Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Pengalaman di Sarawak

Assalamualaikum
saya nak share satu pengalaman, so, saya post entry ini.
Ape pengalamannya, seperti yang dah tertulis kat title atas.
terang2an saya ke Sarawak..
Pe tujuan gi sarawak ni?
saje2 nak usha2 n + pengalaman kat Sekolah kakakkuh yang jaoh berada di dalam Pendalaman.
Tak ingat dah bila tarikh nya,
kami pergi berempat, saya, kakak, mama n seorang abang.
tapi tyme tuh semester break, dalam bulan 5 kot...ow...yang cuti 3 bulan tuh.

Sangat effy :)
thankx to Kakakkuh, Nur Shafini Nordin
kerana menaja segala perbelanjaan termasuklah
beli flight (tiket dowh) kalo beli flight boleh la join venture ngan empunya MAS airlines and AirAsia gaks..
begitu jugak dgn belanja2 kat sane= makan+cenderahati+bot & pelbagai lagi.

Kami bertolak dari tpg ke Kuala Lumpur dengan naik bas!
hah.
nape naik bas, sebab nnti tak taw nak park kat mane bile sume dah g sarawak.




Perjalanan saya dan keluarga dari Taiping ke KL
esoknye kami baru bertolak dari KL ke Bintulu, Sarawak.


Tara,,,sampai sude kat Bintulu!
Wah, tempat baru....
MALAM PERTAMA (hehe) kami ke pasar malam berdekatan.
Apa yang dibeli ek?lupe...
nak carik nasi lemak sedap yang selalu kakak saya cakap dalam telefon, tapi kami tak de reseki malam tu...
nasi lemak sedap abis sudeh.
So, kami belilah bende alah lain memandangkan perut sudah berbunyi mintak di isi.

Ini pulak gambar sebelum naik van di Bandar Bintulu untuk ke Pekan Tatau.
Dari Bintulu mengambil masa hampir dua jam.
Sangat penat memandangkan cuaca Panas dan jalan ke Tatau sangatla teruk.
BerLObang2.
Haishhh...
Bandar Bintulu besar tapi pembangunan besa2 jerp.
Kami berkesempatan untuk tinjau2 ke Tamu Bintulu, Benteng, kedai cenderamata, Pub Kitai (hehehe...luar sajew!...) dan most important CIMB and MAYBANK.
huh!..Duit seperti AIR



sambil jalan sambil toleh.
Hak tempatan


hah! ade bran?
sebelum naik bot kecik ni.
kami perlu naik sebuah bot ekspres dari Pekan Tatau ke Kem Melanau.
Dari Kem Melanau, naik pulak bot kecik seperti dia atas.
Kenape?
sebab sungai ini hanya boleh masuk dengan hanya bot kecik.
Mungkin kurang kedalamannya.
tapi tetap luas aku rase.

nak taw ape rase ?
Sangat Best.Walaupun mama saya berasa Lenguh2 (sebab 2-3 jam kena bersila saja ) + berasa cuak sebab takut kalo ader ape2 yang timbul.
Paham2 je la sg sarawak.

Tapi saya?
sangat heppy
kalo xde sesi ni, memang xbest n menarik .5 bintang!
SYIIIIIIIIIIOOOOOOOOOO!

WIHUUUUUUUUUUUUUUU

Lalalalalaala......sapai juge...
xsangka selamat..hahahaha
Alhamdulillah...
sampai jugak kat sekolah kakak saya yang selama ni sy tgk dari dalam gambar je...

inilah dia SK Nanga Penyarai, Sg Kakus, Tatau, Bintulu, Sarawak.




Jiran sebelah umah yang ciut+miut
Pasang & Dara (joanna)


Jalan2 kat sekitar sekolah
100% kayu dan dibina sendiri oleh ibu bapa pelajar2 sekolah ini
pada suata masa dahulu.


Sesi membersihkan badan.
Kalo students memang gini, pakat terjun ramai2 dan hanya dipantau oleh PPM.
Kami pon mandi air sungai gak, tapi tak de la terjun sungai.
Mandi kat bilik air lagi.
Kat sekolah ni ada 2 sungai. Dan sungai yang diorang mandi ni, ada buaya, tapi buaya ni tak keluar.
Usha dari jauh je kot.
:P
Cuti yang bermakna!
pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Panjanggggggggggggggggggggggggggggggggggg.
Opsss! jangan silap. Ini bukan tuai rumah.
Dia adalah salah seorang penduduk rumah panjang ini dan juga guru di sekolah kakak saya! Dia juga telah menghadiahkan kami segulung tikar yang dia kata "Ini kalau kitak jual Rm1000 pon, tak untung"


Panjanggggggggggggggggggggg sgt!


Pegi public!
Line maxis xdek ek!
Diji Bersamamu pon Haram xde!




Kenangan! :)


Last!


Hopefully, percutian ini tambahkan pengetahuan+pengalaman pada saya. :)
BEST sgt yong!.

Sunday, May 15, 2011

Terengganu

Assalamualaikum + Salam sejahtera

Tahniah pada diri sendiri sebab dah berjaya sampai ke Dungun (terutamanya) dalam mengenang cinta, ececey, dop argh, p sana pon ada keje, tak tahulah rasa menyesal ke atau rasa ok je sebab aku yang nak ngat pilih tempat tu... =p..Tapi ok je sebenarnya, tak rugi apa-apa dan tak untung apa-apa. Cumanya pergi sana nak setelkan segala assignment kan + isi masa untuk cuti 4 bulan. Ok, kat dungun a.k.a Kuala Abang tu, aku stay dekat Guest House Kuala Abang, kalau sapa2 nak contact boleh tanya ja sebab tak ada gambaq nak attach plus kat internet susah nak cari. Walaupon tempatnye cantik dan menawan tapi hati tetap tak berapa selera nak menikmati peluang yang ado... Maybe sebab yang kat rumah tu asyik bimbang2, aku pon tak tahu pasaipe. dah la kat chalet tak ada line Maxis. Ni nak cakap, kalau family aku risau, aku pon risau kenapalah diorang ni risau sangat.


okay, lokasi penempatan aku: GH Kuala abang yang dekat sangat dengan Rantau Abang, betul2 sebelah pantai dan sebelah lagi jalan nak p Kuala Terengganu, if dah tahu jalan mesti senang punyalah nak p sana lagi. best sebenarnya kat sana cumanya aku pergi sana bukan semata-mata nak bercuti & kalau dengan family lagi best kot o.o', jadi tak banyak tempat yang boleh terjah selain dua tiga tempat macam:

**ini pon pantai yang dekat dengan chalet tempat aku menginap, tempat yang cantik dan menyejukkan.

dan tak sah la kalau p Terengganu dan tak makan makanan-makanan seperti di bawah ni:-




1) Nasi Dagang-alhamdulillah, dapat jugak makan nasi ni kat sana walaupon sikit je, Kalo kat Tg malim pon aku still beli, tapi kat Dungun punya hari tu nasi dia ++lembut. Marvelous.  Kalau p tempat orang, kene lah rasa makanan yang fofuler kat tempat tu, barulah bermakna rasanya.hehehehehehehehe....


2) Satar-makanan yang tak perlu dikenalkan lagi, first time aku jumpa masa p Terengganu dulu untuk pertama kalinya, mula2 ayah aku ingat ni pulut panggang rupanya Satar. Kena makan panas-panas baru terangkat seyh...love.love.love
** Picture courtesy of Google

Friday, May 6, 2011

Broga Hills

Assalamualaikum dan selamat tengah pagi.

Sekarang ni tengah mood cuti panjang, 4 bulan tuh, cuti ini makin menjadi kosong bila tidak dimanfaatkan. memang aku spend sebulan ni untuk duduk goyang-goyang kaki je, sebab masih ade assignment yang belum complited dan ada agenda keluarga awal bulan depan. cuti-cuti panjang ni kan best kalau ade duit yang banyak, jadi cakap je nak p vacation kat mana. kalo mcm tu gayanya cuti=100% holiday.yuhuuu.... aku teringin sekali nak p suatu tempat ni, dalam malaysia je kot, kat Semenyeh tu hah, untungnye orang-orang Semenyeh yer. Pada mulanya aku tak tahu yang ada tempat secantik dan sedamai ni dekat malaysia selain Bukit Larut [nak jugek] , sampailah terjumpa gambar-gambar kawan aku yang sakan bergambor dekat BROGA HILLS:



**haish, sapalah yang tak jatuh cinta dengan suasana macam nikan, damai sangat2... rasa mcm heaven...subhanallah


**awesome rite? jatuh..jatuh..jatuh cinta

pic courtesy of google



Monday, January 31, 2011

teringin nak jalan2, lari2, guling2 atas air

assalamualaikum

petang ni adalah petang yang stress walaupun dah balik kg.
bukan ke sepatutnya happy dan rasa indie bila balik n semakain menjauhkan diri dengan kampus?
huhu, sepatutnye begitulah, tapi masalahnya bende yang kat kampus tu saya bawak balik!!!
Assignment la, apa lagi. stress gile nak carik pasal IQ test ni expecially pasal kecerdasan logikal ni, adalah sikit dapat, tapi the correct answer tak dapat. redha.
hurm, bila dah sampai rumah ni, tabiat buruk dah start dah. apa dya?
tabiat tak mandi 3 hari, hurm next, tidur ikot sesuka hati, makan pon ikot sesuka hati & online 25 hour! kalau kat kolej, YaAllah, saya nilah yang paling busy rase! kalah NC.
hehe, bila dah stress ni, mulalah jadi imaginative terlampau. teringin nak jejak air, kalo tak pob, dapat lari-lari atas air. mcm ni:
\
/
\
/
\
/
\
/

ahaha, peace weyzzz rase!!
bila lar taman tasik nak buat gitu.
tapi kalau ade piranha, tak mahu saya pegi jejak2, tak pasal2.

notepad: hari tu mcm ade dengar pasal ni kat berita tv, kat mana tah. KL?
hurm, doakan segala assignment saya siap dengan berjaya


Wednesday, December 29, 2010

in the end of 2010

assalamualaikum 

hye semua sahabat yang sedang membaca,
amacam persiapan menyambut tahun baru?
baju bape pasang? mercun bape pangkis? kasut bape kotak?
hehe, agaknye kene buat persiapan mcm tu jugak ke?
ada, ada la.untuk budak2 yang bakal naik sekolah.
"back to school" , kalo saya yang nak p sambung sem kat UPSI tu, kene persiapan jugak ker?
bak kate seorang rakan UPSI kat FB dia, 

"list untuk dibeli sempena naik sem adalah seperti, blussher, maskara, compact powder, pen dan mcm2 lagi, apa yang perlu lagi yer?"

perlu ker? ni nak p belajaq ke nak p melawa? :P
haha, alasannya 

" Cikgu2 kan kene melawa..." :P

tol gak, tapi bukan untuk saya yang sangat la low profile bila dah tiba UPSI. hehehehe
Kalau boley, xnak bawak apa2 barang p naik sem, senang, datang dengan tangan kosong.
Malas nak berangkul2, nak tarik2, angkat2. Ponat den, dulu kuat lah lagi, tapi sekarang tidak lagi. Oh yea, sangat malas lah kan bila nak naik sem ni, rasa baru lagi cuti sem ni, memang pon. sebab setart cuti lewat kan. hurm, xpueh lagi den ni p berjalan2. last p berjln pon, mcm besa, ke KAMDAR untuk membeli kain special outfit untuk kenduri Yoeb Parit Buntor July 2011 nanti. Nantikan yea!


::ahaha, ni la tyme nak memilih baju spesel untuk kenduri Yoeb Parik Buntoo..muehehhehe..
aku ni dok sebuk tertungging, terduduk buat photoshoot...bengong..

hurm, tak sangka next week dah nak setart new sem, hurm sem ke-4. mcm2 bende timbul ??. 
Siapa rumate gue? baru atau lama? rumah pulak cmno? harap2, semuanya OKEH! i nsyaAllah.
New sem ni jugak saya akan belajar memasak under coz Living Skill (Pendidikan Kemahiran Hidup)... So, azamnye, nak blaja memasak la, target, pastry, kek, western Food dan len2 lagi!!

Doakan semuanya ok yer. I love 2010! and i Hope, i have the same feeling with the coming 2011! :P
Semoga dapat belajar bende baru lagi :]




Tuesday, December 21, 2010

today & me


hari ni tak tahu apa aktiviti yang berfaedah
walaupon sudah pukul 3.39ptg..hahaaha
saya mau jalan2! he, dah dekat nak patah kaki
pon mau jalan2 lagi..... 
neway, atas ni gambar tyme kat Cameron Highlands dua tiga hari yang lepas
sedapnye strawbery celup2 coklat! (boley la...)

notepad: dah dengar lagu DAdali ni sejak semalam, dekat 50 kali...
xsampai tahap maksimum lagi layan....
syahdu sungguh