Thursday, June 16, 2011

Menipu atau muslihat atau self-confidence?

Pernah tak korang semua menipu? agak-agaknya berapa frequencynye? Sekali sekala? Dua tiga kala? sehari 4 kali? atau infinity? (please show your result in graph?) miyahahaha

ok2, let`s story. Kita ni kan, pernah difikirkan tentang tipu sebenar-benarnya dan tipu sunat. Sejak kecil lagi, kalau menipu je, nak tutup dosa mesti kita akan cakap.. "ala..tipu sunat ni..., acilah, acilah...". hoi, kanak-kanak...haha, mane ada...mana ada tipu sunat? Penat mak nganto sekolah ugama. Tipu semuanya berdosa. ha,,Tipu sebenar-benarnya in other words tipu haram, dah kalau kanak-kanak tu kata ada tipu sunatkan. (ok, kita layankan) .Bagaimanapula dengan tipu harus dan tipu halal? Sebenarnya yang ada cuma tipu haram, MELAINKAN:

  1. Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya.
  2. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya.
  3. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Tapi, aku pernah ada jumpe dengan seseorang ni, banyak jugak soalan-soalan yang dia tanya kat aku. 
Soalan tentang aku jugak, mcm: "Bila nak habis belajar? 
Berapa tahun lagi? 
Bulan berapa habis belajar? 
AEh, isteri baru jiran kau kerja apa? 
Agak-agak kaulah kan, bila Malaysia nak ada 2nd angkasawan dan kau rasa aku layak tak? "


Dan, banyak soalan yang dia tanya tu, aku tak pasti, jadi aku bagi jawapan, "ha...xsure la, hurm, mungkin kot. Rasanya tak lama lagi la..."


Walaupon aku cuba bagi jawapan yang agak sopan , tetapi ternyata jawapan aku tu sungguh menunjukkan kebodohan dan inesen tersangat. 


lepas tu kan, dia tengok je muka aku. Beberapa saat kemudiaan tu tiba-tiba dia ketawa sinis dan dia cakap,


"Lain kali, kalau orang tanya, jangan cakap tak surelah, mungkinlah, tak tahulah. Cakap je yang kau akan habis study bulan 9 tahun 2020 ke, 15 tahun lagi ke ataupon kalau nak lebih logik 1 tahun setengah lagi...bukannnye orang tahu betul ke tak, ataupon bukannye orang tu nak pergi check sama ada apa yang kau cakapkan tu tepat atau tidak."




Aku pon tetiba terfikir, ha'ah, betulah, asal aku tetiba macam tengah bercakap dengan polis pulak, kene jujur bagai. Tapi , bukannya kita nak menipu kat situ, cumanya bagi aku kalau kita cakap je apa-apa jawapan, itu menunjukkan kita ni confidence. Tak menipu kot.... Tak niat, tak niat. Yang pentingnya tak ada pihak yang rugi atau untung. Boleh gitu?... errr...  Betulkan aku kalau aku tersilap. 


notepad: Orang yang menipu diri akan cuba memuaskan diri sendiri, hakikatnya dia hanya cuba mengelak daripada celaan manusia lain.

2 comments:

farahd101 said...

Betul jugak..
kadang2, kita try so hard nak cakap dengan orang n nampak macam confident and tau semua. tetapi nampak sangat sampai orang fed up.
kalau bersahaja, and cakap dengan selamba, baru orang rasa kita nie orang yang confident sebab tak gemuruh :)

kemey said...

aq suke tipu kucing aq hehehe..