Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Bisnes Kek Lapis Sarawak Jatuh merudum, dum...

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum 




Yong kat Sarawak dah post kek Lapis Sarawak ke Rumah, wah tetiba rindu nak makan selepas setahun berhenti makan oleh sebab jemu. Yang paling best kek lapis perasa assaam dan  per mint (macam colgate). Paling selalu kitaorang makan kek lapis Sarawak buatan Dayang Salhah. Harga, berpatutan. 

Tapi, baru-baru ini telah diisytiharkan bahawa penggunaan "Golden churn Creamy butter" adalah haram kerana mengandungi bahan DNA babi. ''golden churn creamy butter'' adalah bahan penting yang digunakan dalam kek lapis sarawak.  Bisness kek Lapis semakin merundum oleh sebab perspektif berubah kepada negatif oleh pembeli, sampai ada yang duk memaki dan mengugut, walaupun mereka dah katakan mereka tak guna produk ini.


hurm, kesian... aku tak percayalah semua orang buat kek ni pon gune mentega ni. Lagi pon yang membuatnya orang melayu, takkan nak menipu... nak buat kek lapis ni dah la 13kali ganda susah daripada kek biase, haku ni, kek marble pon belum tentu gagah...


(eh, teringin cheese cake)


hurm,  pendapat anda? 


sumber: Kosmo

Friday, August 5, 2011

How I meet MIK

[gambar google yang punya]


 Gambar rajah diatas menunjukkan  menu makanan (ikan keli berlada) yang persis seperti bakal  menu berbuka family saya untuk petang ni, wihuu!!!!

Baru balik dari pasar pagi tadi untuk mencari lauk-lauk yang boleh dikendurikan untuk berbuka petang ni. Al-maklumlah, kaum kerabat pun ramai balik petang ni.


ce teka MIK tu gapo?

Wednesday, May 25, 2011

What makes it extraordinary

Salam + selamat pagi buta

aku memang la macam ni, kalau cuti duduk rumah boleh tak tidor 24jam, tapi kalau dekat hostel, jangan harap. Pukul 10 dah lalu nak tido (macam pengantin baru kan..) Okay, tadi ada round-round kat Fb member sambil tengok-tengok photo dia. YaAllah, banyak gile okay gambar-gamabar food yang dia masak, handmade belaka semua. Bila aku tengok-tengok kan, makanan yang dia masak, almost semua aku dah try dan boleh kata selalu masak (==') macam Masak kicap Berlada(jee....), ayam masak lemak cili api, Sayur Goreng, Kari Ayam (ada jugak aku masak), tapi yang naiknya mood dan buat aku starving serta menggila nak duduk kat dapur dan masak, adalah kerana appearance masakan dia tu. In other word, masakan dia disertakan dengan hiasan sekali.

Korang imaginekan, kalau kite setakat masak kat rumah dan kadang-kadang untuk kita sendiri makan, lalu ke nak curving-curving tomatoes tu jadi bersegi-segi macam ini T-T:



Ha ini pulak, rajin sangatlah kalau Epal pulak ditarah-tarah bertukar menjadi rama-rama (bertukar!!) ... Haha, mungkin nak letak hiasan pada segelas air epal untuk diminum bersama adik untuk makan tengah hari disamping nasi putih dan telur goreng kicap. Istimewa untuk raja betul.



Kemudiaanya,selera ke aku untuk susah payah susun peach kat jelly untuk dimakan sendiri di kala petang yang membosankan. Makan sekadar teringin dan kadang-kadang tak habis makan buang.


Plus, Kari ayam dan masak asam pedas pulak dengan hiasan daun-daun hijau, bunga kantan & daun pudina complete ade.Memang tak dapat disangkalkan, elemen-elemen ni boleh dapat tingkatkan mood dan perasaan terhadap makanan yang biasa-biasa tu. Bukan apa, makanan tu memang sedap, tapi dah terlalu biasa, itu sebab  aku agak kagum tengok makanan-makanan yang dia buat. Sebab tu kalau tengok gambar je, kau akan rasa kagum dan rasa dia memang manusia terhebat atau yakin yang empunya gambar masakan tu memang dilahirkan pandai memasak. 

Kalau kat rumah aku, hiasan memang serba sederhana/ paling ringkaslah, paling beso dah pon kalau kau aku/mak aku letak daun sup je... Wink2,,,,itu dikira macam usaha nak menunjukkan yang kau memang rajin nak menghias bagai. Sebabnya kalau masak pun dah kira baguih la nak isi perut.

*Pic courtesy of GOOGLE

Notepad: Kan best duduk sebelah supermarket Tesco ke, boleh hari-hari pergi situ untuk masak-masak. Nak buat pizza, muffin, cheese cake! Sebab tak pernah buat. T-T


Sunday, May 1, 2011

cheezy crazzy

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

oleh sebab hari ini adalah hari pertama cuti semester dan juga hri pertama berada di Tanah tumpah darahku-Taiping, aku nak bercerita tentang makanan-makanan kegemaran aku terutamanya yang berasaskan cheese atau keju. Omaigod, rasa macam syurga kalau dapat makan cheese hari-hari tau. Kalau boleh, semua masakan nak taruk cheese termasuklah nasi lemak sambal tumis CHEESE. sesuaikah? Kalau beli burger pon, frequency untuk membeli Burger Daging Cheese adalah lebih tinggi berbanding membeli Burger daging Spesial. Tak guna banyak cakap, jom cekidaout makanan yang kaya dengan cheese yang sangat marvelous  

Cheese-Baked Meatball

**YaAllah, rasa nak pengsan depan makanan ni. 

Marble cheese kek ** google

**next is: Macaroni cheese... terliuq abes ni.... slalu jugak buat tapi mungkin bukan grupe ni la..



**Double cheeseburger Mcd yang jadik kegilaan aku, tapi sekarang ni dah tak makan, tak tahu kenapa. Tapi sumpah boleh membawa korang ke langit ke 7 takkala burger ni masuk ke dalam mulut korang. Memang wallah lah! Semua makanan-makanan cheese kat atas ni aku suka time pertama kali rasa. In short, cheese memang selera aku.

notepad: Kan best kalau makanan-makanan semua ni tak menyumbang lemak yang melepu pada badan manusia ni. 





Saturday, January 1, 2011

yes!yes! jadik untuk kali ke - 3

assalamualaikum

ahahaha, gilek r, sekarang dah pukul 4.30 pagi!
masih belum tido. hari ni hari last sebelum balik KHAR esok.
maknanya, cuti sem 3 dah habis.kuang3... ni ha, dah habis dah
berkampung kat dapur untuk siapkan Tart Buahan, my everlasting febret tart..wihuuuu..
nampak je mcm gembira, tapi tahuka derita di sebalik kegembiraan..?
kalau nak tahu, ni kali ke 3 saya buat tart nih..
kali pertama, dengan mak... tapi mak pon tak tahu resipi ni, saya jadi leader. 
Kali ke dua, buat dengan kakak, tapi saya jugak leader, kakak buat acuan kulit tart. thank u!.
kali ke tiga, (tadi), sorang2 buat T-T. ahaha, saya leader, saya kuli.
saya boss, saya pekerja. Saya ketua Chef, saya anak buah. 
akibatnya, BINASA. ahahaha.


pssssstttt........ DUA kali SALAH RESIPI/ADUNAN untuk kastard!!!!
ahahahaha... tak taw la banyak jumlah kerugian...nasib tesco dekat,
so, mama, kalau nak buat kek, sila top up tepung2 anda yer., p la tesco dulu ke
atau pon kedai Apek kesukaan mak kat Aulong tuh... :']

Tu la, semua kesan daripada tak mau salin resipe yang betul2 boleh dipercayai.
lepas ni, xmau sudah, insaf.... kene ada resipi yang betul2 boleh diikuti.
=_=


tapi, alhamdulillah. ada hikmah!
dalam banyak2 kali saya buat tart buahan..
ini lah yang paling sodap!
sobabnya aih,,,


KAstart nyer!!!
see, Allah nak uji kita sama ada sabar atau tidak, kalau sabar, nescaya Allah akan
berikan yang lebih baik untuk kita. 
Kastart malam ni lebih smooth dan tidak menggerutu sepeti biasa.
so, dy mcm suwiitt je bila letak atas kulit tart yang dah dibakar tu kan.
haha, - nice too see, easy to hold-

so, ini lah final recipe untuk TART BUAHAN

next tme, if saya tingin nak buat lagi, perlu lah refer pada resipe yang satu ni. sayang dy!!

notepad: Kastard ada lebih la, xtahu nak buat apa since kulit tart dah habis... harap2 mama tak marah bila dy bangun tido nanti...



::handmade Fruit Tart

untuk kulit tart

Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.

Inti kastard

Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
8 sudu besar gula (saya letak 6 sudu)
2 cawan (500ml) susu segar (takde susu segar, guna susu pekat tp setengah tin jer)
2 biji telur
2 sudu besar mentega 

Saturday, November 6, 2010

the making of Fruit Tart

assalamualaikum & alopss all!
Hari ni saya teringin sangat nak masak Fruit Tart.
Dah lame dah nak buat sendiri selepas beberapa zaman hanya beli di sebuah kedai berkenaan di depan 
KHAR... in nutshell, senang+ ringkas +menyeronokkan+puas hati sebab jadik!
Saya telah mengupah mama saya untuk membantu saya dengan memberinya 
hasil buatan selepas tamat buat tart ini.. maknenye, dia akan dapat tart percume la..tak perlu beli..
hakhakhak..ingat senang.? 
korang ader?

::aha...ni tart buahan yang slalu aku beli kat kedai depan 'KHAR'
santek kan..berwarna warni dan yang penting shedap..
mcm ni punye tart la sy mau buat.



::tara, ni la hasilnye..memang nampak cm dull je, tapi sedap ow, dough yang kami buat memang sangat rapuh..lembut dan cukup rase... t nak cube wat lagi...

Friday, October 8, 2010

Tart buah-buahan-akan cube nanti


Bahan-bahan ( 15 orang )

  • Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.
  • Krim Kastard- Tepung Kastard segera 250g, Susu 600g, Perasa vanila 1 sudu kecil.
  • Buah-buahan seperti anggur,mempelam,rambutan, nanas,lanci.( Boleh Guna tin Buah-buahan campuran)
  • *Guna Acuan tart and acuan keras.


Cara-cara

  1. 1) masukkan tepung, mentega, gula ising, garam dan 1 sudu kecil perasa vanila ke dalam mangkuk.(tepung tidak perlu Ayak)
  2. Dsc002440
     2) Pukulkan semua bahan perlahan-perlahan dengan machine kek sehingga rata. Selepas rata, gunalah tangan untuk menjadikan dough.
  3. Dsc002490
     3) Guna acuan cawan untuk membuat bentuk tarts.(saiz sesuka hati tapi jangan guna acuan terlalu kecil atau terlalu besar)
  4. Dsc002560
     4) selepas membuat bentuk cawan guna garpu buat lupang kecil di atas cawan (tempat bulat)untuk tepung nafas semasa bakar. Guna pisau rata untuk ratakan dan cantikkan muka dan tepi cawan.
  5. 5)Bakar acuan dengan 190c dengan 12minute.
  6. Dsc002600
     6) selepas bakar, letakkannya di meja hingga sedikit sejuk keluarkan bentuk dan masukkannya ke dalam acuan kertas. (ingat jangan becarkkan bentuknya.)
  7. 7)sediakkan krim kastard, masukkan semua bahan krim kastard di dalam mangkuk. pukulkannya dengan tangan sehingga rata. Krim Kastard tidak perlu dimasak boleh dimakan begitu sahaja.
  8. Dsc002640
     8) potong buah-buahan (bentuk kecil). selepas ini, masukkan isi kastard dengan sesuka hati.Jangan masukkan kastard terlalu banyak. mesti beri tempat hiar buah-buahan.
  9. Dsc002670
     9) hiarkkan buah-buahan kepingan di atas kastard. Akhirnya simpan tarts ke dalam peti sejuk sebelum di makan.
  10. *sedapnya makan habis dalam 3-4 hari.
--Credit to "Resepi dari guru