Showing posts with label Offline. Show all posts
Showing posts with label Offline. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

update pertama selepas honeymoon

Masa nak tulis entry ni, dah seminggu dua aku pikirkan, menatang apa nak aku ceritakan. Rasa serba salah juga sebab dah biarkan blog aku ni bersawang tebal. Bila kat FB tu, macam meriahlah blogger-blogger postkan update terbaru mereka kat group...Bagusnye mereka ni, tak macam aku, dah berkarat dah kotak minda nak memikiorkan idea dan isu yang boleh aku tulis. Macam dah lame no berblogging..miahahaha...


Actually, aku baru habis honeymoon daripada bercuti daripada berblogging okay, sila jangan salah sangka. Bukan baru lepas kahwin. [hikhik...gelak sopan]. And now, masih lagi honeymoon dek kerana cuti masih panjang. Mungkin sebab aku terperuk dalam rumah, jadinya idea pon talak mali-mali. Biarlah, daripada 2 minggu yang lepas, 22 jam aku mengadap blog, daripada mengedit, sampailah ke aktiviti-aktiviti blogwalking, stalking dan dah boring pon. Eh, mukan boring, fenat je. 

Eh, sekarang dah pon bulan Jun, dan aku teringat pulak al-kisah tentang ribut taufan mengenai google akan delete akaun blogspot. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca saja entry pada link tu, wa malas nak flashback. Keutuhan cerita tidaklah dapat diestimatekan, cuma persediaan atau mengambil langkah berjaga-jaga. plus, boleh belaja sekali.

Nora Elena, ni pon antara benda yang mengisi kekosongan cuti aku. Walaupon terlewat sangat-sangat. (orang lain episod 21, aku episod 1). Aku just tengok kat TonTon je. Dalam sehari, boleh jangkau sampai 15 episod. Bape minggu dah aku cover ni? Tapi macam tengok movie yang panjang. 24 hour movie.Mungkin boleh jadi movie 3 hari 2 malam. Macam drama Adamaya. 


Drama ni adalah drama adaptasi longgar dari nover, Kasih yang Suci (If i not wrong). jalan ceritanya memang antara yanag selalu aku suka dan prefer. Contoh lain yang jalan cerita macam ni adalah seperti Sepi Tanpa cinta. Tapi bila dah berpengalaman tengok drama ni (dah 14 episod) aku boleh cakap yang cerita ni penuh dengan misunderstanding. Asyik2 salah faham. Ke, ala, yang dulu tu miscommunication..huahua...But, enjoy watching! (boley la...)

notepad: aku sekarang memang kurang update blog, sebab aku lebih teruja update level cityville. Aja! Aja ! Fighting!

Friday, June 3, 2011

sebab kering


 
Rasenya dah lama jugak tak hupdate blog ni, bukan setakat tak update, nak sign in pon tak ada masa... Oh, maklumlah sekarang tengah busy dan terlibat dengan kenduri kahwin abang. Semalam kenduri doa selamat, ahad ni kenduri kahwinnye. Mintak maaflah kepada sesiapa yang follow saya, tapi saya tak follow balik, kita hang dulu ok.




Tuesday, May 10, 2011

short update

mcm biasa, kalau kampus dok cuti, aku and classmate mesti ada je benda yang nak kene buat termasuklah cuti untuk 4 bulan ni.. Esok, insyaAllah kitaorang akan ke dungun dan yang lain tu ke destinasi-destinasi masing-masing untuk buat kerja lapangan. Harap sangat kerja-kerja ni semua dapat disetelkan dalam masa sekelip mata je, kuikui...Bukan apa, nak balik awai-awai weh, nak kerja plak, biaq masyuk sikit , seronok aku nak shuping2 gajet nanti.... 


Okay, tujuan entry ni adalah nak update apa yang aku buat untuk awal cuti 4 bulan ni and nak bagi taw sikit kepada yang berkenaan tu janganlah risau ngat kat cheq ni terutamanya family aku... Aku yang tabah dan berani ni pulak yang rasa macam cuak...cuak?? Terutamanya bila semalam (hari sebelum aku balik kampus) bila mak aku nak keluar bilik lepas tu dia tiba-tiba toleh kata:


"Kamu hati-hati, orang yang tak kenai tu, jangan ikot2 tahu?
"duit tu jaga2 jangan sampai hilang, barang-barang kamu...bla..bla..bla" (tersentak kerana tolehan itu)

Awatlah hampa risau ngat aih, aku nak p bercuti jap na, t bawak la kepok lekoq, satar aku makan kat sana awai-awai, hahahahahahahahahaha....So, my last word: Jangan risau ok setiap perbuatan yang dimulakan dengan bismillah dan doa pasti akan selamat ... InsyaAllah...hehehehe


Friday, March 4, 2011

off to pulau pangkor for three days

assalamualakum


hari ni JPA  akan ke pulau pangkor untuk kem medan kedua. whu....
sangat best meningglakan bumi tg malim yang dipenuhi dengan assignment2 yang sungguh menggila! rasa indie gila bila dapat blah bercuti. bercuti ke? ok, kem n sampai Ahad (normal). harap2 ia menyeronokkan tetapi tak menyiksakan. tak mau dah aku jadik orang gila macam kem pertama hari tu. nonsense. buat malu + gementar jer seyh!