurm
              ni, senang lah dah ada kereta.


...sampai situ je kita orang bersembang, sebab turn pakcik tu untuk buat cash deposit dah sampai.

Dalam hati aku , " bertuahnya anak dia, dan baiknya ayah dia.." ish2, agak-agaknya, apa ujian untuk dia? 

Dan, aku selalu je dengar budak-budak baru umur 15 , 17, 18 tahun, belum habis sekolah, dah mak ayah sponsor kereta (bukan calang-calang) pulak tu. Tapi, aku sikit pun tak rasa bersalah/nak menyalahkan parents aku sebab aku tak ada semua tu. Tak ada rasa malang, tak ada rasa terkilan. Malah, aku rasa macam, " ceh, ape barang ada harta , 'mak bapak' punya kan? Tak cool, tak hebatlah kan. Hakikatnyalah! 

Aku tak kesah aku tak bertuah! Betul-betul aku tak kesah, aku kesiankan diorang.


Aku dapatkan nombor 1 atau cemerlang masa sekolah adalah untuk mereka.  
Aku selalu nak dapatkan markah tertinggi yang classmate aku tak dapat buat, untuk buat-buat seronok bila tunjukkan parents nanti. 


Punyalah study rajin2 tyme matrik, hari pertama dah pergi library, sebab bila dapat result UPS1 nanti seronok, bagi tau parents, dapat pointer 3 and above dan tak kena kick out dari matrik, hehe.

Then, tiap-tiap sem kat u, dapatkan Dekan, supaya bagi parents lega hati, keluar u senang dapat kerja dan 


pergi interview untuk dapatkan biasiswa, supaya tak payah susahkan diorang. Walaupun diorang tak payah nak kirim duit sebelum ni, at least diorang tak payah tanggung perasaan risau and was-was, kalau-kalau aku ni menipu kata ada duit, tapi sebenarnya tak ada.


Tapi, apa yang aku nak , parents aku baik dan beriman, untuk kehidupan mereka jugak. Supaya Allah berikan mereka hidayah dan kekalkan hidayah itu.


:lagu dah lama, tapi yang ni paling match ngan tema entry

notepad: dah dua hari, mimpi buruk

Sunday, September 11, 2011

Isnin ni, pertama kali jadi budak sem 5

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

yeay! ini adalah entry wajib sebab nak tunjuk keghairahan cuti habis , yes3! *hurmmm*, alhamdulillah, dah nak naik sem 5. Teringat dulu-dulu, ada ..

stardard 5

lepas tu, tingkatan 5

sekarang semester 5 ....

hehe, tapi kehidupan sekarang ni lebih panjang kut, sebab ada sampai semester 8! Dulu tak ada tahun 8 atau tingkatan 8 kan. Ok2,dah2,haha, kepada sesiapa juga yang se'geng' dengan aku yang nak masuk semester baru, diucapkan semoga korang berjaya menempuh apa jugak masalah atau cabaran yang terpaksa kita lalui. 

Aku ingat satu je, sesetengah assignment tu, memang susah, tapi, ia akan selesai jugak bila dah nak sampai final tu , tak kiralah apa cara korang sekalipun... Kalau malas gila nak setelkan assignment tu, tunggulah lecturer panggil masuk bilik atau kawan group piat-piat telingge tu, maka, itulah pemangkin atau catalyst kepada penyelesaian assignment korang. =]
Selain tuu... jangan harap magik la, kalau ade magik pon, magik dari diri sendiri juga. Kene prihatin. Kadang-kadang aku rasa apa yang aku belajar kat u ni tak sesusah mana kalau nak dibandingkan masa kat sekolah dan matrik dulu, tapi cabaran untuk menyetelkan assignment tu! fuh, kene bersabar jugak...semangat dan nyawa kene lebih daripada 1. Kalau tidak, innalillah. Lastly, jangan sesekali susahkan member group korang dengan perangai malas korang ok. (anti sangat aku!)

sekian, gud luck 20x! 

Thursday, September 8, 2011

penyuluh pada kegelapan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


sebenarnya jalan cerita:

Dalam kehidupan ni, aku rasa akulah orang yang paling banyak ditimpa kegagalan dan musibah. Kenapalah hidup ni susah sangat, kalau tengah cuti-cuti sem ni pun,aku masih tak terlepas daripada berfikiran macam tu. Expecially semua tu berpunca dari sikap careless aku, dari dulu lagi, asyik-asyik hilang kad matrix, hilang duit, hilangkan buku library yang harganya RM180++, hilangkan mp3, hilangkan hanset, hilangkan purse. 

buat pertama kali bila kita menghadapi masalah tu, pasti ada rungutan.iya, mengambil masa jugak walaupun 5 minit. Cuba bagi tahu aku, manusia mana yang terus redha dan tersenyum bila terima musibah tu. Kalau ada, hebat sungguh ! Subhanallah.



T.T
Antara zaman kegelapan aku adalah ketika aku form 4 , final year. Ketika mana aku dapat tahu yang aku dapat number last dalam kelas. mungkin 25 sumething kot, yang penting nombor terakhir dan selepas tu tiada lagi nombor. Siap kene tendang kelas bila naik form 5. Dah la next year, form 5 SPM! Down gila. Apa yang aku tahu, aku tak kalah , masa tu aku dilanda kemelut.* bukan alasan, tapi betul-betul.  menangis-menangis je kerja aku masa tu. Tapi nak tahu tak, aku menangis kat library, Alhamdulillah, mungkin kat situ ada hidayah, atleast aku boleh nampak buku kan. Cuba bayangkan kalau aku menangis kat tandas?  

Hidayah itu menunjukkan yang aku kekeringan motivasi, jadi,aku pinjam buku yang bertajuk " Dare to Fail" . Biarlah abang librarian tu tahu apa yang dah jadi dengan aku sebab dia kata 

" hai dek, ni mesti baru fail exam ni kan2...hehe"  siap gelak jahat, tunggu kau kalau aku jumpe ko sekarang!huhu



masa aku sakit ni pun*alah, demam je pon.buku yang aku rasa paling best dan berhikmah adalah:

in short, kalau ada apa-apa masalah, memang aku akan baca buku sebagai penambah motivasi, bila difikir-fikirkan, kalau ada masalahlah baru nak rajin sikit kan. Astagfirullahhalazim....



Tapi, alhamdulillah, masa tu, aku dapat fikir yang Allah itu kadang kala tidak memberi apa yang kita mahukan, tapi DIA beri apa yang kita perlukan, sebab kita tak boleh tengok masa depan. Mungkin kalau aku terus dengan orang-orang yang pandai tu, hidup aku lebih teruk sekarang. la haula wala quata illa billah. =]