Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
fenomena hari ini: kisah pertembungan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan
*semua orang dah tak sabar nak beraya?
*tak sabar nak balik kampung,
*tak sabar nak gantung lampu lip-lap kat tangga rumah supaya raya tu kelihatan meriah bagai nak rak.
*Lagu raya, 10hari puasa dah dinyanyikan.
*Baju raya, kuih raya, shawl raya, kasut raya serba serbi lengkap (memang tak pernah miss pun)
But then,
*Aku belum dengar orang cakap "eh dah bulan ogos le, tak sabarnye nak merdeka.." (patriotik,aku salute)
*pun jarang dengar orang cakap "aku tak sabar nak p stadium nak jerit panggung, 'merdeka!' tujuh kali"
*Lagilah kalau nak kibarkan bendera Melaysia kat depan rumah atau kereta. Kalau dapat free bendera pon belum tentu nak pasang.
*Lagu merdeka? bertuahlah nak nyanyikan..
sedangkan,
Raya dan merdeka pada hari yang sama kan?
Kenapa boleh jadi mcm ni?mana semangat kemerdekaan ni...?
jadi nampaknya, Merdeka vs Raya = Raya menang!
Ceh, cakap orang , engkau sebelum pose dah wordless wednesday kan biskut raya dan ketupat palas! huhuhu
dan, oleh sebab itulah aku nak memeriahkan blog aku ni sikit dengan semangat merdeka yang ke 54tahun. yeay! Header baru, mula-mula aku buat combine, tapi biarlah,nanti raya buat besar-besaran punya header (muahahaha) mula-mula juga aku ingat nak pasang lagu merdeka atau lagu tanggal 31 Ogos, tapi nanti orang tak suka masuk sini pulak sebab lagu merdeka kan semangat-semangat (ada plak yang tanjat kang),
Tak nafikanlah weh, kalau raya memang akan meriah berbanding dengan apa-apa perayaan kat Malaysia ni,aku ingat masa Deepavali dekat-dekat dengan raya tahun lepas. Jarak Deepavali 2/3 hari sebelum Aidilfitri. Ini interaksi antara aku dan seorang kawan.
Aku: kesianlah kat kaum India, Deepavali dua hari sebelum raya puasa...
kawan: eh, kenapa pulak ko kesian?
Aku: Yelah, alamatnye movie hindustan tak banyak le keluar kat tv, sehari je lepas tu raya keluar flem-flem melayu,,,muahahahha
Kawan: eleh, ingat diorang kesah? diorang tgk teaterlah!