Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

OMG! traffic blog turun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

pergh, dah raya kedua ni, camno raya? hot ? suam-suam kuku? sejuk mendung? mesti best an, sampai blogger.com ni aku rasa sunyi sepi je, kalau ade new post pon semua citer pasal raya! kat dashboard tu, boleh tengoklah, meriah ke tidak raya ni.huh, apa yang penting, ramai yang tak update sebab balik kampung mungkin. Aku pon malas nak jenguk blog dah, haha. Sejak semalam, traffic blog memang menurun arg, tengok-tengok aku sorang je yang melawat blog aku, haha.Sebab ape ek?

*google


sehari sebelum raya.


semua pakat balik raya, bukan highway je yang jam, jalan persekutuan, jalan luar bandar, jalan lama, jalan sungai, jalan udara. PLUS paling untuk atas traffic ni. =P
*google


Persiapan raya, beli santan pon kena Q. Penjual kelapa yang masyuk...
*gambar sendiri

hari pertama raya...

ramai berpusu-pusu ke open house sebab nak jumpa menteri & makan best-best.Yang penting , duit raya untuk budak-budak. =P
*google

hah! tengok wayang jugak! rasanya, tahun ni ada dua movie kot, hantu bonceng dengan karipap-karipap cinta. korang pergi tengok wayang x? aku tak..aku tgk kat utube je nanti, haha *google


notepad: tak kisahlah anda di mana-mana, jaga keselamatan dan SELAMAT HaRI RAYA AIDILFITRI! =]

Sunday, August 28, 2011

Kali kedua beraya dengan blog, Selamat menyambut hari kemenangan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum


raya dah nak dekat?kenapa cepat sangat ?! sebabnya, semakin dekat nak raya, semakin cepat la kena balik uPSI nun, sambung study. Ouh, tak puas lagi la 4bulan..haha.. bagi petis nak pehe.


ok, nak balik kg jap, melawat pusara, mana tau ni post yg terakhir ke kan, jadi, ucapan aku untuk korang semua,






dan maafkan aku kalau ada terlanjur perkataan, ayat dan gambar dalam apa-apa entry atau komen untuk korang jugak ye. 
oklah, sebarang kad raya, duit raya, kuih raya, lemang, ketupat dan soto ayam, sila letak di shoutbox,nanti aku balik, aku nak melantak pueh-pueh...

wasalam

Saturday, August 27, 2011

Kempen : Jom Beri Duit Raya

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.


seronok nye jumpa dengan kempen ni,memang bernas gils lah kan. Aku sedor aku dah beso, dah out of list nak dapat duit raya, tapi aku tau budak-budak kecikk xkan dapat duit raya dari blog. So, ok lah ni kan,kirenye aku tak fight ngan budak-budak kecik. kempen ni senang saja, yang penting setiap daripada sesiapa yang join ni kene ikhlas dan jujur. 





Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO


"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA


Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih

Itu sahaja, mudah dan senang je kan?


Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh,


Aku nampak entri ni di blog Sergeant Keroro, aku copy dan backlink kepada Sergeant Keroro

Bila korang dah join kempen ini,  tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. #senyum


Selamat berkempen!

jadi, 
'aku nampak entri ni di blog Skytech Belog dan Soliciousnori, aku copy dan backlink kepada Skytech belog dan Soliciousnori.

jom exchange duit ghaye, sekian =]

Friday, August 12, 2011

memang tak boleh dipisahkan:entry pre- Aidilfitri

Bismillahirahamanirrahim
Assalamualaikum semua >-*

Dua tiga hari ni, blog aku tak bermasa hadapan.
WW dan ST je yang boleh. Tak pelah, lepas habis terawih tadi baru la nak rileks mind sikit sambil tulis-tulis entry. Tadi mak aku cari tuala buruk, dia kata dia nak mengelap. Aku ingat dia nak mengelap dulang (nak buat biskut raya), rupanya tidak. kecewa. aku rasa macam tak sabar-sabar pulak nak mulakan operasi menerap biskut dan mengacukan sarang semut dalam sarangnya. Tapi it takes time kot, since mama pon tak berapa sihat.

yeay, ceritanya biskut sarang semut memang tak boleh dipisahkan dengan Aidilfiti.Anugerah yang pernah biskut sarang semut dapat adalah:

-biskut pertama yang jadi feveret kami 5 adik beradik semenjak lahir 
-biskut pertama yang menjadi pembukaan kepada biskut-biskut lain bila nak start buat    
 biskut raya
-biskut yang mula-mula akan habis dulu
-biskut yang terpaksa disorokkan bawah katil oleh mama (takut raya tinggal rumah sarang je,semut entah kemana )

Walaupon mama dah pandai buat biskut mewah macam biskut almond landon, biskut kacukan omputih tu, biskut sarang semut masih tak dilupakan.Modah dah la sikit je, perasa vanilla je,tenaga pon sikit je guna sebab tak payah nak celup-celup, uli letak badam dalam isi perut tepung, hanya campak-campak chocolate rice (karakter sebagai semut) atas sarang. then,siap!! hehe

Tapi hakikatnya hari ini, bila dah beso panjang, mama kata, biskut Sarang semut dia jarang-jarang habis, kalau letak hidang pon tak de sape yang nak usik.lol. sedih la.wuwuwuwu..bezakan budak-budak dengan budak-budak yang dah besar?

Thursday, August 11, 2011

Live in motherland


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

fenomena hari ini: kisah pertembungan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan


*semua orang dah tak sabar nak beraya?
*tak sabar nak balik kampung,
*tak sabar nak gantung lampu lip-lap kat tangga rumah supaya raya tu kelihatan meriah bagai nak rak.
*Lagu raya, 10hari puasa dah dinyanyikan.
*Baju raya, kuih raya, shawl raya, kasut raya serba serbi lengkap (memang tak pernah miss pun)


But then,


*Aku belum dengar orang cakap "eh dah bulan ogos le, tak sabarnye nak merdeka.." (patriotik,aku salute) 
*pun jarang dengar orang cakap "aku tak sabar nak p stadium nak jerit panggung, 'merdeka!' tujuh kali"
*Lagilah kalau nak kibarkan bendera Melaysia kat depan rumah atau kereta. Kalau dapat free bendera pon belum tentu nak pasang.
*Lagu merdeka? bertuahlah nak nyanyikan.. 


sedangkan,


Raya dan merdeka pada hari yang sama kan?
Kenapa boleh jadi mcm ni?mana semangat kemerdekaan ni...?


jadi nampaknya, Merdeka vs Raya = Raya menang!


Ceh, cakap orang , engkau sebelum pose dah wordless wednesday kan biskut raya dan ketupat palas! huhuhu

dan, oleh sebab itulah aku nak memeriahkan blog aku ni sikit dengan semangat merdeka yang ke 54tahun. yeay! Header baru, mula-mula aku buat combine, tapi biarlah,nanti raya buat besar-besaran punya header (muahahaha) mula-mula juga aku ingat nak pasang lagu merdeka atau lagu tanggal 31 Ogos, tapi nanti orang tak suka masuk sini pulak sebab lagu merdeka kan semangat-semangat (ada plak yang tanjat kang), 

Tak nafikanlah weh, kalau raya memang akan meriah berbanding dengan apa-apa perayaan kat Malaysia ni,aku ingat masa Deepavali dekat-dekat dengan raya tahun lepas. Jarak Deepavali 2/3 hari sebelum Aidilfitri. Ini interaksi antara aku dan seorang kawan.


Aku: kesianlah kat kaum India, Deepavali dua hari sebelum raya puasa...
kawan: eh, kenapa pulak ko kesian?
Aku: Yelah, alamatnye movie hindustan tak banyak le keluar kat tv, sehari je lepas tu raya keluar flem-flem melayu,,,muahahahha
Kawan: eleh, ingat diorang kesah? diorang tgk teaterlah!

notepad: raya-raya jugak, sejarah jangan dilupakan.Merdeka-merdeka juga, jangan buat maksiat pulak.








Sunday, August 7, 2011

baju raya?

Bismillahirahmanirrahim
Assalmualaikum

Penat gilssss! bukan sebab berbuka..tapi sebab join segmen abang ben,,penat mengedit,apa-apa pun puas..Oh ye, tahun ni raya paling best, sempoi dan ringkas sebab tak payah peningkan kepala cari kain, potong kain dan suruh mak jahit. Rileks le mak kita. Lagi pon dia tak sehat kan, baiklah, bagi la cuti sat. Kita dah ada baju rasa a.k.a baju kenduri kawen G (bro). Jadi tak payah beli dah baju raya. Cantik tak cantik, bedal je,,raya bukan nak raya mcm kanak-kanak,serba serbi baruu jee 

:bolehlah kalau setakat nak bawak sembahyang raya dan tidur raya (simple gile kan aku, knai ke yang mana satu?)


nanti Raya 2012 nak cari baju raya modern contemporari macam ni:

from: Jezmine Blossom






from; jezmine blossom


nak?amik satu je ok


uish, different betul outfit dia.cun.

Monday, July 25, 2011

open house pada 7 Syawal.

Hari ini rumah saya ada open house.. tak besar..kecik2 jerp...
macam2 masak hari ni, sampai terpaksa postpone satu resepi sebab tak larat sangat.
Awal pagi tadi, pergi pasar untuk beli barang-barang basah.
Satu bende je saya carik, sangat suke, sangat enak..huhu..petai...
ape lesson balaja hari ni?
 Petai papan dan petai ape tah lagi satu namanya...hah!!!petai padu..
akhirnya kami memilih petai papan.
hah!kome sume makan ke petai?
sure kate idok, walaopon kome sebenarnye makan kan..he
pe salahnye makan petai,
lepas tu gosok la gigi, samak ke sugi ke.

Tuesday, November 16, 2010

yang ni penting...


Assalamualaikum ols
haha, hari ni dah hari raye aidil adha buat umat Islam kat Mekah sane
and 
esok hari raye aidil  adha untuk kite kat malaysia sini pulak.
so, saya nak ucapkan SElamat Hari Raya Aidil Adha
Marilah kita sama-sama berdoa supaya umat Islam dan kaum keluarga kita kat Mekah yang sedang menjalani ibadah haji tu selamat dan dapat menunaikan haji , insyaAllah, haji mabrur.
Teringinnye nak p sana. Bile agak2 nye dapat gi, hurm
kalo ikot plakn Tabung Haji 2026..

hehe, pepun, sudah siap ni juadah raye tok esok...
hebat2!



Thursday, September 16, 2010

asslamualaikum & hallo...


he..akhirnye, setel suda open house untuk rumah saya hari ni...7 Syawal...
YaAllah, letih ke?huhu


tataw la kalo letih sebab open house..ke atau sebab lain...
tapi ape yang pasti, semalam memang tak tido malam...


stay overnight for do nothing....huhu...


tu yang tercebil2 je mata saya , gi pasar , masak soto, masak kuah lodeh..
ecey, sekali dgq macam perempuan melayu terakhir,...
sebenarnye join venture je ngan my mother. 
...
special thaks to para tetamu yang sudi datang ke rumah saya
dan memuji2 kelazatan makanan kami..hehe.... 


ade berape hari lagi je sebelum balik UPSI,
haduh...pe yang saya risau??
esemen xde la dalam keadaan gawat ngat.


hah!it`s all about my missing kad matrix...
huh..missing in action keh?
pueh saya carik...


n , according to my instinct,
kad itu mungkin sedang berada di ipoh..
hallo der, shopping ke jalan beraya?


oh, tidak! itu sume kesalahan dari ku...
wahai kad matrik, pulang la...
Selamat hari raye der...
Tak cukup sekadar tu,
semalam tyme gi Giant Hypermarket kat Taiping,
boleh pulak tertinggal purse saya...
waaaaaaaaaaaaa............
PURSES kotttttt........dahsat la saya ni.
Seb bek la ade seorang pak cik yang berhati murni dan tidak mementingkan diri sendiri..
Terima Kasih daun Keladi Pakcik Guard..
Saya doakan pakcik murah rezeki dan dimudahkan kehidupan.
Semoga anak-anak pakcik menjadi insan yang berguna . Ameen...


Cet, tyme tu Giant dah nak tutup aw, saya n mama masih berlegar-legar mencari si purse itu..
tibe-tibe je pakcik tu datang n tanya..."hah...cari ape ni?"
Mama pon cakap "ni ha...cari purses dia" sambil tunding-tunding pada saya...


"hah! amalkan macam tu lain kali" pakcik tu cube tambah api dalam hati.....
huh panas beb, dah la purses gua hilang.
dalam hati sabar je la "pakcik ni nak membebel plak"dalam hati cakap cam tu...ingat lagi..


Tetibe,,,,hehe...
pakcik tu kuarkan something dalam pocket dy...
hah!!!saya kenal itu!!!!!


wane2 coklat, tebal2..(cet)...itulah purses saya....
huhu...
terima kasih pakcik...huhu
secara tak sengaja, terus wat muka terharu...
wah...Alhamdulillah yaAllah....




but, itu lah kisah yang sangat mendebarkan terutamanya mama saya...
saya? rase mcm nak mati je
lum setel hal kad matrik hilang, purses plak nak hilang...
dah la sebelum ni phone hilang, orang ta nak pulangkan..
tension ar...cam ader makhluk halus ikot jerp.
huh....."lame2 cam ni boleh naik darah aku."


                                                                                                                        -"nurshafikahnordin"





Dear Friends, รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨn

Ramadhan dah lepas, Syawal pon dah tinggal separuh...(lebih kurang lah). Kehangatan syawal pon dah tinggal suam-suam..huhu..tak baik2..shadap!!
Ramadan....bulan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran...
tapi adakah suasana yang sepatunya berlaku pada bulan tersebut...yang saya tahu, suasananya sangat memilukan.
Diri sendiri pun tak berapa menghargai bulan Ramadhan..
"Maafkan aku ramadhan, tak banyak yang akulakukan"


huhu...harap2 next year dapat jumpe Ramadhan dan malam Lailatul- Qada.Amen...


Syawal...He, rata2 orang kata, bulan ni memang seronok....


Ade orang kate, tanda-tanda orang munafik ialah
bersedih pada bulan Ramadhan, tetapi bergembira pada bulan Syawal"
ok2...tepuk dada, tanya iman ok.


Apa-apapun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & batin....
pada hari ini 16 September  a.k.a 7 Syawal
                    
                                                                                     -"nurshafikahnordin"