Alhamdulillah. Orang kata makin meningkat usia, makin bertambah tanggungjawab. Walaupun bukan satu keperluan, tapi agak la 'keperluan'nya itu. Keperluan apa? Kereta. Untuk memiliki sebuah kereta, aku tak begitu tergopoh gapah untuknya. Mungkin masih seronok drive 'Afiq' kot. Tapi, masa dapat MC hari tu sebab demam jerebu (ha, ade ke nama demam cenggitu?). Mama tiba-tiba ajak aku and Abang Long (Yop) untuk ke Proton Branch Simpang, Taiping sambar sebijik kereta. Nekad betul mama, macam nak beli tepung gandum 1 Malaysia aje gayanya. Aku pon hadap je la, since tak tahu nak buat apa atau tak tahu nak mula dari mana untuk beli kereta. Plan tu memang dah lama.
Bila pergi je Proton Branch dah ternampak lautan kereta bermacam-macam model. Suprima S! Purgh, kereta idaman sejak dulu kot. Sporty and rare. Tapi bila ade orang kata... 'amik kete sedan le, but beso...', aku pun berubah fikiran untuk memilih Preve pada masa itu. Bila dah cek but Suprima S, 'Ehh, xde la kecik nau butnya... Ok What? cuma Preve memang beso gile butnya...Ok set jadi amik Suprima S...' Masa tu fikir,
'wah tak sangka akhirnya dapat pakai hatchback car...wah..wah...memang soul and jiwa remaja la...' persoalannya, REMAJAKAH? hehe
Tapi pada saat itu, aku hanya mampu untuk menyambar Surprima S Standart. Tak tergamak nak memikul Suprima S Premium. Bak kata Yop, 'Alah,kita nak enjin dia je...'
Dah isi borang siap! Bila balik baru nak discuss dengan abang. Lastly abang nasihatkan aku untuk ambil Preve 1.6 Premium. Sebab Full-spec. Mana idaknya, katanya yang full-spec berbaloi-baloi. Ada 6 air-bag, Traction Control, Paddle Shifter and lain-lain lagi. Kalau brand Honda, mau 100K regenya. Jadi dengan rasa confident dengan hujah-hujahnya aku pun menukar keputusan untuk mengambil Preve. Tak jadilah Suprima S. Biarlah tak jiwa REMAJA, tapi pueh hati full-Spec plus enjinnya sama dengan Suprima S. Cuma aku tak memilih hatchback. SOBS! Tapi rasanya itu keputusan yang baik. So,
'Here I Am!' - AKEL
Dear Akel, semoga awak dapat berkhidmat dengan cemerlang. Dapat berbakti kepada tuanmu dan orang-orang di samping tuanmu. Kalau perkhidmatan Akel cemerlang, nanti tuanmu bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), hadiah berupa Carwash, tinted , polish dan lain-lain lagi. Akhir kata, teguhkan kesabaranmu menahan sikap tuanmu. Tapi, not at all, kadang-kadang tuanmu lemah lembut orangnya. INSYAALLAHHH...
1 comment:
wah congrat.lawa kereta baru :)
Post a Comment