Wednesday, February 9, 2011

God Hand Teru - Betapa Manusia hidup dalam Kenangan

Assalamualaikum & hai2 ols

cuba angkat tangan semua bape orang yang dah penah tgk cerita jepung, God Hand Teru?cet, ramai tu, cuba angkat tangan pulak sape yang dah siap buat kerja rumah.. Teeheee.. Tudia! ada 3 cebis orang ja yang dah siap! Begratlah demo ni... 

Rasa2 sengal tulang pelikat ni, belum hilang lagi akibat tido banyak. Sejuklah bilik ni, kalau tido tu memang betol2 membelailah! Confom ko takkan ada insomnia duduk sini. KHAR ja bha! oke, aku sajalah nak cerita pasal satu cerita ni , God Hand Teru, Movie Jepong yang berkisarkan tentang sesiapa yang berkerjaya Doktor. Tapi bukan tu je aku nak bagi taw. Aku nak cerita tentang sesuatu yang lebih abstrak. Mahighashi Teru ialah anak kepada seorang doktor pakar yang begitu terkenal pada suatu masa dahulu iaitu Mahighashi Kosuke. Bapak ada aura , tak semestinya anak pon ada aura. Tapi kenanganlah yang telah membuatkan Teru ni pon jadi doktor yang hebat oleh sebab bapak dia ni telah tinggalkan kesan tapak tangan kat dada si Teru ni kesan daripada excident fligh terhempas. Untuk selamatkan Teru , bapak dia pon bagi CPR kat Teru ni. Ha, tang tu kurang logik, siap ada kesan tapak tangan kat dada anak dia sampai anak dia besaq. So, anak dia dah besaq & jadi Doktor jugak.  Bila dalam keadaan cemas menyelamatkan pesakit2 , Teru mcm ada aura hasil daripada peninggalan ayah dia kat dada dia tu. Kadang-kadang dia selalu flashback excident tu. Hurm, itulah manusia. Memang tak lari dengan kenangan. Ada satu patient dia tu, ala hat yang pemain cricet tu. Hurm, mahu ibu jarinya sembuh sebab nak terus main cricet sebab kenangan masa kecil bersama-sama ayah dia. Malangnya, Ayah dia tinggalkan mak dan dia secara tiba-tiba dek kerana hutang-piutang. Dia sedih tapi keep main Criket kerana bila main criket buat dia teringatkan ayah dia. See, manusia mahukan sesuatu bukan kerana kekayaan atau sanjungan, tetapi kadang-kadang kerana kenangan yang menyedihkan. Samelah dengan Doktor perempuan yang jeles jugak dengan performance & achievements si Teru ni, Shinomiya Kozue. Oleh sebab Keluarganya semua latar belakang hebat dan semua adalah doktor. Satu ja yang buat dia sedih, bapa dia selalu marah-marah dia sebab tak percaya dengan diri dia sebagai seorang perempuan. Selalu kena marah atas sebab yang remeh temeh even sejak kecil lagi. Umur setahun jagung dah alami kecelaruan emosi. Bende tu dia paling ingat sampai dah besar dan benda nilah yang menjadi Catalyst atau pemangkin pada semangat dan objektif dia dalam kehidupan sekarang. Tapi, objektif dan tindakan dia ni kurang sesuai sebab selalu memusuhi si Teru. Hurm, tu la, cuba tengok pandangan bawah ni. 

Aku teringat kata-kata lecturer Pengurusan Pembelajaran aku yang kata, "perbuatan manusia tu menggambarkan kenangan hidup dia atau lebih tepat latar belakang keluarga dia. Kalau seseorang tu macam aggresif dan suka bermusuh, boleh diassumekan dia ni hidup dalam kenangan atau latar belakang keluarga yang sering kali berlaku pergaduhan" (^^,) Tapi tak sampai 100%. Betullah tu. Rasionalnya,  orang yang hidup dalam kehidupan mcm ni lebih sensitif dan emosi. Kenangan atau pengalaman boleh buat korang jahat atau baik.  Betul tak? komen anda?





Notepad: Terlampau banyak kenangan, aku teringat pernah terpukul seorang budak lelaki time sekolah rendah dulu. Banyak cikgu yang mengutuk, mujur ada cikgu Siti Rokiah yyang defend aku.
hukhuk, serves ur right la musuh aku tu...kahkah

1 comment:

Amanie Khairunnisa said...

eheh manusia sntiase hidup dlm kenangan x kesa manis atau pahit :)