Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

I`m Just Curious

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum kepada semua! & Selamat- selamat!

hurm, entry hari ahad ni, santai sahaja, tak perlu berfikir banyak-banyak. Make sure bace entry  aku ni jangan sampai kerut-kerut dahi tu, simpan ruang dan peluang stress untuk esok, hari Isnin, hari baru ok!


I`m just curiouslah kan,Orang Kelantan memang baik, peramah, manis, cun, hensem dan lain-lain lagi. Cara percakapan diorang tu lembut gemalai. Contoh terdekat: Mek Kelate yang pelakon tu. O mak Aih! Lembut okay, sumpah laki dia tak cari yang lain. 

But, i`m just Curiouslah kan (again!) :
ayah aku selalu cakap,  orang Kelantan ni baik, memang baik bila berkawan dengan kita. Tapi, kalau tiba-tiba dia jumpa dengan orang yang 1 negeri / kampung dengan dia, dia boleh tinggalkan kita mcm tu je walaupon tempoh masa dia kenal dengan kita lebih lama berbanding dengan org kampung dia tu.



Jadi, benarkah wahai orang kelantan/blogger Kelantan?
hehe, jangan marah, cuma nak tanya pendapat. Tak de nak kondem sape2, serious.
chills.wasallam

Thursday, September 8, 2011

penyuluh pada kegelapan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


sebenarnya jalan cerita:

Dalam kehidupan ni, aku rasa akulah orang yang paling banyak ditimpa kegagalan dan musibah. Kenapalah hidup ni susah sangat, kalau tengah cuti-cuti sem ni pun,aku masih tak terlepas daripada berfikiran macam tu. Expecially semua tu berpunca dari sikap careless aku, dari dulu lagi, asyik-asyik hilang kad matrix, hilang duit, hilangkan buku library yang harganya RM180++, hilangkan mp3, hilangkan hanset, hilangkan purse. 

buat pertama kali bila kita menghadapi masalah tu, pasti ada rungutan.iya, mengambil masa jugak walaupun 5 minit. Cuba bagi tahu aku, manusia mana yang terus redha dan tersenyum bila terima musibah tu. Kalau ada, hebat sungguh ! Subhanallah.



T.T
Antara zaman kegelapan aku adalah ketika aku form 4 , final year. Ketika mana aku dapat tahu yang aku dapat number last dalam kelas. mungkin 25 sumething kot, yang penting nombor terakhir dan selepas tu tiada lagi nombor. Siap kene tendang kelas bila naik form 5. Dah la next year, form 5 SPM! Down gila. Apa yang aku tahu, aku tak kalah , masa tu aku dilanda kemelut.* bukan alasan, tapi betul-betul.  menangis-menangis je kerja aku masa tu. Tapi nak tahu tak, aku menangis kat library, Alhamdulillah, mungkin kat situ ada hidayah, atleast aku boleh nampak buku kan. Cuba bayangkan kalau aku menangis kat tandas?  

Hidayah itu menunjukkan yang aku kekeringan motivasi, jadi,aku pinjam buku yang bertajuk " Dare to Fail" . Biarlah abang librarian tu tahu apa yang dah jadi dengan aku sebab dia kata 

" hai dek, ni mesti baru fail exam ni kan2...hehe"  siap gelak jahat, tunggu kau kalau aku jumpe ko sekarang!huhu



masa aku sakit ni pun*alah, demam je pon.buku yang aku rasa paling best dan berhikmah adalah:

in short, kalau ada apa-apa masalah, memang aku akan baca buku sebagai penambah motivasi, bila difikir-fikirkan, kalau ada masalahlah baru nak rajin sikit kan. Astagfirullahhalazim....



Tapi, alhamdulillah, masa tu, aku dapat fikir yang Allah itu kadang kala tidak memberi apa yang kita mahukan, tapi DIA beri apa yang kita perlukan, sebab kita tak boleh tengok masa depan. Mungkin kalau aku terus dengan orang-orang yang pandai tu, hidup aku lebih teruk sekarang. la haula wala quata illa billah. =]

Thursday, August 18, 2011

Bukan 1 tapi 6

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


situasi manusia akhir zaman:


manusia 1: "eh, malam ni jom merempit.."
manusia 2: "jom..."


manusia 3: "eh, lepas rempit jom p 'The Ice' (clubing).."
manusia 4: "jejom..."


manusia 5: "eh, nak balik ke? ala.kemon brother.jom lepak-lepak sampai lebam la..."
manusia 6: "hah, elok sangat tue jejoomm!!..."



manusia 7: "jangan lupa, malam ni dating eks.."
manusia 8: "eks? insyaAllah, jomjom..."



manusia 9  : "ahh, esok jom pekena vodka plak, boring la anggur.."
manusia 10: "eh, dah lama tak pekenakan,ha,jejoommm!"


manusia 11: "eh, esok tak puase tak pe kan?"
manusia 12: "ala, jom makan je la, hidup sekali je, rugi tak makan sampai lebam perut .."


***************************************************************************************************
So, siapa kata hidup sekali je? hakikatnya, "hidup ini bukan sekali" sebenarnya, tapi hidup ini ada 6 kali  iaitu bila kita...:


1. berkumpul  di depan Allah s.w.t
2. Di dalam rahim ibu
3. sebelum umur baligh dan Semasa umur baligh (dunia)
4. di dalam kubur
5. Di padang mahsyar
6. Syurga/Neraka


jadi, jangan ingat juga kita boleh mulakan kehidupan baru di alam berikutanya. like "kire
0-0 lah ek", Ini bukan hari raya puasa atau perlawanan bola sepak atau apa-apa game . Tapi kehidupan seterusnya pastinya akan bergantung kepada kehidupan hari ini. Kira macam ada follow up lah.
Jadi, selamat bermuhasabah atau rajin-rajinlah buat postmortem diri.,






"don`t say it, 'hidup hanya sekali'..."

*Credit to un`ga.

Thursday, June 30, 2011

Bersederhana dalam Membenci

Bismillahirahmanirrahim


Siapa aku?  siapa aku untuk mengatakan yang kau tak layak masuk syurga? siapa aku untuk membenci? Siapa aku untuk tidak memaafkan musuh aku?

Kawan-kawan, kalau kita celikkan mata dan hati kita untuk melihat keadaan kita sekarang ni, mesti kita boleh nampak di mana-mana sahaja manusia yang sedang saling mencintai & membenci. Yang sedang hangat bercinta (fuh!fuh! hangat seyh) hari-hari nak berkepit, SMS, MMS, video call bagai. Juga, tak kurang juga yang sedang membenci (hari-hari post status kat wall dengan kata-kata kesat sambil memaki hamun dan menyumpah-nyumpah). Ini bukan lagi fenomena, tapi dah jadi sebahagian dalam hati kita. Pendek kata, kalau ini adalah penyakit, bukan jangkaan peringkat awal, tapi dah jadi barah dalam diri kita! 

Rata-ratakan sekarang ni, mata aku selalu saja disemakkan dengan telatah dan melatahnya manusia terutamanya orang Melayu yang konon-kononya menganggap diri mereka ni banyak musuh. Agak hairan, bangga ke kalau banyak musuh ni? Mungkin bilangan musuh adalah petunjuk bahawa dia semakin hot. okay, mungkin bila dia fikir-fikir, 

"aku ni kan hot, lawa, bf aku agak hansem & ohsem! aku nampak si 'minah' macam goyang je dengan apa yang aku ada sekarang ni..."

bila ada yang tak kena je antara dia dan 'minah' ni, mulalah nak bersangka buruk dan cop yang si 'minah' ni memang jeleslah dengan dia! itulah fikiran orang melayu yang tipikal. Tapi begitu juga dengan orang-orang kita yang tak habis-habis jelouskan, iri hati dan tak suka tengok orang lain hidup senang.

Aku , paling tak suka kalau ada orang yang post status yang berbaur amarah + cacian. Bukankah lebih baik kalau kita berdiam diri sambil berdoa, untuk apa segala post-post tu? nak mintak simpati. Tak payahlah nak bagi tahu orang yang kamu sedang dizalimi. (betulkan aku kalau aku salah). See, kalau kita bercakap tentang sesuatu yang nampak macam tertekan, tak ke kita akan jadi lebih tertekan nanti? Psikologi~psikologi~ Orang bijak sahaja yang dapat kawal perasaan marah mereka. Perkara ni membuatkan aku teringat kat BFF aku, FZ, dia cakap:

"Cintailah musuhmu, kerana mereka telah menunjukkan kesalahanmu."

Apa pendapat anda? hipokritkah?

Bukan aku tak pernah ada musuh? Memang tak ada, tapi aku pon pernah membenci orang dan aku rasa aku tak dapat nak maafkan dia. Kalau nak tahu aku ni memang orang yang sensitif dan emotional. Susah tau jadi orang yang macam ni, penat nak layan perasaan. 

aku masih ingat lagi, Masa tu, aku baru tingkatan 4. Yer, tingkatan honeymoon yang tersangat honeymoon. Masa tingkatan 4 ni, aku amik Sains Hayat, belajar Biologi, fizik, Matematik, kimia dan +++. boleh dikatakan hidup berjalan dengan lancar tak begitu stressful. Kanak-kanak sains Hayat ni biasanya ada kat kelas Farabi (kelas atasan, 
aucheh!!!) tak bangga pon, nama saja kelas atasan, tapi satu je kegemaran bebudak atasan ni yang aku tak berapa nak gemar iaitu meniru. Walaupun mereka dikatakan hebak dan superb, tapi aku berani sangkalkan, tak semua yang hebak , certain sahaja. 

Aku memang tak reti meniru dan aku rasa sungguh benci pada yang meniru tu, sampai satu masa tu (final test kot) aku langsung tak boleh nak concentrate on paper, apa yang aku lihat adalah kertas-kertas yang berterbangan, berjalan mengiring,tertonggeng  dan berlari terguling-guling (personafikasilah pulak). Kadang-kadang aku nampak ada yang  toleh-toleh belakang!  Sumpah! aku tak boleh nak concentrate satu habuk pon! Kesannya! Nah! AKU BERADA di nOMbOR TERAKHIR dalam kelas! Yes, aku dapat nombor last masu tu. Report card pon aku tak serahkan pada abah dan mama. Aku still ingat, akulah yang tandatangan sendiri report card tu dan serahkan balik pada cikgu kelas. 

MAsa tu aku rasa macam upset gila, down sangat sebab result yang sangat teruk. Aku rasa macam aku tak buat apa-apa preparation dan aku rasa macam aku masuk exam hari tu, aku tak buat apa-apa. ya, memang betulkan, aku tak concentrate langsung kat paper hari tu. Aku masih ingat juga, satu-satunya tempat lepak aku masa dapat result tu adalah di library, oleh sebab terlalu down dan tak dapat tahan aku call kakak aku dan menangis. salah satu kata dia yang boleh hilangkan rasa sedih aku adalah:

" Mungkin Allah tahu yang kamu tak sesuai dan tak selesa berada di tempat sekarang, sebab tulah Allah pindahkan kamu..."

 Tahun seterusnya, aku turun kelas, ke kelas kedua untuk sains Hayat. alhamdulillah, aku memang rasa lebih selesa ada dalam kelas Jabar, bila aku fikir-fikir, aku akan lebih jadi teruk kalau masih dalam Farabi, sebab belajar dalam kebencian. ketika jiwa yang masih keanak-anakkan tu, aku memang tak boleh terima manusia-manusia yang hipokrit tu, aku fikir masa tu, biarlah aku tak maafkan diorang. baru puas hati aku. Tapi tak lama aku fikir macam tu, sebab aku tahu Allah tu maha Adil dan kita cuma kena berdoa saja. Lebih-lebih lagi kalau orang yang teraniaya, doa tu sangat mustajab.

so, bersederhanalah dalam membenci, kalau kebencian kita tu dah melebihi garis wasatiyyah, tu yang jadi emotional tak bertempat. Kita akan penuh dengan rasa sangka buruk pada orang itu. Tengok pon dah tak boleh, tu yang sampai tak bertegur sapa. 

notepad: "cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"- Sayidina Ali bin Abi talib

Thursday, June 16, 2011

Menipu atau muslihat atau self-confidence?

Pernah tak korang semua menipu? agak-agaknya berapa frequencynye? Sekali sekala? Dua tiga kala? sehari 4 kali? atau infinity? (please show your result in graph?) miyahahaha

ok2, let`s story. Kita ni kan, pernah difikirkan tentang tipu sebenar-benarnya dan tipu sunat. Sejak kecil lagi, kalau menipu je, nak tutup dosa mesti kita akan cakap.. "ala..tipu sunat ni..., acilah, acilah...". hoi, kanak-kanak...haha, mane ada...mana ada tipu sunat? Penat mak nganto sekolah ugama. Tipu semuanya berdosa. ha,,Tipu sebenar-benarnya in other words tipu haram, dah kalau kanak-kanak tu kata ada tipu sunatkan. (ok, kita layankan) .Bagaimanapula dengan tipu harus dan tipu halal? Sebenarnya yang ada cuma tipu haram, MELAINKAN:

  1. Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya.
  2. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya.
  3. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Tapi, aku pernah ada jumpe dengan seseorang ni, banyak jugak soalan-soalan yang dia tanya kat aku. 
Soalan tentang aku jugak, mcm: "Bila nak habis belajar? 
Berapa tahun lagi? 
Bulan berapa habis belajar? 
AEh, isteri baru jiran kau kerja apa? 
Agak-agak kaulah kan, bila Malaysia nak ada 2nd angkasawan dan kau rasa aku layak tak? "


Dan, banyak soalan yang dia tanya tu, aku tak pasti, jadi aku bagi jawapan, "ha...xsure la, hurm, mungkin kot. Rasanya tak lama lagi la..."


Walaupon aku cuba bagi jawapan yang agak sopan , tetapi ternyata jawapan aku tu sungguh menunjukkan kebodohan dan inesen tersangat. 


lepas tu kan, dia tengok je muka aku. Beberapa saat kemudiaan tu tiba-tiba dia ketawa sinis dan dia cakap,


"Lain kali, kalau orang tanya, jangan cakap tak surelah, mungkinlah, tak tahulah. Cakap je yang kau akan habis study bulan 9 tahun 2020 ke, 15 tahun lagi ke ataupon kalau nak lebih logik 1 tahun setengah lagi...bukannnye orang tahu betul ke tak, ataupon bukannye orang tu nak pergi check sama ada apa yang kau cakapkan tu tepat atau tidak."




Aku pon tetiba terfikir, ha'ah, betulah, asal aku tetiba macam tengah bercakap dengan polis pulak, kene jujur bagai. Tapi , bukannya kita nak menipu kat situ, cumanya bagi aku kalau kita cakap je apa-apa jawapan, itu menunjukkan kita ni confidence. Tak menipu kot.... Tak niat, tak niat. Yang pentingnya tak ada pihak yang rugi atau untung. Boleh gitu?... errr...  Betulkan aku kalau aku tersilap. 


notepad: Orang yang menipu diri akan cuba memuaskan diri sendiri, hakikatnya dia hanya cuba mengelak daripada celaan manusia lain.

Sunday, May 8, 2011

a man whose manner are good...

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak take time & write down something about our attitude, our behaviors. Bukan semua yang aku cakap ni betul (maybe...) dan kadang-kadang aku pon terlepas daripada melakukan kesilapan (dah menjadi fitrah). Benda yang paling senang sekali untuk kita detect seseorang tu ada sikap yang baik atau tidak adalah melalui percakapannya. Kerana mulut, badan binasa sebab Lidah itu tajam seperti pedang. Jadi:

" Bro, bila bercakap tu, jangan sampai buat orang sakit hati yer..."


- kalau orang ada buat salah kat awak, janganlah sampai nak maki-maki  macam tak nak kalah walaupon orang tu tak akan balas balik apa-apa yang awak cakap. Sebagai contoh, kita ke shoping complex untuk membeli belah, objektif: cari barang-barang yang tengah offer, fine. Jumpa Soflan yang herge RM6.99, cek2 kat kaunter dia trace, RM7.99. Sebabnya harga promosi yang dekat rak soflan tadi belum dicabut balik, sudah pasti awak akan cakap yang awak telah ditipu. "Wah, mana hak saya sebagai pengguna ni,," "pihak supermarket dah nipu saya ni, cuba nak mengaburi mata-mata kami sebagai pembeli".  


owkeh, fine, betol lah tu diorang yang salah, tahniah sebab berani mempertahankan hak anda sebagai pengguna, kesannya anda dapat harga seperti harga promosi, yeay, bravo2. kira bertuahlah kan? Padahal, memang kalau tak promosi pon nak kene beli jugak =p


Tapi bila dah dapat balik apa-apa yang kita nak tu, janganlah pulak p tambah api dalam hati beb dengan mengatakan .." teruklah supermarket ni, patotpon orang tak nak datang.." dengan slumbernya cakap mcm tu kat depan muka supervisor tu. Nada pulak dengan nada kencang dan sinis. Tahulah orang tu takkan balas, tapi dalam hati mesti cakap "teruknye orang melayu ni,haish..." agaknya orang yang kurang pendidikan ni, memang gitu, cakap ikot sedap hati je kan.


-di suatu kes yang lain time aku kat lab enjin untuk setellkan projek enjin, bersama-sama jugak dengan budak-budak robotik (yang pro, cet..). Kiteorang ada berborak-borak dengan diorang tentang macam-macam topik termasuk tentang budak 'kelainan upaya' mcm down syndrome, memang tak patut bila ada di antara budak-budak ni yang cakap " budak down sindrom ni, letak kat higway sorang-sorang, and so on,....bla2...", tak hengat apa lagi tapi apa yang pasti setiap kata-kata dia adalah kejam. Okay, bagi aku , rasa mcam nak smash balik, tapi biarkan aja (ada jugak balas)...


sampailah masa nak balik tu, tunggu bas dan aku balik dengan seorang kakak ni yang ada di tempat kejadian (kejadiaan di mana budak tu mengutuk mereka-mereka yang berkelainan upaya). Dia cakap "akak rasa sedih sangat bila dengan budak robotik tu cakap gitu, sebab akak ada adik down syndrome.. Akak tak boleh, akak sensitif sangat sebab akak sayang sangat kat adik akak yang tu...akak rasa sakit hati sangat, tadi akak sabar je, sebab tu akak keluar, turun, pergi surau..."


Huish, saya pon sama akak, mungkin dia tak pernah jumpa budak-budak macam tu kot. Pelik kan? Pelik kenapa lah dia kejam sangat sebab bercakap tak tengok kiri kanan.


Sekian entry marilah berbudi bahasa.





Thursday, November 18, 2010

yang mane satu senang?

saya terbaca satu status FB seorang lecturer saya yang berbunyi

"Punya duit susah, nggak punya duit lebih susah, 
manusia memang bisanya paling2 berkeluh kesah aja...."

xda jawapan,
tapi yang betul
orang yang berduit susah untuk menggunakan duit, dan orang yang tak berduit susah untuk mencarinya.


note: tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang berada di bawah.








MySpace