Thursday, September 8, 2011

penyuluh pada kegelapan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


sebenarnya jalan cerita:

Dalam kehidupan ni, aku rasa akulah orang yang paling banyak ditimpa kegagalan dan musibah. Kenapalah hidup ni susah sangat, kalau tengah cuti-cuti sem ni pun,aku masih tak terlepas daripada berfikiran macam tu. Expecially semua tu berpunca dari sikap careless aku, dari dulu lagi, asyik-asyik hilang kad matrix, hilang duit, hilangkan buku library yang harganya RM180++, hilangkan mp3, hilangkan hanset, hilangkan purse. 

buat pertama kali bila kita menghadapi masalah tu, pasti ada rungutan.iya, mengambil masa jugak walaupun 5 minit. Cuba bagi tahu aku, manusia mana yang terus redha dan tersenyum bila terima musibah tu. Kalau ada, hebat sungguh ! Subhanallah.



T.T
Antara zaman kegelapan aku adalah ketika aku form 4 , final year. Ketika mana aku dapat tahu yang aku dapat number last dalam kelas. mungkin 25 sumething kot, yang penting nombor terakhir dan selepas tu tiada lagi nombor. Siap kene tendang kelas bila naik form 5. Dah la next year, form 5 SPM! Down gila. Apa yang aku tahu, aku tak kalah , masa tu aku dilanda kemelut.* bukan alasan, tapi betul-betul.  menangis-menangis je kerja aku masa tu. Tapi nak tahu tak, aku menangis kat library, Alhamdulillah, mungkin kat situ ada hidayah, atleast aku boleh nampak buku kan. Cuba bayangkan kalau aku menangis kat tandas?  

Hidayah itu menunjukkan yang aku kekeringan motivasi, jadi,aku pinjam buku yang bertajuk " Dare to Fail" . Biarlah abang librarian tu tahu apa yang dah jadi dengan aku sebab dia kata 

" hai dek, ni mesti baru fail exam ni kan2...hehe"  siap gelak jahat, tunggu kau kalau aku jumpe ko sekarang!huhu



masa aku sakit ni pun*alah, demam je pon.buku yang aku rasa paling best dan berhikmah adalah:

in short, kalau ada apa-apa masalah, memang aku akan baca buku sebagai penambah motivasi, bila difikir-fikirkan, kalau ada masalahlah baru nak rajin sikit kan. Astagfirullahhalazim....



Tapi, alhamdulillah, masa tu, aku dapat fikir yang Allah itu kadang kala tidak memberi apa yang kita mahukan, tapi DIA beri apa yang kita perlukan, sebab kita tak boleh tengok masa depan. Mungkin kalau aku terus dengan orang-orang yang pandai tu, hidup aku lebih teruk sekarang. la haula wala quata illa billah. =]

14 comments:

Ezad Skytech said...

belajar dari pengalaman...sekali gagal tak mungkin akan selamanya kan..

ada hikmahnya setiap apa yang kita lalui tu...(^^,)

aamalinaazman said...

kesalahan
kelemahan
kekurangan
menjadikan kita seorang yg bertambh matang dan berjaya dri sehari ke sehari =]

budakijaupendek said...

huhu.
tabah lg bgus dri mengalah :)

Luqeem™ said...

stiap keggalan bukan bermakan kta trus gagal..Dia nak kita trus brusaha

Lea Isnawi said...

lepas neh jgn sedih2 ok
anggaplah setiap yg berlaku ade hikmahnya
sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik utk kita :)

H A N said...

kagum dgn awak...bkn apa. x banyak org yg reti cara nak tenangkan diri bila dilanda musibah kan...tawnya merungut sana sini...hu3...

semoga kita semua diberi ketenangan dlm m'hadapi dugaan...ujian tu dtg drpdNya...ketenangan pun dtg drpdNya...hu3

wallahualam...

Rean said...

fiq, kegagalan, kekecewaan dan kesusahan sebenarnya jadikan kita lebih matang dan kuat utk tempuh hari2 akan dtg.. bukan semua org ada pengalaman hilangkan buku library hehe..

kemey said...

selepas mlm ade siang nye..itulah kehidupan..

caliph shuriken said...

klau suka sgt buku motivasi singgah jaa e-store sy.. bole jgak view buku2, wlaupun buku tu x milik sy secara realiti *apa ni bahasa pusing2, hukk...

arituarini said...

"Kegagalan bukan sesuatu yang harus kita takuti, kerana ia hanya sebuah kesempatan untuk memulakan lagi dengan lebih baik."

Unknown said...

Pengalaman yang menarik berada di belakang. Kita boleh nampak semua di hadapan. Orang kat depan tak nampak orang kat belakang. Jadi gunalah pengalaman tu untuk maju dan lebih maju ke hadapan. Cewah, macam pakar motivasi la pulak.

Harga prepaid naik 6 peratus

nazirah said...

suka baca entry ni..
tp mcm nak baca lagi .. ape
smbgn ksh hdp awk..
lps baca buku tu awk jdi lebey brsmgt ke? neway.. gagal sekali bkn gagal selamanye kan.. takecare ;)

Anonymous said...

penah bace gempak tak?? amik contoh sebagai si kosong(watak lam gempak).. si kosong x penah berputus asa tau..haha

Ary ariasputera said...

ary suka juga dgn entry ni,... makna mendalam... terima kaseh ye sudi dgr lagu ary... ary polo ni...