Tuesday, November 2, 2010

memang ini soklan spot exam aku

KULTUR TISU

assalamualaikum + salam sejahtera
alhamdulillah, hari ni masih study tentang minor, KH tentang kaedah aseks.
salah satu kaedah aseks yang ada ialah kultur tisu. selain itu adalah cantuman, tut, keratan,
organ penyimpanan dan pembahagian rumpun. 
kalau uols nak tahu tentang kultur tisu ni, stay tune okay. Plus, saya nak patrikan pengetahuan ini
lebih2 lagi nak exam kan. Haruslah! agagaga....

ok. keadaan atau keperluan untuk jalankan kaedah kultur tisu ini adalah mesti dibiakan di dalam 
medium akar dan dalam keadaan steril--> iaitu keadaan yang bebas microorganisma. 
Sebab tu la kedah ini boleh hasilkan tumbuhan yang bebas penyakit dan hasilkan anak benih yang banyakkkkkk... Antara bahagian2 yang boleh digunakan dalam kaedah kultur tisu ini ialah

A) Debunganya
B) Embrio / Ovul
C) Protoplas
D) Tisu Meristem




:: aha, tang mane tisu meristem??


::aha, dapat kenal pasti kan yang mane tisu meristem..
Saya pon ade lukis gop kat short note saya.. yang ni versi google la! suke2!

----------------


Langkah-langkah kultur Tisu

1. Dapatkan sel eksplan dari mane2 bahagian pokok. Senang cakap dari sel-sel 
yang aktif seperti di sel meristem. Paham?




2. Rendamkan tise eksplan ke dalam natrium hipoklorit.
3. Next, cuci kan dengan air suling.
4. Letakkan tisu itu ke dalam bekas yang ada medium cecair steril. Medium ini memang mengandungi 
air, vitamin, mineral, gula dan auksin. :)

Auksin ini adalah bahan pengawal atur.

:: ini contoh auksin dari Google.

5. Next, pindahkan tisu tersebut dengan kotak beraliran laminar ke bilik yang bebas perosak dan penyakit.
6. Tisu itu digoncangkan selama beberapa hari. Jadi sel-sel kalus akan bercerai. Apa itu sel kalus?

::sel kalus

Kalus adalah sekumpulan sel amorphous  yang terbentuk dari sel-sel yang membelah terus menerus dalam tabung. Maknanya, dibentuk terus dari tisu-tisu eksplan.

7. Keluarkan kalu yang telah diceraikan dan susun plak ats medium pepejal steril. Haruslah ada cahaya jugek ye.

8.Tara..! Bila ada pucuk baru yang tumbuh, pindah ke mediun pepejal steril yang baru untuk
galakkan pertumbuhan akarnye.

9. Bila ada anak pokok pula, haruslah pindahkan ke pasu yang ada medium steril. And Watch out!

10. Bila da agak2 besau, boleh la alihkan ke kebun, atau ladang..

:: agaga, berbudi pada tanah , pasti bawa keuntungan!



No comments: