Assalamualaikum mekome-mekome semua..agaga
Nak ceghite sikit ni, memandangkan minggu depan je kan dah nak raya (sedih jap), mesti ramai yang dah bersiap sedia dengan tiket bas kan?kalau yang belum sampai kat kampung, hari-hari menatap tiket bas tu. Tunggu masa je nak serbu bas stesen. Samalah jugak dengan epot ke, train stesen ke atau apa-apa sahaja tranport yang kuase nak hantarkan korang balik kampung berghaye. Tahun ni aku tak merasalah semua tu sebab aku dah hampir 4 bulan stay kat rumah.hehe
Aku ada kenangan tau, dengan bas. haha. Masa tu nak p dungun, sebab ada kerja lapangan. Survive mencari bas. Mula-mula cari bas, jumpa, tapi at last, tak jadi, ada problem. Kemudian, ambil keputusan naik bas ke kL dan kat KL baru cari bas ke Dungun.
Bila dah sampai kat Stesen bas Putra untuk cari bas terus ke Dungun. Semua kaunter aku & kawan-kawan tanya. Bas, ada memang ada, tapi agak lewat dalam pukul 6petang, lewat tu sampai nanti. Dah la kami tatau masa depan kat Dungun tu nanti,hahah..Lastly kami pergi 1 kaunter ni.Kaunter ape ntah SP Bumi kot.
Aku : Assalamualaikum, ada tiket ke Dungun tak?
Penunggu kaunter : Wasalam, ada2...
Aku : Pukul berape ?
Penunggu kaunter : pukul 5.30 petang ni.
Aku : Ha, alamak, awal sikit tak ada ke? pukul 2 ke?
Penunggu Kaunter : Tak ada, pukul 5.30 je. Aku : Alamak, tak de ke?huhuhu
Penunggu kaunter : Kalau adik beradik 4.30 petang?
Aku : hah? acamner tu?errr.....
Kawan aku : ouh kat kaunter sana tu, aku macam ada nampak.
...jom2....
masa tu aku tertanya-tanya lagi, apakah maksud brade tadi?
"kalau adik beradik, 4.30petang..."hah?
ouh, rupenye ade bas jenama Adik Beradik, aku ingatnya maksud brader tu, kalau baik macam adik beradik, kita bolehlah bertolak awal sikit..
hahahaha....naseb baik aku tak tanya .. "acamner nak jadi adik beradik tu , bro.."
sengalness
Kalau aku tak jejak kaki ke Pantai Timur dengan bas,mesti aku takkan pernah dengar pun nama bas ni.Bas ni best, laju tapi cekap. Cuma pakcik Driver agak garang.
steady aku!


