Wednesday, September 2, 2015

PENANG TRIP

Lawatan acah-acah sambil belajar kali ni kami ke Pulau Pinang. Sebenarnya tak semua ilmu atau pelajaran diperoleh hanya daripada buku. hatta, melalui lawatan atau rombongan pun kita dapat mengetahui sesuatu perkara yang sebelum ini kita tak pernah tahu. Yelah, pasal Muzium Jeruk Pak Ali mana pernah masuk dalam silibus, kecuali kat internet, laman-laman web. Tapi mukadimah je la best, nak tahu lebih lanjut moh le ke muzium itu. Siap ada sample jeruk and boleh directly shopping jeruk di kedai depa. 

Pelajaran baru yang kami dapat, makan jeruk Pak Ali dengan mayonis salad buah-buahan, 1KG jeruk tak cukup wei. Best gilos. Kalau jeruk lain, memang tak lalu sebab bau dan rasa masam dia agak melampaui batas. Pak Ali memang best sebab buat jeruk cenggini haa...




Bukit Bendera pun awesome. First time naik sana. Permandangan dia cantik sangat. Kalau Bukit Larut renovated jadi camgini pon xpe. Ini tak, sendu. Naik Bukit Larut pon last time masa umur 12 tahun cenggitu, sekarang dah tua, kene jalan kaki. Tak larat.

Last place, Padang Kota nengok Transformer. Ad hock punya plan.

Banyak lagi kot tempat best kat Penang ni, paling best kalau nak selfie. gagaga. Tak sangka lak selalu lalu lintas Perak-Penang tapi takpernah datang tempat best kat situ.

4 comments:

Farahin Ahmad said...

Dah lama tak pegi bukit benderaa..

nurshaf said...

xpe,janji pernah g, cukup le tu, hehe

nur aida said...

tak cakap nak pergi, leh kak aida kirim jeruk.

nurshaf said...

kak aida, kalo dulu amik ayam men,memang lalu je kat sini...
sekarang xtau la g sane lagi ke idak sebab men dah kene amik ayam kat simpang pulai je,hehe