Sunday, October 4, 2015

SETAHUN DI TOK LELA

Setahun, tiga bulan dan tiga hari. Tempoh berada di sini. Tapi yang itu termasuk hari isytihar cuti jerebu ye. Kat kampung  ni (tok leh mention nanti keluar kat google abih anak murid bace oii) pon teruk jugak bacaan IPU dia. Adalah dalam 150kg. Eh,tak pasti plak yang tu,haha. So far, keadaan diri menunjukkan aku bersesuaian duduk di sekolah ni. Pasang surut tu biasa, hidup ini tiada yang sempurna. Life ain`t easy.


'Yang baik jadikan kisah klasik untuk masa depan, yang buruk jadikan pengajaran.'

Ada juga kelainan dekat kampung ni. First time aku duduk dekat sebuah area yang hanya ada orang Melayu. Nak jumpe orang Cina dengan orang India memang agak susah. Ade lah dalam dua tiga empat kali aku jumpe kaum lain selama setahun, tiga bulan, empat hari tempoh aku ade dekat sini. Pelik. Memang pelik sebab kalau rumah kat Taiping, majoriti Cina pulak. Melayu ni minoriti je, lebih kurang 10% dekat taman perumahan. Ok, tak ada masalah, dua-dua pun aku selesa.

Kos hidup pulak, hmm...hmm.. bergantung kepada individu. Kalau jenis yang suka memerap, hadap apa yang ada memang jimatlah duduk kat kampung ni. Ya iyalah, elaun sara diri pun cumaan RM150. Tapi bagi aku, kos hidup mahal okeh. Sebab aku jenis yang suka berjalan, pergi kedai, pergi DIY, pergi Kaison, pergi kedai stationery, pergi TF dan lain-lain. Mana nak dapat kedai-kedai cenggitu kat kampung INI. Ok, DIY ade kat Sri Iskandar, Kaison ada kat Sri Manjung, TF ade kat Teluk Intan. Jaraknya lebih kurang 26KM, 35KM dan 50KM (yang paling jauh aku pergi Sri Manjung) dari kampung INI. So,memang mahal lah kos traveling sekali keluar tu. Kadang-kadang nak beli stationery and BBM simple pun tak ade kat kampung INI dan aku pula jenis seseorang yang mementingkan kepuasan semasa mengajar. Barang-barang nak ngajo mesti lengkap baru ade feel and passion nak mengajo. So motif aku nak 'ceghite' ni, bukan nak down kan kampung ni, tapi aku nak menafikan pandangan orang yang mengatakan duduk kampung ni kos hidup murah, padahal kalau ko nak beli apa-apa, nun kat bandolah ko kena menapak! Eloklah tu bagi elaun ciput.HAHAHAHA!

Whateverlah, dah nama pun guru yang sentiasa membakar diri untuk menerangi orang lain, haruslah berkorban! Fokus yang berterusan adalah untuk menjadi guru yang baik dan tak curi tulang. Supaya dapat rezeki yang diberkati Allah. Tak kiralah dalam apa jugak bidang, keberkatan rezeki tu perlu. Jadi, walau berapa yang aku dah keluar, asalkan Allah bagi aku perasaan yang sentiasa rasa cukup dengan nikmatNYA. 


Thanks Allah, sebab tempatkan aku di sini. Ada individu yang boleh dijadikan teman dan kawan (gosip... bukan anyam ketupat). Huhu, hindarilah aku daripada dosa mengumpat. Cikgu-cikgu senior semua terbaik, murah dengan senyuman, itu yang penting. Di sini juga aku belajar macam mana nak jadi kuat dan tak terlalu fleksibel. Sebab dalam hidup ini, kadang-kala kita kene kejam sikit. Alhamdulillah.