Saturday, November 13, 2010

25 randoms about me-credit to Shima Emma

 Assalamualaikum
sebab tag kite jugek a.k.a tak lupe kite..
hikhik...

tugasan atau agenda kali ini yer --> 25 perkara semua tentang SAYA...
.
.
.
.
.


1. Nama Penuh : Nur Shafikah Nordin

2. Memang asal Dari Taiping, Perak. Orang kate, Perak ini adalah Raintown atau Bandar Pencen.
Sangat aman dan damai di sini tahu...

3. Melihat dunia sahaja terus menangis, iaitu pada 12 April 1990 dalam pukul 1.50 petang gitu..
waktu2 Buletin Utama TV3 nak habis dah...

4. Pernah sekolah kat Sekolah Agama Assam Kumbang, Sekolah Kebangsaan Taiping, Sekolah Menengah Taman Tasik (atau orang kater, High School Taman Tasik), Kolej Matrikulasi Pahang atau orang kater 'Kolej Mencari Pasangan dan sekarang di Universiti Pendidikan Sultan Idris atau 
nama lainnya 'Universiti Pertemuan Suami Isteri' (UPSI)... sangatlah kreatif orang2 itu..

5. Anak ke-4 dari lima, dan dikatakan anak yang paling baik dan mendengar kata... fuhh...prestasi baik....

6. Mempunyai adik yang paling cute and spesel, Nur Syazwani Aqilah  Nordin

7. Mempunyai kakak yang boleh dijadikan pendengar yang baik, Nur Shafini Nordin

8. Pendek kata, ada famili yang baik.

9. Ada seorang sahabat yang paling baik, Farah Zazreen. Sudah kenal dengan dia sejak 2003.

10.  Zaman yang paling saya suka flashback kerana memori duka dan suka ialah zaman ketika berada di KMPh. Mungkin sebab masa kat sana sangat lah singkat.

11. Pernah buat sejarah kat SKT --> terpukul seorang budak lelaki nakal kat sekolah rendah...
dan sekarang tak de penyesalan, tetapi nak cakap PADAN MUKA kat hang! pasal hang, aku kena panggil ngan cekgu,.. Perggghhh..nasib bek parents hang pon kondem hang!kahkhak

12. Pernah menagis kat depan kelas semasa di KMPh, masa itu ialah kelas bersama Pn. Singe..dush3, xbaik tahu...tidaklah, MDm, Asiah.

13. Selalu menganggap saya ini ialah budak separuh pintar cerdas...hihi..sebab saya ni kreatif, agak pintar tau....huhu..sensitif dan susah nak dapat kawan...

14. Selalu tergigit jari..ha, kalau nak tahu,ini adalah sifat bebudak pintar cerdas tau...

15. Selalu jatuh sintan atau admired kat lelaki yang hebat2... Sudah dua ketua pengawas saya suke..hahaha... pendek kata, saya suka orang yang berkarisma.

16. Selalu sangat mimpi jadik orang invisible.Sumpah best masa mimpi2.. Bile situasi mimpi mcm kene kejar dengan penjahat, mind saya dah set untuk jadi invisible. Jadi penjahat tu tak dapat cari saya. Kan bagus kalaunye realiti.

17. My favourite Novel, Bagaikan Puteri, tulisan Ramlee Awang Murshid. Mengisahkan seorang perempuan yang mengalami keadaan koma. KEsannya, saya pernah kata, "teringin nak koma.." adush,,,pe la nak jadik ngn aku nih...masyaAllah..masa tu kecik2 lagi yer... huh..

18. Keegoaan itulah diri saya. Tak Suke mintak tolong kat orang lain. Bukan sombong, tapi taktahu lar, pernah sampai nangis2 senyap2 sebab mintak tolong orang pi kampus untuk isikan subjek untuk sem depan.., Tapi keaddaan saya memaksa untuk mintak tolong. Lastly, tak jadik mintak tolong,, Sebab dah siap! hakhakhak...

19. Banyak kali suda salah faham dengan kawan. 

20. Suka buat sesuatu yang kreatif contoh lukisan dan greeting kad.

21. Masih simpan segala surat2 dan kad-kad daripada kawan lama masa kat sekolah.

22. Saya suka buat nota ringkas masa ulang kaji. Lagi banyak kali tulis, lagi baguih...

23. Sekarang PNGS saya ialah 3.71..sikit jer lagi nak p pes class...doakan saya berjaya.

24. Saya merasakan hidup kat dunia ni sangat PENAT dan mencabar, tapi saya selalu pikirkan bahawa "sehebat-hebat mana rancangan kita, hebat lagi rancangan Allah.."

25. Suka hilangkan barang, contoh handphone, purse, kad matrik, buku library dan mcm2...sakit ka??

haha, saya sungguh bebesar hati untuk men'tag' mereka:





3 comments:

SHIMA EMMA said...

syg!!! tu bkn gmbr shima...tu gmbr yg tag kt shima..hahahahaha..kang org ingt tu shima..tukar cpt..hehehe

nurshaf said...

okay,,suda...huhu..
sory la dear...

nurshaf said...
This comment has been removed by the author.