Tuesday, January 17, 2012

Mengubah yang tidak releven.

Assalamualaikum &
Selamat pagi rakan-rakan

Yes ! cuti datang lagi. Walaupun tak selama 6 bulan yang lepas, tapi bolehlah daripada tak ada. Boleh la update blog dengan kekerapan 3.34 kali seminggu. haha. Roh blogging dalam diri aku ni dah tak bermaya, sakit tua agaknya, macam dah nak 'pergi' meninggalkan dunia ni. Tetapi itu bukanlah bermakna aku akan -close- blog ni, cuma akan update kalau ada berita yang menarik atau benda yang ingin disharekan. Tak adalah macam dulu, kalau tak ada idea pun, dok paksa-paksa otak sughuh update gop. 


ok-ok dah. aku belum nak pergi lagi, kut. friends! lepas habis exam ni, pekata kita buat checklist sikit nah. tak sesusah, setough mana pun, just nak asking, masa kita kecil dulu-dulu, pernah tak kita buat perkara-perkara pelik macam ni:

a) buka kipas meja, renjis-renjis air kat kipas yang sedang berputar tu, dengan harapan renjisan air tu akan kembali kepada kita dan kita akan berasa sejuk.nyaman.
b) Naik kereta, sambil tengok bulan dan bintang ikut kita. Masa tu rasa kagum gile sebab mesti fikir, bulan dan bintang tu ikut kita sorang je, dan tak ikut kawan-kawan kita yang lain.
c) Lukis matahari di penjuru kertas lukisan dan mesti di tengah-tengah antara dua bukit.
d) Permandangan yang wajib dilukis kalau tak ada idea lain ialah permandangan bukit bukau bersama matahari, pokok bunga, kereta dan rumah kecik. comel....
e) tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok lampu peti ais tu padam.

pernah? eh2, kita sama! haha (gimme5)

Mengubah yang tidak releven

Bila dah umur 22 tahun ni, tak semua benda yang kita buat berbeza dengan umur 5/6 tahun. kau nak bukti? jap! ok, Terutama benda yang remeh temah atau benda yang kita rasa tak penting atau takperlu fikirkan apa yang lebih baik atau lebih patut kita buat. Apatah lagi, nak memikirkan perbuatan itu di samping mengenalpasti kesilapan atau penambahbaikkan. 

Benda yang remeh temeh ni lah, kalau diubah, mesti kita ada sifat lebih berhati-hati dan teliti. believe me. (tak payah nak nilai-nilai murni sangat la, contoh dua ja)

Contoh dan boktinya, tidak syak lagi apabila baru-baru ni aku pergi kursus under KPM, pada slot terakhir kursus tu (slot motivasi), motivator KPM tu suh kitaorang lukiskan satu permandangan yang menarik dan mesti ada rumah. It`s so easy, yeah,benda tu jelapun kita lukis dan mungkin first and last drawing yang pernah kita produce dulu kan sebab tak kreative nak lukis angkasawan ke uncle kene sawan ke. Then, aku pun duk melukis sambil teringat kenangan lama. nak lukis juga sejibik macam dolu-dolukan. konon-kononnya unique la tu, ye. actually lukisan kanak-kanak memang unique tetapi.... tak unik dah bila dah tua bangka pun duk melukis 'salah' lagi. Bukan melukis dengan tak cantik itu 'salah', tapi konsep dan psikologinya yang salah serta songsang atau tidak mengikut syarat dan terma umur kita . cewah-cewah. ini ulasan sendiri ya. 

bagaimana ia 'salah'?

ok, cuba imagine, lukisan kanak-kanak seperti di bawah ini dilukis oleh saya (yang sudah berumur 21 tahun). Apakah kesalahannya?

contoh gambar kanak-kanak (rumah xde tingkat2 punya)

kesalahannya ialah,tingkap dilukis lebih tinggi daripada pintu.

tak logik , betul tak logik, kalau difikirkan semula. tyme kanak-kanak dulu boleh la lukis cenggini. Imaginasi mengatasi logikal. ye la, teori tak de, praktikal xde.
Tapi bila dah dewasa ni, kena la realiti sikit. nama pun dah tua bangka, tapi tak logik.
& aku setuju, takkan lah bende ni akan berlaku:

Ibu     :   Mamat, tolong ibu amikkan tangga kat luar nun, ibu nak tutup tingkap ni, nak maghrib dah.

Mamat : Baiklah ibu!
       
kahkahkah. kalau dalam realitinya betul-betul ade contraktor yang buat rumah macam tu, memang fail le. Boleh kira jual rumah tu dengan harga 99% off.ok, now, kita dah sedar kesilapan kita. Macam aku ketika slot tu, dah la lukisan aku tu dijadikan contoh pada umum, memang la menunjuk sangat lukisan yang fail tu. aku fikir dah habis kreatif dah. tapi, ok, aku dapat pengajaran. kenapa aku tak baiki kesilapan aku yang 7-10 tahun yang lepas? sampai terbawa-bawa sampai sekarang. ok, sekarang aku layak tak jadi engineer selain cikgu? kahkahkah. belum cukup belajar LK lagi la weh.!

In short, bila dah besar ni, jangan duk main lukis, duk buat ja macam kita selalu duk buat masa kecik-kecik dulu. Kene disertakan dengan akal yang matang. hehe



oh ye, boleh dikatakan majoriti di antara kita ni yang memang pernah buat semua perkara kat atas  time kecil. Banyak lagi kot. 

Tapi aku pelik, apsal perlakuan dan perangai kanak-kanak sama (macam pengalaman kita ni). kita dulu, semua main tora, tak ada yang main tenis ke. Kita dulu semua baca majalah anamusliha and majalah sains (yang beli , percuma Appeton tu), xada yang suka baca ReadersDigest ke, Mangga ke, media ke. In other hand, kanak-kanak mempunyai trend yang sehati, sejiwa, sejantung dan separu-paru . satu badan kira constant. 

Tapi, kenapa perangai dan perlakuan kita bila menjelang remaja pulak, lain-lain? Masing-masing ada cara yang tersendiri, ikut haluan masing-masing. Ada yang memilih jalan yang betul, dan ada juga yang tersasar jauh meninggalkan matlamat hidup. ringkas dan padat, aku rasa remaja berbeza kerana akal yang dah mula 'menunjukkan peranan', but perasaan dan  kata hatilah yang akan menentukan semuanya.

wasalam!

19 comments:

EyqaLuvender said...

haha....da 22 eh?
iqa 21 lagi... =p
iqa pon sdg m'cuba mengubah ape yg tdk relevan m'jd relevan ataupun plg tdk sedikit relevan,especially dlm m'buat sesuatu decision.

Adib Syazwan said...

menarik2!
pandai mengarang ye
very good entry from u lah
=)

nurshaf said...

eyqa:sebenarnya 21 lagi, lom bestday lagi taun ni kan, heheh, ok, semoga eyqa berjaya ok syg, haha

adib: yeke dek? haha

WuMing said...

Memang itu laa basic semua orang melukis...Kot....

Matahari di celah bukit...

nurshaf said...

kanak-kanak le tu wuming, hu

Anonymous said...

hahaha..suke lukis tingkap atas dari pintu. pastu matahari mesti penjuru kertas lukisan / celah bukit. hahaha...


folo cini..

Nizam Ijam said...

sama dgn sy :)

nurshaf said...

ek =}

shahrazali said...

hahaha...semua prnh buat....yg lukisan tu dari skola rendah lg sy tegur kawan2 sy yg pompuan.. tingkap lebih tinggi dari pintu..

tp diorg suka buat jgk sbb nmpk comel..

zaty luvlianncez said...

dlm hidup ni harus lah relevan. x kesah umo bpe pn ,kdg tua tp cm budak2

Jum hayati di sini (^o^)
kenapa Allah temukan kita dgn orang yg salah?

nurshaf said...

shahrazali: betul arg, sampai dah tue pun same je, xberubah,,oh, sedar tapi tatap buat sebab comel eyh, hehe

nurshaf said...

zaty: kadang2 terlepas pandang. =}

sya isyah said...

hye...thanks for ur comment!kalau nak buat rawatan gigi do let me know ya!!
peace yaw!

Mr.Superman said...

hahah..ada je rmh tingkap tinggi.tp bkn utk pengudaraan la.mak2 x bole bkk tingkap tu.cuma utk seni nilai2 estetika. :D

Syahirah Suhaili said...

eyh..sangat suka entry nie..b4 nie xpenah gak tefikir benda nie..kahkah..tapi betul la,kalau adiela d suruh lukis lukisan,mesti terbawak2 mcm zaman kanak2 dlu..maybe sebab kita main lukis je kot,xmengambil kira dari segi relevan ke x..haha

nurshaf said...

sya: no prob, onday maybe, nak pasang braces..keh2

nurshaf said...

abg stalker, mak2 pantang jugak kalau ade tingkap ni, nak lap la, berhabuk =}

syahirah: thanks!! same la, xfikir balik bende yg lebih rasional kan, haha

caliph shuriken said...

keta tu kuar byk karbon dioksida laa, hikk...

nurshaf said...

caliph: x, keluarkan caler warne kelabu je, HAHAHAH