Thursday, June 30, 2011

Bersederhana dalam Membenci

Bismillahirahmanirrahim


Siapa aku?  siapa aku untuk mengatakan yang kau tak layak masuk syurga? siapa aku untuk membenci? Siapa aku untuk tidak memaafkan musuh aku?

Kawan-kawan, kalau kita celikkan mata dan hati kita untuk melihat keadaan kita sekarang ni, mesti kita boleh nampak di mana-mana sahaja manusia yang sedang saling mencintai & membenci. Yang sedang hangat bercinta (fuh!fuh! hangat seyh) hari-hari nak berkepit, SMS, MMS, video call bagai. Juga, tak kurang juga yang sedang membenci (hari-hari post status kat wall dengan kata-kata kesat sambil memaki hamun dan menyumpah-nyumpah). Ini bukan lagi fenomena, tapi dah jadi sebahagian dalam hati kita. Pendek kata, kalau ini adalah penyakit, bukan jangkaan peringkat awal, tapi dah jadi barah dalam diri kita! 

Rata-ratakan sekarang ni, mata aku selalu saja disemakkan dengan telatah dan melatahnya manusia terutamanya orang Melayu yang konon-kononya menganggap diri mereka ni banyak musuh. Agak hairan, bangga ke kalau banyak musuh ni? Mungkin bilangan musuh adalah petunjuk bahawa dia semakin hot. okay, mungkin bila dia fikir-fikir, 

"aku ni kan hot, lawa, bf aku agak hansem & ohsem! aku nampak si 'minah' macam goyang je dengan apa yang aku ada sekarang ni..."

bila ada yang tak kena je antara dia dan 'minah' ni, mulalah nak bersangka buruk dan cop yang si 'minah' ni memang jeleslah dengan dia! itulah fikiran orang melayu yang tipikal. Tapi begitu juga dengan orang-orang kita yang tak habis-habis jelouskan, iri hati dan tak suka tengok orang lain hidup senang.

Aku , paling tak suka kalau ada orang yang post status yang berbaur amarah + cacian. Bukankah lebih baik kalau kita berdiam diri sambil berdoa, untuk apa segala post-post tu? nak mintak simpati. Tak payahlah nak bagi tahu orang yang kamu sedang dizalimi. (betulkan aku kalau aku salah). See, kalau kita bercakap tentang sesuatu yang nampak macam tertekan, tak ke kita akan jadi lebih tertekan nanti? Psikologi~psikologi~ Orang bijak sahaja yang dapat kawal perasaan marah mereka. Perkara ni membuatkan aku teringat kat BFF aku, FZ, dia cakap:

"Cintailah musuhmu, kerana mereka telah menunjukkan kesalahanmu."

Apa pendapat anda? hipokritkah?

Bukan aku tak pernah ada musuh? Memang tak ada, tapi aku pon pernah membenci orang dan aku rasa aku tak dapat nak maafkan dia. Kalau nak tahu aku ni memang orang yang sensitif dan emotional. Susah tau jadi orang yang macam ni, penat nak layan perasaan. 

aku masih ingat lagi, Masa tu, aku baru tingkatan 4. Yer, tingkatan honeymoon yang tersangat honeymoon. Masa tingkatan 4 ni, aku amik Sains Hayat, belajar Biologi, fizik, Matematik, kimia dan +++. boleh dikatakan hidup berjalan dengan lancar tak begitu stressful. Kanak-kanak sains Hayat ni biasanya ada kat kelas Farabi (kelas atasan, 
aucheh!!!) tak bangga pon, nama saja kelas atasan, tapi satu je kegemaran bebudak atasan ni yang aku tak berapa nak gemar iaitu meniru. Walaupun mereka dikatakan hebak dan superb, tapi aku berani sangkalkan, tak semua yang hebak , certain sahaja. 

Aku memang tak reti meniru dan aku rasa sungguh benci pada yang meniru tu, sampai satu masa tu (final test kot) aku langsung tak boleh nak concentrate on paper, apa yang aku lihat adalah kertas-kertas yang berterbangan, berjalan mengiring,tertonggeng  dan berlari terguling-guling (personafikasilah pulak). Kadang-kadang aku nampak ada yang  toleh-toleh belakang!  Sumpah! aku tak boleh nak concentrate satu habuk pon! Kesannya! Nah! AKU BERADA di nOMbOR TERAKHIR dalam kelas! Yes, aku dapat nombor last masu tu. Report card pon aku tak serahkan pada abah dan mama. Aku still ingat, akulah yang tandatangan sendiri report card tu dan serahkan balik pada cikgu kelas. 

MAsa tu aku rasa macam upset gila, down sangat sebab result yang sangat teruk. Aku rasa macam aku tak buat apa-apa preparation dan aku rasa macam aku masuk exam hari tu, aku tak buat apa-apa. ya, memang betulkan, aku tak concentrate langsung kat paper hari tu. Aku masih ingat juga, satu-satunya tempat lepak aku masa dapat result tu adalah di library, oleh sebab terlalu down dan tak dapat tahan aku call kakak aku dan menangis. salah satu kata dia yang boleh hilangkan rasa sedih aku adalah:

" Mungkin Allah tahu yang kamu tak sesuai dan tak selesa berada di tempat sekarang, sebab tulah Allah pindahkan kamu..."

 Tahun seterusnya, aku turun kelas, ke kelas kedua untuk sains Hayat. alhamdulillah, aku memang rasa lebih selesa ada dalam kelas Jabar, bila aku fikir-fikir, aku akan lebih jadi teruk kalau masih dalam Farabi, sebab belajar dalam kebencian. ketika jiwa yang masih keanak-anakkan tu, aku memang tak boleh terima manusia-manusia yang hipokrit tu, aku fikir masa tu, biarlah aku tak maafkan diorang. baru puas hati aku. Tapi tak lama aku fikir macam tu, sebab aku tahu Allah tu maha Adil dan kita cuma kena berdoa saja. Lebih-lebih lagi kalau orang yang teraniaya, doa tu sangat mustajab.

so, bersederhanalah dalam membenci, kalau kebencian kita tu dah melebihi garis wasatiyyah, tu yang jadi emotional tak bertempat. Kita akan penuh dengan rasa sangka buruk pada orang itu. Tengok pon dah tak boleh, tu yang sampai tak bertegur sapa. 

notepad: "cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"- Sayidina Ali bin Abi talib

12 comments:

ArulchelseA said...

syg pun tk leh trlebih..benci pun tk leh terbanyak2..

dya mohamad said...

ape yg you post ni btol and serasi dengan entri dya ni.

http://dyapunyabelog.blogspot.com/2011/06/perhatianaku-tak-rampas-kawan-kau.html

(:

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

like ...cari lah 1000 kwn krn itu pun belum mencukupi ...jauhi wl seorang musuh kern itu pun sdh terlalu ramai ...Peace !

amy azuha said...

tapi pelik kan..xkisah berapa byk kita buat baik kat seseorang tue tapi bila kita buat stu kesalahan je mesty perkara jahat tue akan dia ingat smpai mati sedangkan yang perkara baik mudah dilupai..so, buat baik pn berpada-pada

Shahrul Izwan said...

wahh nice entry! tp memang la! budaya meniru dlm exam ni susah nak bendung! saya pun sakit hati tgk budak2 yg meniru. rasa x adil pada students yg jawab dgn jujur! tp Allah Maha Adil. Masa exam sebenar, student yg suka meniru hanyut tp yg selalu jujur jwb soalan pasti berjaya! :D

Tea said...

hoh, hoh.. panjangnye entry.. tp mmg bagus laaa.. xyah nk bermusuh2 ni, x elok pn sesama Islam buat mcm tu..

Cik Jannah said...

betul2. macam mana Islam nak menang kalau kita asyik bermusuh..

nik rosmawati said...

btol2 sgt.jgn terlalu benci seseorng nnt org tu la yang kita sayang nnt.akak dah penah jd mcm tu :)

Ain SSB said...

Betul! Kdg2 sayang sangat boleh jadi benci. Bila benci sangat boleh jadi sayang. Tak salahnye kalau nak bercintan-cintun tapi jangan la lebih2 kan?

Btw, thanks for commenting on my blog ye! :)

Nour Akmal said...

benci tu biar lah ala2 kadar je..
klu terlebih2 pn mmg tak ok nnt..
trs jd dendam plk..

GreenAppleKu.com said...

terjah sini juga... :)

Nuradilah Syafiqah binti Abd Malek said...

wow! sgt memotivatekan diri ini :)