Monday, April 25, 2011

zaman terbaik bagi aku

assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua reader.

Ce senyum sikit, ce senyum. Muram beno tu.. Haha.. Waktu sekarang adalah 1.45 pagi. Rasa-rasanya ramai lagi yang masih stay up untuk macam-macam perkara. Study + Stado + ataupon bangun sekejap untuk ke toilet. ok2 sampah, nanti orang kata post entry sampah pulok. =p Sebenarnya topik yang aku nak ketengahkan pada tengah pagi ini adalah tentang zaman yang paling bermakna dalam kehidupan aku. Zaman yang sangat mencabar dan mengajar aku dalam banyak perkara. Zaman yang tak mungkin aku hadapi lagi. Zaman yang tak akan kembali lagi. Zaman yang tak akan aku lupa. Zaman aku di Kolej matrikulasi Pahang. Zaman itu adalah pada 2008-2009. Dah lama sebenarnya aku nak post tentang zaman ni, oleh sebab kerinduan dan banyak sangat pengalaman pada zaman ni. Niat untuk berkongsi adalah untuk jadikan kisah kenang-kenang sahaja. 

Aku mendaftar di KMPh dalam sekitar bulan 5 kot pada tahun 2008. Lepas SPM, target aku hanya untuk masuk ke matrix, tak ada sesiapa yang bagi tahu aku matrix itu adalah susah termasuklah kakak aku yang dah ada pengalaman. Sebaik sahaja cek keputusan kemasukan ke matrikulasi melalui  bahagian matrikulasi (online) , aku terus balik rumah (dari cc...cek kat cc je) dan bagi tahu abah. Abah tanya nak pegi tak? Tanpa fikir apa2, jawapan aku..."nak la..." tak pikir pon masa tu kat Pahang, bukan dekat. Abah ok je. Ada jugak orang kata, tak payah pegi la, pahang tu, jauh. Ah, takkan nak tolak, gilos apa... "Gambang? " "Kat mana tu?" Mama cakap plak, "kalau kamu tak pergilah matrix ni mama tahk tahu pon ade tempat nama Gambang". =] Perjalanan untuk ke Gambang pulak sangat jauh bhai. Lalu bukit bukau, Genting Highland, Genting Sempah, Jumpa jugak Felda Janda Baik. "Jauhnya....." Sedih plak time tu. Sian kat parents aku T.T nanti diorang nak balik dari Gambang-Taiping lagi aku risau.... Takpe.



**Pintu untuk aku datang dan pergi T.T

Untuk itu, aku telah pon menjadi Student PST KMPh 08-09. Keadaan makin menjadikan aku cuak bila dapat tahu yang aku adalah student jurusan Sains Fizikal. Masa tu aku fikir, apa lah nak jadik ngan aku. Adoi, I hate Fizik weh. hadap je. tak pe lagi. Semua okay, malah Di awal kemasukan aku, aku dah pon dapat geng. Meh nak habaq, geng aku adalah mereka-mereka yang sangat loaded+ cun+ orang bando + bergaya weh. Tapi diorang okay. Cuma bila dah tiba suatu masa di mana kami pon dah dapat kumpulan praktikum yang berbeza, aku rasa tak sedap hati dan keluar daripada group itu. Sebab dah tiba masanya untuk aku fokus. Aku tak boleh kalau lepak2 nak cakap/cerita pasal pakwe kau lah, balik rumah/kampung lah (ops bandar...mereka yang kata oleh kerana Gambang yang macam kampung bukan rumah  mereka) Aku pon blah, lebih baik aku bergerak sendiri daripada ada geng. tak boleh, nanti aku rasa macam tak sedap hati sebab buang masa.

Berakhirlah episod bersama geng, dan aku mula rapat dengan kawan-kawan yang sama kumpulan praktikum. Zu, Aishah dan lain-lain. Tapi yang dua ni lebih-lebih lagi rapatnye. Diorang ni jenis low-profile, so aku  tak rasa tak sedap hati lagi. Zaman matrikulasi adalah zaman di mana aku sendiri mengangumi diri aku. Oleh sebab sedar aku bukan seorang yang Gifted ( tak belajar tapi boleh score) , jadi aku menjadi seorang yang 

1) Sangat RAJIN

-Masa ni lah aku kenal short note yang sampai sekarang kat UPSI pon aku guna sebagai teknik menghadapi peperiksaan. Tapi kat sana, bukan bila exam je aku buat, tapi tiap kali masuk satu-satu bab tu. Kat matrix tak boleh nak tunggu time exam baru nak buat short note/menelaah. Sebabnya kat sana tiap-tiap hari ade tutorial, jadi if kau tak study/ulangkaji takkan boleh jawab tutorial/latihan. Takkan nak nganga dalam kelas. Kalau nasib malang, lecturer tanya, tak dapat jawab, malu, down dan lastly ko akan menjadi lagi bertambah malas.

-Roomate-roomate aku semua selalu tegur dan puji (cet) "rajin gila Ika study.." Aku akui (hik..hik...) Aku kena buat macam ni dan selalunya aku akan cakap " Saya kene buat macam ni, saya tak pandai...". 

-Percaya atau tidak, hari PERTAMA aku kat KMPh, malam tu aku dah p LIBRARY. Fuh, gilos. Malam tu aku dah p library, YaAllah, ramai jugak orang. Maybe awal sem kan, semua orang sibuk abdikan diri dengan library. Pada Hari pertama aku dah menyibukkan otak dengan topik-topik subjek kimia, Math tetapi bukan fizik. Number of mole, Compound, rate of reaction and lll (yes, malam pertama di KMPh dan berseorangan...) Oleh sebab aku tak tahu tang mana letaknya library, aku pon tanya pada orang-orang yang lalu lalang dekat blok. Matrix best bhai sebab satu kawasan , tak payah nak naik-naik bas plak.

2) sangat PENJIMAT

-Matrix adalah zaman pertama aku berdikari. Sebelum ni aku tak pernah masuk boarding school or what so ever. Sudah la pertama kali, jauh pulak tu. JAdi aku nak testing diri. Alang-alang duduk jauh, nak try diri ni jadi berdikari . Oleh sebab tu aku tak mintak satu sen pon dari parents aku. Plus, aku dapat allowance. not bad. Around RM 1200 untuk satu sem. Ok lah, lagi pon matrix ni bebas daripada penjaja/kedai luar sebab lokasinya di dalam hutan simpan =p.  

-Untuk berjimat cermat dengan allowance sebanyak itu, makanan aku tak mewah. Kadang kala, dalam seminggu aku tak makan nasi. Aku just beli roti garnier panjang dan beli kuah kari kat kafe. kalau nak sedap sikit, belilah kuah kari yang ada kentang..hehe..Kalau difikir-fikirkan sekarang tak lalu aku nak makan. Tapi untuk masa tu, ok je. =] Aku juga adalah pembeli setia nasi koboi kafe C2. Content menunya adalah nasi kosong, telur dadar dan sup kosong. HEHE. ce la try.

-Kalau makan nasik pon, aku akan beli nasi sekali untuk the whole day. Maknanya, satu polistrene penuh dengan nasi dan dimakan dua kali. It`s worth. Sangat jimat. Tapi,  Ada juga kawan baik aku yang tiru cara aku, but lastly dia cakap ''kita dah makan banyak, ini semua sebab awak yang ajar kita..." mana tidaknya, dia beli satu polistrene penuh dengan nasik untuk dimakan sekali sahaja. Kalau ada lebih pon dia tak forward kan untuk makan malam, maybe buang saja. adoilah, menuntut ilmu tak habis ko (jangan marah ye pada yang berkenaan, kenangan ni)...

-Untuk berjimat juga, aku hanya balik ke Taiping untuk dua kali. cuti akhir sem pada sem  1 dan 11. ye, dua kali untuk setahun. Tak mampu kot kalau nak balik kerap, Kuantan-Taiping, budget dalam RM90++ dan perjalanannya mengambil masa setengah hari. Kalau cuti 5 hari takkan nak balik. Tak berbaloi kot. Oleh sebab tu aku just balik 2 kali. Kalau raya pon balik Muar je. Bila dapat balik Taiping tu rasa macam banyak yang berubah. haha. Seronok tahu. Ketidakbiasaan aku balik ke Taiping menyebabkan bila nak bagi duit tiket rasa macam sayang. Ce bayangkan kat tangan ko ada RM90 nak serahkan kat orang lain untuk tempahan tiket, dalam hati kata " sayangnye, baik aku buat makan, tak nak balik kampung boleh tak?"

-Untuk beberapa kali cuti aku , aku tak balik. Aku hanya stay kat bilik B1-T1-06. Itulah bilik aku. Pernah je aku stay kat kolej sorang-sorang dan aku tahu satu blok tu ada aku aja. Sangat boring. Tak de orang lain, laptop mana ada time tu. If aku beruntung, bilik komputer kat bawah blok tu tak berkunci dan aku boleh la serve internet. Heaven giler kalau bilik tu tak berkunci. Zaman tu social networking yang orang dok gila-gila adalah Myspace, bukan Facebook. Besides, masa keseorangngan tu aku akan bersihkan bilik, baca segala buku-buku atau majalah aku/rumate-rumate aku punya. Sangat boring. Owh, aku teringat, oleh sebab terlalu boring, aku pernah ajak kawan aku (dah nak abis cuti dan kawan aku pon dah balik hostel) pergi outing Kuantan-KP untuk beli PUZZLE 1000 pieces. Haha, puas aku main puzzle yang gedabaq besaq tu. tapi at last, aku tak habiskan sepenuhnya sebab dah puas main dan cuti pon dah habis. Itulah aku bila duduk seorang diri kat hostel time orang lain balik bercuti .. =] sweet momment. Thanks jugak kat cafe yang baik hati bukak cafe diorang walaupon customer mereka adalah aku sahaja untuk masa tu. If tak, aku tak tahulah nak bedal apa.... teeheee...

-Tapi untuk semester kedua, aku dah tak berani untuk stay sorang-sorang kat bilik kalau semua orang balik cuti. Aku teringat kawan aku cakap.. " Semester ni teruk, ramai yang buat maksiat kat dalam toilet pon! Orang kata banyak hantu berkeliaran..." Ye, semester 2 makin teruk KMPH, tersebarnya gambar-gambar bogel budak-budak KMPH melalui SMS dan khabar-khabar angin tentang penangkapan basah / couple yang kantoi.  Ada jugak orang kata banyak kes bunuh diri  kerana tekanan jiwa.,haha..OMG.haha. oleh sebab tulah aku macam cuak je nak stay dalam bilik n blok yang kosong. Nasib baik ada kawan-kawan aku yang duduk kat blok C1 dan C2 yang tak balik kg sem 2 tu, then aku pon tumpang diorang. setel**

3. Berjuang mati-matian

-DI awal semester aku kat KMPh, memang aku tak ada semangat oleh sebab tahu yang aku kene belajar untuk jurusan Sains Fizikal. aku ada jugak buat surat untuk tukar jurusan, tunggu..tunggu  senarai nama pelajar yang berjaya dalam pertukaran jurusan, , but, tak ada pulak nama aku, Owh, baru aku teringat, ada nama aku, tapi masih dalam jurusan Sains Fizikal....... YaAllah, down gila masa tu dan aku berterusan risau. First day aku masuk kelas Fizik, belajar pasal pertukaran unit. Satu keping habuk aku tak dapat tangkap apa yang Mr Hazri cakap. Black out terus mind aku... Adussss............ Bahaya..bahaya..dan aku ke library. Hari bertukar hari, aku mula rasa Mr Hazri adalah lecture yang nak tolong aku. Dia pernah suruh aku dan dua orang lagi kawan aku datang ke bilik untuk bagi buku tutorial ... dan di situ juga dia bagi nasihat pada aku. 

-Okei, aku rasa aku patut mencuba . Dari hari ke hari, aku tengok Mr Hazri sangat bersemangat. Aku nampak semangat + ikhlasnya dia + dedikasinya. Even now, aku masih ingat trademark dia kalau nak jawab soalan fizik dalam tutorial, "Read, understand and picture the problem", budak 3F22a yang lain pon sumpah mesti ingat lagi.... maksudnya, bila dapat soalan, baca, faham dan lukis gambar rajah berdasarkan soalan itu. Biasa lah fizik ni memang kene melukis dan berimaginasi sikit. Daripada itu kita akan nampak situasi dan masalah soalan itu. Aku mula rajin study fizik dan selalu siapkan tutorial dia sebelum masuk kelas. If tak dapat buat, aku wajib pi Cubical (macam bilik guru) untuk jumpa lecturer fizik. Yang bestnya, lecturer Fizik semuanya sporting. Aku masih ingat lagi LEcturer Nik Najiah, Puan noraida Junoh (T.T)  setiap kali aku ke cubical, aku akan p tempat lecturer fizik je, kimia dan math jarang argh..haha.. best blajaq Fizik ni... T.T 

-Sampai lah tibanya Exam dan hari mengambil keputusan. Fizik lah yang tolong naikkan pointer aku. alhamdulillah, aku rasa pointer aku tu lebih daripada jangkaan aku, and tak mengecewakan aku. cuak gila, takot-takot keen tendang. **matilah aku**.... haha....Lastly,aku jatuh hati dengan Fizik, dan sampai sekarang aku sangat mengangumi Mr Hazri Ariffin, namanya aku bawak smpai ke interview untuk masuk UPSI oleh sebab sangat mengangumi dia dan dah jadi role model aku.  T.T sampai sekarang, bila aku ternampak buku Biologi yang tebal , setebal dua ruas fingertip aku, aku akan terfikir kejap.." Macam manalah nak hafal satu buku bio ni...nasib baik aku tak amik bio..."

4. semua ats bahu dan tapak kaki sendiri

-sampai sekarang macam tu. Aku jenis tak boleh ikot rentak orang. Pernah kelas aku nak buat jamuan akhir dekat Teluk Cempedak. Tidur siap kat sana. Aku tak nak pergi, ramai je yang marah aku oleh sebab tu. Pulak tu, rumate aku yang bukan budak praktikum aku pulak yang pergi..hahaha... Aku tak suka sebab jamuan yang diorang nak buat tu adalah pada tanggal 14 Februari, lokasinya adalah di tepi pantai siap dengan penginapan dalam satu rumah. Okei, aku tahu jugak yang dalam kelas aku tu ada beberapa pasangan .**okei, tutup mulut** Tak nak aku melibatkan diri baik aku just stay kat hostel dan study. Plus, UPS just around the corner at that time. Malas aku nak bersuka ria. aPa yang penting, yuran jamuan untuk setiap seorang lebih daripada RM70, pergh,aku makan pon tak cukup, nak balik Taiping pon tak dapat, lagi nak suka2 p TC tu ja? Sedangkan aku boleh pegi free kalau dengan family..hehe.. then, aku just leave it. Biar mereka dengan rancangan mereka. biar aku tak ada dalam gambar kenangan mereka. T.T

5. Low profile 

-aku sangat low profile. Pakaian harian aku ke kuliah, baju kurung bebas dari segala labuci dan manik-manik. pale je, tambah pulak dengan tudung hitam all the time. :) sebab tu aku tak ada secret admire :]  Plus, tudung tak da serempang-serempang, hanya lurus ke bawah. Tak banyak beza dengan zaman sekarang kat UPSI, sometimes je aku gayakan tudung tu skit. APa yang aku rasa terpenting adalah aku selesa + tak malu-malu. 


** oh yeay, zaman matrix, cermin mata adalah alat yang sangat ,membantu dalam kuliah. mungkin sebab  kemudahan dan prasarana dalam bilik kuliah yang tidak mesra pengguna. screen kabur dan jauh, jadi aku harus memakai spec.

Notepad: Itu sahaja kot, kalau nak ikot2 kan, banyak lagi cerita nak diceritakan, tapi kalau aku keep typing, boleh cramp keyboard laptop aku. haha. In short, zaman matrik adalah zaman yang sangat bermakna bagi aku, yang tak boleh dijual beli. Kat matrixlah aku mulakan hidup sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri. Aku redha dan bersyukur dengan apa-apa yang aku capai sekarang mungkin tak sehebat orang hebat, tapi pengalaman adalah paling penting. Aku bersyukur sebab aku rasa ada kenangan manis + pahit untuk zaman ni. One day, aku nak p Gambang lagi...Oh yeay, walaupon dah bertahun keluar KMPh, aku masih berhasrat nak naik basikal kat Gym KMPh tu dan round satu KMPh serta kat Laluan sihat. Masih tak tercapai =] In one word, aku nak bagi taw yang aku RINDU giler kat KMPh dan aku rasa tak percaya yang aku pernah hidup kat sana. walaupon pengalaman aku ni common bagi orang lain, tapi aku rasa aku tak. Ini sangat bermakna. Biar apa orang nak pikir.

Sedih...



sedih.....




sedih..........







12 comments:

GAPURA ILMU said...

seronoknya zaman belajar..teringat kesah lama~~~~ :)

COTTON LADY said...

part yg bli roti pnjg ngan kuah kari tue,cotton pown prnh buat~save.ha bli nasi skali 4 d whole day pn mmg rutin cotton time kat kmpk(09/10).hehhe yg pasai dpt kursus sains fizikal tu pn sme,cotton bkn xminat tp xde prasaan pown,dgn xde prasaan tue lar cotton juz stdy je,xtarget pape pn,nseb baek pass jugak nk kater score tu xde lar sgt.gagagagga

fiq. said...

Gapura Ilmu + Cotton lady:
Yesza, seronok sgt dan rasa bertuah dapat pengalaman mcm ni. Pengalaman yang bukan senang.

Wah cotton, semua sama ek kite..haha

Chybee said...

seronok baca pengalaman org kt matrix. chybee msk matrix sekejap je

nik rosmawati said...

akak pun budak matrik kat dulu.matrik kat n9. walaupun setahun jea kat sana mcm2 pengalaman akak belajar coz tu first time akak jauh dr family.

fiq. said...

wah, setahun tu yang buat kita teringat2 ....

Sarah Muhaimi said...

sarah pun x-kmph student! tp batch 2009/2010 (pdt)

ezzaty harith said...

yeeee...zaman matrix r paling best..sy kmns :)

fyzah said...

slm kak, sy pelajar kmph 2012/2013 . wahh seronok bce entry akak , rasa cm nak balik matrik skrg jgk (even sekarang cuti pertengahan sem 2 ) hehehe . yeahh ! petang2 time weekend saya dan kawan2 selalu jugak g tasik blok A bagi ikan makan roti expired , sometimes jogging ptg2 n berbasikal satu kolej . suke lepak kat menara UFO sbb tinggi ! hAHA . btol lha , lecturer pon ckp sem 2 jer msti cite2 yg xsedap akn trsebar . dah banyak kes brlaku . (siap hari tu interview mak guard time tunngu burger kat kafe B ( Blok B sekarang dah jadi blok laki ) . so , kitorang lepak kat pondok blok B dgn mak guard time tuh mlm , kurang sopan dok at kafe B . Anyways , one day sy pon pasti merindui saat2 masam manis di KMPh . lagi 3 bulan saya kat kmph dan banyak sgt memori tersingkap disana brsama rakan2 seperjuangan .

Young GirlDream said...

wahh, thanks akak :D semangat sikit bila dah baca entry akak ni. saya akan masuk ke Gambang 12 jun 2013 ni...

saya takut kat sana tak ada orang yang jenis low profile je... tak sangka ada jugak :D saya malas nak tonjol kan diri sangat lepas ni, ingat nak low profil je lepas ni... thanks utk intro yang memberi inspirasi ni :D

Nanana said...

Very inspiring. Tapi kak saya tak semangat cam akak nak study fizikkk😵😵 takde tips ke kak nak minat fizik ni huuhu

Nanana said...

Very inspiring. Tapi kak saya tak semangat cam akak nak study fizikkk😵😵 takde tips ke kak nak minat fizik ni huuhu