Sunday, May 22, 2011

tahniah untuk aku .. wink2

Seriously, sangat rasa bersyukur sebab dapat score untuk sem ni walaupon target (4.0flat) ada tersasar sikit la, buat penat je kemain tampal notis-notis mengancam dekat meja studyku:

"Anda kena dapat 4.0flat kalau nak lama hidup" muehehehe
"4.0flat, for your sake.."
" grab 4.0flat for your family..." umpan...

Tapi 3.*5 (pngs) dan 3.*5 (pngk) adalah selayak untuk aku, dengan usaha aku. Biarlah aku je yang tahu mcm mana sengsara+penat+merana+deritanya sepanjang semester ke-4 ni, tapi sikit-sikit terubat juga dengan result ni. Alhamdulillah**rasa macam nak sujud syukur. 


Review untuk semester ini:

kalau tengok2 balik entry aku yang dah lepas, memang banyak sekali cerita pasal semester ni,


- terutamanya subjek enjin...
kalau aku kira-kira balik adalah sampai 8 projek+ 1 projek besau + 1 draf projek yang mebi kene reject. Minggu pertama dah rasa bebanan sebab buat dua projek dalam kurang 24jam. First time jugak aku berkampung kat lab enjin dari 8am-8.30pm. Sadiskan, saat tu bila aku balik kolej, kaki ni rasa macam lenguh gila, badan letih sangat-sangat dan perasaan macam cuti sebulan sebab rasa mcm dah lama tak balik ke rumah.saat tu jugak aku fikirkan, kalau tak tabah memang boleh putus asa-beb , baru week 1 kot... 


-Kemudiannya diteruskan dengan projek-projek mingguan yang lain macam cam, linkage, puller, gear, pneumatic system dan 1 projek draf yang mungkin kene reject dan 1 lagi projek sebenor-benornya. Klau ada projek yang tak boleh nak buat kat kolej (sebab ade adegan-adengan membako, aku kena balik rumah-taiping), tapi itulah yang membuatkan aku rasa lebih freedom dan tenang nak buat kerja...


-Satu je aku rasa macam puas hati sebab semua projek ini adalah individu, kalau grouping-sumpah aku lagi terseksa batin .


-Waktu tu semua orang sumpah-sumpah lecturer enjin aku tu, sebab tak puas hati dengan kerja-kerja yang dia bagi, kata mereka (kata aku jugak), kerja-kerja yang dia bagi semua outstanding dan tak sesuai dengan pelajar-pelajar U yang manja-manja ni. Tapi , ada dia kesah, biorlah dekan ke, NC ke yang sound, dia tetap on dengan assignment + projek yang menggila dan suddenly, ada satu minggu tu, dia gagahkan kitaorang untuk buat kuiz, hurm, nate apo nak jawab ni, nota pon tak sempat nak baca, tak sempat nak carik kat internet (sebab dia tak bagi!!) , aku pon ikot logik dan eksperimen aku & rasa suprise sikit lah sebab at last markah aku sama dengan orang yang duk meniru dengan orang yang refer to notes. Aku just refer to the eksperiment dan projek yang dia dok kerah tu, ok, kat situ aku sedar the power of project yang dia bagi. 


-soalan masa exam subjek ni pulak, dah macam tahap bebudak engineering dan satu je yang aku suke sebab exam dia banyak melukis, aku suka jawab soalan yang kene melukis. Cantik. he.banyak lagi perkara yang aku rasa macam sangat susah dan orang lain yang tak ambil KH sebabgai minor adalah orang-orang yang bertuah (tapi mesti korang pon ada cabaran jugak kan...)


-hari ni aku sedar jugak, semester yang telah mengorbankan banyak titik-titik peluh dan ayaq mata itu yang memberikan aku semangat dan kenangan (cewaah...) bahagia selepas berduka lara.Hehe, niat entry ni bukanlah sebab apa-apa ek, cuma nak lahirkan penghargaan kat diri aku sendiri , at least bila dah tua nanti aku boleh kenang-kenang balik apa yang dah jadik pada aku masa student life dulu. :) Tapi, untuk kawan-kawan aku yang lain tu (mereka tahu siapa mereka) jangan berputus asa, kaubolehbahkalaukau. hehe, wasalam.


Notepad:  INGAT....orang yang bersyukur akan gembira bila diberi kenikmatan dalam hidupnya kerana dia tahu Allah sayang  akannya DAN orang yang besyukur akan tetap gembira bila diberi dugaan kerana dia tahu Allah menguji kasihnya kepada Allah....Tahniah juga untuk semua yang telah berjaya dengan peperiksaan anda, chaiyok2 untuk peperiksaan JPJ plak, oke. .ekekeke

10 comments:

Loyar Lawa said...

heheheheh thaniahhhhhh hebak3.... harap kami pon dpt result cam ang... hehehe

missdora said...

tahniah..

nik rosmawati said...

wah..congrat dear :)

fierapirot said...

tahniah dear..=)

atieserina said...

congrats! ^_^

ADT Security

miss lyzeer said...

tahniah dari miss..

shigellazoster said...

salam hai uolss... mintak vote untuk sue bole?? SHIGELLAZOSTER
1. like kan kat link ni

https://www.facebook.com/pages/Sweetpink-Lens-Shoppe/204372419586222

2. like kan link ni selepas link 1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=212336748789789&set=a.212336662123131.52728.204372419586222&type=1&theater&pid=697645&id=204372419586222

peserta no 2

adib syazwan said...

jeng3!dtg dr blog cikgu zubir yang memeromot blog anda..=)

combi said...

congratz!

masshie mastura said...

3 pointer okla tu. congrats :)