Tuesday, June 21, 2011

Kisah aku, mama dan cityville di Facebook

Cuti-cuti ni kan, aku hanya mampu duduk rumah + surfing internet sampai aku tengok laptop aku ni mcm .."alahai, usang dah laptop aku ni..." nak kata sesawang bergayut-gayut ta, mungkin sebab dah boring aku melihat 'dia". Tapi tak juga, sebab aku sekarang dah aktif sesangat dengan Cityville siap import pemain-pemain dari luar negara lagi, sebabnya friends aku sendiri dalam Facebook tak berapa nak pandang pon Cityville ni. Alasan mereka adalah macam.. "boringlah dengan tuntutan game-game yang same je dalam Facebook ni.."  Akukan, kalau ada agenda dan homework , aku pon tak ada selera nak hari-hari post itu dan ini segala request game ni. :P Bila aku tak main kan game ni, tu yang rasa macam nak balik Tg Malim semula. takpe, takpe, nak kerja plak, tak dapat-dapat balik. Aku rasakan, Tesco dan blacklist nama aku kot sebab mula-mula aku mintak kerja hari tu diorang bagi feedback tapi aku kata dah ade kerja lain, sedangkan   masa tu aku ada kat Dungun. Ayah aku kata plak, "nak kerja ke? abah rasa baik duduk rumah je, rehat, abah tahu belajar tu penat, jadi berehatlah cukup-cukup.." Miyahahaha... sedapkan dengar :P

Oklah, sepanjang cutikan memang aku holiday dengan cityville je, dan aku dah ceritakan. Hari minggu yang lepas aku tolong mak aku buat dan taip segala surat menyurat berkaitan dengan pencen dia tak lama lagi. Hehe, bila dah nak habis tu, aku bukak kejap cityville tu. Kemudiaanya hasrat aku untuk berkongsi rasa hebat dan jutawan timbul, aku pon tunjuklah city aku kat mak aku....::

Aku   : Mama, tengoklah city saya!!! Heheehhe,Ada rumah beso-beso. ada jambatan. Ni 
          ha, ada kapal pelancong.Comey dop?

Mama: La, kenapa kamu berangan besar sangat? Kamu main apa ni?

Aku   : Hehe (dalam hati aku cakap, "tu dia, mak aku taw yang aku tengah berangan...)

Mama: Orang berangan je lah kecik-kecik, buatlah rumah, cantik-cantik, hiaskan. hurm.
           Ni apa ni? (sambil tunjuk tanya kat aku pada sebuah bangunan.

Aku   : Tu, hospital.

Mama : La, kenapa hospital ada tanda (+) , patutnya bulan la. 

Aku    : Speechless, eerrgg, bolehlah, hospital la tu. Ha, tengok kat sini, ada jambatan, 
            menara condong! (tukar tajuk)Siap ada jambatan lagi kat sungai ni.

Mama : Ergggg, Teluk Intan punye eyh?

Aku    : hehehhe (gelak, padahal tak tahu nak jawab apa)

Mama : Kamu bina lah masjid Terapung!

(tu la komen-komen mama yang terakhir terhadap cityville aku, lepas tu terus blah ke dapur, aku plak termangu-mangu, manalah nak dapat Masjid Terapung kat dalam cityville ni, dah orang yang buat Facebook & game ni bukannya orang Islam! Adoiyai)


::nilah antara yang mak aku pertikaikan, hahaha, lawak la ma ni

: ni plak, Masjid Terapung yang mak aku suruh bina dalam Cityville tu. InsyaAllah ma, bila orang Islam yang bukak sendiri Facebook tu, kita sarankan dia buat game ala-ala cityville yang ada masjid terapung dan segala. Terima kasih mama- pemangkin minda bangsa . hehe.



16 comments:

Mohd Izzar said...

tak jmpa shoutbox..hoho

fiq. said...

haha, yang munge purple tu la sB, thanks

shafmechy said...

haha..masjid terapung..cadangan bernas tu, kalau cityville bleh buat request, dh lama kita request masjid terapung..=)

blogtube said...

aah... btol tu shaf! hehehe tp dh lama aku tinggalkan games tu sbb berat sgt! ;thumb up; makin besar tempat makin berat games tu! hehehe

ronda ronda bersama myobw

Bluewendy said...

ahaskszz!! wat masjid kristak skali la..

CikFF said...

haha..buleh cenggitu ea :P

b a m b a m ' s said...

ehhehe..dulu pon CN kaki games jugak.. smpi add kwn2 oversea lar..sama ngan kamu..ekekke.. tp skang dh x main after opis block internet...huhuhu

aKiLah said...

sy pn suka main cityville...=6) dh level 46

NUR AIN AZMAN said...

done follow u
nice blog dear

:)

p/s : tlg aen leh?

http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/06/life-is-so-colorful-photo-contest.html

Cik Fatin Shukri said...

ehehe .. klu ley wat , u wat satu ekk :)

fiq. said...

i akan buat 10 :P

Cik Jannah said...

waa.. masjid putrajaya? hehe

Terbelog said...

ada anak malaysia yg buat progaram ni
tp x meluas lg :)

amy azuha said...

aha..church mesty ada kan dlm gme tue huhu

fiq. said...

churst xde pon, maybi diorang dah study kot sebelum wat game tu, hurm, nanti org Islam tak main plak

say to easy=) said...

haha.sporting mak awk :D