Sunday, February 6, 2011

aku intrapersonal, bukan interpersonal

assalamualaikum

korang tahu tak apa tu intrapersonal dan interpersonal? apa beza kedua-duanya? oke, secara ringkasnya intrapersonal tu mcm seseorang yang pandai bermonolog dan lebih memahami diri sendiri, then interpersonal tu pulak opposite of intrapersonal, macam tahu atau boleh faham kehendak atau hasrat orang lain. Kirenye ada six sense tentang orang lain. Macam ada 'kimia' dengan setiap orang. Bila difikir-fikirkan, kedua-dua aspek ni berkait sikit dengan psikologi. Korang dah lama hidup dalam jiwa dan raga korang, jadi, korang lebih tahu siapa korang, sama ada interpersonal atau intrapersonal. Bagi aku, aku lebih pada intrapersonal. cet,, okei apa intrapersonal, lebih memahami diri sendiri, buat apa kita nak faham diri orang lain? ada jugak, faham je aku pasal tabiat dan fe`el orang sekeliling aku neh!...tapi,  ade aku kesah? Kenapa aku cakap aku intrapersonal? sebab aku tak mau jadik ego atau hipokrit (ececey...) , cuba bayangkan, ada orang suke2 pegi tendang kau jatuh dalam lubang, lepas tu nak buat muka berseri-seri lagi ker? ye? alamak, sucinya hati, Alhamdulillah lah kalau nak buat mcm tu, tapi bagi aku, kene ada impact sikit. bengang kot, lepas tu bolehlah saling maaf-memaafi . mcm tu kot rasa-rasa aku.

Pasal assignment plak, aku lebih suka kalau buat assignment individu. tak perlu nak tanye pendapat orang lain atau tunggu action orang lain. Terlebih-terlain buat, kene rasa bersalah  pulak. Al-maklumlah, kita manusia kan berbeza-beza persepsi. Bukanlah nak anti kolaboratif, tapi aku tak gemor je. 

Aku paling ingat kalau orang kritik aku.Nampak je macam aku tak kesah, Time orang tengah dok kritik aku, aku tak bagi respon, tapi bende tu aku akan ingat sampai aku mati. ni adalah antara suara kritikan yang pernah aku terima:

- "ko tahu tak, ko ni bermasalah?"
-"sensitif sangat ko ni..."
-"weh, ko ni lahir bulan 4 kan, selalunya orang bulan 4 ni peramah, ceria, tapi ko ni pasif."

lepak, cheer, rileks la bhai... sejuk mata memandang je muka aku kasi diorang tgk. konon2 cool.
tapi itulah bende yang aku selalu ingat , untuk bekalan hari tua nanti jugak. betapa orang tak sukanya fe`el aku, tak, mungkin dorang pelik kenapa aku mcm tu. tak, mungkin aku perlu akui yang mereka ciptaan Allah yang maha sempurna. duhh!!!,,, korang tak salahlah, ni cuma refleksi sahaja. tu semua kenangan. Aku seronok, sebab semua tu buat aku lebih cool oleh sebab sifat aku yang lebih intrapersonal. Aku tak de masa nak berinterpersonal. Tapi sapa kate aku ni x interpersonal langsung? Howard Garner pon ade kata, setiap manusia ada kesemua bende ni (selain 7 lagi), cuma ada beberapa sahaja yang lebih banyak (major). Aku pon faham orang lain, mcm tu jugak diri korang semua. Kitakan manusia, manusia ada 9 kecerdasan. Kalau ada yang kurang sikit tu, ha, itulah kekurangan kita, dah nama pon kalau KURANG sikit.

Semua orang takut kalau nak pegi mana-mana walaupun nak keluar beli keropok Fika kat kedai depan tu. Mesti nak ajak someone tolong temankan. Tapi tak la aku bhai. aku lebih suka pergi mana-mana sorang diri.  Tak de lah aku benci plak kalau ader orang nak ikot, tapi kalau kene gi mana-mana aku boleh je lah pegi sorang2 no hal. Even, aku sangat teringin p kL sorang2. agak-agaknye kan, mesti bestkan, boleh menimba ilmu, kalau tak tahu jalan, tanya orang, look for the directory. Freedom beb. Takut atau tak tahu selamat ke tak? bace la doa, alhamdulillah, selama ni aku p mana-mana, aku rasa selamat ja.


Aku ader satu alasan kenapa aku takut dan tak banyak cakap dengan seseorang ni, (beliau dirahsiakan). Oleh sebab dia dah cubit2 adik aku, at the same time aku cube protect adik aku. Dari saat tu aku kurang selesa dengan dia. Jangan hidup dalam kenangan, tapi seriously, kenangan itulah yang menghalang aku.



:: xde motif


Notepad: manusia tak dilahirkan satu paten sahaja.
Bukan maksud aku patem buncit ngan tinggi cam galah .lol.

4 comments:

Amanie Ashraff said...

ahaha tibe2 teringat blaja organizational behavior. pening kpale nk blaja gelagat manusia neh :p

fiq. said...

Amanie: blaja ape tu babe?
hurm, memang pon,

nur shafini nordin said...

hhahhahah a'a saje je buat org bengang..biasa la a'a..kadang2 itu dipanggil ambil hati sesungguhnya walaupun kita nampak macam hipokrit...tapi bila kita tunaikan hajat org insyaAllah Allah akan tunaikan hajat kita....emmm nak tak? one more thing sapa kata aprilian cheer and apa tadi entah...april ni bertindak mengikut keadan dan suka mengphysco org lain...kita senang nak faham org tapi org susah nak faham kita....sebab unga pun aprilian jugak...peace...tapi a'a sapa yang suka cubit oni tu...ungha kenal ke..........

fiq. said...

un`ga. knal la..huhu