Monday, April 4, 2011

assignment Group oh assignment group

assalamualaikum semua



Permulaan hari ini sangat baik. Aku berjaya menjelajah hampir suku Taman Nusa untuk mencari Kedai Print dan Photostat. Tak sangka tak sampai Secret Recepi, Pergh, kalo sampai tak ade cash plak. Sampailah ke tengah hari, ade orang 'cucuh api kat aku'. 

Dah tiba masanya aku nak bercakap pasal assignment group yang dah berjaya menyumbangkan hampir 89% daripada keseluruhan tahap stress aku selama semester 4 ni. daripada ayat ni korang boleh tahu yang assgnment atau tugasan yang lecture aku kasik tak de lah berat atau sangat impossible untuk aku buat. In Short, benda tu normal dan memang itu tugas student U. Tapi, abnormalnya, aku sangatlah down dan sedih dengan assignment yang kene buat dalam kumpulan. ini adalah malapetaka bagi orang yang 'sungguh suka' buat assignment, tapi ini juga adalah 'kelapangan' bagi orang yang selalu jadi 'sleeping member' dalam group assgnment. aku lebih suka assignment individu. Sendiri buat, sendiri puas hati. No Heart Feeling. Lain cerita kalau assignment kumpulan, bukanlah nak cakap ahli group tak buat keja langsung, tapi bila dah kena bercampur perangai ni, boleh bawak mati.



bila dah dapat assignment kumpulan ni, aku makin kenal perangai kawan-kawan. Kalau buat kerja last minute ni, dah memang fitrah kot bagi diorang. Tahu korang busy, tapi agak-agaklah. Boleh consider, tapi kalau perangai tak serious tu terlalu terang-terangan? Ce citer asal? Aku sangat2 sakit hati dengan golongan ni, dan inilah yang membuatkan aku betul2 marah sampai text msg yang agak kasar.


 1) Paling menyakitkan hati bila dia buat salah, orang lain pulak dipersalahkan.


- Oleh sebab kata-kata dia yang mcm aku yang tak buat kerja, aku terpaksa serang hendap balik. Dan sebenarnya, aku dah lama tak puas hati dengan si polan ni. Dan hari ni, yang terbuku dah diluahkan. Senang citer lah, aku gaduh ngan member aku dalam message. Dan bila teringat time tu, jangan haraplah aku nak tegur ko balik. Sebab ko tu terlalu annoying. ni ha, aku nak bagi muka manusia yang paling buruk kat ko.
2) Kata nak bagi esok, tapi tak bagi-bagi.

Apa perasaan korang kalau ada member korang janji kat korang tapi dia tak tunaikan. Chop! aku bagi contoh, something important yang dia pinjam , dan dia janji untuk bagi esok. Bila dah sampai esok, cakap lain pulak. The point is, benda tu buat korang tertunggu-tunggu, tapi at last, korang tak dapat jugak. Dia janji untuk pergi kelas sama-sama pukul 7.30 pagi. ok fine, aku tunggu. Tiba-tiba dia text tangguh g kul 8 pagi pulak. Ok, aku faham. Then dia text ko balik pukul 8 pagi dan cakap, "ko pergilah dulu, aku ada kerja tengah buat.." perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, tak terbakar ke hati, jantung, perut, usus, otak korang? Ni bukan setan lagi, ni memang dasar manusia yang mungkir janji. Kalao macam tu, baik pukul 7 lagi aku dah gerak pergi kelas dulu. Oraite then, kot2 dia nak mintak maaf, tapi TAK!!! Malah aku kene balik!!! Yaallah! Manusia apa kau ciptakan ni? malas cakap lah, barang aku ade ko kate nak bagi esok, tapi sampai sekarang ko tak bagi-bagi. Bukan nak mengunkit, tapi buruknye perangai kau.

3) orang suruh dia p kelas, tapi dia suruh orang lain plak p kelas.

Tak relevan btol orang mcm ni. Ko ingat ni keje shift ke nak passing2. In the end, aku jugak yang susah sebab kerja BERKUMPULAN. this is sick. okay, aku ada 3 orang kawan yang sama kursus minor, memang liat p kelas mcm ada anak suami kat kolej tu. Pergh, sorak dalam almari ke? atau ade poket doraemon? Ok, fine. hal masing-masing. Dia pi kelas tengah hari dan petang yang memang wajib p, (ok, maybe dia mood ada sikit baik) tapi seorang lagi tak datang langsung (teruk memang teruk) . bila sampai kelas malam, aku text kata, dua orang lagi member tak dapat datang sebab ada kena p buat kerja lapangan kat satu pulau ni, dia plak text kata, aku tak pergi, aku rasa tak sehat, suruh lah seorang lagi tu pergi, dia tak pergi pon kelas tengah hari dan petang tadi. SEE! ni lah aku cakap mcm gi kerja shift. Bukan ke ko memang kene p kelas?? pergh, nak kena pujuk-pujuk bagai, bila dia setuju nak pi, aku plak kene puji-piji dia sebab sudi pergi kelas. Astagfurullahalazim, teruknya manusia.  T.T apalah reason aku kena bekerjasama dengan mereka ni?

In  that momment, i have reason to kill you.
sabo aje lah



Tujuan aku bukan nak memburuk-burukkan orang, tapi sekadar nak lepaskan geram dan share perangai manusia. Perempuan pon teruk bhai, aku rase mcm nak hempuk-hempuk. mungkin ini yang membuatkan aku rasa stress dan aku rasa semester ni adalah yang terberat bagi aku. Kadang-kala aku sangat rasa teringin dan terbayang-bayang untuk ada kawan-kawan yang agak rajin sama minor dengan aku. at least ada peneman untuk aku stay sampai ke malam untuk siapkan projek enjin atau sebagai penguat semangat untuk aku terus tengok muka Encik Samad yang sangat memenatkan tu. Tapi , it`s okay, memandangkan aku tak ada semua tu, aku tetap buat sendiri. Stay kat lab yang maha jauh tu sampai malam ketika itu hanya ada lecture dan budak-budak robotik je. Aku ada 3 orang kawan yang sama minor. Nama je ade 4 orang. Tapi selalu aku akan g kelas sorang je. Untuk minor memang aku gerak sorang je. Nak harapkan yang lagi 3 tu, down n drop la aku. T.T Nak kan kerjasama, memang penat. Apa lagi, diri sendiri tolong diri sendiri.  3 unsur pendidikan sosial adalah individu, persekitaran dan tingkahlaku. Semua itu adalah benda yang mempengaruhi diri kita. Tapi, pengaruh individu dan tingkahlaku yang menghalang aku daripada anasir negatif persekitaran. Sekian

Notepad : Di suatu sudut apabila sedang menunggu rakan yang tak muncul-muncul, aku terserempak dengan seorang rakan yang lain. Dia bertanyakan tentang hal aku, dan aku hanya dapat mengeluarkan dua ayat sebelum aku bercakap pada dia tentang keadaan diri aku. Dia menawarkan diri untuk berborak dengan aku, aku tersedu dan menangis. Kata dia, aku dah banyak tahan geram, sebab tu aku menangis.





8 comments:

Raji berkata said...

betul owh
susah juga kalau org yg tak comitment dlm tugasan nih..
ap2 pun kita berdoalah agar kehadiran kita dalam satu tugasan ialah kehadiran yg bermakna dan bukan menyusahkan ^^

Amirrah Zawani said...

susah bila sekumpulan dgn org yg suka buat perang pelik2 ni.. tension.. =_=

fiq. said...

Raji & Amirrah: Sakit hati doe.... hard feeling *mati*

nub said...

ape yang penting? kerjsama! hehe

alinac lover said...

peh~ kalo yong skit jiwa~

salam kenal~

fiq. said...

hehe, kerjasama? they do not know the words of 'kerjasama ' nub. they do not know!
huhu

thanks alinac, salam perkenalan jugek

cikkacak said...

kerjasama tuu penting ! ;DD

fiq. said...

penting, bila tak dipentingkan tu yang menyebabkan saya naik angen tu